You are on page 1of 38

Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan.

Pertanian dalam kehidupan manusia telah bermula sejak dari Nabi Adam lagi.
Pertanian menjadi nadi kepada kehidupan manusia dengan membekalkan makanan dan
mengekalkan sistem alam sekitar yang wujud di dunia ini. Kepentingan pertanian tidak
boleh digantikan dengan kecanggihan bidang lain. Kepentingan bahan makanan bukan
sahaja terhad untuk memenuhi keperluan individu tetapi turut menentukan tamadun
sesebuah negara. Pada masa ini, terdapat arah aliran yang menunjukkan peningkatan
pengeluaran makanan yang dihasilkan melalui kemajuan teknologi di beberapa buah
negara didunia. Misalnya seperti Thailand dan Jepun. Pengeluaran hasil tanaman berlaku
selari dengan penggunaan input yang tinggi.

Kelapa sawit

Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang
berkembang pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan
juga tinggi. Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter.
Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila
masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya
mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun,
dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu
bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan
arang.

Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada
ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan
tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan
oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.

1
Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan
tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan pisifera (tiada
tempurung).

Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana
perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga betina
yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum
matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya
banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur.

Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh :

• Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912


• Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai
tahun 1969
• Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979
• Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000.

Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat kali ganda,
berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun wujud progeni dan pokok
individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun, namun masih wujud
ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar
setahun.

Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera, terutama
dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman
di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak
meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun hasil minyak telah dimajukan
daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar setahun (D x P).

2
Inovasi dan teknologi pengeluaran produk makanan dari minyak sawit

Kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya Selain digunakan sebagai minyak masak,
minyak sawit berjaya doinivasikan untuk menghasilkan produk makanan. Antara
barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah dapat menghasilkan :

Aiskrim

Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam
pengeluaran aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam
pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan
alternatif. Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim
bukan sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak.

Konfeksi

Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk


menggantikan secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan
produk coklat dan konfeksi. Melalui proses pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung
sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang
diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir
menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana bahan
berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat
bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.

Krimer

Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan
secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan
berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam
penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan.

Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk
menghasilkan bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan, satu ciri yang

3
mampu mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Secawan kopi yang
menggunakan krimer berasaskan sawit lebih enak, berperisa dan memuaskan cita rasa
peminumnya.

Serbuk santan

Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk


menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang
diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan
pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit
menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya.

Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana
ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak tengik)
daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan
tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada suhu
15ºC pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Sosej dan burger

Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi


menggantikan lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej,
burger, bebola daging dan ayam, serta nugget. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia
dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam.

Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak makanan,
malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa kolesterol dan mikrob
makanan perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati.

Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang
dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. Bagaimana dengan sejumlah
20% lagi? Selebihnya adalah untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan
yang akan dibincangkan minggu hadapan.

4
Koko

Di Malaysia, kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun
1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan
Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara
tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di
Jerangau, Terengganu.

Percubaan penanaman koko seterusnya dijalankan di Serdang, Cheras, Kuala Lipis dan
Temerloh di antara tahun 1936 hingga 1940. Walau bagaimanapun, penanaman koko
secara aktif hanya berlaku selepas perang dunia kedua. Koko secara rasminya ditanam di
Quoin Hill, Tawau, Sabah pada tahun 1960.

Produk-produk hasil dari biji koko kemudiannya diadun dengan susu dan gula untuk
menghasilkan coklat. Semasa penghasilan coklat, proses conching dilakukan untuk
menyebatikan lagi adunan coklat. Di samping itu, proses ini dapat mengurangkan rasa
pahit dan menambahkan lagi citarasa dan tekstur coklat.

produk-produk koko dan coklat daripada kovertur hingga ke pralin. Produk ini
diformulasikan daripada pelbagai bahan mentah seperti koko pejal, lemak koko, gula dan
serbuk susu.

Kovertur

5
Produk kovertur yang dihasilkan adalah daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi
dan diformulasi mengikut resipi yang dikenalpasti tinggi mutunya.

Kompoun

Produk kompoun yang mana mempunyai penampilan seperti coklat tetapi mengandungi
lemak sayuran yang menggantikan lemak koko. Produk ini adalah sesuai untuk penyalut.

Pralin

Produk pralin yang mempunyai pelbagai jenis inti seperti almond nut, hazel nut, raisin,
orange peel dan truffle dengan rasa unik, sesuai untuk setiap peringkat umur.

Lembaga Koko Malaysia telah menerima dua anugerah iaitu 'Anugerah Terbaik' dan
'Anugerah Medal Emas' sempena Expo Teknologi Malaysia (MTE) 2008, yang
berlangsung pada 21-23 Februar 2008, di Kuala Lumpur. Inovasi yang menerima
anugerah ini adalah mesin COBRE (Pemecah Buah Koko LKM). Mesin ini telah
meningkatkan kecekapan pemecahan buah dan pengasingan biji koko dengan

6
menjimatkan tenaga lima orang pekerja yang melakukannya secara manual.

Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menerima Anugerah Inovasi Penyelidikan


Bersama Antara Sektor Awam Dengan Sektor Swasta (AIPB). Majlis Penyampaian
Anugerah telah diadakan pada 29 Oktober 2007 sempena Konvensyen KMK Kebangsaan
Ke-24, di Kota Bharu, Kelantan.
Inovasi yang dicalonkan ialah 'Agen Kawalan Biologi Lembaga Koko Malaysia'. Inovasi
tersebut adalah atas usahasama LKM dengan Ong Chong Lim Plantation Sdn. Bhd. dan
Suraiya Construction (Plantation) Sdn. Bhd.

Biskut
Kek

Koko

Minuman Coklat Serbuk

7
Padi

Padi merupakan bahan makanan yang menghasilkan beras. Bahan makanan ini
merupakan makanan ruji bagi sebahagian besar penduduk di Asia terutamanya penduduk
Asean termasuklah Malaysia. Padi adalah salah satu bahan makanan yang mengandungi
gizi dan penguat yang cukup bagi tubuh manusia, kerana di dalamnya terkandung bahan-
bahan yang mudah diubah menjadi tenaga. Oleh sebab itu padi juga disebut sebagai
bahan ,akanan tenaga. Setiap orang dewasa memerlukan 1821 kalori setiap untuk
menjalankan aktiviti harian. Ini bermakna beras yang diperlukan ialah 0.88kg.
Beras mengadungi berbagai zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Antara lain
ialah Karbohidrat, protein, lemak, serat kasar, abu dan vitamin. Di samping itu beras juga
mengandungi beberapa unsur mineral, antaranya calsium, magnesium, sodium, fusfor dan
sebagainya.
Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar perlahan
iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan pada tahun 2003 berbanding
dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta
tan setahun untuk 27 juta penduduk (pada tahun 2010). Jika pengeluaran beras Negara
tidak dapat ditingkatkan, negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk
keperluan penduduknya.
Selain dari beras untuk dijadikan makan yang dimasak, ianya juga boleh dijadikan
makanan lain hasil dari inovasi dan kajian yang dijalankan seperti tepung beras,
meehoon, cucur dan emping padi.

8
Produk yang dikomersilkan

RBM – Rice Bran Malaysia – Menghasilkan produk nutraceutical dari beras


tempatan ( Ubat-ubatan)
Makanan untuk kesihatan – kurang kolestrol, anti kanser.
Sesuai dijadikan bahan utama dalam pembuatan kek dan biskut

Ternakan
Dalam dekad pertama abad ini (2000) pengeluaran dalam negara bagi produk tenakan
seperti susu, daging lembu dan telur telah meningkat. Manakala pengeluaran daging
kerbau, kambing dan biri-biri pula menurun. Walaubagaimanapun, di samping
pertambahan penduduk, penggunaan per kapita bagi produk tersebut tyryt meningkat. Hal
ini menyebabkan tahap sara diri bagi keperluan susu dan daging juga menurun. Tahap
sara diri bagi keperluan telur, daging ayam dan khinzir pula melebihi keperluan tempatan
dan telah dieksport sejak dua dekad yang lalu.
Daging, telur dan susu adalah merupakan sumber protin penting bagi manusia.
Kebiasaannya sumber protin dari hasil ini akan dimasak untuk memudahkan pencernaan
dan ini sebenarnya mengurangkan kandungan protin dalam makanan. Pada masa ini
ramai pengguna yang mengambil berat tentang kandungan nutrient dalam makanan.
Pengambilan kalori, lemak dan kolestrol yang berlebihan sering dikaitkan dengan
pemakanan berasaskan ternakan.

9
Salah satu inovasi yang dijalankan ialah melibatkan teknik pengasingan nutrient
dan bioteknologi yang dapat menghasilkan baka ternakan yang tinggi kadar dagingnya
dan kurang kandungan lemaknya. Kandungan lemak dalam susu bagi baka lembu tenusu
bagi baka lembu tenusu yang dimajukan seperti Fresian adalah merupakan penghasilan
baru yang berjaya mengatasi masalah lemak.
Selain itu , kajian terkini juga telah berjaya menghasilkan telur yang rendah
kandungan kolestrol dan kaya dengan omega 3. telur yang dihasilkan ini adalah
merupakan ‘makanan sihat’ yang kian popular, terutamanya di kalangan mereka yang
mengidap sakit jantung.
Beberapa produk inovasi daripada hasil ternakan ialah Burger yang diproses dari
daging arnab, burung unta, rusa, unta dan ayam belanda. Walaupun produk ini masih
belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia , ianya dilihat amat
berpotensi untuk dikembangkan kerana daging ternakan ini rendah kandungan kolestrol.
Produk inovasi lain dari hasil ternakan ialah satey, sosej, daging yang ditinkan dan
daging jeruk.

Satay
Perisa
Sardin

Daging

Daging burger Nugget

10
Buah-buahan
Buah-buahan adalah salah satu pengeluaran pertanian yang menyumbang kepada
ekonomi Malaysia. Walaupun Peratusannya kecil tetapi ianya masih dianggap penting
dan memerlukan beberapa pembaruan terutama dari segi pengeluaran hasil selain dari
bentuk segar. Didapati bahawa aliran bagi kuntiti perdagangan buah-buahan segar
Negara ini masih ditahap rendah jika dibandingkan dengan kuantiti pengeluaannya.
Pergantungan kepada jualan hasil segar mesti dikurangkan tetapi sebaliknya perlukan
inovasi supaya dapat diproses supaya kelihatan seperti menikmati buah-buahan segar.
Walaupun aliran kuantiti perdagangan buah-buahan segar tropika dunia berada
pada tahap yang baik namun tahap pengeluaran bagi pasaran segar buah tropika masih
jauh ketinggalan jka dibandingkan dengan pengeluaran untuk pasaran buah-buahan
negara barat. Ini memberikan makna kepada Malaysia supaya membangunkan segera
bidang kajian terhadap buah-buahan tempatan yang kebanyakan jagkahayat buah-buahan
yang pendek bagi diurusniagakan dalam bentuk segar,
Kajian yang telah dilakukan terhadap beberapa jenis buah-buhan seperti pisang,
nenas , betik, mempelam, jambu-batu, tembikai, nangka, duku langsat, durian, rambutan
dan lain-lain telah menghasilkan produk inovasi untuk dimakan dalam jangka masa yang
lebih lama. Antara hasil inovasi buah-buahan sebagai bahan makanan ialah:

Inovasi Buah-buahan dijadikan kerepek


Kerepek ialah makanan ringan yang digemari ramai,tidak mengira usia sama ada
tua, muda atau kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis kerepek di pasaran seperti kerepek
pisang, ubi kayu, kentang dan keladi. Tetapi pernahkah kita terfikir yang buah-buahan
nangka, nenas, mangga, betik, dan jambu batu juga boleh dijadikan kerepek dan rasanya
sungguh enak.
Dengan perkembangan pengeluaran dalam bidang sains dan teknologi
pemprosesan makanan , satu teknologi baru telah dihasilkan dalam penggorengan
makanan yang dikenali sebagai penggorengan vakum. Dengan menggunakan alat ini
buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti nangka boleh
dijadikan kerepek yang sedap dimakan.

11
Kerepek buah, hasil daripada penggorengan vakum, menjadi pilihan mereka yang
mementingkan kesihatan, di samping menikmati makanan berkualiti tinggi walaupun
harganya mahal sedikit berbanding dengan kerepek biasa ataupun makanan ringan lain.
Satu lagi kelebihan produk ini ialah ia tidak memerlukan bahan pengawet atau tambahan
perisa dan pewarna makanan tiruan, MSG dan sebagainya.

Jem
Minuman

Buah campuran
Buah-buahan

Jus

Tepung Cucur Tin

Sayur-sayuran

Industri sayur-sayuran telah mencatatkan perkembangan sebanyak 7.2% setahun. Fokus


kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran pada tahap optimum.
Pada masa ini pengeluaran hasil sayur-sayuran adalah pada peringkat memenuhi
keperluan pengguna. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana :

• Mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori


• Kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian
• Sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata,
tulang dan otak

12
Antara produk inovasi hasil sayur-sayuran untuk dijadikan sumber makanan ialah :

Sos spageti Kapsul sayuran


Inovasi
Hasil
Sayur-sayuran

Kerepek keledek
Jejari ubi kayu

13
INOVASI PERIKANAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Terdapat kira-kira 20,000 spesies ikan di dunia. Sekitar 8,000 spesies hidup di
pelantar benua laut tropika, berbanding 1,150 di pelantar benua di persekitaran
air yang lebih sejuk. Manakala lebih 100 spesies lagi boleh ditemui di mana-
mana laut tropika di dunia ini, 14 daripadanya mempunyai habitat di perairan laut
pantai dan selebihnya adalah kumpulan ikan yang berhijrah atau kumpulan ikan
palagik.

Keperluan ikan negara pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 1.9 ribu m/tan.
Sasaran pengeluaran akuakultur negara pada tahun 2010 ialah sebanyak 600
ribu m/tan atau 30% daripada keseluruhan keperluan ikan negara.

Sistem perikanan yang terdapat di Malaysia

Ternakan Air Tawar

Ternakan air tawar menyumbang sebanyak 27.5% daripada jumlah pengeluaran


akuakultur. Dalam tahun 2004 jumlah pengeluaran ternakan air tawar telah
meningkat sebanyak 11.23% daripada 49,947 tan metrik kepada 55,556.60 tan
metrik. Daripada segi nilai pula ia merekodkan RM255.08 juta iaitu peningkatan
5.75% berbanding tahun sebelumnya dan dengan itu menyumbang hampir 20%
daripada jumlah nilai pengeluaran akuakultur keseluruhan.

Kolam Air Tawar


Sektor ternakan kolam air tawar merupakan penggerak utama dalam sistem
ternakan ini, menyumbang sebanyak 70.6% (39,233.43 tan metrik) daripada
jumlah pengeluaran air tawar iaitu meningkat 9.96% berbanding dengan
pengeluaran tahun 2003.

14
Bekas Lombong
Pengeluaran dari bekas lombong meningkat sebanyak 33.11% daripada 6,495
tan metrik dalam tahun 2003 kepada 8,646 tan metrik dalam tahun 2004

Sangkar
Ternakan sangkar air tawar menyumbang 10.1% dari keseluruhan pengeluaran
ternakan air tawar iaitu penurunan sebanyak 4.84% daripada 5,896 tan metrik
kepada 5,611 tan metrik dalam tahun 2004.

Tangki
Ternakan tangki simen dan kandang menyumbang 1,671.10 tan metrik terutama
ternakan Tilapia Merah, Keli dan Patin. Selangor merupakan pengeluar utama
ternakan dari tangki simen. Manakala, pengeluaran paling tinggi sistem kandang
ikan adalah dari negeri Kelantan iaitu sebanyak 395.24 tan metrik.

Sistem Air Payau


Sektor air payau dalam tahun 2004 menyumbang 75.52% daripada jumlah
pengeluaran akuakultur. Sumbangan ini menurun 0.18% daripada 146,927 tan
metrik pada tahun 2003 berbanding 146,668 tan metrik tahun 2004.

Ikan Hiasan
Jumlah pengeluaran ikan hiasan telah menunjukkan peningkatan sebanyak
6.40% daripada 428,298,151 ekor dalam tahun 2003 kepada 455,723,540 ekor
dalam tahun 2004. Daripada segi nilai terdapat peningkatan sebanyak 8.60%
daripada RM 97.64 juta dalam tahun 2003 kepada RM 106.03 juta dalam tahun
2004. Negeri Johor masih memonopoli pengeluaran ikan hiasan yang
menyumbang sebanyak 298,321,908 ekor

15
Inovasi dalam perikanan air tawar

Untuk memberi galakkan terhadap sektor perikanan negara, pelbagai enovasi


telah dilakukan untuk memenuhi keperluan negara seiring dengan keperluan
penduduk di negara ini.
Antara inovasi yang telah dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah
atau cara penternakan yang telah dikaji dan dijangka dapat meningkatkan hasil
pengeluaran serta meningkatkan pendapatan penternak.

Kaedah Ternakan Kanvas

Dengan menternak ikan air tawar dalam kanvas, ia dapat membantu penternak
yang selama ini dibelengu masalah jangkitan penyakit serta terpaksa
menanggung risiko ikan mati akibat pencemaran air.
Dengan menternak ikan dalam kanvas, masalah ini dapat dielakkan serta
menjamin pengeluaran ikan.
Ikan yang diternak dengan menggunakan kanvas dikawal secara 100%. Kawalan
air amat penting. Kaedah ternakan ikan secara kanvas ini memerlukan air
dirawat dimasukkan ke dalam kanvas.
Terdapat 3 jenis rawata yang perlu dilakukan. Iaitu :-
 rawatan fizikal
 rawatan biologi
 rawatan bakteria

Rawatan fizikal
rawatan ini adalah untuk memastikan air yang dipam dari sumber air itu jernih
dan sesuai untuk ikan yang diternak. Rawatan ini termasuklah merawat nilai pH
air untuk memastikan ikan benar-benar sesuai dengan air tersebut.

16
Rawatan biologi
Rawatan ini adalah untuk memastikan ikan yang diternak sesuai dengan
keadaan air tersebut.

Rawatan bakteria
Rawatan bakteria amat penting dilakukan. Ia adalah untuk memastikan tidak
terdapat benda-benda hidup lain di dalam air tersebut agar ikan yang diternak
tidak dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kerugian pada penternak

Dengan menternak ikan dalam kanvas, penternak dapat melakukan aktiviti


penternakan secara tepat. Kos pengeluaran dapat dirancang serta pulangan
dapat dinilai dari peringkat awal.
Perancangan amat penting dalam aktiviti ternakan ini agar ia dapat memenuhi
permintaan seterusnya harga dapat dikawal dengan baik

Mengawal kepupusan ikan air tawar


Untuk mengawal kepupusan ikan air tawar, kerajaan malaysia dengan bantuan
jabatan perikanan malaysia telah menubuhkan serta merancang apa yang perlu
dilakuakan supaya pengeluaran hasil dapat dikekalkan. Antaranya adalah :-

Klinik dan pusat jagaan ikan air tawar.


Pusat Perikanan Darat, Banding, Grik telah diberi tanggungjawab untuk
melakukan kajian serta membangunkan baka induk dan mengeluarkan benih
ikan air tawar tempatan. Sasaran pusat jagaan ikan itu adalah untuk
menghasilkan 10 juta benih setahun. ia adalah bertujuan untuk mengawal
beberapa jenis ikan yang semakin berkurangan. Ia juga dapat membantu
nelayan-nelayan sungai yang terdapat di kawasan sekitar.

17
Ikan air tawar yang paling popular

Nama Tempatan : Tilapia Merah


Nama Saintifik : Oreocromis spp.

Ikan tilapia menjadi ikan yang paling tinggi nilai komersial. Berikut antara
kelebihan ikan tilapia

 Permintaan yang tinggi


 Potensi yang baik dari segi komersial
 Rasa yang enak
 Kandungan protein yang tinggi
 Rendah kandungan lemaknya.

Ikan tilapia bkn sahaja menjadi ikan yang untuk di makan segar. Ia juga boleh
dijadikan beberapa produk yang bernilai tinggi. Antara kegunaanya adalah untuk
dijadikan produk gilatin.

18
Perikanan laut dalam

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil


perikanan laut dalam. Dengan kelebihan yang ada di malaysia iaitu dari
kedudukan malaysia yang terletak di pelantar laut dunia, menerima matahari
sepanjang tahun serta kedalaman laut yang baik ia dapat meningkatkan jumlah
ikan di perairan laut malaysia. Kaedah yang dilakukan oleh kerajaan antaranya:-

Kawasan telaga ikan

54 bot ditenggelamkan untuk dijadikan tukun supaya ikan-ikan dapat


menjadikannya sebagai habitat seterusnya membiak dikawasan tersebut.
Kedudukan telaga ikan tersebut terletak 12 batu nautika dari pantai
Kos 10 juta telah diperuntukan untuk telaga ikan tersebut
Contoh telaga ikan ini seperti yang terletak di periran laut negeri Kedah.

Tukun Tiruan – Perairan Laut China Selatan

Tukun tiruan juga dijadikan habitat untuk ikan-ikan di perairan laut china selatan.
Ia banyak dibuat di perairan Terengganu.

Kapal Kajian Manchong – Sarawak/Sabah

K.K. MANCHONG adalah sebuah kapal Penyelidik-Bersama-Latihan yang dibina


di bawah Program Pembangunan Infrastruktur perikanan Sarawak dengan
peruntukan secara langsung dari Kerajaan Persekutuan menerusi peruntukan
dan pinjaman dari Bank Pembangunan Asia. Kapal tersebut telah dibina di
Nagaishima, Kobe, Jepun oleh Yamaha Motor Sdn. Bhd. menerusi ikatan kontrek
dengan pemborong tempatan, Associated Marine Industries. Ianya berharga
RM3,793 juta dan telah disiapkan dalam jangka masa 31 minggu.

19
Peranan Kapal kajian Manchong

Kapal ini mempunyai dua peranan yang terpenting: -


1.1. Ianya digunakan untuk menjalani kajian pengesanan sumber di kawasan
perairan Malaysia khususnya Sarawak/Sabah untuk mengemaskini kedudukan
sumber di perairan berkenaan. Kajian tersebut akan membolehkan data-data
mengenai sumber-sumber di kawasan perairan berkenaan dikenalpasti.

2.2. Ianya akan digunakan untuk kajian teknologi penangkapan ikan terutama
demonstrasi pelbagai jenis teknologi kepada pihak swasta khususnya nelayan.
Teknologi penangkapan ikan ini termasuklah pukat tunda, pukat jerut, longline,
bubu, Squid jigging, handline dan gill netting.

Inovasi rumpai laut

Inovasi terbaru untuk perikanan laut dalam ialah penanaman rumpai laut atau
pun ecuhema. Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar
dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur.
Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang
bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan
berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi.
Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak
digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan,
pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru.
Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan
diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak
angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai.
Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt).
Suhu air hendaklah antara 25c hingga 30c. Paras air mestilah tidak kurang
daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.

20
Lampiran inovasi perikanan

Kaedah Kanvas

Sistem Pembersihan air

21
Kapal Kajian Manchong

kaedah menanam rumpai laut

22
Inovasi Pertanian Di Malaysia Dalam Pengeluaran Bukan Untuk Makanan

Inovasi dalam penanaman getah

Pengenalan
Kenaikan harga komoditi getah sekarang sudah menampakkan kesan positif
kepada industri perladangan getah negara. Selaras dengan itu taraf hidup pekebun kecil
juga telah berubah menjadi lebih progresif dan sejahtera. Pengeluaran getah negara telah
meningkat pada kadar 3.9 peratus setahun, terutamanya hasil kenaikan permintaan untuk
getah asli, khususnya Republik Rakyat China yang menyebabkan harga getah meningkat
ke paras lebih tinggi. Pelbagai inovasi telah dijalankan oleh agensi yang berkaitan di
Malaysia, seperti RISDA, MARDI , LGM dan sebagainya.
Inovasi di dalam pertanian dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan hasil
pengeluaran dan menambah nilai kepada produk-produk yang berasaskan sumber getah.
Inovasi sama ada teknikal ataupun pengurusan secara amnya membawa pelbagai
kebaikan sama ada memudahkan kerja ataupun kos yang murah dan mampu dimiliki
pengguna. Kajian terkini yang melibatkan getah ialah dengan menggunakan kaedah LITS
(Low Intensity Tapping System) iaitu Sistem Torehan Intensiti Rendah. Di antara
teknologi yang telah digunakan ialah RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-
FLEX dan MORTEX. Secara umumnya LITS ialah kaedah torehan getah dengan
menggunakan rangsangan gas etefon dan etilina. Dengan menggunakan Sistem Torehan
Intensiti Rendah Ini, pekebun kecil dan sektor peladangan di Malaysia dapat
meningkatkan pendapatan bulanan. Bagi pekebun kecil jumlah pendapatan sebulan
adalah sekitar RM 2000.
Dalam industri pemprosesan getah dan keluaran getah, usaha sedang giat
dilaksanakan untuk menggalakkan lagi pembangunan industri hiliran memandangkan
kepada potensinya untuk mengeluarkan pelbagai produk nilai tambah bagi pasaran
tempatan dan eksport.

23
Inovasi dalam pengeluaran hasil getah - Rangsangan Etefon
Pengeluaran lateks boleh dirangsang melalui penggunaan kimia etefon, yang
disebatikan dengan bahan pengantar seperti minyak sawit dan perawis lengai yang lain.
Bahan ini bertindak dengan melambatkan berlakunya palam lateks semasa menoreh.
Oleh yang demikian, masa yang lama diberi bagi lateks mengalir keluar. Dalam torehan
ini Etefon digunakan atas panel torehan dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan
bergantung kepada sistem torehan dan umur pokok. Pokok getah yang belum matan iaitu
berumur bawah 15 tahun menggunakan rangsangan etefon digunakan atas panel torehan
dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan bergantung kepada sistem torehan dan umur
pokok. Bagi pokok matang pula iaitu yang berumur 15 tahun dan ke atas boleh
menggunakan alat rangsangan etefon di samping alat rangsangan gas seperti
RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-FLEX dan MORTEX.

Kriteria pokok yang sesuai untuk mengamalkan teknik rangsangan gas


• Berumur 15 tahun atau lebih
• Pokok hendaklah subur dan mempunyai pendaunan yang baik tanpa masalah
penyakit yang teruk.
• Amalan torehan dan penggunaan bahan perangsang atau kedua-duanya sekali
tidak diamalkan secara keterlaluan. Pokok-pokok masih mempunyai sekurang-
kurangnya 50% kulit dara di panel atas sebelum teknik rangsangan gas digunakan.
• Pokok di kebun tidak mempunyai sejarah kejadian kering kulit yang tinggi.

Berikut Adalah Hasil Kajian Mengenai Peningkatan Hasil Setelah Mengamalkan Alat
Rangsangan Gas (oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. - RSSB)
Jenis alat RRIMFLOW REACTORRIM LET ETEFON KAWALAN
rangsangan SISTEM
% kenaikan 211% 192% 149% 113% 00
hasil

24
Berikut ialah gambar rajah berkenaan dengan penggunaan etilina dalam penorehan getah

RRIMFLOW

G-FLEX
G-FLEX merupakan teknik perangsangan terbaru keluaran Lembaga Getah
Malaysia (LGM) yang menggunakan gas etilina sebagai bahan perangsang yang
dibekalkan terus ke kulit pokok getah sebaik sahaja ‘inflatable’ dan ‘collapsible
container’ dipasang. Teknik ini membolehkan torehan dilaksanakan 48 jam selepas
pemasangan kali pertama selesai dijalankan, dan 24 jam selepas bekalan gas seterusnya
dilakukan.
G-FLEX menggabungkan konsep perangsangan, yang membekalkan gas etilina
secara berterusan pada kadar yang perlahan, dan teknik perangsangan yang membekalkan
gas secara berkala.
Ia dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna, tahan kebocoran, mudah
dipasang serta harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding alat rangsangan gas
yang lain tanpa perbezaan hasil yang ketara.
G-FLEX dapat meningkatkan lagi kecekapan teknik perangsangan G-FLEX dan
juga penoreh, bagi membolehkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil
ditingkatkan.

25
MORTEX
MORTEX adalah formulasi berasaskan etefon, digunakan untuk membolehkan
pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula pokok-pokok tersebut
dibuka alur torehan.
MORTEX membolehkan kekerapan aplikasi dipertingkatkan sehingga lapan kali setahun
berbanding sebelumnya (hanya dua ke tiga kali setahun) dari mula torehan dilakukan.
Pengamalan merangsang pokok getah perlu dihentikan untuk sementara waktu
terutama pada musim daun luruh, antara tiga ke empat bulan setahun.
Profil hasil dalam satu pusingan perangsangan etefon menunjukkan peningkatan hasil
berlaku dalam 10 ke 14 hari sebelum kembali ketahap asal sebelum penggunaan etefon.
Kos penggunaan MORTEX adalah murah dan mudah digunakan. Penggunaan
etefon mempunyai batasan kerana ia hanya berfungsi untuk melewatkan kejadian
palaman, iaitu pembekuan lateks di permukaan saluran lateks.
MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapi ia dapat membantu pokok getah
menstabilkan pengeluaran lateks untuk sesuatu pusingan perangsangan (hingga 8
pusingan).
Walaupun penggunaan lebih kerap, kejadian kekeringan kulit adalah rendah.
Selain itu, terdapat juga penggunaan Alat Kalis Hujan. Air yang melorot dari jemala
pokok ke pangkal melalui batangnya membasahkan panel torehan serta menyukarkan
pengaliran lateks ke dalam mangkuk pada keesokan harinya. Pemasangan alat pengalir
keluar hujan pada batang pokok didapati boleh mengatasi masalah ini.

Rem bergerak serba boleh - RISDA


Inovasi yang diberi nama Rem Bergerak Serba Boleh yang telah diguna pakai di
ladang sejak 2004. Rem bergerak serba boleh merupakan sebuah kereta sorong
(wheelbarrow) yang telah diubahsuai. Pengubahsuaian paling ketara ialah penggunaan
tayar hidup menggantikan tayar mati yang biasa terdapat pada kereta sorong. Rangka
pemegang atau pelantar dibuat daripada besi ringan dan penggunaan bakul plastik. Ia
juga siperbuat daripada kanvas berukuran 44 sm X 30 sm X 84 sm dan berupaya
menampung antara 60 hingga 75 kilogram getah basah. Untuk menjimatkan kos guni
terpakai boleh digunakan sebagai alternatif. Sebagai tambahan lain, alat penyambung

26
disediakan untuk membolehkan ia ditarik oleh motosikal. Sesuai dengan nama rem
bergerak serba boleh, inovasi ini boleh juga diguna pakai untuk pelbagai kegunaan.
Antaranya amat praktikal dan mudah diguna semasa mengutip dan memunggah getah
buku atau buah lerai sawit di ladang. Ia juga boleh dijadikan pelantar pam galas bagi
memudahkan pam galas disangkut di bahu. Oleh keran alat ini boleh ditarik
menggunakan motosikal, secara tidak langsung menjadi alat untuk mengangkut beban
melebihi kemampuan manusia. Bakul plastik pula boleh diguna untuk memuatkan getah
buku, buah-buahan, buah sawit lerai dan sebagainya.

Rem bergerak serba boleh

Produk inovasi dari tanaman getah


Kayu getah boleh dijadikan sumber balak untuk membuat perabot. Produk
perabot pada masa kini banyak dihasilkan dari sumber kayu getah. Perabot yang dibuat
menggunakan kayu getah juga mendapat permintaan yang tinggi daripada dalam dan luar
negara. Malaysia mengeksport sebanyak 5.4 billion.
Daun getah juga kini dijadikan sumber bagi industri hiliran iaitu boleh digunakan
untuk membuat gubahan bunga. Dengan ini, dapat dijadikan sebagai punca pendapatan
sampingan kepada petani dan pengusaha yang memajukan diri di dalam bidang ini.

27
Bunga dari daun getah Perabut dari kayu getah

Inovasi dalam industri Bunga

Industri bunga-bungaan di Malaysia masih lagi perlahan dan tidak diminati oleh
pengusaha. Inovasi terkini dalam industri bunga di Malaysia ialah dengan penggunaan
teknik pembiakan dan penghasilan varieti baru melalui tisu kultur. Selain tisu kultur
MINT (Malaysian Institute For Nuclear Technology) juga telah membuat penyelidikan
dalam menghasilkan varieti bunga-bungaan. Selai itu MINT juga telah menjalankan
kajian dalam beberapa tanaman lain dalam penyelidikan dalam bidang agroteknologi
seperti pisang, limau, bunga ros dan sebagainya.
Tisu kultur ialah pembiakan tumbuhan secara aseksual yang mana tisu daripada
tumbuhan di biakkan di dalam persekitaran terkawal. Teknik kultur tisu atau
mikropropagasi membenarkan pembiakan bahan klon tanaman yang seragam dan
berkualiti tinggi. Ia sangat perlu dalam pembekalan bahan tanaman yang berkualiti tinggi,
terutamanya untuk penanaman besar-besaran. Ia juga memberi kemudahan pengenalan
yang cepat untuk varieti baru dalam pasaran.
Keseragaman bahan tanaman merupakan satu ciri penting yang membantu
pengurusan sesuatu sistem penghasilan tanaman,contohnya pokok membesar
secaraseragam, matang pada masa yang hampir sama dan oleh itu, hasil dan kualiti
produk boleh dianggar dan sekata.
Propagasi kultur tisu bermula dengan pilihan pokok-pokok elit sebagai sumber
tisu, input utama dalam proses tersebut. tisu-tisu ini didedahkan kepada prosidur

28
sterilisasi kimia dan ditumbuhkan dalam bekas tertutup yang mengandungi media khusus
dibawah keadaan beban kuman dimakmal terkawal. Tisu membiak di makmal untuk
membentuk putik-putik yang kemudian tumbuh menjadi pokok berakar. Anak-anak
pokok yang cepat membesar ini akan dibiasakan tumbuh dalam nurseri sehingga mereka
bersedia untuk di tanam di lapangan
Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, MINT menjalankan penyelidikan
melibatkan berbagai teknologi dan pembangunan serta perkhidmatan, latihan dan nasihat
perundingan di dalam usaha meningkatkan mutu dan daya pengeluaran. Dalam bidang
teknologi bahan, tumpuan telah diberikan kepada pembangunan bahan-bahan seramik
untuk kegunaan bioperubatan, komposit lanjutan dan pengeluaran produk baru dari bahan
buangan radioaktif. Usaha-usaha pencirian bahan yang melibatkan pengukuran di paras
nano juga dipertingkatkan. Proses pembangunan sistem-sistem dan tolok pemeriksaan
yang berasaskan teknologi nuklear sedang dijalankan. Pada masa yang sama, sistem
pemeriksaan berasaskan nuklear dan bukan nuklear yang sedia ada dipertingkatkan
dengan menggabungkan teknologi elektronik dan komputer untuk mempercepatkan
kerja-kerja pemeriksaan loji dengan lebih berkesan. Teknologi radiosurihan diperluaskan
meliputi penggunaan teknik lazim dalam bidang hidrologi dan sedimentologi kepada
penggunaan yang lebih mencabar dalam penentuan pelbagai parameter yang terdapat di
loji industri.
Penyelidikan dalam bidang teknologi pemprosesan sinaran tertumpu kepada
penggunaan bahan-bahan polimer semula jadi seperti getah asli, kanji daripada sago,
serat dari tandan kosong kelapa sawit, kayu getah dan pokok kenaf, minyak kelapa sawit
dan kitin-kitosan dari kulit udang. Kesemua bahan semula jadi ini diubahsuai dengan
campuran polimer sintetik atau disintesis dan seterusnya di proses menggunakan kaedah
aruhan sinaran bagi menghasilkan bahan-bahan baru. Untuk tujuan ini alur elektron
digunakan sebagai sumber sinaran utama di samping sinar gama. Antara hasil-hasil
penyelidikan ialah:
• Hidrogel dari bahan terbitan kanji sagu
• Ko-polimer getah asli cecair (LNR), kompaun NR-PS berimpak tinggi
• Kompaun jaringan salingtembus (IPN) dari bahan LNR
• Adunan PVC/ENR boleh taut-silang

29
• Getah asli termoplastik (TPNR) dari adunan getah asli-PMMA yang mempunyai
ciri yang setara dengan adunan TPNR-poliolefin
• Komposit polipropilen (PP)/ tangkai kosong kelapa sawit (EFB) dan PP/Kenaf
untuk komponen automotif
• Filem mesra alam dari adunan kanji sagu-polimer yang mudah terlarut didalam air
dan polimer cangkuk berasaskan kanji-sagu

Di samping itu teknologi alur elektron ini juga digunakan bagi penyelidikan
penulenan ‘flue gases’.
Kepesatan projek-projek penyelidikan agroteknologi di MINT terserlah dengan
peningkatan jumlah serta bidang penyelidikan yang dilaksanakan melalui pembiayaan
IRPA, kerjasama dengan institusi luar, kontrak IAEA dan juga pembiayaan dalaman.
Projek-projek IRPA termasuk penambahbaikan tanaman orkid melalui kejuruteraan
genetik, mutasi kulat Aspergillus niger untuk pengeluaran asid sitrik, penentuan corak
ekspresi gen mutan tanaman hiasan, dan juga pembiakan serta manipulasi genetik orkid
menggunakan kaedah molekul untuk menghasilkan penambahbaikan dari segi ketahanan,
warna dan bentuk bunga.
Projek-projek kerjasama termasuk biak baka padi wangi yang rintang penyakit dengan
MADA, pembangunan produk lepasan terkawal (OPRS), penyinaran untuk disinfestasi
kumbang Khapra dan nyahgiat biji benih bunga (DOA). Projek kerjasama yang baru ialah
kajian keberkesanan pembajaan nitrogen tanaman padi (MADA), pengkapsulan inokulum
biobaja mikoriza (MAH) dan
mutagenesis limau madu (UKM, Vibrant Citrus Management). Projek-projek kontrak
yang masih diteruskan ialah penyinaran untuk kuarantin hama dan thrips (MARDI) dan
kajian impak racun perosak dalam ekosistem Muda (MADA). Projek-projek bantuan
teknik IAEA pula ialah mutagenesis tanaman hortikultur dan pembangunan program
QC/QA bagi analisis sisabaki bahan agrokimia.

Melalui pembiayaan dalaman MINT, penyelidikan ekstraksi secara teknik


‘enfleurage’ bagi mendapatkan pati pelbagai tanaman herba, penambahbaikan pembalut

30
luka hidrogel, penyaringan sumber-sumber semula jadi untuk rawatan luka, serta
pembangunan sistem dan produk makanan haiwan dari loji STERIFEED.
Penemuan dan penghasilan proses baru termasuk penghasilan ‘plantlet’ daripada
spora paku-pakis, pengaruhan pengeluaran bunga ros secara in vitro, pembangunan
sistem bioreaktor untuk mikropropagasi tanaman, ‘DNA sequencing’ mutan orkid
berbunga putih, isolasi kromosom pisang menggunakan enzim berganda, analisis
FISH/GISH bagi pisang, penentuan poliploidi pisang dan ros, penyinaran potpourri
wangi, serta penghasilan produk STERIFEED secara pukal.

Produk-produk baru yang dihasilkan dalam tahun laporan ialah satu mutan orkid
(Dendrobium Sonia "Keena Ahmad Sobri"), satu mutan tanaman hiasan rheodiscolor
(Tradescantea spathacea “Keena AhmadSobri”) dan juga bunga ros di dalam balang atau
tabung.

31
mutan orkid dendrobium Tisu kultur

Produk inovasi daripada kelapa sawit

Penyelidikan daripada Univesiti Putera Malaysia telah pun menghasilkan minyak pelincir
sintetik dan ‘helmet’ dari kelapa sawit. Mintak pelincir dihasilkan dari minyak sawit dan
‘helmet’pula dihasilkan daripada pelepah kelapa sawit dan dijadikan biokomposit

Minyak pelincir sintetik helmet

Lain-lain inovasi

Pertanian tepat
Revolusi elektronik dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah menyumbang
kepada dua teknolgi baru dan memberikan kesan terhadap pertanian pada masa akan
dating. Teknologi yang dimaksudkan ialah ‘Geographic Information Systems’ dan
‘Global Positioning Systems’ . Melalui teknolgi GIS dan GPS ia membolehkan

32
pengawalan menggunakan sensor secara meluas diaplikasikan bagi menyelia, mengawas,
dan mengawal peralatan pertanian, penukaran tekanan dan motor servo. Bersama itu juga,
GIS dan GPS memberikan kelebihan kepada petani untuk memiliki dan menggunakan
peralatan elektronik terus kepada mesin yang bergerak serta menghasilkan kerja yang
cekap dan tepat. Penentuan dan kawalan secara tepat terhadap semua aplikasi peralatan
dan penggunaan bahan kimia serta analisis data yang digabungkan dengan sumber data
(agronomi, iklim, tanah dan sebagainya). Kesemua ini adalah satu kaedah yang termaju
dan menakjubkan untuk pengurusan pertanian yang lebih progresif.
Pertanian tepat juga dapat membuat pemetaan hasil dan aplikasi penggunaan baja. Tahap
kemasakan hasil boleh ditentukan dengan menggunakan GPS. Begitu juga dengan
pembajaan yang dilakukan. Berikut adalah secara umum mengenao komponen partanian
tepat :

i. Pemantauan hasil – Pemantauan hasil melalui sistem GPS dan penggunaan


komputer membolehkan dapatan serta-merta diperoleh. Ia mengandungi
pemantauan hasil pertanian melalui masa ataupun jarak (contoh seperti setiap
saat atau setiap beberapa meter). Ini juga termasuklah berkeupayaan merekod
dan menyusun data-data lain seperti jarak, jumlah guni diangkut, jumlah
kawasan dan sebagainya.
ii. Pemetaan hasil – alat penerima GPS adalah didatangkan bersama dengan alat
pemantau hasil. Pemetaan hasil dapat menyediakan ruang koordinat untuk
pengawas hasil data. Ini boleh dijadikan peta hasil bagi setiap kawasan.
iii. Pelbagai kadar pembajaan – Mengawal atur kadar pemberian baja pada
sebarang kadar yang boleh diubah-ubah. Alat kawalan adalah boleh digunakan
untuk baja jenis berbutir, bahan baja cecair dan jenis gas. Kadar boleh
berubah-ubah sama ada oleh dikawal oleh manusia atau secara dikawal secara
automatik oleh komputer bersama satu preskripsi peta elektronik.
iv. Pemetaan rumpai – Petani boleh mengawal rumpai, menyemai, membuat
semburan, atau melakukan pelbagai kerja lain dengan menggunakan satu
kekunci atau butang-butang oleh penerima GPS dan datalogger. Segala aktiviti

33
mengawal boleh dirancang dengan teliti di sebuah komputer dan dianalisis
untuk menterjemahkan peta baja dan peta semburan.
v. Sempadan dan topografi - Menggunakan DGPS yang berketepatan tinggi
untuk menghasilkan satu peta topografi sebenar yang tepat dan boleh dibuat
apa-apa tindakan pada tanah tersebut. Ini adalah berguna apabila penelitian
peta hasil dan peta rumpai. Ia berkebolehan membariskan sempadan-
sempadan, jalan-jalan, halaman-halaman, pertumbuhan pokok dan tanah
berair. kesemuanya dapat dipetakan secara tepat untuk membantu
perancangan ladang.
vi. Pemetaan kemasinan tanah - GPS boleh digandingkan untuk meter kemasinan
yang mana ditunda di belakang sesuatu kenderaan. Meter berupaya membuat
penjejakan perubahan kemasinan tanah di sepanjang masa.
vii. Sistem Panduan – Ketika ini beberapa pengeluar telah mengeluarkan sistem
panduan menggunakan DGPS berketepatan tinggi yang boleh menentukan
kedudukan dan penggerakan kereta dengan kaki atau tanpa kaki. Sistem-
sistem panduan ini boleh menggantikan peralatan konvensional untuk
penyemburan atau penyemaian.
viii. Analis dan rekod - Pertanian tepat mungkin menghasilkan satu ledakan dalam
jumlah rekod boleh didapati untuk pengurusan ladang. Pengesan elektronik
boleh mengambil banyak data dalam satu tempoh masa yang pendek.
Sejumlah ruang cakera adalah diperlukan untuk menyimpan semua data serta
grafik peta mengakibatkan daripada data. Alat-alat kawalan elektronik boleh
juga direka bentuk untuk menyediakan isyarat-isyarat semula jadi yang
dirakam secara elektronik. Ia mungkin berguna untuk merakam kadar sebenar
baja yang dijatuhkan oleh alat semburan sebagainya

34
Kitaran pertanian tepat

Agen biologi

Antara agen biologi yang digunakan di dalam pertanian penggunaan baja bio dan
kawalan biologi.
Kawalan biologi ialah penggunaan serangga atau organisma lain bagi mengawal serangan
perosak. Contohnya penggunaan semut api bagi mengawal siput gondang. Semut api
bertindak memakan telur siput gondang dan menyebabkan pembiakan siput berkurang
seterusnya dapat dikawal.
Semut api atau Solenopsis geminata ialah serangga daripada famili Formicidae. Koloni
semut terdiri daripada seekor ratu, sekumpulan askar dan semut pekerja minor.
Solenopsis tidak berapa selektif dalam corak pemakanannya. Semut jenis ini, makan biji
rumput, haiwan anthropod, manisan, daging dan apa sahaja yang diperoleh dan
dihadamkan. Daripada pemerhatian, didapati semut api spesies ini makan telur siput
gondang emas Pomacea canaliculata. Penemuan ini boleh dikatakan sangat menarik
kerana setakat ini, tiada haiwan lain yang diketahui menjadi pemangsa kepada siput
gondang emas. Ini disebabkan telur spesies siput perosak ini boleh dikatakan tidak
mempunyai perasa enak meskipun gugusan telur ini mempunyai warna merah terang
yang mampu menarik perhatian. Semut api akan menyerang dan memindahkan satu

35
persatu biji telur ke dalam sarang mereka. Selain dari semut ini, terdapat juga spesies
semut lain yang digunakan sebagai agen kawalan biologi. Umpamanya, Dolichoderus
thoracius yang berpotensi dalam mengawal serangga perosak Helopeltis theobromae
yang merupakan perosak utama buah koko, mangga dan jambu.

Semut api atau Solenopsis geminata

iput gondang emas atau Pomacea canaliculata

Bio fertilizer (baja bio) ialah baja yang menggunakan rhizobium dan diselaputi
dengan S. Baja ini diperbuat daripada bahan-bahan buangan biologi yang tidak
mengandungi apa-apa bahan kimia. Baja bio mempunyai mikroorganisma hidup yang
mana apabila digunakan ia akan menggalakkan pertumbuan pokok dengan nutrien yang

36
rendah untuk tumbuhan perumah. Penggunaan baja bio adalah berfaedah kerana dapat
menggalakkan aktiviti mikroorganisma di dalam tanah. Di antara beberapa kebaikan baja
bio ialah :
• Galakkan pertumbuhan dan pemanjangan akar
• Meningkatkan hasil
• Tanaman tahan kemarau dan perosak

Kesimpulan

Inovasi dalam bidang pertanian amat penting pada ketika ini. Masalah yang
membelenggu bidang pertanian seperti masalah kekurangan tanah,
pertambahan penduduk dunia yang naik secara mendadak memerlukan sumber-
sumber pertanian dilakukan supaya ia dapat memenuhi keperluan manusia.
Kehidupan hari ini banyak mempengaruhi evolusi pertanian. Kehidupan yang
sentiasa membuatkan manusia mengejar masa untuk memenuhi keperluan
hidup memaksa bidang pertanian juga perlu bergerak dengan lebih laju dan
pantas. Di sebabkan arus kemajuan ini, banyak perubahan telah dilakukan
supaya bidang pertanian bergerak seiring dengan kepantasan arus
pembangunan kini. Sebagai contohnya, dahulu hasil padi hanya boleh dituai 2
kali setahun. Kini dengan teknologi yang ada, pencintaan genetik padi yang lebih
singkat tempoh matangnya menjadikan padi boleh dituai 5 kali dalam 2 tahun. Ia
seiring dengan permintaan yang meningkat. Begitu juga dengan produk-produk
lain, seperti varieti-varieti tanaman lain telah dipelbagaikan. Ia bertujuan untuk
memberikan pulangan yang paling maksima kepada petani. Sebagai contoh,

37
tanaman tomato. Varieti tomato untuk dimakan segar berbeza dengan varieti
tomato untuk diproses dijadikan sos. Tomato untuk dijadikan sos lebih besar
serta lebih merah buahnya. Inovasi dalam penciptaan benih varieti ini adalah
bertujuan untuk memberi pulangan yang paling maksima kepada petani. Dengan
ini, akan lebih ramai orang ingin menjadi petani. Masalah kekurangan tanah juga
boleh dielakkan. Kaedah tanaman secara hidroponik salah satunya dicipta untuk
mengatasi masalah ini. Banyak lagi inovasi yang telah berlaku terhadap bidang
pertanian. Kita seharusnya bersyukur dengan kemajuan yang telah dikecapi kini.
Kini kita hanya perlu menjaga apa yang sepatutnya perlu dijaga. Kawal apa yang
perlu supaya generasi akan datang masih boleh menikmati apa yang kita nikmati
kini serta mereka boleh mencipta sesuatu yang lebih baik dari hari ini.

38

You might also like