You are on page 1of 3

Kemunculan teori-teori kesusasteraan yang dihasilkan oleh sarjana Melayu pada penghujung tahun

1980an dan awal tahun-tahun 1990-an telah memberi wajah baharu kepada sejarah perkembangan
kesusasteraan Melayu di Malaysia. Tokoh-tokoh sarjana kesusasteraan Melayu seperti Shahnon Ahmad,
Kassim Ahmad, Muhammad Hj Salleh, Shafie Abu Bakar, Mohd Affandi Hassan, Hashim Awang, Mana
Sikana dan Sohaimi Abdul Aziz memainkan peranan penting dan bermakna kerana sumbangan besar
mereka.
Shahnon dan Kassim Ahmad merupakan dua orang tokoh pemula yang mencetus idealisme teoretikal
kesusasteraan Islam. Shahnon menegaskan bahawa kesusasteraan Islam itu ialah kesusasteraan kerana
Allah dan berhikmah kepada manusia sejagat (Shahnon Ahmad 1981:3). Kassim Ahmad pula
beranggapan apa sahaja hasil kesusasteraan yang memiliki unsur-unsur Islam sejagat adalah
kesusasteraan Islam. Kontradiksi ini telah menjebak kedua-dua tokoh ini ke dalam polemik yang
berpanjangan.
Polemik ini ada kemiripannya dengan pertentangan pendapat yang menjebak golongan Formalis Rusia
dengan Strukturalisme, meskipun kedua-dua golongan ini berlandaskan satu isu yang sama iaitu
kesasteraan sastera, Formalis Rusia lebih mementingkan aspek linguistikal yang didokong oleh ciri-ciri
kegayaan dan keanehan bahasa sebagai dasar kesasteraan sastera. Teori Strukturalisme melihat
kesasteraan sastera itu tidak hanya bergantung kepada aspek linguistik semata-mata, sebaliknya
mementingkan keseluruhan bahagian dalam struktur karya sebagai menunjangi makna kesasteraan.
Polemik yang tercetus di antara Shahnon dan Kassim mendapat reaksi dari beberapa tokoh lain yang
turut memberi pendapat masing-masing tentang sifat dan ciri-ciri kesusasteraan Islam. Shafie Abu
Bakar yang sependapat dengan Shahnon Ahmad, kemudiannya tampil dengan gagasan teoritikalnya yang
berpaut kepada persoalan pengindahan dan penyempurnaan. Kemunculan kedua tokoh ini memberi
cabaran kepada penghasilan kerangka kesusasteraan Islam sebagai alternatif kepada toeri-teori
kesusasteraan Barat yang telah sekian lama mendominasi kesusasteraan Melayu (Ungku
Maimunah,1998:26).
Walau bagaimanapun, polemik ini tidak pula menjadi pencetus segera kepada kelahiran teori-teori
kesusasteraan Melayu. Hampir sepuluh tahun berikut iaitu penghujung tahun 1989, baharulah
munculnyaPuitika Sastera Melayu oleh Muhammad Hj Salleh, yang mempunyai gagasan teoretikal
terhadap kesusasteraan Melayu. Namun, kemunculannya bukanlah satu kelangsungan daripada polemik
Shahnon dan Kassim Ahmad, kerana Puitika Sastera Melayumerupakan satu hasil penyelidikan yang
didorong oleh keinginan untuk mempunyai teori kesusasteraan sendiri (setelah melalui pencarian
selama 30 tahun) dan penyelidikan ini dibiayai pada awalnya oleh Yayasan Volkswagen dari Jerman
pada tahun 1986, kemudian Universiti Kebangsaan Malaysia menyumbangkan dana menyokong
penyelidikan ini (Muhammad Hj Salleh, 2000:vii).
Dari sudut sejarah perkembangan teori kesusasteraan Melayu, Shahnon dan Kassim Ahmad bolehlah
dianggap sebagai pencetusnya, manakala Muhammad Hj Salleh sebagai tokoh pemula yang memberi
nama teori berserta gagasan-gagasannya. Hal ini samalah seperti kemunculan teori Kritikan Baharu
(New Criticism) dan teori New Historicism di Amerika Syarikat. Tahun 1990-an merupakan tempoh
waktu kelahiran beberapa lagi teori kesusasteraan Melayu selepas Puitika Sastera Melayu, seperti
Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang, Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid (teori ini
kemudiannya dikenali dengan nama Persuratan Baharu) oleh Mohd Affandi Hassan, Teori Takmilah oleh
Shafie Abu Bakar, Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana dan Rasa-Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul
Aziz. Memasuki abad ke-21, muncul pula beberapa teori dan praktis kritikan yang dikemukakan oleh
sarjana sastera Melayu. Antaranya ialah Pendekatan Kata Kunci oleh Mohamad Mokhtar Hassan,
teori Fitrah Gerak oleh Sahlan Mohd Saman, teori SasteraWarisan oleh A.Wahab Ali dan
teori Pemikiran Saintifik SPB4K oleh Mohd Yusof Hassan dan yang terkini teori Anjakan Makna oleh
Rahman Shaari.
Sehingga kini, usia sejarah perkembangan teori kesusasteraan Melayu sudah menjangkau 15 tahun.
Berbanding dengan perkembangan teori kesusasteraan di Barat, usia 15 tahun ini adalah terlalu
mentah. Teori-teori moden yang berkembang di Barat menguasai kesusasteraan dunia hampir dua abad
iaitu bermula tahun 1800 hingga 1960-an. Akhir tahun 1960an bermulalah era baharu yang dikenali
sebagai era pascamodenisme yang ditandai dengan kemunculan teori Dekonstruksi oleh Derrida yang
menentang teori Struktural (Mana Sikana,1998:133).
Berbanding dengan teori-teori kesusasteraan di Barat, teori-teori kesusasteraan Melayu di Malaysia
(kelahiran sarjana Melayu di Malaysia) bolehlah dikatakan melalui fasa pertama yang boleh dinamakan
sebagai `fasa permulaan`. Pada peringkat ini, para penteori kelihatan berusaha gigih memperjelaskan
prinsip-prinsip dan dasar teori masing-masing dan cuba pula menguji kemampuannya dalam bidang
kritikan. Shafie Abu Bakar, Sohaimi Abdul Aziz dan Mana Sikana gigih melakukan usaha ini bagi
membuktikan kebolehpercayaan dan legitimasi prinsip-prinsip teori mereka.
Dalam masa yang sama, teori-teori ini (Takmilah, Teksdealisme dan Rasa- Fenomenologi) mula
memasuki dunia kritikan Melayu dan menjadi sebahagian daripada teori kritikan yang mampu diuji.
Teori Takmilah pertama kali diuji terhadap antologi puisi Kau dan Aku karya A.Aziz Deraman.
Berasaskan antologinya, Shafie Abu Bakar mendakwa berjaya menemui hubungkait persoalan yang
padankan dengan lunas-lunas teoretikal. Rasa-Fenomenologi pula diuji dengan novel Salina karya
A.Samad Said dan Teksdealisme pula diuji menerusi Shahnon, Muhammad Hj Salleh, Anwar Ridhwan
dan Kemala bagi menemukan unsur keunggulan kepengarangan pengarang dan teksnya.
Teori-teori lain seperti Puitika Sastera Melayu dan Pengkaedahan Melayu, berdiri atas posisi teori
kesusasteraan semata-mata. Teori-teori ini lebih bersifat umum yang memperjelaskan bentuk dan sifat
kesusasteraan dan karya-karya kesusasteraan Melayu. Samalah halnya dengan tanggapan Shahnon dan
Kassim Ahmad terhadap kesusasteraan Islam. Manakala teori Persuratan Baharu mula didekati dan
mendapat perhatian akhir-akhir ini oleh penyelidik dalam aplikasi kritikan.

ERKEMBANGAN MUTAKHIR

Menjelang awal abad Ke-21, kegiatan kritikan sastera di Malaysia terus rancak. Kerancakan ini banyak
difaktorkan oleh peranan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menganjurkan lebih daripada 15 seminar dan
bengkel teori dan kritikan sastera Melayu. Menerusi seminar dan bengkel ini, para sarjana dan pemikir
teori sastera Melayu membentangkan buah fikiran dan idea-idea baharu ke arah memperkukuhkan lagi
disiplin kritikan sastera di Malaysia.
Selain itu, peranan institusi pengajian tinggi (IPTA) juga amat membantu perkembangan bidang teori
dan`kritikan sastera di negara ini. Kebanyakan 
IPTA seoerti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni dan
Warisan Malaysia (ASWARA) terus menawarkan kursus-kursus yang berkaintan dengan bidang ilmu teori
dan kritikan sastera di injazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Walau bagaimanapun,
tumpuan ahli akademik dalam bidang teori di IPTA makin berkurang berbanding bidang prosa moden
dan puisi.
Beberapa tokoh teori dan kritikan seperti Hashim Awang, Mana Sikana, Muhammad Haji Salleh, Mohd
Salleh Yaapar, Foto, kanan atas) Ungku Maimunah, Jaafar Rahim, Mohd Affandi Hassan dan ramai lagi
terus giat memperkukuhkan kedudukan teori dan kritikan sastera Melayu di Malaysia. Tokoh-tokoh ini
dibantu pula dengan kehadiran beberapa tokoh muda yang berpotensi seperti Sohaimi Abdul Aziz,
Mohamad Mokhtar Hassan, Mohd Daud Mohammad dan Hashim Siti Hajar Che Man. Manakala tokoh-
tokoh muda yang bakal menjadi pelapis turut melibatkan diri secara serius ialah Hashim Ismail, Zariat
Mohd Rani, Mawar Safei, Norhayati Abdul Rahman, Rahimah Ahmad, Awang Azman Pawi, Salleh
Rahmad, Jeniri Amer, S.M.Zakir, Faisal Tehrani, Abdul Halim Ali dan Samsina Abdul Rahman. 
Era mutakhir juga menyaksikan kemunculan beberapa teori dan pendekatan baharu dalam dunia teori
dan kritikan sastera Melayu. Mohamad Mokhtar Hassan misalnya memperkenalkan Pendekatan Kata
Kunci. Pendekatan ini buat pertama kali dibentang pada seminar Teori dan Kritikan Sastera Serantau di
Hotel Park Royal Kuala Lumpur. Manakala A.Wahab Ali dengan teori Sastera Warisan, Rahman Shaari
dengan teori Anjakan Makna dan Abdul Halim Ali dengan teori Estetika Bersepadu. Kesemua ini menjadi
petanda pengukuhan dan pemantapan yang secara bertahap-tahap berlaku dalam perkembangan teori
dan kritikan sastera Melayu.
Kedudukan dan pertumbuhan teori sastera Melayu tidak berpusat di Malaysia sahaja, tetapi juga
berkembang di rantau Nusantara seperti di Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Di Singpura
kemasukan dan perkembangan teori sastera Melayu banyak diusahakan oleh Mana Sikana yang menjadi
tenaga akademik di National Institute of Education (NIE). Beberapa orang tokoh akademik di Singapura
yang turut terlibat ialah Hadijah Rahmat,  Razif Bahari, Saeda Buang, Kartini Anuar dan Azhar Ibrahim.
Manakala di Univiersiti Brunei Darul Salam terdapat tokoh-tokoh dan sarjana sastera seperti Sahlan
Mohd Saman, Hashim Abdul Hamid, Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah (foto, kiri bawah)  dan Hj
Morsidi Hj Muhamed.

You might also like