You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

HIKAYAT RAJA MUDA

NAMA PELAJAR : NORAAINA DAWANA MOHAMED YAHYA

NO MATRIK : JEA 080078

SESI : SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


Pendahuluan

Hikayat melayu biasanya isinya terbahagi kepada dua ,iaitu bahagian yang merupakan

dongeng ,myth atau legend, dan bahagian yang menceritakan apa yang terjadi dalam

sejarah. Bahagian pertama itu memberikan konotasi kepada apa yang terjadi berabad-

abad sebelum zaman pengarang, sedangkan bahagian yang kedua itu berlaku dalam z

aman pengarang itu sendiri. Hikayat Raja Muda adalah cerita penglipur lara yang penuh

dengan unsur-unsur keajaiban,manusia kayangan dan hikmatnya. Barmacam-macam

adat istiadat istana yang menyentuh hal-hal kelahiran,perkahwinan ,pertabalan dan

kematian dipaparkan juga, yang menunjukkan dengan jelas bahawa pada zaman dahulu

kesusasteraan lebih merupakan milik bangsawan. . Motif tua hikayat tidak ketinggalan

dalam persembahan hikayat ini,misalnya melalui peristiwa gajah putih mengembara

mencari raja untuk negeri yang tidak beraja dan adegan yang memerlukan Raja Muda

memerangi tujuh orang penyamun sebelum sampai bersama-sama isterinya ,puteri

bongsu,ke rumah Nenek Kebayan.Hikayat ini ditulis dalam bahasa prosa ynag indah dan

disulami potongan-potongsn puisi yang menarik.

2
Falsafah yang dapat dikeluarkan dalam hikayat ini adalah falsafah

kesedihan.falsafah Kesedihan ini dapat dilihat dari petikan Raja Muda yang sedang

berfikir seorang diri dalam keadaan tidak menentu dan menangis mengenangkan untung

nasib kehidupannya pada masa akan datang. Dalam keadaan sedih Raja Muda

menghadap ayahandanya di meja makan,ayahandanya tersenyum melihat Raja Muda dan

meyuruh Raja Muda makan sekali bersama baginda.denagan linangan air mataraja Muda

duduk menghadap ayahandanya. Ayahandanya bertanya tentang kemurungan yang

melanda anakandanya itu setelah melihat wajah Raja Muda yang muram itu. Raja Muda

meminta keampunan daripada ayahandanya jikalau apa yang ingin disampaikan

mengguris hati ayahandanya. Raja Muda meminta izin ingin pergi ke luar negeri kerana

ingin melihat keadaan negeri orang dan melihat-lihat keadaan dimana Raja Muda boleh

membuat kebajikan.dalam petikan ini kita dapat melihat falsafah kesedihan, ketika

ayahandanya mendengar kemahuan yang disampaikan oleh Raja Muda.

Ayahanda Raja Muda menangis kerana terlalu sedih di atas permintaan Raja

Muda,ayahandanya tidak dapat menunaikan permintaan Raja Muda tersebut, kerana

khuathir Raja Muda tidak akan kembali lagi ke istana memandangkan ayahandanya

sudah tua tiada siapa yang akan menggantikan tempat ayahandanya apabila ayahandanya

meninggal dunia kelak,tambahan pula kakanda Raja Muda iaitu puteri Lindunagan Bulan

yang sudah hamil dan dalam keadaan sarat hendak melahirkan anak pertamanya.Setelah

3
mendengar ayahandanya berkata-kata,Raja Muda pun tertunduk kesedihan dan tidak

berkata apa-apa,lalu meminta izin untuk pergi

Selain daripada itu falsafah kesedihan dapat dilihat di dalam petikan ini ketika

Raja Muda pergi bertemu kakandanya iaitu Puteri Lindungan Bulan.Raja Muda

menceritakan Kakandanya tentang hajatnya ingin pergi ke negeri orang dan bertanya

kepada kakandanya tentang kepulangan Raja Bujang Selamat daripada memanjat

nyiur,kerana ingin mengggunakan parang puting yang digunakan oleh Raja Bujang

Selamat.setelah mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Raja Muda,Puteri

Lindungan Bulan berasa amat sedih kerana adindanya sanggup meninggalkannya dalam

keadaan dirinya yang sarat mengandung,dengan ketiadaan bondanya,Puteri Lindungan

Bulan tidak sanggup untuk berpisah dengan adindanya sungguhpun masih ada ayahanda

disisinya,kerana ayahandanya sudah tua tidak lagi menghiraukan apa-apa hal ehwal lagi.

Kakandanya tidak akan merasa senag hati jika adindanya pergi juga dan menasihati

adindanya supaya tidak melanggar perintah ayahandanya.

Setelah didengar oleh Raja Muda,lalu ia pun tunduk.tanpa berkata apa-apa lalau

meminta diri untuk pulang istananya.Kita juga dapat melihat falsafah kesedihan dalam

diri Raja Muda kerana tidak mendapat keizinan daripada ayahandanya dan juga

kakandanya untuk pergi berjalan-jalan ke negeri orang. Apabila malam hari Raja Muda

berjalan keluar dari istana dan menyerakhkan dirinya kepada Allah subhanahu wa taala

menuju ke dalam hutan besar mengikut kehendak hati.Selain itu kita dapat melihat

falsafah kesedihan dalam diri Puteri Lindungan Bulan ketika suaminya Raja Bujang

4
Selamat kembali ke istana.Raja Bujang Selamat Pulang ke istana setelah pergi mencari

nyiur buat isterinya,beliau mendapati keadaan isterinya amat kurus dan mukanya amat

pucat sekali.hal ini kerana isterinya amat merindui akan dirinya dan memikirkan tentang

adindanya yang ingin pergi itu.Selain daripada itu,falsafah kesedihan yang ditunjukkan

dalam petikan ini adalah ketika kehilangan Raja Muda. Setelah hari sudah siang

pengasuh mendapati Raja Muda belum bangun dari tidurnya,lalu pengasuh yang tua

tersebut pergi ke bilik Raja Muda dan menyelak kelambu yang di gunakan oleh Raja

Muda,pengasuh itu mendapati Raja Muda tiada. Lalu pengasuh itu pun menangis dan

memberitahu kepada pangasuh-pengasuh yang lain tentang kehilangan Raja Muda.

Setelah itu segala orang di istana berlari berkeliaran ke sana ke mari ke segenap

taman dan tempat permainan,tetapi tidak juga jumpa . Lalu pengasuh yang tua pergi

menghadap baginda ke dalam istana besar dan Tuan Puteri di atas.sebaik sahaja

mendapat berita tentang kehilangan Raja Muda,baginda dan Tuan puteri tidak terkata

apa-apa lagi sehingga tunduk menangis dan merasa amat kecewa akan Puteranya yang

pergi itu.Setelah itu Raja Bujang Selamat pergi menghadap ayahandanya sambil

menangis,dan meminta izin daripadanya ayahandanya untuk pergi mencari Raja

Muda.Raja Bujang Selamat berjanji kepada ayahandanya tbahawa beliau tidak akan

menghadap ayahandanya selagi tidak membawa pulang Raja Muda ke istana.

Ayahandanya pun berkata supaya membawa Raja Muda pulang ke istana dan jangan

membiarkan Raja Muda berjalan sendiri di dalam hutan.Setelah itu Raja Bujang Selamat

pergilah ke dalam hutan sendirian dengan membawa parang puting kesaktiannya itu.

5
Kesimpulan

Kesimpulannya disini kita dapat melihat tentang falsafah kesedihan dengan lebih

mendalam. Kita juga dapat merasa kesedihan yang dirasai oleh Raja Muda apabila

keinginan nya untuk pergi ke negeri orang terhalang oleh ayahandanya dan juga

kakandanya.Kita juga boleh mengambil ihktibar dari hikayat ini iaitu tidak membuat

keputusan terburu-buru dan sanggup meninggalkan keluarga demi kepintingan diri

sehingga menyebabkan seluruh ahli keuarga kita merasa sedih dan kecewa akan sikap

kita yang mementingkan diri itu.Kita juga harus menjaga hati orang tua kita dan tidak

ingkar dengan arahannya supaya orng tua kita tidak merasa sedih.

6
BIBLIOGRAFI

Pawang Ana.1998. Hikayat Raja Muda. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Mutiara sastera melayu tradisional.2006.penyelanggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia.


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Liaw Yock Fang.1991.Sejarah Kesusasteraan Melayu klasik1:Jakarta Penerbit Erlangga

Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd

Zainal Abidin Ahmad(Za’ba).1962.Ilmu Pengarang Melayu.


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

7
Petikan hikayat

Hatta, maka Raja Muda terkejutla lalu bangun seraya dicium bau tubuhnya
terlalu amat harum. Maka Raja Muda pun berfikir seorang dirinya di dalam peraduan itu
keluh kesah tiada berketahuan fikirannya seraya ia menangis terkenangkan nasibnya.
Seketika lagi hari pun sianglah .maka ia pun berangkatl ke tanam bersiram, lepas
bersiram kembali ke istananya lalu santap dilayani inang pengasuhnya, berupa muram
wajahnya.

Hatta, setelah sudah memakai itu, Raja Muda pun berangkatlah diiringi oleh
segala budak-budaknya menghadap ayahanda baginda ke dalam istana besar. Maka
ketika tu baginda ada tengah menghadapi persantapan. Setelah dilihat oleh baginda
ankanda baginda dating itu,bagunda tersenyum seraya bertitah, “silakan anakku duduk
dekat ayahanda ini, ayahanda pun sangatlah rindu dendam rasanya”.

Maka Raja Muda pun duduklah dekat dengan ayahanda baginda seraya
menyembah berlinang air matanya diajak baginda santap dua oramg sehidangan. Maka
baginda pun bertitah , “ayuhai anakanda, apalah sebab muram wajah ayahanda lihati ini,
apalah maksud anakanda,khabarkanlah benar kepada ayahanda.

Maka sembah Raja Muda, “Ampun ayahanda beribu-ribu ampun, sembah


anakanda harapkan diampun; jikalau ada mudah-mudahan ampun kurnia ayahanda,
anakanda hendak bermohon berjalan, tiadalah lama anakanda meninggalkan ayahanda,
hendak menengok negeri orang pula,kalau-kalau dapat anakanda fikiran yang kebajikan;
haraplah anakanda memohon izin ayahanda sempurnakan hajat ayahanda ini.”

Maka setelah didengar baginda akan sembah baginda itu, maka baginda pun
bertitah seraya menangis pula, “ayuhai anakku cahaya mata ayahanda, jikalau sampai
hayat maut ayahanda, siapalah akan ganti ayahanda memerintah negeri ini, tambahan
pula seperti baginda itu Puteri Londungan Bulan sudah hamil, di dalam keberkatan gering
sahaja.

Hatta setelah didengar oleh Raja Muda akan titah paduka ayahanda baginda
itu, ia pun tunduk, suatu pun tidak apa katanya. Seketika lagi baginda sudahlah santap
lalu santap sirih di dalam puan yang keemasan. Hari pun petanglah. Maka raja Muda
pun memohon kepada ayahanda baginda lalu kembali,singgah di istana baginda Tuan

8
Puteri Lindungan Bulan seraya duduk menyembah. Maka ditegur Tuan Puteri , “ Ayuhai
adinda, silakan duduk, apa khabar adinda berangkat kepada kakanda ini?”

Maka sabda Raja Muda, “ Ayuhai kakanda, adinda hendak berjalan, ingin
rsanya hendak melihat negeri orang, maka sekarang adakah pulang kakanda Raja Bujang
Selamat yang memanjat nyiur itu, kejana adinda hendak memohonkan parang putting
adinda yang dipinjam kakanda itu hendak diperbuat perintis jalan di dalam hutan.”

Setelah dudengar oleh Tuan Puteri Lindungan Bulan akan sabda adinda
baginda itu, maka Tuan Puteri pun menangis seraya bersabda, “Ayuhai adinda, sampai
hati rasanya hendak meninggalkan selaku kakanda selaku ini; sudahlah tiada bonda kita;
janganlah kita bercerai adik-beradik ini; sungguhpun ada ayahanda, ia sudah tiada
pedulikan apa-apa hal-ehwal. Maka seperti adinda hendak berangkat berjalan itu,
tiadalah sekali-sekali kesukaan bagi hati kakanda; janganlah adinda berjalan
meninggalkan kakanda ini serta melalui titah paduka ayahanda itu.”

Setelah didengar oleh raja Muda, maka iapun tunduk, suatu pun tiada apa
katanya seraya bermohon kepada kakanda baginda kembali ke istananya.
Seketimalamlah, bulan pun terang empat belas haribulan. Maka apabila sunyi senyap di
dalam istana, maka iapun turunlah berjalan sambil menyerahkan dirinya kepada Allah
subhanahu wa taala menuju ke dalam hutan besar mengikut sekehendak kakinya.

Maka Raja Bujang segeralah membelah nyiur itu dengan parang puting
kesaktian, dibelahnya tiga oleh Raja bujang Selamat; sekeping jatuh ke laut menjadi ikan
raya, sekeping jatuh ke bumi menjadi kerbau si benuang; maka sekeping itu didukungnya
dibawa turun tujuh hari tujuh malam. Selang antara tiada barapa lamanya sampailah ia
ke tanah, ke pangkal pohon nyiur itu. Maka didapatinya Tuan Puteri ada menanti terlalu
amat kurus pucat warna mukanya oleh kemasghulan bercinta akan suaminya, tambahan
pula dukacita hatinya akan saudaranya Raja Muda hendak berjalan itu. Maka Raja
Bujang Selamat pun sampailah menunjukkan nyiur gading kepada isterinya. Maka
disambut Tuan Puteri dengan sukacitanya lalu disantapnya.

Arakian, maka tersebutlah inang pengasuh Raja Muda, setelah tinggi hari
dinanti-nanti oleh inang pengusuh, rajanya belun bangun lagi. Maka pergilah pengasuh
yang tua masuk kedalam peraduan menyingkapkan tirai kelambu peraduan itu.
Dilihatnya tiadalah tuannya itu lagi. Maka inang itu pun menangislah berkhabarkan hal
itu kepada budak-budak kundangnya. Maka sekalian isi istana itu pun menangislah
berkeliaran ke sana ke mari mencari segenap taman dan tempat permainan sehari-hari itu,
tiadalah juga jumpa; Maka sudah lama dicari, maka inang yang tua pun pergilah
menghadap baginda ke dalam istana besar dan kepada Tuan Puteri da atas:
permaklumkan hal-ehwal anakanda baginda yang sudah hilang itu. Maka baginda dan
Tuan Puteri Lindungan Bulan kedua berputera tiadalah terkata-kata lagi sehingga tunduk
menangis bercucuran air matanya sahaja.

You might also like