You are on page 1of 2

Refleksi

Nama : Mohd Nor bin Mat Rahim

No k/p : 921014 – 11 – 5017

Pendidikan Jasmani dan Teras merupakan salah satu subjek yang perlu
diambil oleh kami sebagai pelajar pelajar PPISMP Sem 2 pada kali ini.
Sebahagian daripada kami telah diamanahkan untuk menganjurkan satu aktiviti
rekreasi di Taman Rehlah, Bachok. Alhamdulillah, aktiviti tersebut dapat
dilakukan dengan jayanya. Saya telah mendapat pelbagai input melalui aktiviti
ini.

Saya menyedari bahawa rekreasi merupakan satu aktiviti beriadah dimana


dapat membantu menenangkan diri serta keadaan fizikal dalaman kita. Sebagai
contoh, saya telah meyertai aktiviti berkayak sewaktu rekreasi tersebut.
Berkayak merupakan satu aktiviti yang menguji daya tahan otot kita serta daya
tahan kardiovaskular kita. Di sini, saya rasa yakin diri untuk melakukan aktiviti
lasak ini di dalam air yang dalam. Keyakinan diri saya telah bertambah dan saya
kini memberanikan diri untuk berenang di tempat yang dalam. Aktiviti ‘water
confidence’ merupakan salah satu aktiviti yang menambahkan keyakinan saya
sebelum berkayak pada hari itu.

Selain itu, aktiviti ini memberikan kesedaran kepada saya tentang semangat
bekerjasama. Untuk menjayakan aktiviti riadah ini, kerjasama dan semangat
kesepaduan amat dititikberatkan. Sebagai contoh, rekreasi ke Taman Rehlah
memerlukan kos yang tertentu. Oleh itu, kami dua kelas telah bersetuju
membayar beberapa ringgit seorang sebagai kos penyediaan makan dan minum
disamping mendapatkan sedikit hulur bantuan daripada pihak atasan iaitu pihak
maktab sendiri. Justeru, kerjasama dan bertolak ansur amat penting di dalam
menjalankan sesuatu aktiviti.

Tambahan pula, saya juga telah mempelajari sedikit sebanyak tentang cara –
cara untuk melakukan aktiviti rekreasi sepanjang mengambil subjek TPJ untuk
semester ini. Kini, saya telah dapat membuka minda dan berfikir secara rasional
dan mendalam jika hendak melakukan sesuatu rekreasi. Sebagai contoh, perlu
menyediakan usul kertas kerja, pengesahan pihak atasan, ahli jawatankuasa
serta sebagainya. Jadi, ini secara tidak langsung membantu saya jika hendak
melakukan sesuatu aktiviti apabila menjadi guru di sekolah kelak.
Sesungguhnya, banyak faedah yang saya perolehi melalui aktiviti rekreasi ini.

You might also like