Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword or section
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sudah Sepi Tanpa Cinta Damya Hanna

Sudah Sepi Tanpa Cinta Damya Hanna

Ratings: (0)|Views: 217|Likes:
Published by umamkhairul

More info:

Published by: umamkhairul on May 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/16/2013

pdf

text

original

 
Sepi Tanpa Cinta
Damya Hanna
DAMYA HANNA lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelimadari tujuh adik-beradik. Kini sedang menuntut di Universiti KebangsaanMalaysia(UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan di Fakulti Ekonomidan Perniagaan di dalam tahun 4.Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika diamasih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itulebih berat kepada golongan kanak-kanak.Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belummembara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan seringmeminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah diperingkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan disitulah segalanya bermula.Damya Hanna telah muncul dengan novel pertama iaitu BICARAHATI. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernahpadam, Damya Hanna telah kembali dengan novel keduanya, SEPI TANPA CINTA.Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalambidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untukmenjadi seorang akautan tetapi juga untuk menjadi seorang penulisyang prolifik dan disenangi ramai.Dia juga akan pastikan setiap karyanya memberi impak positif kepada semua pembaca. InsyaALLAH.
SINOPSIS
 
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia disamping Yusri.
 
Namun, tiada siapa menyangka di saatbahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onarsehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu,pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinyahancur umpama terhempas.Namun, Haziqah nekad. majlis perlu dilaksanakan. Yangpenting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidakpernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapatdibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta ituhanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas dibahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untukAzura. Gadis pertama yang dicintainya…tetapi kecuranganAzura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Diabenci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuankedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mulayakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusrimahupun Hafiz…sepupunya.Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelahdirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah duakali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya.Cukuplah sekali…
Bab 1
 
AZIQAH berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Suasana bisingyang kedengaran di segenap sudut rumah langsung tidakmenarik minatnya. Dia gelisah. Sudah berkali-kali dia cubamenghubungi Yusri. Namun, Haziqah tidak berjaya mencari lelaki itu.Entah ke mana perginya. Haziqah risau seandainya ada perkara burukyang berlaku di saat perkahwinan mereka hampir tiba dua hari lagi.
H
 Tetamu yang datang di rumahnya untuk merewang sudahsemakin ramai. Malah majikan tempat ibunya, Aminah bekerja sebagaipembantu rumah juga turut hadir untuk membantu menyediakanpersiapan sebelum pernikahan. Puan Haryati memang baik. Apa sahajakeperluan Haziqah semua disediakan walaupun kini ibunya sudahberhenti kerja.Setahu Haziqah, Puan Haryati mempunyai dua orang anak.Kedua-duanya lelaki. Suami Puan Haryati pula bekerja sebagai arkitek.Emaknya pernah bercerita tentang anak sulung Puan Haryati yangsering mengurung diri di dalam bilik kerana kecewa akibat kekasih hatiyang berlaku curang. Tetapi Haziqah tidak berminat untuk tahu. Diakini hanya memikirkan Yusri. Itu yang lebih penting.“Macam mana Ziqa? Dapat tak kau hubungi Yusri?” Sumaiyahkawan Haziqah muncul dari muka pintu.Haziqah tersentak. Kepalanya digeleng pantas.“Manalah Yusri pergi ni? Aku risaulah,” adu Haziqah bersamakeluhan kecil.Emaknya, Aminah yang sedang sibuk menyiapkan bunga telurbersama jiran-jiran di satu sudut rumah sekadar memandang ke arahmereka. Kemudian dia menyambung kembali kerja-kerja menyediakanbarang hantaran. Di hati Aminah, perasaan risau turut bertandang.Emak manalah yang tidak risau apabila melihat anak gadis merekagelisah tak menentu?“Aku cuma berharap Yusri ada di waktu pernikahan kami nanti.”Kata-kata Haziqah kedengaran perlahan.“Kau jangan main-main Ziqa! Majlis pernikahan kau sekarang nicuma tinggal dua hari saja lagi.”“Aku tahu!”“Habis tu? Kau kena cari Yusri hari ni jugak. Sekurang-kurangnyakau tahu kat mana Yusri berada!” balas Sumaiyah.Haziqah mengeluh berat. Tiada ucapan yang lahir dari bibirnya.Dia buntu dan gelisah. Kata-kata Sumaiyah seolah-olah menakutkandirinya.“Betul ke Yusri tu ikhlas ajak kau kahwin ni? Entah-entah Yusritu…” ucapan Sumaiyah terhenti.“Entah-entah apa?” tanya Haziqah lantas berdiri.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Fathin Nabila liked this
RozaNa A RaZak liked this
Musafir Senja liked this
Chip Cookies liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->