Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYUJXEA 1104TOKOH FALSAFAH ISLAM
NAMA : SURIATI BINTI IBRAHIMNO.MATRIK : JEA 080144NAMA PENSYARAH : PROF.DR AMRAN BINMUHAMADSEMESTER : 1SESI : 2008/2009FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA
 
TOKOH FALSAFAH ISLAMPENGENALAN KEPADA FALSAFAHPerkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba.Dari sudutetimologi atau asal usul perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘Philos’ yang bererti ‘Cinta’ dan ‘Sophia’ yang bermaksud ‘Kebijaksanaan’.Gabungan kata kedua-duafalsafah ini dalam bahasa beerti ‘Cinta akan kebijaksanaan’ atau ‘Cinta akan hikmah ataufalasifah’.Namun,takrif ilmu falsafah seharusnya lebih mendalam serta terperincidaripada pengertian yang begitu luas dan longgar ini.Secara umum falsafah boleh ditakrifkan sebagai mendalami sesuatu perkara sehingga ke akar umbi dengan melihatsudut makna, hakikat di sebalik sesuatu yang dikaji dan bukan sekadar yang di luaransesuatu semata-mata.Istilah ‘Philosophia’ digunakan pertama kali oleh Pythagoras dalam abad ke-7S.M.Selain itu,Plato (428-347 S.M) juga seorang Yunani yang mula-mula memberikantakrif falsafah dengan lebih terkhusus.Plato menegaskan ‘falsafah meneliti hakikat yangmendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik luarannya’.Falsafah juga boleh ditakrifkan sebagai suatu penyelidikan atau pengajiaan dan ilmu yang berasaskan renungandan penta’akulan untuk merumuskan sifat,hakikat dan kandungan alam wujud atau alamsemesta yang dilihat secara keseluruhan sebagai kesatuan berdasarkan penelitian dan pengkajiaan terhadap data dan fakta yang di ambil daripada semua aspek alam semesta.(B.A.G FULLER A History of Philosophy 1995:1).Ilmu falsafah juga mengambil datadan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta dalam pelbagai bidang ilmu sains.Manakala takrifan falsafah menurut Hasbullah Bakry (1964:5 6) menyatakan ertifalsafah daripada tiga sudut pandangan, iaitu daripada sudut bahasa yang bererti mencari
 
kebenaran di sebalik sesuatu kejadian.Seterusnya daripada sudut pengertian praktis yang bererti satu ilmu atau penyelidikan kajian secara mendalam dan daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain. Falsafah melihat semua ilmu termasuk ilmu bahasa, matematik, fizik, dan sebagainya adalah secara keseluruhannta syumul.Melihathakikat kewujudan sesuatu ilmu atau hakikat ilmu itu untuk semua. Tokoh Ibnu khaldun juga turut membicarakan tentang falsafah.IBN KHALDUNPENGENALAN / LATAR BELAKANGIbn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan.Tokoh ini dilahirkan di Tunis pada tarikh 1Ramadan pada tahun 732Hijrah. Keluarganya berasal daripada keturunan ArabHadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya beliau berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.Beliau mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islamseperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, danmantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani,Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.SUMBANGANSumbangan beliau dalam bentuk pemikiran dalam hal-hal yang berkaitan denganilmu ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya,iaitu karya al-Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karya beliau masih lagi relevandengan masalah ekonomi semasa.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more