You are on page 1of 4

Pentaksiran Dalam Pemulihan – Part 

1
19 Ogos 2009 cikgu 3 comments

Salam sejahtera…

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan
khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan.

Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang
dikumpulkan melalui proses pentaksiran.

Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu.

Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru
memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain.

Apabila pengajaran dan langkah2 yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai
keberkesanan perancangan dan pengajarannya.

Definisi

 Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas boleh didefinisikan sebagai satu proses
mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pemulihan Khas

Dalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli
professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami
masalah dalam pembelajaran.

Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan
adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi.

Antara keputusan yang perlu dibuat termasuklah :

1. Siapakah di antara murid di sekolah anda yang mungkin menghadapi masalah dalam
pembelajaran dan perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?
2. Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan tersebut dan apakah
kelemahan dan kekuatan murid tersebut?
3. Prestasi dalam bidang apakah yang terjejas akibat masalah-masalah yang dihadapinya?
4. Apakah jenis penempatan pendidikan pemulihan yang sesuai untuk murid tersebut dan
apakah kemahiran-kemahiran yang perlu diajar kepada murid tersebut?
5. Apakah perkhidmatan khusus yang perlu disediakan untuk membantunya mencapai
kemahiran-kemahiran yang diajar pada tahap optimum?
6. Adakah nampak keberkesanan selepas pengajaran dan perkhidmatan disediakan?
7. Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan
dengan sesuatu program yang baru atau pelajar tersebut diletakkan semula dalam arus
perdana.

Semua keputusan yang tersebut di atas dapat dibuat dengan bijak dan tepat dengan bantuan
maklumat yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan penilaian.

Pentaksiran Dalam Pemulihan – Part 2


24 Ogos 2009 cikgu 1 komen

Salam sejahtera..

Semoga di bulan yang mulia ini, segala ‘tugas’ yang kita sedang jalankan sentiasa mendapat
keberkatan daripada-NYA.

Pada paparan sebelum ini, saya ada sentuh isu pentaksiran dari segi definisi dan kepentingannya
dalam pendidikan Pemulihan. Kali ini, saya akan sentuh isu yang sama dalam bahagian :
Kategori dan Jenis Pentaksiran.

Istilah Maksud
Ujian standard atau formal  Ujian yang telah disiap bina
 Ujian mempunyai skor yang perlu dicapai
oleh pelajar dan guru untuk perbandingan
prestasi

Ujian tidak formal  Dijalankan pada bila2 masa mengikut


keperluan
 Dijalankan secara individu atau kumpulan.
 Lisan atau kumpulan.
 Tidak melibatkan kemahiran atau unit
tertentu
 Dibina oleh guru
 Tidak mempunyai arahan atau prosedur

Ujian Kumpulan  Dijalankan dalam kumpulan semasa P&P


 Boleh dalam bentuk formal atau tidak formal
 Tiada arahan tertentu

Ujian individu  Dijalankan secara individu dalam p&P


 Tiada arahan tertentu
 Soalan dibina oleh guru

Ujian berdasarkan kurikulum  UPSR, PMR, SPM,STPM


 Ujian yang dijalankan berdasarkan
kandungan kurikulum yang digunakan di
sekolah

Ujian formatif  Untuk mengesan kemahiran yang telah


dikuasai oleh murid setelah sesuatu
kemahiran diajar.
 Ujian ini dijalankan dengan kerap

Ujian sumatif  Ujian yang merumuskan pencapaian murid


setelah satu unit pengajaran dijalankan
 Satu gred diberikan sebagai tanda tahap
pencapaian murid

Ujian saringan  Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti


kanak2 yang berisiko menghadapi masalah
pembelajaran.
 Ditadbirkan kepada semua murid termasuk
murid normal (jika perlu).

Ujian diagnostic  Dijalankan untuk mengenal pasti dengan


lebih terperinci masalah dalam pembelajaran
yang dihadapi oleh murid
 Selepas ujian diagnostic dijalankan, jenis dan
ciri masalah yang dihadapi pelajar dapat
diketahui.

Ujian ‘speed’  Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa


yang agak terhad.
 Contohnya : ejaan, tulisan, bacaan
 Tidak formal

Ujian ‘power’  Kekuatan murid menguasai sesuatu


kemahiran.
 Kekuatan ingatan tentang sesuatu topic yang
telah dipelajari.
 Ujian yang menggunakan masa yang agak
lama untuk dihabiskan.
 Biasanya item agak sukar sedikit.
 Contohnya, menulis karangan, laporan,

Sekian,

You might also like