You are on page 1of 15

PERTANIAN DI MALAYSIA

JENIS-JENIS PERTANIAN

1. Pertanian pindah
2. Pertanian kebun kecil (sara diri)
3. Pertanian ladang

1. Pertanian Pindah

a. Ciri-ciri utama

i. Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan


Semenanjung Malaysia.
ii. Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma,
keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.
iii. Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah
primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.
iv. Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
v. Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
vi. Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang
telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder)

b. Peringkat kerja dalam pertanian pindah

i. Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.


ii. Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman
tradisional dan mudah.
iii. Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.
iv. Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan
yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.

2. Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri

Ciri-ciri utama:

i. Keluasan tapak 1- 2 hektar.


ii. Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.
iii. Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.
iv. Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya
dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
v. Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran
yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian
tradisional.
vi. Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung
(tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam
dan koko.

3. Pertanian Ladang

Ciri-ciri utama:

i. Keluasannya melebihi 40 hektar.


ii. Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.
iii. Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh
iv. Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja
urea dan biji benih yang bermutu tinggi.
v. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot.

KEPENTINGAN PERTANIAN

1. Peluang pekerjaan kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang


penduduk Malaysia terlibat dalam pertanian).
2. Menggunakan hampir 70% kawasan di Malaysia yang ditanami dengan berbagai
hasil pertanian.
3. Menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara.
4. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan
minyak kelapa sawit dunia.
5. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi
dan sebagainya.
6. Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian
(hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering).
7. Menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
8. Pembukaan kawasan-kawasan baru di luar-luar bandar seperti rancangan FELDA.
9. Menggalakkan pertumbuhan bandar baru terutamanya di kawasan yang baru
diterokai.
10. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di
kawasan luar bandar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERTANIAN

1. Faktor Fizikal

a. Muka bumi

o Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
o Kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik sesuai untuk penanaman
getah, kelapa sawit dan koko.
o Cerun-cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.
b. Tanah-tanih

o Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi
sawah.
o Tanah laterit sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko (kaki
bukit).
o Tanah berpasir sepanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
o Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).

c. Iklim

o Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang
tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi,
tembakau dan lada hitam.
o Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18oC sesuai untuk
penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di
Cameron Highlands.

d. Saliran

o Kawasan bersaliran buruk (paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.


o Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit,
nanas, koko, tembakau dan lada hitam.

2. Faktor Teknikal : Teknologi moden

a. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti
hasil pertanian.
b. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor telah membantu
meningkatkan daya pengeluaran hasil.
c. Sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali
setahun - hasil semakin meningkat.
d. Penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea.
e. Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan pema-
saran hasil pertanian.

3. Faktor Ekonomi

a. Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh
kerajaan.
b. Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan
untuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman
moden serta mengatasi masalah pertanian.

4. Faktor Tradisional
Sering merupakan penghalang kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian
tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil.

JENIS-JENIS TANAMAN YANG DITANAM

1. Tanaman makanan

• Padi • kekacang
• Jagung
• ubi kayu
• keledek
2. Tanaman dagangan

• Kelapa • Lada
sawit hitam
• Getah
• Koko
• Nanas
3. Tanaman pasar

• Sayur-sayuran
• Buah-buahan

SUMBANGAN TEKNOLOGI MODEN TERHADAP KEMAJUAN SAINS

1. Jentera pertanian

a. Mempercepatkan kerja pertanian.


b. Menjimatkan kos buruh.
c. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.
d. Menjimatkan masa kerja.

2. Racun serangga

a. Mengurangkan kerosakan tanaman.


b. Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.

3. Baja kimia/urea

a. Menyuburkan tanah-tanih.
b. Meningkatkan hasil tanaman.

4. Empangan/pengairan dan terusan

a. Membantu mengurangkan masalah keku-rangan air hujan.


b. Membolehkan penanaman dua tanaman atau lebih diusahakan.
c. Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
d. Memperluaskan kawasan pertanian.

5. Sistem pengangkutan (jalan raya dan keretapi)

a. Memudah dan mempercepatkan pemasaran hasil pertanian.


b. Mempercepatkan penghantaran hasil ke kilang untuk diproses dan mengurangkan
kerosakan.

6. Penyelidikan moden

a. Menghasilkan benih tanaman yng bermutu.


b. Meningkatkan hasil tanaman.
c. Mencari cara baru untuk kurangkan penyakit dan perosak tanaman.

PENANAMAN PADI DI MALAYSIA

A. Secara Umum

1. Tanaman makanan yang penting.


2. Ada dua jenis iaitu padi sawah dan padi bukit (huma).
3. Padi sawah ditanam di kawasan yang berair meliputi 86% kawasan penanaman
-perlukan bekalan air yang banyak.
4. Padi huma banyak diusahakan di Sabah dan Sarawak di kawasan cerun-cerun
bukit (pedalaman) - tidak perlukan bekalan air yang banyak (15%).
5. Malaysia mengimport beras dari negeri China, India, Myanmar dan Amerika
Syarikat.

B. Kepentingan Penanaman Padi

1. Tanaman makanan utama.


2. Meliputi hampir 10% daripada jumlah kawasan penanaman di Malaysia.
3. Beras makanan ruji penduduk Malaysia.
4. Menyumbangkan 85% daripada keperluan beras negara.
5. Bantu kerajaan kurangkan import beras dan jimatkan pertukaran wang asing.

C. Kawasan Penanaman Utama

1. Semenanjung Malaysia

o Dataran Kedah-Perlis - Jelapang Padi Negara (50% daripada jumlah


pengelu-aran padi negara).
o Dataran kelantan
o Dataran hilir Sg. Perak.
o Dataran Seberang Perai.
o Dataran Tanjung Karang, Selangor.
o Kawasan Paya Besar - Pahang tua.
o Kawasan Rompin - Endau, Pahang.
o Dataran Besut, Terenggganu.
o Tanah pamah pinggir laut Selangor - Melaka.

2. Sabah

o Papar
o Tuaran
o Semenanjung Kolias

3. Sarawak

o Delta Rajang
o Delta Baram

D. Faktor Yang Menggalakkan Penanaman Padi Di Malaysia

1. Suhu tinggi iaitu kira-kira 23oC semasa menanam dan 27oC semasa padi masak
2. Hujan lebat kira-kira 1500 - 2000 mm setahun terutama masa pertumbuhan (padi
sawah).
3. Tanah rata, jenis aluvium, subur dan dapat menakung air.
4. Tenaga buruh yang ramai dan murah.
5. Cuaca yang panas dan cerah terutama masa menuai / padi masak.
6. Ada kemudahan pengairan contohnya Projek Pengairan Muda Kemubu yang
membolehkan padi ditanam dua kali setahun.
7. Adanya penggunaan teknologi moden seperti jentera, racun serangga, dan benih
yang baik.
8. Galakan daripada kerajaan melalui pemberian subsidi baja, racun, benih, jentera
serta ada kawalan harga dan mutu padi.
9. Penyelidikan dijalankan oleh MARDItelah berjaya menghasilkan benih yang
bermutu tinggi.
10. FAMA sediakan kilang untuk memproses dan mengeringkan padi sebelum beras
dipasarkan.

E. Langkah-Langkah Meningkatkan Pengeluaran Padi

• MARDI, FAMA, LPP, LPN dan Bank Pertanian

1. Sediakan kemudahan pengairan - padi boleh ditanam 2 kali setahun dan luaskan
kawasan baru
2. Membaiki dan menambah jumlah projek yang ada .
3. Bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Pertanian Malaysia supaya petani
boleh modenkan sistem penanaman.
4. MARDI giatkan penyelidikan untuk hasilkan benih bermutu tinggi, baja serta
kawalan penyakit-penyakit dan serangga perosak.
5. Tebusguna kawasan paya, pantai seperti yang telah dijalankan di kawasan
Tg.Karang, Selangor dan Changkat Jong, Perak dan di Melaka.
6. FAMA bantu petani untuk pasarkan hasil padi dengan kawalan harga.
7. Kerajaan tubuhkan LPN untuk membantu petani memasarkan hasil padi dengan
harga yang lebih baik.
8. Tubuhkan Koperasi Peladang bantu petani tentang harga dan penanaman - LPP -
benteras orang tengah.
9. Petani diajar guna kaedah pertanian moden.

F. Masalah-masalah Dalam Penanaman Padi

1. Serangan penyakit, haiwan/serangga perosak seperti tikus, burung dan serangga


lain

o boleh kurangkan hasil padi

2. Penanaman padi bergantung kepada hujan. Hujan yang terlampau banyak atau
terlalu kurang - hujan tidak tetap banjir/kemarau

o boleh menjejaskan hasil padi atau memusnahkan pokok-pokok padi.

3. Keluasan tanah yang kurang daripada 2 hektar (kawasan tanah pusaka)

o menyebabkan penggunaan jentera tidak dapat dijalankan sepenuhnya.

4. Kebanyakan petani golongan miskin tidak mampu membeli peralatan moden,


baja, racun serangga dan tidak mahir menggunakan jentera

o akibatnya hasil pengeluaran kurang memuaskan.

5. Penindasan oleh orang tengah yang membeli hasil padi dengan harga yang rendah
dan tidak berpatutan.
6. Penanaman padi huma di lereng-lereng bukit telah menyebabkan berlakunya
hakisan yang teruk akibat kadar larian air di permukaan tanak yang kuat

o kesannya sungai menjadi semakin cetek, berlakunya banjir kilat serta


mengganggu sistem ekologi dan habitat flora & fauna.

7. Kekurangan tenaga pekerja - tenaga muda lebih suka bekerja di bandar dan
tinggalkan lapangan pertanian yang banyak cabarannya.
8. Kekurangan sistem pengairan terutamanya dikebanyakan tempat di Sabah dan
Sarawak telah menyebabkan hasil produktivitinya rendah dan tak bermutu.
9. Pemasaran - petani ditindas oleh orang tengah.
G. Projek-Projek Pengairan Di Malaysia

Sila buat rujukan dan senaraikan projek-projek pengairan di Malaysia.

H. Peranan Agensi Kerajaan Yang Membantu Petani

Agensi Kaedah
A. BERNAS a. Meluaskan perkhimatan keluar kawasan utama
penanaman padi.
b. Menyediakan kredit, kumpul hasil, menguruskan
subsidi baja kimia dan racun serangga.

c. Menjamin harga minimum dan bantu petani


memasarkan padi.
B. Koperasi a. Mengajar petani menggunakan peralatan jentera
Peladang moden.

b. Membeli baja dengan harga yang lebih murah.


C. Jabatan • Mengajar petani menggunakan jentera, baja
Pertanian kimia dan racun serangga.
D. MARDI • Menghasilkan benih padi yang tahan kemarau,
cepat masak dan hasil tinggi seperti MR52,
MR53 dan MR77.
E. Bank • Menyediakan bantuan kewangan
Pertanian
F. FAMA • Menyediakan pusat menjemur dan kilang untuk
memproses padi.

PENANAMAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

A. Kepentingan

1. Tanaman kontan yang utama.


2. Malaysia pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia (minyak dan isi rung) -57%
pengeluaran dunia.
3. Diekspot ke Asia Barat, Pakistan, Singapura, Jepun, Cina dan EU (Kesatuan
Eropah).
4. Kebanyakan diusahakan secara ladang oleh syarikat-syarikat besar / FELDA /
FELCRA.
5. Perlukan kos yang tinggi untuk membina kilang dan pelbagai kemudahan lain
yang berhampiran dengan ladang.
6. Ada permintaan yang tinggi dari kilang-kilang tempatan yang membuat sabun,
lilin, minyak masak dan majerin.
7. Kemudahan depot simpanan minyak sawit terletak di Pelabuhan Klang, Pasir
Gudang dan Kuantan.
8. Galakan kerajaan dalam bentuk :

a. Agensi kerajaan seperti FELDA & FELCRA - buka kawasan baru.


b. RISDA tanam semula getah diganti dengan kelapa sawit.
c. PORIM - jalankan penyelidikan untuk hasilkan baka yang lebih baik.
d. Memberi bantuan kewangan kepada petani melalui pinjaman bank.

9. Adanya penanaman kelapa sawit dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi


Malaysia dan tidak perlu bergantung kepada ekspot getah dan bijih timah sahaja.
10. Pembukaan kawasan baru telah memajukan lagi insfrasruktur seperti jalan raya
dan petempatan baru.
11. Menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

B. Kawasan Penanaman Kelapa Sawit

1. Labis, Layang-Layang dan Kejora (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)


2. Kawasan Sungai Bernam dan Sepang di Selangor.
3. Kawasan Teluk Intan dan Perak Selatan.
4. Jengka dan DARA (Rancangan Kemajuan Pahang Tenggara).
5. Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
6. Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
7. Sandakan dan Tawau di Sabah.

C. Masalah Dalam Penanaman Kelapa Sawit

1. Permintaan dunia tidak stabil menyebabkan harganya turun naik.


2. Persaingan daripada negara pengeluar yang lain seperti Indonesia dan Nigeria.
3. Minyak kelapa sawit bersaing dengan minyak kacang soya dan bunga matahari.
4. Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos
pengeluaran minyak ini makin bertambah/meningkat.
5. Buah kelapa sawit dirosakkan haiwan perosak seperti tikus, kumbang dan landak.
6. Kekurangan kilang pemprosesan menyebabkan mutu minyaknya berkurangan /
rendah kerana lambat diproses.
7. Kemarau panjang menyebabkan mutu minyaknya jatuh.
8. Kempen anti-minyak tropika oleh Amerika Syarikat menyebabkan permintaan
terhadap-nya merosot.
9. Ladang-ladang mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja tempatan.

D. Langkah Mengatasi Masalah

1. Membuka kawasan-kawasan baru melalui FELDA dan FELCRA.


2. RISDA juga membuka kawasan baru / penanaman semula kawasan getah dengan
kelapa sawit.
3. Rombongan perdagangan dihantar ke luar negara (China, Korea, Jepun dan
Pakistan) dengan tujuan untuk luaskan pasaran - jelaskan tentang mutu sebenar
minyak sawit.
4. PORIM (Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia) jalankan
penyelidikan :

a. tinggikan mutu dan pengeluaran minyak kelapa sawit.


b. cari kegunaan baru seperti hasilkan diesel kelapa sawit (metil-ester) dan
projek vitamin E gunakan asid lemak sawit suling.

5. FELDA dan FELCRA buka kilang-kilang memproses buah kelapa sawit.


6. Di Sabah - pekebun kecilnya diberi potongan cukai (pengecualian) sebanyak 30%
untuk galakkan penanaman dan pengeluaran.
7. Sediakan depot simpanan minyak seperti di Kuantan, Pasir Gudang dan
Pelabuhan Klang.
8. Masalah kekurangan pekerja di atasi dengan import pekerja asing secara
berdaftar.
9. Lembaga Pemasaran dan Perlesenan Minyak Sawit Malaysia (PORLA) dan
PORIM ambil bahagian aktif dalam pemasaran dan pameran antarabangsa untuk
tingkatkan permintaan minyak sawit di pasaran dunia.

PENANAMAN GETAH DI MALAYSIA

A. Kepentingannya

a. Getah jenis Hevea Brazillianis, meliputi hampir 2 juta hektar kawasan (28%)
pertanian Malaysia (85% terdapat di kaki bukit Semenanjung Malaysia).
b. Negeri pengeluar utama :

o Johor
o Kedah/Perlis
o Perak
o Negeri Sembilan

c. Tanaman ekspot yang penting - diekspot ke Jepun, Amerika Syarikat, Eropah,


China dan Singapura (semakin berkurangan kerana ada-nya persaingan dengan
getah tiruan.
d. Mengeluarkan hampir 40% pengeluaran getah asli dunia, ketiga selepas Thai dan
Indonesia.
e. Diusahakan secara ladang dan kebun kecil.
f. Diekspot dalam bentuk :

o getah SMR - heveacrumb


o getah asap berbunga (RSS)
o getah krip

g. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

B. Agensi Kerajaan Yang Memajukan Industri Getah


1. RISDA • beri subsidi kos penanaman semula getah
tua.
2. RRIM • menjalankan penyelidikan untuk dapatkan
baka getah yang capat matang, hasil tinggi
dan bermutu tinggi.
(Institut Penyelidikan Getah Malaysia)
3. MARDEC • mendirikan kilang-kilang untuk memproses
susu getah pekebun kecil.
(Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia)
4. FELDA • membuka kawasan baru untuk menanam
getah.
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

C. Kawasan Penanaman Getah

a. Daerah Segamat, Kluang, Batu Pahat dan Muar di Johor.


b. Sekitar Seremban di Negeri Sembilan.
c. Bahagian selatan Perak.
d. Daerah Sadakan dan Tawau di Sabah.
e. Kawasan Kuching dan Lembah Sungai Rajang.

D. Masalah Dalam Industri Getah

1. Persaingan dengan getah tiruan

o kualitinya sama
o harganya murah
o dibentuk dikilang
o pengeluarannya mudah dikawal mengikut pasaran.

2. Persaingan dengan pengeluar getah lain seperti Thailand dan Indonesia.


3. Harga tak stabil - turun/naik.
4. Kos pengeluaran makin tinggi kerana gaji pekerja meningkat dan kos pengeluaran
juga bertambah.
5. Hasil rendah kerana kebanyakan pokok-pokok sudah tua - tak ditanam semula
kerana tak mampu.
6. Pekebun kecil kurang mampu gunakan baja kimia dan racun serangga.
7. Kekurangan tenaga pekerja - pemuda tak suka bekerja di ladang.
8. Kemelesetan ekonomi kurangkan pembelian getah.
9. Permintaan terhadap getah perlahan kerana barangan buatan getah tahan lama.
10. Stok penimbal Amerika Syarikat yang mengawal harga getah dunia -
menyebabkan harga getah asli di pasaran dunia terus jatuh. (Amerika Syarikat ada
stok penimbal - beli getah dengan banyak dan jual bila harganya mahal atau
bekalan getah dunia bertambah.
11. Adanya persaingan penggunaan tanah daripada sektor perumahan, perindustrian
dan pembinaan padang golf.

E. Langkah Mengatasi Masalah

1. Pokok-pokok tua diganti dengan pokok-pokok baru yang berbaka baik dan hasil
yang tinggi, contohnya baka klon 600 - cepat tempoh matang dan hasil tinggi.
2. Gunakan teknologi torehan yang baik dan cepat, contohnya penggunaan motoray.
3. Jalankan penyelidikan seperti yang dilakukan oleh RRIM - dari segi baka,
kegunaan, teknik torehan, teknik tingkatkan hasil pengeluaran serta penggunaan
racun dan baja.
4. Pembukaan kawasan-kawasan baru melalui rancangan FELDA dan FELCRA.
5. Menubuhkan stok Penimbal Getah antarabangsa oleh negara-negara pengeluar
getah dengan tujuan untuk kawal harga getah di pasaran dunia.
6. RISDA jalankan penyelidikan :

a. sediakan bantuan kewangan untuk tanam semula dan bantuan khidmat


nasihat.
b. Meluaskan kawasan penanaman getah.

7. Penubuhan Rancangan Piawaian Getah (SRM) bagi menjamin getah yang


bermutu tinggi sahaja yang diekspot.
8. Fungsi MARDEC -jalankan penyelidikan untuk tingkatkan lagi mutu getah,
contonya SMR.
9. Menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan di kawasan ladang getah
serta sistem pengangkutan yang lebih teratur dari ladang ke kilang.

TANAMAN DAGANGAN LAIN

LADA HITAM

A. Kepentingannya

1. Hasil utama Sarawak terutama bahagian pertama dan ketiga (90% pengeluaran
Malaysia).
2. Malaysia mengekspot 30% pengeluaran dunia dan ketiga besar di dunia, selepas
India dan Indonesia.
3. Diekspot ke Jepun, Jerman Barat, Singapura dan Hong Kong.

B. Kawasan Utama

• Sekitar Sibu, Sri Aman dan Kuching di Sarawak.


• Sandakan dan Samporna di Sabah.
• Beberapa Kawasan di Johor.

C. Faktor Yang Menggalakan


• Hujan melebihi 2000mm dan suhu tinggi.
• Tanah beralun dan bersaliran baik - tanah lanar subur.
• Subsidi diberi oleh Lembaga Pemasaran Lada Hitam Malaysia.

D. Masalah Dalam Penanaman Lada Hitam

1. Saingan daripada negara pengeluar lain.


2. Permintaan tak stabil menyebabkan harganya jatuh.
3. Serangan penyakit di pangkal pokok - merendahkan mutu lada hitam.
4. Kos pengeluaran tinggi (kos untuk pengangkutan dan pembajaan).
5. Gangguan cuaca tak menentu (panas berpanjangan ganggu proses pembesaran)

E. Langkah Untuk Mengatasi

1. Peranan Lembaga Pemasaran Lada Hitam

a. Tentukan harga yang berpatutan.


b. Bantu petani cari pasaran baru di luar negara.
c. Tubuhkan pusat-pusat pengumpulan proses dan penggredan lada hitam
dengan kerjasama FAMA.
d. Perbaiki kemudahan infrastuktur di kawasan ladang.

2. Jabatan Pertanian Sarawak jalankan kegiatan untuk kawal penyakit reput pangkal
pokok.
3. Berikan bantuan benih , baja dan racun serangga di bawah skim subsidi lada
hitam.
4. Kerjasama Malaysia dan negara-negara pengeluar lain melalui Komuniti Lada
Hitam Antarabangsa bagi mendapatkan harga maksimum.

KELAPA

1. Pengeluar utama

• Johor
• Pantai Timur Sabah
• Pantai barat Selangor
• Bagan Datoh Perak
• Seberang Perai, Pulau Pinang

2. 90% kelapa ditanam secara kebun kecil.


3. Hidup subur di kawasan pantai berpasir, bersaliran baik dan ada pengaruh bayu
laut dan darat.
4. Isi kelapa dikeringkan dipanggil KOPRA digunakan untuk membuat minyak,
sabun dan marjerin.
5. Dieksport ke Singapura, Kanada dan United Kingdoms.
NANAS

1. Johor pengeluar utama (85%) – ditanam secara ladang dan kebun kecil.
2. Kawasan :

• Sekitar Pekan Nanas, Simpang Renggam, Labis dan Pontian


• Sekitar Klang Teluk Intan dan Bachok Kelantan.

3. Faktor yang menggalakkan :

a. Suhu tinggi / hujan lebat.


b. Tanah gambut dan bersaliran baik.

4. Masalah dalam penanaman :

a. Persaingan dengan negara pengeluar yang lain seperti Thai, Filipina, Taiwan dan
Hawaii.
b. Serangan penyakit (fruit collapse).
c. Kos penanaman meningkat.
d. Sistem pemasaran tidak menguntungkan petani.

5. Langkah untuk mengatasi masalah

a. Peranan MARDI jalankan penyelidikan hasil benih yang bermutu seperti Gandul
dan Masmerah.
b. Lembaga Pemasaran Nanas Malaysia beri khidmat nasihat, baka/benih bermutu.
c. FAMA bantu dalam usaha pemasaran yang lebih luas.

KOKO

1. Pengeluar ke-4 di dunia (9% pengeluaran dunia).


2. Sabah pengeluar utama (30%), Semenanjung Malaysia 32% dan Sarawak 8%.
3. Men jadi tanaman jualan utama di Sabah.
4. Banyak dieksport ke Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China –
dieksport melalui Pasir Gudang.
5. Taburan kawasan :

a. perlukan kawasan kaki bukit atau bertanih pasir yang bersaliran baik dan
mengandungi kalium.
b. Bagan Datoh, Jerangau dan Muar di Semenanjung Malaysia.
c. Sekitar Tawau, Sibu dan Sempurna di Sabah.
d. Kawasan Semarahan di Sarawak.

6. Faktor yang mempengaruhi penanaman

a. Hujan melebihi 2030mm / suhu tinggi lebih 23oC.


b. Terlindung daripada pancaran matahari yang terik oleh pokok-pokok ditanam
secara tanaman selingan pokok-pokok kelapa.
c. Tanah jenis laterit dan gambut yang bersaliran baik dan mengandungi unsur
kalium.
d. Ditanam secara ladang dan kebun kecil.
e. Mengeluarkan hasil selepas 18 bulan.

7. Usaha-usaha untuk meningkatkan mutu

a. FAMA beri bantuan kewangan/nasihat


b. MARDI – jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu pengeluaran.
c. FELDA dan FELCRA terlibat dalam pembukaan kawasan-kawasan baru.
d. SIRIM – berusaha untuk kawal mutu dan tentukan gred koko yang dihasilkan.
e. Digunakan untuk membuat coklat dan minuman berperisa coklat

You might also like