You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA

JXEA 1104

TAJUK : TOKOH

RICHARD OLOF WINSTEDT

NAMA : MOHD FAIZ BIN YUSOF

NO. MATRIK : JEA 080 166

SEMESTER : 1

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH

RICHARD WINSTEDT
Richard Olof Winstedt berasal dari Sweden tetapi telah menjadi rakyat

Britain. Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1878 dan berkahwin dengan Sarah Castell.

Mengikut Bastin(1964:1)Winstedt cepat dan rajin membaca tetapi tidak dapat

menyertai sukan kerana penyakit Beguk.Beliau memilih hidup alternatif dan dunia

intelektual.

Mengikut Sheppard (Winstedt,1969) memilih kursus Metafizika di Oxford dan

juga pernah mengikuti kursus undang-undang selama setahun. Oleh itu, beliau tidak

mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi,sastera ataupun bahasa

bidang-bidang yang diceburinya sewaktu di Tanah Melayu. Sewaktu menjadi

pegawai pelatih di Perak pada akhir Disember 1902, beliau telah bertemu penduduk

yang terdiri daripada berbagai-bagai lapisan masyarakat dan menemui R.J.Wilkinson

seorang ahli leksikografi dan mula menulis karya pertamanya tentang “The

Literature of Malay Folklore”pada tahun 1907,lima tahun setelah beliau tiba di

Tanah Melayu.

Melalui pengaruh Wilkinson, beliau telah dipindahkan ke Kuala Pilah yang

memberi peluang mempelajari sistem matrilineal. Di sinilah dua buah buku telah di

tulis, Colloquial (Malay:A Simple Grammer with conservations) dan Malay-English

Dictionary(1914-1917). Di Matang pula Winstedt menemui manuskrip Terong Pipit,

sebuah hikayat yang panjang yang berasal dari Kedah. Winstedt terkenal kerana

tulisannya dalam bidang tatabahasa,kamus, folklore, sejarah, antropologi, arkeologi

dan pendidikan
Karya-karyanya dapat dikategorikan denagn lebih teratur dalam tiga

tahap,iaitu tahap awal (1907-1938) tahap kedua , A History of Classical Malay

Literature (1938-1939) dan tahap ketiga,karya-karya selepas buku ini ditulis(1940-

1949). Menurut Bastin, Winstedt menulis sesusasteraan rakyat Melayu pada karya

pertamanya pada tahun 1907. Esei itu diberi judul “The Literature of Malay

Folklore.Esei ini digolongkan dalam siri Papers On Malay Subjects ditujukan kepada

pegawai Inggeris untuk mengenali Tanah Melayu yang dikatakan kumpulan ilmiah

dan bukanya bersifat amatur. Pada tahap kedua pula terdapat suatu kesamaran

yang serius terhadap definisi sastera rakyat,ia begitu terhad kerana masih amat

cetek dan terbatas.Hal ini menyebabkan karya sulungnya hanya merupakan suatu

layangan umum terhadap apa yang sudah diketahui tentang sastera rakyat

Melayu.Winstedt yang rajin dan yakin diri itu segera menerjuni bidang ini.Lompatan

ini telah dipanjang lebarkan dalam kajian tahap keduanya,kerana esei ini hanya

mengkaji bab pertama A History of Classical Malay Literature.

Seterusnya pada tahun 1908 terbit pula “Father Civet” yang diikuti “Musang

Berjanggut”.Dalam karya “Musang Berjanggut” sumbangan Winstedt merupakan

pengumpulan itu sendiri kerana Sturrocklah yang telah merumikannya daripada

versi jawi dan beliau juga yang telah membantu Winstedt meringkaskan cerita

itu.Pada tahun 1910 Winstedt sendiri telah merumikan Hikayat Seri Rama.Setahun

selepas itu terbit pula Awang Sulung Merah Muda.

Selepas karya ini Winstedt berhenti menerbitkan karya dan pada tahun 1920

dengan tiga buah esei tentang Hikayat Abu Nawas,Tajus Salatin dan “Tha date of

the Hikayat Inderapura”,serta Hikayat Jaya Langkara.The Date of the Hikayat

Inderapura”lebih banyak memperlihatkan kesarjanaan Winstedt. Apa yang cukup

menyedihkan pula ialah betapa karyanya tentang Hang Tuah berpandangan sempit
dan peribadiPada kurun ke-20 lebih menumpukan kenyataan lahiriah dan pemerian

hikayat ini membawa suatu kesatuan dan kepaduan kenyataan.

Pada tahun 1927, Winstedt telah menerbitkan sebuah versi”Hikayat Terung

Pipit”pada tahun Hijrah 1341,oleh Panglima Mudin bin Panglima Hassan dari

kampong Batas Liku,Arau,Perlis,tetapi karya suntingan The Malay Annals or Sejarah

Melayu melibatkan usaha yang lebih besar.

Winstedt telah memulakan dengan membuat satu ringkasan Edisi

Shellabear yang semasa itu tersebar luas dalam huruf rumi dan meneruskannya

dengan rngkasan Raffles MS No 18.Winstedt mendapati bahawa Raffles MS No 18

adalah karya tua Sejarah Melayu sebelum diperbaiki dan diubah pada tahun 1612.

Dalam tahap kedua sehingga tahun 1939,Winstedt telah menerbitkan

beberapa esei dan ringkasan karya sastera rakyat Melayu iaitu penglipurlara yang

diistilahkan sebagai “romance”termasuk Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim

Deman, Anggun Cik Tunggal, Raja Muda, Sejarah Melayu, Tuhfat al-Nahfis,

danberunsur islam.. Semua hasil tulisannya bersifat amatur dan dikatakan sebagai

pengantar untuk pegawai-pegawai kolonial mengenai manusia dan kebudayaan

Melayu dan bukan untuk suatu khalayak ilmiah.Pada bahagian ini bahagian-

bahagian atau cebisan daripada hasil sastera yang cukup kaya,tersebar luas dan

berwatak lebih penuh daripada apa yang dikenalinya.

Apabila Winstedt ingin menulis sebuah sejarah,maka esei-esei yang sederhana dan

seadanya ini menjadi bab atau bahagian babnya.Sememangnya untuk sastera

Melayu tidak ada pengkaji lain yang dapat menandinginnya pada masa itu.Ada dua

teori atau pendekatan yang terlibat dalam penulisan sesuatu buku sejarah

sastera,pertamanya teori sejarah sastera dan kedua teori sastera itu sendiri.
Hakikat bahawa Winstedt tidak memahami akan sifat sastera Melayu yang

luas dan beliau hanya sering berkongsi kazanah sastera telah menyebabkan beliau

menuduh bahawa cerita-cerita Melayu tidak lebih daripada hasil pinjaman dan

pengolahan kembali.Malah dalam tradisi chirografik pun tradisi pinjam meminjam

ini masih berterusan.

Pada tahap ketiga pula, karya-karya selepas buku ini ditulis(1941-1949)A

History of Classical Malay Literature menjadi puncak penulisan,kerja dan minat

Winstedt dalam sastera Melayu. Di dalamnya dikumpulkan dan dimanfaatkan

seluruh usahanya dalam kerja-kerja penggaluran plot cerita, pengeditan teks,

pentarikhan dan sebagainya. Beliau juga telah menggunakan waktu untuk

memenuhi bahagian-bahagian yang belum dikajinya sebelum itu. Setelah A History

of Classical Malay Literature, Windstedt tidak banyak menulis tentang sastera. Esei-

eseinya lebih tertumpu pada dua perkara, iaitu tentang cerita panji,dan versi serta

persoalan “Goa”dalam Sejarah Melayu. Dalam karya kelompok

pertama,dibincangkan versi-versi cerita panji dan dalam esei kedua,beliau

menghujahkan bahawa “Goa”yang disebut dalam Sejarah Melayu lebih dekat

kepada Goa Jerai dan Sulawesi berbanding Goa di India.

Winstedt begitu kontroversial kerana beberapa sudut pandangannya yang

boleh disebut “imprealistik”yang diterapkan dalam berbagai-bagai buku dan

karyanya tentang sastera,bahasa dan budaya Melayu. Namun demikian Sejarah

Pengajian Melayu akan menempatkannya dalam kalangan pengkaji terawal

kesusasteraan Melayu lama.Tenaga dan daya Winstedt telah menganugerahkan

kita beberapa teks yang dikumpul,diedit atau dirumikan, terutama yang disalinnya

pada dasawarsa pertama dan kedua daripada Pawang Ana,Raja Haji Yahya dan Mir
Hassan kemudian mengabadikannya dalam bentuk yang dapat dikenali pada waktu

itu.

Kerja pengeditan beliau juga cenderung pada pentarikhan,suatu kerja yang

amat rumit dan memerlukan rujukan manuskrip dan tulisan sarjana antarabangsa

yang amat luas.Buku ini menyatakan bahawa tarikh bukanlah hal yang terlalu

diutamakan pengarang Melayu, dan tidak pula perlu diberikan ruang yang terlalu

besar.

Seterusnya, sumbangan Winstedt ini mencabar kita untuk menulis kembali

suatu sejarah kesusasteraan Melayu yang peka kepada budaya Melayu,yang

tersusun mengikut kategori dan zaman.Kajian perkembangan genre juga harus

menjadi sebahagian daripada sejarah kesusasteraan ini.Sekarang semua

tanggungjawab untuk meneliti dan menulis tentang kesusasteraan telah jatuh ke

bahu orang Melayu dan tidak boleh mengharapkan Winstedt sepenuhnya.

BIBLIOGRAFI

L.F.Brakrel, 1988. Hikayat Muhammad Hanafiyyah. Di terjemahkan oleh

Junaidah Salleh, Mokhtar Ahmad, dan Nor Azmah Sheiden. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Taib Osman, 1991. Pengkajian sastera rakyat bercorak cerita. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Muhamad Haji Salleh, 1942. Menyeberangi Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan

Pustaka.

Safiah Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah dan

Suhaimi Hj Muhammad, 1988. Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like