You are on page 1of 7

Tugasan Individu Kursus Induksi SSM 2010 (PKPA)

SOALAN NO.1(A)

Jelaskan mengapa Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja boleh dijadikan satu alat pengurusan
penting di sesebuah jabatan.

Jawapan :

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja boleh dijadikan satu alat pengurusan penting di sesebuah
jabatan kerana :

1. kedua-dua dokumen rasmi tersebut dapat membantu dalam pengurusan dan dapat
menyumbang kepada peningkatan produktiviti.

2. kedua-dua dokumen rasmi tersebut dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan


dan keberkesanan pengurusan sesuatu jabatan.

3. kedua-dua dokumen rasmi tersebut dapat membantu ketua-ketua jabatan dalam


pengurusan sesuatu jabatan.

1
SOALAN NO.1(B)

Apakah perbezaan antara Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Jawapan :

Perbezaan antara Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja adalah :

1. Manual Prosedur Kerja merupakan Dokumen Rujukan Rasmi peringkat Jabatan


manakala Fail Meja merupakan Dokumen Rujukan Rasmi Peringkat Individu .

2. Manual Prosedur Kerja berasaskan fungsi dan tugas peringkat Jabatan manakala
Fail Meja berasaskan fungsi dan tugas peringkat Individu .

3. Perlu ada satu Manual Prosedur Kerja untuk satu Jabatan manakala satu Fail Meja bagi
setiap Individu.

4. Manual Prosedur Kerja mengandungi maklumat menyeluruh bagi aktiviti Jabatan manakala
Fail Meja mengandungi maklumat lengkap bagi tugas setiap jawatan.

2
SOALAN NO.1(C)

Apakah faedah – faedah yang akan diperolehi melalui penyediaan Manual Prosedur Kerja dan
Fail Meja di sesebuah jabatan.

Jawapan :

Faedah – faedah yang akan diperolehi melalui penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
di sesebuah jabatan adalah seperti :

1. Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi.

2. Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja.

3. Menentukan peraturan jabatan/pejabat dipatuhi.

4. Mengurangkan kesilapan-kesilapan operasi semasa menjalankan tugas.

5. Memendekkan masa latihan bagi pekerja-pekerja baru.

6. Menyenangkan pertukaran pekerja dari satu jabatan ke jabatan yang lain.

7. Menyenangkan kajian ke atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem dibuat.

8. Mengurangkan arahan-arahan lisan mengenai cara menjalankan kerja.

9. Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai-pegawai lain.

3
Tugasan Individu Kursus Induksi SSM 2010

(Dasar-Dasar Kerajaan)

SOALAN 17

Wawasan 2020 menetapkan matlamat pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020. Huraikan 9 cabaran yang terkandung dalam wawasan tersebut.

Jawapan:

Cabaran- cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020 adalah :

1. Mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat
dikongsi bersama – dengan berkongsi satu matlamat yang sama, rakyat Malaysia akan
berusaha bersama-bersama untuk mencapainya sekaligus menguatkan perpaduan sebagai
satu bangsa Malaysia.

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, maju dan tenteram serta mempunyai
keyakinan diri dan tabah menghadapi cabaran – dengan jiwa yang bebas, maju dan
tenteram, masyarakat dapat mempertingkatkan keyakinan dan ketabahan diri dalam
menghadapi apa jua cabaran mendatang.

3. Mewujudkan masyarakat yang demokratik dan matang – masyarakat yang matang akan
dapat menghayati makna demokrasi yang sebenar dan menjadi lebih demokratik dalam
apa jua tindakan.

4
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika – ciri yang jelas dapat dilihat pada
masyarakat di negara maju ialah masyarakatnya mempunyai kesedaran moral dan etika
yang tinggi samada melalui percakapan, penulisan dan perbuatan.

5. Mewujudkan masyarakat yang makmur dari segi ekonomi dan mempunyai daya saing yang
tinggi – masyarakat maju perlu mempunyai pendapatan ekonomi yang kukuh dan mampu
bersaing dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat global.

6. Mewujudkan masyarakat yang progresif, saintifik dan berdaya cipta – masyarakat maju perlu
bersikap progresif, mempunyai tahap pengetahuan saintifik yang tinggi serta berdaya cipta dalam
membina pelbagai produk dan rekaan yang membawa kebaikan kepada negara.

7. Mewujudkan masyarakat yang adil ekonominya – perolehan ekonomi yang saksama dikalangan
masyarakat majmuk pelbagai kaum dapat mengukuhkan perpaduan dikalangan masyarakat dan
memastikan setiap kaum sama – sama maju dalam Wawasan 2020.

8. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang – masyarakat berbudaya penyayang dapat


mengurangkan pelbagai masalah sosial serta menurunkan kadar jenayah

9. Mewujudkan masyarakat yang bertolak ansur, liberal dan bebas mengamalkan agama, adat dan
budaya masing-masing – sikap bertolak ansur antara pelbagai kaum dan agama dapat
mengelakkan pertikaian berkenaan agama dan budaya serta mengukuhkan perpaduan dalam
masyarakat sekaligus membolehkan pemeliharaan budaya warisan negara.

5
RUMUSAN

Tugasan Individu Kursus Induksi SSM 2010 merupakan tugasan wajib bagi setiap

peserta Kursus Induksi SSM 2010 tugasan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) dan bahagian Dasar-Dasar Kerajaan.

Dalam bahagian Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), tugasan yang

yang diberi membolehkan peserta kursus mendalami serta memahami tentang pelbagai

perkara penting yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. Pengetahuan dan

pemahaman ini penting bagi membolehkan para peserta yang nanti bakal berkhidmat

sebagai penjawat awam berkhidmat dengan efisien. Selain itu ia juga membolehkan

peserta mengetahui hak dan kemudahan yang bakal mereka perolehi sebagai seorang

penjawat awam. Pengetahuan dalam bahagian ini juga dapat dijadikan bimbingan dan

garis pengukur ketika menjalankan tugas sebagai seorang penjawat awam.

Dalam bahagian Dasar-Dasar Kerajaan, tugasan yang diberi mendedahkan peserta

kepada dasar-dasar kerajaan yang telah digubal dan dilaksanakan. Pengetahuan dalam

bahagian ini dapat membantu para peserta memahami kehendak kerajaan dalam setiap

dasar dan menyedari akan implikasinya kepada mereka samada sebagai penjawat awam

mahupun sebagai seorang rakyat Malaysia. Ia juga dapat membantu para penjawat awam

dalam menerangkan kepada masyarakat mengenai dasar-dasar ini jika diminta berbuat

demikian. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai sasaran kerja dalam

mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa kedua-dua tugasan ini akan dapat

membantu peserta kursus dalam menimba pengetahuan yang perlu bagi menghadapi

pelbagai cabaran yang bakal dihadapi sebagai penjawat awam.

6
Rujukan

1. Nota Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2010 (CD)

2. Nota Ulangkaji Dan Latihan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Kompetensi Umum
(Teras Dan Professional); Mok Soon Sang; September 2005; Multimedia-ES Resource
Sdn Bhd.

You might also like