You are on page 1of 2

PROSES PELAKSANAAN

Aktiviti 1 dan 2

1. Kanak-kanak membuat separa bulatan untuk senaman regangan.


2. Guru menunjukkan senaman regangan satu persatu bermula daripada kepala
sampai ke kaki dengan kiraan lapan kali.
3. Kanak-kanak mula mengikuti senaman regangan bersama-sama.
4. Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan.
5. Guru menunjukkan demontrasi permainan pertama iaitu gelup-gelup gelung dan
permainan yang kedua iaitu jambatan goyang-goyang.
6. kanak-kanak melakukan permainan pertama setelah mendapat arahan daripada
guru. Permainan kedua dijalankan setelah selesai permainan pertama.
7. Pemenang bagi permainan pertama dikira berdasarkan jumlah gelung yang
terbanyak manakala pemenang permainan kedua dikira berdasarkan masa yang
terpantas.
PERATURAN PERMAINAN 1 ( GELUP-GELUP GELUNG )

1. Bola tidak dibenarkan keluar daripada gelung.


2. Percubaan diberikan sebanyak 3 kali bagi membaling gelung kecil ke dalam
gelung rotan.
3. Jika balingan masih tidak memasuki ke dalam gelung rotan, tiada mata akan
dicatatkan.
4. Pemenang dikira berdasarkan jumlah gelung yang berjaya dikumpulkan.

PERATURAN PERMAINAN 2 ( JAMBATAN GOYANG-GOYANG )

1. Murid dikehendaki meniti sambil mendepakan tangan.


2. Jika murid-murid terjatuh semasa melakukan aktiviti meniti, mereka dikehendaki
mengulanginya semula sehingga berjaya.
3. Murid mengimbangkan badan sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.
4. Setelah selesai meniti mereka dikehendaki membaling dan menyambut pundi
kacang sebanyak 5 kali.
5. Murid-murid dikehendaki berlari ke stesen terakhir sambil menepuk tangan
kawan.

You might also like