You are on page 1of 12

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit). 7.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

tapi org biasa buat...bila dah jd adunan org buh dlm frezer.. pah tu bila org nak buat, keluarkan
dan org br parut... tp kebanyakkan resepi tak yah buh dlm frezer pun... sebab tu kut sedap..
ha..ha..gila berlagak lg ni...dah ada resepi org nak tryla.. plak..tp org tak suka pakai manik
kaler2 tu org ganti dgn almond cincang.. tryla..ya...
Bahan-bahan :

(A)
250 gm mentega
150 gm gula kastor
450 gm tepung biskut (cap Red Rose)
100 gm tepung jagung
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex (perangup biskut)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

(B)
150 biji badam, dibakar
100 gm badam cincang , dibakar
150 keping cawan kertas bewarna hitam

(C)
500 gm coklat masakan
1 sudu teh coco butter

Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul
lagi hingga sebati.
3. Pindahkan ke dalam mangkuk lebih besar. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi
doh yang lembut. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan 20 minit.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Masukkan badam dan buatkan bentuk bujur. Susun dalam
dulang pembakar.
5. Masukkan biskut dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama 25 minit hingga
masak dan berbau wangi. Sejukkan biskut dalam dulangnya sebelum dialihkan ke dalam bekas
lain.
6. Untuk membuat coklatnya, panaskan coklat secara double-boiler hingga cair. Masukkan
coco-butter dan kacau hingga cair.
7. Celupkan biskut dan angkat dengan garfu. Letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan
dengan badam cincang. Biarkan coklat beku sebelum menyimpannya.

Tip:
Untuk mempercepatkan coklat beku, masukkan satu dulang biskut yang telah bersalut kedalam
peti sejuk.Biarkan 10 minit hingga ia beku. Keluarkan.

Petua Merangup Badam dan Biskut Almond London


PETUA MERANGUPKAN BADAM

Q.
Maaf, saya nak dapatkan petua/cara bagaimana hendak merangupkan badam untuk
membuat biskut almond london. Saya pernah mencubanya dari resepi majalah tempatan
tetapi tidak menjadi dan badamnya tidak rangup seperti yang saya inginkan. Harap puan
dapat memberikan sedikit resepi/ petuanya, ye.

Pastikan badam yg anda bakar benar-benar rangup dan sejuk sebelum membungkusnya
dengan doh biskut. Caranya adalah memanaskan oven ke suhu 220 C (seelok-eloknya api
atas dan bawah). Ratakan badam di dalam tin pembakar (jangan ada yg bertindih) dan
masukkan ke dalam oven. Kacau dgn. senduk kayu setiap 2 minit supaya rata masaknya.
Jangan terlebih
bakar kerana ia mudah pahit. Bakar biskut pula hingga benar-benar
masak barulah dibiar sejuk sebelum dititiskan dengan coklat.

BISKUT ALMOND LONDON


125 g mentega
75 g gula aising
1 biji kuning telur
225 g tepung gandum } diayak
1/2 camt tepung beras }
300 g badam berkulit, dibakar rangup
450 g coklat masakan
80-100 g badam urai
mangkuk kecil kertas

CARA MERANGUPKAN BISKUT


Baru-baru ini saya ada melihat satu rancangan masakan di tv iaitu cara-cara membuat biskut.
Satu resepi biskut tersebut tiada memasukkan telur kedalam adunan. Adakah biskut akan
menjadi rangup sekiranya tidak dimasukkan telur?.Sekiranya puan ada petua untuk
merangupkan biskut, silalah berikan kepada saya.

Sesetengah biskut akan menjadi terlalu keras jika tidak dimasukkan telur tetapi mungkin
ada emping jagung atau badam utk memberikan rasa rangup. Jika menggunakan putih telur
saja, biskut akan menjadi keras pula. Supaya biskut benar-benar rangup, masukkan sedikit
emplex semasa memasukkan tepung (utk diuli). Anda juga boleh menambah tepung jagung
atau tepung kastad pada bahagian tepung (kurangkan).

Bila biskut masak, angkat dan biar sejuk atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap
udara. Jgn sekali-kali menyimpan kek dengan biskut kerana kerangupan biskut akan
berkurangan. Jika biskut tidak rangup lagi, susun atas tin pembakar dan bakarlah beberapa
ketika hingga ia rangup semula. Sesetengah biskut hanya akan menjadi rangup bila ia sejuk
(terutama yg mempunyai kandungan gula yg tinggi).

KEK COKLAT MOIST PERMATA HATI

Bahan-bahan:

3 biji telur

1 cawan susu pekat manis

1 cawan air

1 sudu teh esen vanilla

500g Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist

1 cawan minyak masak

Cara Membuatnya:

1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.

2. Setelah kembang masukkan air dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan pula Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist ke dalam adunan tadi,
pukul lagi.

4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul sekejap untuk sebatikan adunan sahaja.

5. Sediakan acuan kecil berbentuk hati. Tuangkan adunan anggaran setengah bekas atau
bersamaan satu sudu makan sahaja kerana adunan akan naik seganda dari asal.

6. Kukus selama 10 hingga 15 minit dan sedia untuk dihidang.

Dengan menggunakan Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist, kek yang dibuat
akan terus menjadi dan tidak ada masalah langsung jika anda mengikuti langkah demi langkah.
Walaupun anda baru pertama kali membuat kek, namun hasilnya sama seperti tahap
professional atau seolah-olah anda sudah biasa membuatnya. Memang senang dan mudah. 

KEK COKLAT MOIST BERKRIM


Bahan-bahan:

Bahan A

3 biji telur

1 cawan susu pekat manis

1 cawan air

1 sudu teh esen vanilla

500g Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist

1 cawan minyak masak

Bahan B

200g coklat masak

½ cawan serbuk koko

½ tin susu pekat½ cawan air

1 sudu kecil gula pasir1 sudu kecil tepung gandum

Bahan C

Coklat urai berwarna untuk hiasan

Cara membuatnya:

Bahan A

1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.

2. Setelah kembang masukkan air dan esen vanilla, pukul lagi.

3. Masukkan pula Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist ke dalam adunan tadi,
gaul hingga sebati.

4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul sekejap. Sediakan acuan yang anda suka
dan griskan menggunakan minyak masak. Tuangkan adunan anggaran setengah bekas sahaja
kerana adunan akan naik seganda dari asal.

5. Panaskan oven pada suhu 1750C atau 3500 F selama 5 minit. Kemudian masukkan adunan ke
dalam oven.
6. Bakar selama 45 minit atau sehingga ianya tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.

Bahan B

1. Campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan panaskan di atas api yang sederhana.

2. Masukkan pula tepung gandum untuk memekatkan krim tersebut.Untuk menghias

1. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan.

2. Setelah kek sejuk, tuangkan krim coklat tadi ke atas kek tersebut.

3. Taburkan pula coklat urai warna-warni untuk hiasan.

Sedia untuk dihidang. Sesuai untuk acara-acara penting, senang dan cepat disediakan sebab tak
perlu nak ayak tepung dan sebagainya. Adunan sedia untuk dibakar dalam tempoh 10 minit
saja. Mudah bukan? InsyaAllah, anda boleh melakukannya.

KEK COKLAT RICE


Bahan-bahan
200g butter
200g gula
4 biji telur
200g tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
100g coklat rice

Cara-caranya

1) Panaskan oven 170c.

2) Pukul semua bahan kecuali coklat rice sehingga gebu (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)

3) Masukkan coklat rice, gaul perlahan.

4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing)

SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT - CORNFLAKES MADU

Bahan A
1 kotak cornflakes
2 sudu besar planta
3 sudu besar gula pasir
1 botol madu lebah (Australia honey - dijual dikedai kek)
bijan,kacang tanah,badam (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
ceri merah/hijau (untuk hiasan)
paper cup

Cara2nya
 Cairkan planta + gula, kacau rata, masukkan cornflakes,

 Kemudian sira dgn madu lebah kacau perlahan, diatas api perlahan.

 Taburkan bijan,kacang tanah, badam (yg telah ditumbuk kasar)

 Masukkan didlm paper cup semasa masih panas, hias dengan ceri merah atau hijau.

OPTION 1
Digantikan dgn madu jenis lain pun boleh, madu ni pekat, untuk 1 kotak kecil cornflakes -
250gram madu. Kalau kurang madu, cornflakes tak melekat, boleh berderai.

OPTION 2
sesudah mencairkan planta dan gula diatas api yg sederhana, masukkan cornflakes, kemudian
baru masukkan madu dan kacau rata semua sekali, tak payah dibakar. Bila dah sejuk boleh
terus dimakan.

From: [ noyati@heitech.com.my]
Biskut corn flakes madu

Bahan2:
6 cawan corn flakes
3/4 cawan gula castor
1/2 cawan mentega
4 sudu besar madu
1 sudu teh esen vanila/ros
1 cawan bijan
1 cawan kacang / gajus/ almond
cholocolate rice / manisan manik

Caranya:
 Panaskan mentega, gula, esen & madu di atas kuali dgn api yg sederhana hingga cair &
sebati.

 Ramaskan cornflakes tapi jangan sampai hancur.

 Lepas tu gaulkan semua bahan2 tadi dalam 1 mangkuk besar.

 Masukan kacang & bijan.

 Gaul rata.

 Bila dah rata bolehlah masuk dalam paper cup yg telah disapu sedikit majerin (nak elak dari
melekat).

 Bolehlah tabur chocolate rice / manisan manik di atas.

 Bakar dalam 5-8 minit.

 Agak2 dah masak bolehlah angkat.

OPTION 1
From: [ "siti Jasniah" sjas@hotmail.com]

bahan-2
¼ cawan mentega
¼ cawan madu
1 sudu makan gula
4 cawan cornflakes
½ cawan kacang yg telah digoreng tanpa minyak (buang kulit)-tumbuk kasar

cara-2
 Mentega, madu dan gula dimasukkan ke dalam periuk.

 Masak dengan api yg kecil, kacau sehingga mentega cair.


 Cornflakes dan kacang dicampurkan ke dalam mangkuk.

 Tuangkan bancuhan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk yg berisi cornflakes dan
kacang tadi. Gaul rata dan masukkan dlm cawan kertas menggunakan sudu makan.

 kemudian susun dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 10 minit.

sekian.
selamat mencuba.

OPTION 2
From: "Rosenajehah Mohamed Ramli@pernec.pt.acc" najeha@pernec.com.my]
Saya ada dua resepi Honey Cornflakes yang berbeza.

Resepi 1:
1 kotak cornflakes yang saiz besar
1 buku buttercup
1 botol madu (size biasa)
1 tin susu pekat (375 ml - yang pendek)
1 tin kelapa kering
1 cawan badam keping
1 cawan gajus - dicincang
Cupcakes

Cara:
 Cairkan butter sampai betul-betul cair

 Masukkan madu, susu pekat - kacau rata

 Masukkan cornflakes, kelapa, badam dan gajus.

 Kacau rata dan angkat

 Masukkan dalam cupcakes dan bakar semula di dalam oven.

Resepi 2:
1 kotak cornflakes
1 botol madu
2-3 sudu gula pasir
1 mangkuk badam keping

Cara:

 Cairkan madu dan gula

 Setelah betul-betul cair masukkan cornflakes dan badam


 Kacau rata dan angkat

 Masukkan dalam cupcakes dan bakar

BISKUT ALMOND LONDON


125 g mentega
75 g gula aising
1 biji kuning telur
225 g tepung gandum } diayak
1/2 camt tepung beras }
300 g badam berkulit, dibakar rangup
450 g coklat masakan
80-100 g badam urai
mangkuk kecil kertas

CARA MERANGUPKAN BISKUT


Baru-baru ini saya ada melihat satu rancangan masakan di tv iaitu
cara-cara membuat biskut. Satu resepi biskut tersebut tiada
memasukkan telur kedalam adunan. Adakah biskut akan menjadi rangup
sekiranya tidak dimasukkan telur?.Sekiranya puan ada petua untuk
merangupkan biskut, silalah berikan kepada saya.

Sesetengah biskut akan menjadi terlalu keras jika tidak dimasukkan


telur tetapi mungkin ada emping jagung atau badam utk memberikan
rasa rangup. Jika menggunakan putih telur saja, biskut akan menjadi
keras pula. Supaya biskut benar-benar rangup, masukkan sedikit
emplex semasa memasukkan tepung (utk diuli). Anda juga boleh
menambah tepung jagung atau tepung kastad pada bahagian tepung
(kurangkan).

Bila biskut masak, angkat dan biar sejuk atas redai sebelum disimpan
di dalam bekas kedap udara. Jgn sekali-kali menyimpan kek dengan
biskut kerana kerangupan biskut akan berkurangan. Jika biskut tidak
rangup lagi, susun atas tin pembakar dan bakarlah beberapa ketika
hingga ia rangup semula. Sesetengah biskut hanya akan menjadi rangup
bila ia sejuk (terutama yg mempunyai kandungan gula yg tinggi).

ahan-bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar


Coklat masakan - cairkan cara double boiling.
Cara Memasak
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

You might also like