You are on page 1of 26

Pengenalan

Dalam konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut oleh

pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan

British. Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu

wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke-2, kaum-kaum

cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang

melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina

dan taat setia orang india adalah terhadap negara india. Maka orang melayu sahaja

yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu

penjajah British pada tahaptahap awal.

Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak

dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu mula

sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Dalam pembentukan

dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat

dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan

demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak

dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk

menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan atau kemerdekaan.

Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah

memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan

ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menentang

British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan

dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu.

1
Menurut Walter Theimer dalam bukunya, “Encyclopedia of World Politics” ,

nasionalisme bermaksud satu sentimen kepuakan yang didasarkan atas ciri-ciri

bangsa terutamanya bahasa dan kebudayaan dengan kecenderungan menekankan

perbezaan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Secara ringkasnya,

Sukarno pula menjelaskan bahawa nasionalisme ialah suatu cita-cita yang

mengingini untuk kebaikan bangsa. Nasionalisme menurut DBP ialah perasaaan

cintakan negara sendiri yang mendalam dan pergerakan untuk mencapai kebebasan

ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Kesedaran kebangsaaan pula yang

berkaitan secara keseluruhan nasional semangat.

Nasionalisme sebenarnya boleh didefinisikan sentimen kecintaan terhadap

sesebuah. Sentimen itu hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa sahaja yang

dapat mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi membebaskan tanah air

daripada cengkaman kuasa asing. Semangat nasionalisme ini wujud hasil daripada

keinginan unutk menebus maruah bangsa serta membentuk nasib dan masa depan

sesebuah bangsa dan Negara. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan

“bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu

dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing.

Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah

seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa.

Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identity bangsa yang

berbudaya tinggi. Menurut Karl Max, nasionalisme wujud apabila sesuatu bangsa

dijajah, maka di negara tersebut secara automatik akan lahir dua golongan yang

bertentangan, iaitu satu golongan yang menjajah (menindas) dan satu lagi golongan

yang terjajah (ditindas).

2
Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah mahu mengekalkan

penjajahannya, manakala golongan yang terjajah mahu membebaskan diri

daripadanya. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu tidak banyak

berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Cuma apa yang membezakannya adalah

dari segi corak gerakan kebangsaan itu. Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai

beberapa aliran nasionalisme kerana penduduknya berbilang kaum. Semangat

nasionalisme dalam kalangan orang melayu telah ada sejak campur tangan British

pada tahun 1874.

Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan

ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya

ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh

pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tok

Janggut,Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan

penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini.

Namun begitu, penentangan pembesar-pembesar Melayu gagal membebaskan

Tanah Air daripada belenggu penjajahan British kerana penentangan pembesar tidak

bersifat menyeluruh dan tidak mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, setiap pembesar menentang sematamata untuk menjaga periuk nasi

mereka daripada diancam oleh British. Mereka juga kalah kerana tidak mempunyai

pasukan tentera yang dilengkapi senjata moden berbanding kerajaan British.

Kegagalan mereka tidak mematikan semangat nasionalisme orang Melayu,

sebaliknya orang Melayu memendamkannya ibarat ‘api dalam sekam’. Pada abad ke-

20, semangat nasionalisme orang Melayu semakin bersemarak. Pasa peringkat ini,

strategi yang digunakan adalah berbeza.

3
Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme

a)Faktor luaran

Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu

dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan juga faktor

luaran. Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di luar

Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada perkembangan

semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu. Faktor-faktor luaran menjadi

pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu.

Salah satu factor luaran pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868, Jepun muncul

sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja

Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat

untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru teknologi Barat, sekaligus membuktikan

rakyat Asia bijak. Perkara ini telah mewujudkan Ilham dan keazaman dalam jiwa

rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun terbesar ialah apabila dapat mengalahkan

Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai sedar akan

kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah yang

menjadikanr akyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga

memberi kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu.Dalam

peperangan yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan

Jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan

kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah

sekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan

bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti

Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.

4
Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah

menghasilkan karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang

menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau

daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya daripada bahasa arab.

Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan

perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini

termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula percaya bahawa

dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang

British dari Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di

Tanah Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikh al-Hadi yang mula

menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalam aspek ekonomi dan

sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun mengalahkan kuasa Rusia telah

membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu juga boleh

mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh pihak British.

Selain itu, turut timbulnya Gerakan Kesedaran Kebangsaan China. Pada tahun 1911

berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya

menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China.

Keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang

British.

5
b)Faktor dalaman

Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di

Tanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan

menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu. Antara factor dalaman ialah

agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu

terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan

ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi

dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti

Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu

bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat

mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah

melahirkan kumpulankumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu

untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.

Salah satu factor dalaman ialah penderitaan rakyat akibat dijajah bangsa

asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan

seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu

bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askaraskar wataniah

dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu

setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin organisasi ini juga telah

menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu seperti

Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik

mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu

seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal

ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme

6
Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-

Jepun

dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan

penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam

daging kepada pentadbiran tentera Jepun.

Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangat

nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan British

ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan kaedah pengukuhan

kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak british

kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang

merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha

mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu.

Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu

tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil

dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak British telah mula

membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk mengeksploitasi

sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat melayu

dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun 1921, dimana

daripada jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu, 511000

adalah orang melayu, 495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini

menyebabkan kaum pendatang mula menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum

melayu mulai sedar yang mereka telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi

dan sosial di mana orang bukan melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah

yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati

7
dikalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi

sedikit demi sedikit diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.

Asas perjuangan dan peranan yang dimainkan

a)Asas perjuangan dan peranan majalah

Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3

golongan elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah

yang lebih baik. Kumpulan yang pertama ialah golongan reformis Islam

berpendidikan Arab yang ingin mengetengahkan islam sebagai jalan memajukan

keadaan orang melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi islam yang berlaku

di timur tengah. Kumpulan kedua ialah golongan inteligensia berpendidikan Melayu,

yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang lebih radikal. Kebanyakan

mereka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan elit melayu yang ketiga ialah

golongan birokrasi berpendidikan, mereka terdiri daripada kelompok pentadbir dan

pegawai am dari kalangan bangsawan melayu.

Perkembangan nasionalisme boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap

Pertama dan Tahap Kedua.Tahap Pertama lebih kepada penentangan masyarakat

secara terbuka tetapi bersifat setempat & tidak berorganisasi.Faktorfaktor yang

diketengahkan ialah isu-isu kebudayaan, agama, & hak peribumi.Dipimpin oleh

golongan pertengahan yang berpendidikan Barat & Asia Barat dan lebih menekankan

kesedaran politik. Orang Melayu menuntut hak-hak mereka dikembalikan & taraf

hidup mereka dibaiki. Namun pada tahap ini, mereka tidak meminta kemerdekaan.

Bagi Tahap Kedua pula,Gerakan nasionalisme yang lebih radikal &

berorganisasi. Ini kerana kegagalan dalam sifatnya yang serdehana dalam tahap
8
pertama. Tahap ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan

luas dalam bidang kebudayaan & ilmu pengetahuan Barat supaya menyedari

perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa &

negara. Matlamat mereka ialah menuntut kemerdekaan & membentuk kerajaan

sendiri yang berdaulat.

Terdapat empat motif bagi menggerakkan semangat nasionalisme. Pertama

ialah menentang dan cuba manghalau keluar pihak penjajah yang dianggap

membawa masuk unsur yang mengancam struktur politik dan identity budaya

pribumi. Kedua ialah mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pribumi. Ketiga

ialah mengembalikan tamadun lama dan yang terakhir ialah menegakkan kedaulatan

dan kemerdekaan negara. Selain daripada asas perjuangan yang diterangkan di atas,

majalah turut memainkan peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah

Melayu. Hakikatnya , majalah lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan

bangsa melalui rencana dan puisi..Antara lain,ianya turut menyentuh isu-isu

kemajuan bangsa dalam semua aspek. Antara majalah yang diterbitkan ialah Majalah

Guru,Pengasuh dan Bulan Melayu. Dalam majalah guru yang telah dikarang oleh

Muhammad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid, isu

pendidikan anak-anak melayu dan membaiki taraf hidup orang melayu telah

dibangkitkan. Semangat cinta akan Negara dan menentang penjajahan telah

ditiupkan ke dalam jiwa orang melayu. Majalah ini turut mewujudkan perpaduan

dalam kalangan guru sebagai pemimpin untuk memartabatkan bahasa . Secara tidak

langsung majalah ini dapat memajukan bahasa dan sastera melayu. Majalah

pengasuh yang dikarang oleh Dato’ Nik Mohamad pula telah membangkitkan isu

seperti memperluas ilmu dalam semua bidang dan menggesa orang melayu menjauhi

sifat buruk. Majalah ini turut membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif

9
bagi kemajuan ummah serta memberikan penafsiran kepada persoalan orang islam .

Antara lain ialah menggalakkan pendidikan di kalangan orang melayu. Sebaliknya,

Bulan Melayu yang dikarang oleh Zainon Sulaiman telah membangkitkan isu tentang

mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai islam dan budaya timur dan

menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa. Secara tidak langsung

dapat menggalakkan golongan wanita mendapat pendidikan tinggi unutk kemajuan

diri. Majalah ini juga menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu

Johor . Novel juga turut memainkan peranan yang hampir sama dengan majalah.

Sebagai contoh ialah novel Keris Melaka. Isu yang dibangkitkan ialah isu menanam

semangat perjuangan menentang penjajah dan menggunakan sejarah sebagai

inspirasi perjuangan. Bagi novel Anak Mat Lela Gila pula lebih kepada menghargai

warisan bangsa. Berlainan dengan novel Melor Kuala Lumpur,novel ini mengisarkan

tentang kebanggaan dengan pencapaian dan kebolehan sendiri. Bagi novel Putera

Gunung Tahan, ianya mengisahkan emansipasi wanita.

10
b)Peranan akhbar

Akhbar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme.

Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang

menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah

dibangkitkan di dalam akhbar. Isu-isu yang dibangkitkan ialah memajukan

pendidikan orang melayu dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi

dalam urusan British. Dari segi ekonomi,mereka meminta supaya British

mengurangkan kadar kemasukan orang dagang. Dari segi politik,mereka menyeru

orang melayu bersatu dan mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja

melayu. Antara lain,turut terdapat tulisan Zaaba di dalam Al-Imam dan Mohd. Eunos

Abdullah, yang menjadi penyunting Utusan Melayu versi sisipan akhbar Inggeris

‘Free Press’. Tulisan-tulisan itu membawa aliran menyeru orang Melayu supaya

bersatu dan membina jati diri masing-masing. Aliran itu cepat meninggalkan kesan

di hati umat Melayu yang sebelumnya terlowong kosong.

Utusan Melayu versi sisipan itu misalnya, dengan cepat menjadi bahan

bacaan di kedai-kedai kopi, dan ianya dibaca dengan kuat. Tujuannya tentulah

supaya isi yang dibaca itu dapat dikongsi oleh semua Melayu lain yang

mendengarnya. Aliran kesedaran itu bertapak semakin kukuh pada sekitar tahun

1930-an. Banyak tulisan-tulisan Ibrahim Yaakob menyebut bahawa pada dekad

itulah orang Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh

pendatangpendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan

11
membenci pada orang asing mula bertunas. Hasil daripada kesedaran itu muncullah

seorang demi seorang nasionalis Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada

kalangan ulama dan mereka yang terlibat dalam bidang persuratan dan

persuratkhabaran. Melalui nasionalis-nasionalis awal ini semangat kebangsaan mula

tersebar. Melalui mereka Melayu mula sedar bahawa mereka berada di suatu garisan

yang menuntut kebangkitan segera. Waktu itu mereka seakan tidak mempunyai

pilihan lagi selain daripada bangun berdiri atau terus lena dan dipijak lumat. Seruan-

seruan yang mengajak Melayu bersatu muncul dengan banyaknya.

Pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar

ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi,

Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass

Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan pandangan

dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat di samping

membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa

mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Akhbar ini

ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh

akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Al-

Ikhwan diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari

tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan

agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al- Imam. Al-Ikhwan mempunyai

banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi

kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar

dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam.

Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan.

Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula

12
ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang

perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan

gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman

dan Mastika. Selain itu, Warta Sarawak merupakan lambang kesedaran dan

kebangkitan semangat kebangsaan masyarakat Melayu di Sarawak . Antara lain

akhbar ini mendesak kerajaan supaya meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu

dan menyeru kepada orang Melayu supaya tidak menjual tanah dan bergiat dalam

bidang perniagaan.Selain akhbar yang disebut, terdapat juga akhbar Warta Malaya

(1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak Lembaga Malaya,Majlis dan sebagainya.

Syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu juga

ditubuhkan. Contohnya ialah Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong

Penegeri yang diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang. Bagi Jawi Peranakan pada

tahun 1876 ialah Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor,

Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu

dan Taman Pengetahuan.

Terdapat juga akhbar Orang Cina. Orang Cina terbitkan akhbar sebelum

Perang Dunia II. Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh

dan Modern Daily News. Pada tahun 1881 akhbar Lat Pau telah diterbitkan. Ianya

melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu. Ianya

juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China. Terdapat juga akhbar

berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan

Nyonya). Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar

Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan. Pada tahun 1884 akhbar Bintang Timor

13
diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani

melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang.

Pada tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Peranakan yang membicarakan

hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British

sebagai pemerintah Tanah Melayu. Turut tidak ketinggalan ialah Akhbar Orang India

. Akhbar yang diterbitkan ialah akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil

Murasa. Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur.

Ianya melaporkan berita tentang kegiatan social dan ekonomi orang India di Tanah

Melayu dan juga peristiwa yang berlaku di negara India. Terdapat juga akhbar

berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan. Antaranya ialah Jawi

Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri. Pada tahun

1888 akhbar Sekolah Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah

Melayu.

14
c)Peranan badan-badan dan kesatuan

Persatuan- persatuan yang dibentuk oleh orang melayu bermula pada abad

ke-20. Ianya banyak membincangkan persoalan ekonomi,pendidikan,bahasa

sastera,perpaduan,dan pembelaan politik. Antara persatuan yang aktif ialah Kesatuan

Melayu Singapura (KMS), PASPAM, Persatuan Negeri, KMM, dan Kongres

Melayu. Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah

diperjuangkan oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan

Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu

Singapura (KMS) yang dianggotai oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan,

wartawan dan peniaga . KMS memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang

masih mundur dalam semua

bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yang

sedikit bilangannya dilindungi.

Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk menggalakkan orang Melayu

melibatkan diri dalam pemerintahan.Ia juga sebagai perantaraan antara orang Melayu

dengan penjajah Inggeris. Antara lain ialah menggalakkan orang Melayu

menumpukan perhatian terhadap negeri dan hak-hak mereka serta memajukan orang

Melayu dalam bidang siasah (politik) dan pelajaran. Ianya juga dapat menggalakkan

orang Melayu mendapat pelajaran tinggi dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai

15
bidang.Selain itu, turut menjadi perantaraan bagi orang Melayu menyuarakan

kehendak mereka kepada Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjaga kepentingan

orang Melayu di Singapura. KMS menggesa orang Melayu bersatu-padu dan

bekerjasama demi kepentingan orang Melayu. KMS Berjaya mendesak Kerajaan

Selat memberikan sebuah kawasan untuk orang Melayu Tanah kawasan itu seluas

251 hektar. Kawasan itu telah didirikan Kampung Melayu. Selain itu, KMS juga

mendesak Kerajaan Negeri Selat menubuhkan Sekolah Pertukangan bagi orang

Melayu pada tahun 1929. Kejayaan KMS di Singapura adalah besar sehingga

cawangan-cawangannya ditubuhkan di Pulau Pinang dan Melaka dalam tahun 1937.

Keseluruhannya, penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa orang

Melayu untuk memperjuangkan kebebasan dan kepentingan orang Melayu.Bagi

Kesatuan Melayu Singapura, Eunos tentulah merupakan presiden pertubuhan politik

Melayu yang pertama juga.

Bagaimanapun peranan Eunos dalam meniupkan semangat nasionalisme

tidaklah begitu ketara kerana oleh banyak kalangan, dia dianggap Melayu yang taat

pada Inggeris. Apa juga yang tersirat di sebalik usaha menubuhkan Kesatuan Melayu

Singapura, ia tetap merupakan langkah yang baik ke arah penyatuan Melayu. Dan

langkah itu meninggalkan kesan ke atas perjuangan Melayu. Walaubagaimanapun

perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan

politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari

pemerintah Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun

1930-an apabila Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang

menunjukkan sikap menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.

Pada penggal kedua 1930-an muncul sebuah lagi organisasi tidak rasmi

16
yang menjadi tempat Melayu menghimpunkan suaranya. Persatuan Sahabat Pena

Malaya (PASPAM) telah ditubuhkan pada 7 April 1934. Dinamakan Sahabat Pena,

organisasi itu berjaya mengumpulkan belasan ribu ahli, yang kebanyakannya terdiri

daripada anak-anak Melayu dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah yang

menyedari akan pentingnya mempertahankan hak. Ianya dikendalikan oleh akhbar

Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis, berkenalan dan

bertukar pendapat antara satu sama lain bagi memajukan diri sendiri dan

bangsa.Secara tidak langsung telah mengeratkan lagi perpaduan antara ahlinya.

Kerana itulah organisasi ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada ahlinya.

PASPAM merupakan sebuah parti yang menjadi asas kepada kesedaran perpaduan.

Pada tahun 1939 Sahabat Pena dikatakan mempunyai ahli lebih 12,000 orang jumlah

yang tidak boleh dipandang kecil jika diambilkira latar belakang komunikasi pada

waktu itu.

Kesedaran Melayu untuk bangkit dan bersatu itu bukanlah kerana pendidikan

dan bukan kerana ilmu. Majoriti Melayu tidak berpeluang menimba ilmu sehingga

mampu mencetuskan kesedaran sedemikian di jiwa mereka. PASPAM merupakan

pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah Melayu. Pertubuhan ini

membolehkan kaum Melayu dari seluruh negara bertemu dan mencari penyelesaian

kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum Melayu. Sebagai satu cara untuk

menegaskan kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya, persatuan ini

menganjurkan cogan kata “Hidup Bahasa,

Hiduplah Bangsa”. Pada bulan November 1934, PASPAM telah mengadakan

persidangan kebangsaannya yang pertama di Taiping. Persidangan ini merupakan

mesyuarat pertama di peringkat kebangsaan yang diadakan di kalangan orang

Melayu. Sungguhpun tiada sebarang keputusan tetap diambil dalam persidangan

17
tersebut tetapi ia merupakan pendorong yang membawa kepada pertambahan

anggotanya.

Persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan

SerembanMenjelang bulan Mei 1935, PASPAM mempunyai keahlian lebih daripada

1000 orang di seluruh Tanah Melayu dan ini meningkat kepada hamper 10000 orang

ahli menjelang pertengahan tahun 1937 dan seterusnya meningkat lagi menjadi

12000 orang. Pemimpin-pemimpin utama PASPAM ialah Syed Alwi, S.M. Zainal

Abidin, Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohammad Hashim.

Walaubagaimanapun, menjelang tahun 1940 perpecahan telah berlaku di kalangan

pemimpin PASPAM kerana kebanyakan mereka tidak puas hati terhadap pemimpin

pusat Pulau Pinang yang terdiri daripada mereka yang berketurunan Arab dan India

Islam. Namun demikian, PASPAM telah memainkan peranan penting dalam

perkembangan nasionalisme Melayu.

Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kuala Lumpur.

Pemimpin-pemimpin utamanya berasal daripada golongan pemerintah yang

kebanyakannya berpengetahuan Inggeris. Antaranya ialah Tengku Ismail bin Tengku

Mohammad Yassin, Raja Bon bin Raja Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang dan Raja

Uda bin Raja Mohammad. Pertubuhan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan

politik. Tujuan-tujuannya ialah untuk mendesak Kerajaan Inggeris supaya

menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri Selangor dan memperbaiki taraf pendidikan,sosial dan kebajikan orang

Melayu . Mereka meminta agar memperuntukkan jawatan-jawatan penting seperti

Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah tinggi untuk orang Melayu.Mereka

turut mahu memperluaskan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi bagi

orang Melayu.

18
Keanggotaan askar melayu juga mulai bertambah dan menubuhkan angkatan

laut dan udara Tanah Melayu. Persatuan ini juga telah membuat beberapa bantahan

dan permintaan terhadap Kerajaan Inggeris. Antaranya ialah membantah cadangan

Inggeris untuk menubuhkan sebuah universiti pada tahun 1938 kerana orang Melayu

yang layak memasuki universiti masih belum mencukupi.Kemudian, mereka turut

membantah Undang-undang Simpanan Tanah Melayu yang dianggap sebagai satu

cara Kerajaan Inggeris untuk menyekat kegiatan ekonomi orang Melayu.Selain itu,

mereka juga mendesak Kerajaan Inggeris supaya bilangan askar Melayu

diperbesarkan lagi sehingga menjadi 10 batalion dan sebuah angkatan udara dan laut

Melayu ditubuhkan. Dalam usaha menjalankan aktiviti-aktiviti ini, Persatuan Melayu

Selangor telah menumpukan taat setia kepada Raja-raja Melayu dan kepada

pemerintahan Inggeris.

Persatuan Melayu Perak pula ditubuhkan pada 18 September 1939 di Ipoh

oleh 104 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Pemimpin-pemimpin yang utama ialah Wan Mohammad Nur bin Wan Nasir dan

Dr. S. Kassim. Persatuan Melayu Perak merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat

sederhana. Ia tidak mahu terlibat dalam bidang politik tetapi menumpukan perhatian

terhadap kegiatan untuk membaiki taraf sosial dan ekonomi orang Melayu di Perak.

Tujuan-tujuan utama persatuan ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara

ahli-ahli.Selain itu turut dapat meninggikan taraf pendidikan dan ekonomi orang

Melayu serta menggalakkan ahli-ahli melahirkan taat setia kepada kerajaan dan

raja.Mereka juga mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk memajukan

kepentingan orang Melayu.Sikap sederhana, dasar kerjasama serta sikap tidak mahu

terlibat dalam hal politik yang didukung oleh Persatuan Melayu Perak dikecam oleh

19
akhbar Majlis. Akhbar Majlis menyatakan bahawa Persatuan Melayu Perak yang

tidak berbau politik tidak dapat memperbaiki keadaan orang Melayu.

Persatuan Melayu Pahang pula ditubuhkan pada bulan Mac 1938 di bawah

pimpinan Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad, seorang kerabat raja. Tujuan

persatuan ini ialah untuk memperjuangkan kemajuan sosioekonomi orang Melayu

dan menyampaikan masalah orang Melayu kepada Kerajaan Inggeris.

Persatuan Melayu Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 9 September 1938.

Pemimpin utamanya ialah Tengku Mohammad Nasir dan Raja Nordin bin Haji

Mohammad Tahir. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menjaga dan memajukan

kepentingan orang Melayu di Singapura.

Kemudiannya, Persatuan Melayu Kelantan ditubuhkan pada 20 April 1939.

Pemimpin utamanya ialah Nik Yahya bin Nik Daud, Haji Othman bin Tahir dan

Ahmad Ismail. Anggota-anggotanya terdiri daripada golongan kelas atasan yang

berpendidikan Inggeris. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menyatukan orang

Melayu dan berikhtiar memajukan keadaan ekonomi dan sosialnya.

20
Penentangan Oleh Pejuang-Pejuang Tempatan

Pejuang & lokasi Faktor-faktor penentangan


Naning -Pihak British mengarahkan cukai di
Dol Said bayar satu persepuluh daripada hasil

Naning

-Dakwaan Naning sebahagian daripada

Melaka

Sarawak -James Brook meluaskan Sarawak


-Linggir Rentap -Tanggapan orang Iban adalah lanun
-Syarif Masahor -Pembesar tempatan hilang kuasa
-Datu Patinggi Abdul Ghafur
Sabah -SBUB tidak menghormati kedudukan

-Mat Salleh Mat Salleh sebagai pembesar Tambunan

-Antamon dan Sungai Siput

-Penguasaan SBUB terhadap kawasan

Mat Salleh

-SBUB mungkir janji untuk

menyerahkan kuasa mentadbir kepada

21
Mat Salleh
Perak -Tindakan J.W.W Birch menghapuskan
Dato Maharaja Lela amalan orang suruhan di Perak telah

menyebabkan beliau menemui ajal


Negeri Sembilan -Menentang kemasukan British di
-Yam Tam Antah Sungai Ujong

-Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggul


Pahang -Pengenalan undang-undang British
-Dato’ Bahaman -Sistem kehakiman cukai
-Mat Kilau -Sistem cukai dan pungutan hasil tanah
-Tok Gajah -Pembinaan balai polis di Lubok Terua
Kelantan -British memaksa penduduk tempatan
Tok Janggut menerima system cukai tanah dan cukai

tanaman

-Pembayaran cukai di pejabat daerah

dibuat pada waktu pejabat yang

menyusahkan penduduk tempatan kerana

terpaksa meninggalkan pekerjaan harian

-Penduduk yang gagal membayar cukai

akan didenda atau disaman


Terangganu -Perlaksanaan system cukai baru yang
Haji Abdul Rahman Limbong bertentangan dengan amalan tradisi

penduduk tempatan

-Penngenalan undang-undang tanah yang

menyekat kebebasan memburu,memiliki

tanah dan mengambil hasil hutan

22
Kesan terhadap perkembangan nasionalisme Negara

Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak Berjaya

membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan ini

berjaya meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada kemerdekaan

pada tahun 1957. Kesan yang pertama ialah, fahaman kebangsaan, kedaerahan dan

kenegerian dapat dihapuskan dan diwujudkan pula semangat kekitaan. Kesan kedua

ialah orang melayu amat menyedari bahawa mereka memang ketinggalan dalam

bidang ekonomi di negara mereka sendiri berbanding dengan kaum imigran.

Seterusnya, mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian

mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-

anak mereka ke sekolah-sekolah melayu dan inggeris. Kesan akhir dan terpenting

ialah kegiatan pergerakan kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke

dua terutamanya yang berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar,

sehingga Berjaya mendapat kemerdekaan dari pihak inggeris. Antara lain ialah

kemunculan partiparti– parti politik yang tersusun seperti Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perpaduan

kaum juga dapat diwujudkan kesan daripada perkembangan nasionalisme ini.

23
Tokoh – Tokoh Kemerdekaan Tanah Melayu

Dato Onn Jaafar Tunku Abd Rahman

Tun Sambanthan Tun Tan Cheng Lock

24
Kesimpulan

Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia

(Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan

penentangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di

Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu. Hakikatnya,

penduduk Tanah Melayu tidak pernah memikirkan untuk keluar daripada kepompong

penjajah secara serius sebelum memasuki abad ke-20. Penentangan terhadap

penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifat individu. Kepentingannya juga

adalah kepentingan individu, atau paling lebih kelompok kecil yang diwakili oleh

individu itu,bukannya bangsa Melayu secara keseluruhan. Walaupun kebanyakkan

gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan

daripada orang Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun

gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan

nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses

kemerdekaan. Perlu diingatkan, kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah

satu proses yang mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat

dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

25
Rujukan

Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia,

MacMillan Publishers, Kuala Lumpur, Bab 7.

John Bastin dan Harry J. Benda, 1972,Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur,

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik

Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.

R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, 1985, Nasionlisme Satu Tinjauan

Sejarah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya,

Tan Ding Eing, 1975/1979 Sejarah Malaysia Dan Singapura, Penerbit Fajar

Bakti,

William R Roof, 1967 The Origins Of Malay Nationalism, Universiti Malaya Press,

Kuala Lumpur.

26

You might also like