PENGENALAN KEPADA CERITA LAGENDACerita lagenda merupakan huraian atau pernyataan bercorak cerita yang berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingati dan lebih bersifat tempatan.Berbanding dengan cerita mitos, cerita lagenda tidak dianggap sebagai suci atau kudusoleh masyarakat pemiliknya. Walau bagaimanapun, cerita ini dipercayai sebagai benar- benar berlaku oleh masyarakat penciptanya dengan menyandarkan tanda-tanda alamsebagai bukti kebenarannya.Pada kebiasaannya cerita lagenda dimasukkan dengan unsure-unsur mitos. Hal ini bertujuan untuk menaikkan taraf seseorang tokoh. Namun demikian tokoh-tokoh lagenda biasanya masih dapat dibuktikan dengan kewujudannya di alamnya. Kadang-kadangtokoh lagenda dikaitkan dengan tokoh yang terdapat dalam sejarah yang sebenar.Tokoh-tokoh yang diperkatakan dalam cerita lagenda selalunya memiliki kuasa,keistimewaan, kehandalan, kekuatan, kehebatan,serta sesuatu yang luar biasa dengansifat-sifat yang luar biasa. Sesungguhpun begitu, sifat-sifat sedemikian rupa tokoh-tokohlagenda ini tetap tidak dapat menjamin seseorang tokoh tersebut mengatasi hokum alamsemula jadi.Secara umum, cerita lagenda dapat dibahagikan kepada lagenda tokoh iaitu pemimpin, lagenda tokoh pahlawan, serta pendosa. Seterusnya lagenda nama tempat,lagenda keagamaan (keramat), dan lagenda memorat, iaitu tentang pengalaman peribaditerhadap hantu. (Mohd.Khalid Taib, 1991) Seterusnya contoh-contoh cerita lagendamisalnya seperti tokoh Mahsuri di Langkawi, Tuk Janggut di kelantan, , Puteri Saadong,serta Hang tuah yang dianggap sebagai wira kebangsaan masyarakat melayu, Nahkoda