You are on page 1of 24

Selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah

Penampang.

Selaras dengan hasrat dan polisi Kerajaan di dalam mengalakkan


penggunaan Teknologi Maklumat (IT) pada masa kini, infrastruktur teknologi
internet yang disediakan dapat memberi ruang dan peluang kepada Majlis ini
untuk memuatkan dan berkongsi maklumat-maklumat penting dengan orang
awam berhubung dengan fungsi-fungsi serta perkhidmatan-perkhidmatan
yang disediakan.

Oleh kerana fungsi Majlis ini sebagai Pihak berkuasa Tempatan berkait-rapat
dengan masyarakat umum yang terdiri dari penduduk setempat, para
peniaga, para pelabur serta pelancong, saya berharap Laman Web ini akan
dapat memberikan maklumat-mkalumat yang dikehendaki dengan mudah,
tepat, cepat dan berkesan. Majlis ini akan cuba sedaya upaya memenuhi
kehendak orang awam dan akan memberikan maklumat yang terkini demi
untuk memberi kepuasan hati pelanggan khususnya masyarakat yang
mempunyai urusan rasmi dengan Majlis Daerah Penampang. Maklumat
dalam Laman Web ini akan dikemaskini dari masa ke semasa supaya segala
maklumat yang dipaparkan sebenar-benarnya.

Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


Selamat Datang ke Laman Web kami dan Selamat Melayarinya.

Sekian.

SOUDI SAMY
Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Penampang telah diwujudkan pada tahun 1958. Pada ketika
itu ia dikenali dengan nama Jesselton Rural District Council atau pendeknya
JRDC. Kawasan-kawasan jajahan Jesselton Rural District Council pada ketika
itu adalah Pekan Telipok sehingga ke Kampung Likas, Kawasan Taman Foh
Sang, Taman Stephen dan keseluruhan Daerah Kecil Penampang dan ia
berpejabat di Pejabat Daerah Kecil Penampang.

Yang Dipertua Majlis Daerah Luar Bandar Jesselton yang pertama ialah
Pegawai Daerah Jesselton, Mr. Blow D.S.O. dimana Ketua Eksekutif ialah
Penolong Pegawai Daerah Kecil Penampang. Ahli-ahlinya terdiri daripada
Ketua-Ketua Anak Negeri: O.K.K. Laiman Diki bin Siram, Mojimbun
Majangkim, Tan Ping Hing, Ewan bin Empok dan Ahsai bin Ghani; Kapitan-
kapitan Cina: Encik Foo Ah Kau (Penampang), Encik Wong Nam Fatt
(Telipok), Encik Chin Nyuk (Menggatal), Encik Chin Tsun Yin (Inanam) dan
Encik Ng Swee Hock (Putatan); Pemilik-pemilik Harta: Mr. W.C. Callard
(Estet Lok Kawi) dan Encik Julius Makajil (Penampang).

Pada tahun 1966, Ordinan Kerajaan Tempatan (1961) telah diubah dimana
semua ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Menteri Kerajaan Tempatan
Sabah. Dengan pertukaran nama Jesselton ke Kota Kinabalu maka nama
JRDC turut bertukar nama kepada KKRDC (Majlis Daerah Luar Bandar Kota
Kinabalu). Apabila Lembaga Bandaran Kota Kinabalu telah dinaikkan taraf
kepada Majlis Perbandaran Kota Kinabalu pada tahun 1978, ia telah
mengambil keseluruhan daerah Kota Kinabalu dan nama Majlis Daerah Luar
Bandar Kota Kinabalu turut ditukarkan kepada Majlis Daerah Penampang.

Pada 18 Mac 1997, Daerah Kecil Putatan telah ditubuhkan dengan rasminya
bagaimanapun, pentadbiran pihak kuasa tempatan di daerah tersebut masih
dibawah jagaan Majlis Daerah Penampang.
Carta Organisasi
Piagam Pelangan

 » Bahawa komitmen kami kepada anda adalah memberi perkhidmatan


yang Mesra, Cekap dan Amanah.
 » Melayan Aduan-Aduan Awam dalam tempoh masa pejabat dan
memaklumkan dengan segera atas kemajuan-kemajuan aduan.
 » Memproses dan menyokong permohonan lesen niaga dan operasi
yang lengkap dalam tempoh 2 minggu.
 » Memproses dan meluluskan pengemukaan pelan pembangunan,
bangunan, pembahagian tanah, pengubahsuaian bangunan dalam tempoh 2
bulan. Kelulusan adalah berpandukan ulasan-ulasan dan sokongan daripada
jabatan/agensi-agensi teknikal.
 » Pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan jika mematuhi syarat-syarat
dalam tempoh satu minggu selepas menerima sokongan daripada
jabatan/agensi-agensi teknikal.
 » Mengadakan sistem pemungutan sampah yang terkini dan boleh
diamal sekurang-kurangnya tiap-tiap hari di kawasan komersial, 2 kali
seminggu di kawasan perumahan dan sekali seminggu di kawasan luar
bandar.
 » Menguatkuasa Undang-Undang Kecil Majlis tanpa pilih kasih:

   a.Kebersihan-kebersihan dalam kawasan restoran ke tahap 90%.


   b.Kebersihan perparitan ke tahap 80%.
   c.Peniaga-peniaga/penjaja-penjaja haram - 0%.
   d.Bangunan-bangunan haram – 20%.
   e.Tahap kecantikan/keindahan Bandar/Alam sekeliling – 80%. 
 » Menjamin keselesaan terhadap penggunaan-penggunaan
kemudahan-kemudahan awam.
 » Memberi perkhidmatan-perkhidmatan kaunter yang berkualiti dan
mesra pelanggan.
Objektif

 » Mewujudkan satu Penguasa Tempatan yang Berkewibawaan dan


Berkemampuan.
 » Mewujudkan Pembangunan Daerah yang tersusun, terancang dan
moden.
 » Memberi Kemudahan-Kemudahan kepada penduduk-penduduk
terutama sekali dalam kawasan perkadaran seperti perkhidmatan
pemungutan sampah, pemotongan rumput, pembersihan perparitan, lampu-
lampu jalanraya, loji dan saluran najis di samping mengenakan cukai-cukai
pintu bagi tujuan perbelanjaan Pengurusan Pentadbiran Majlis.
 » Mewujudkan suasana bandar yang indah dengan perlanskapan yang
teratur, dan tahap kebersihan yang tinggi.
 » Memberi perkhidmatan-perkhidmatan kebersihan, lampu-lampu
jalan dan penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan luar perkadaran Majlis.
Alamat surat menyurat

Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Penampang
Peti Surat 80
89507 Penampang

Pegawai Eksekutif : 088-711575


Jurutera : 088-711686
No. Telefon : 088-711711/711712/711713/711538
No. Faks : 088-712588
Hotline : 088-724044

PEGAWAI EKSEKUTIF Soudi Samy

PEN. PEG. EKSEKUTIF (P) Ag. Saifudin Hj. Jumat

PEN. PEG. EKSEKUTIF (O) Ripin Hj. Suod

   

BAHAGIAN KETUA UNIT

Kejuruteraan/Pembangunan Presley Anthony

Akaun Janet P. Lajaip

Penguatkuasa Nelson Johnivies

Kesihatan Augustine Jr. Abah

Penilaian & Hartanah Freddy Chong

Lanskap Elbert M. Staun

Ketua Kerani Saniah Hj. Achil


   

Nombor Telefon Penting  

Pejabat Daerah Penampang 088-711567/711004

Jurutera Daerah, JKR Penampang 088-726536

Jabatan Bomba, Penampang 088-715446

Pejabat Pos, Penampang 088-711568

Jabatan Tanah & Ukur, Penampang 088-720931

Jabatan Pengairan & Saliran,


088-711705
Penampang

Penampang 088-712222

Aduan SESB 15454

Aduan Jabatan Air 088-711767


Bahagian Kejuruteraan

Objektif
Carta Alir Pemprosesan Pelan

 
Objektif

Kearah pembangunan yang teratur, moden, dan berwawasan disamping


mengekalkan dan memelihara keindahan alam semulajadi.

Fungsi Aktiviti

1. Proses kelulusan pelan pembangunan


2. Proses kelulusan pelan bangunan
3. Proses kelulusan pelan perumahan dan kawasan
perkadaran
Penyelarasan dan 4. Proses kelulusan penukaran zon
pengawalan pembangunan di 5. Proses kelulusan pelan renovasi bangunan
Daerah Penampang 6. Proses kelulusan pelan infrastruktur/kemudahan
awam (perparitan, jalanraya, sistem pembentungan
najis, lanskap, lampu jeraya, kerja tanah)
7. Pengeluaran Sijil Pegangan (O.C.)
8. Proses kelulusan pelan pembahagian tanah

Penyelarasan dan 1. Pembangunan lanskap bagi kawasan baru


perancangan projek 2. Projek pembangunan baru
pembangunan Majlis 3. Mengurus pemanggilan tender/sebutharga Majlis
4. Menyediakan dokumen Tender/Sebutharga
5. Analisa Tender/Sebutharga
6. Mengurus pendaftaran kontraktor.
7. Penyeliaan dan pelaksanaan projek-projek

1. Menyelaras pembaikan dan penyelenggaraan


sistem pembentugan najis Majlis
2. Menyelaras pembaikan dan penyelenggaraan
jalanraya Majlis
Perkhidmatan 3. Menyelaras pembaikan dan penyelenggaraan
penyelenggaraan lampu jeraya
kemudahan awam 4. Menyelaras pembaikan dan penyelenggaraan
sistem perparitan
5. Menyelaras pembaikan dan penyelenggaraan
kawasan lapang, taman rekreasi dan pusat
perkelahan

1. Pembaikan kerosakan bangunan-bangunan Majlis


Penyeliaan harta benda
2. Pemeriksaan berjadual keatas bangunan-
Majlis
bangunan Majlis

1. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan


Pembangunan Majlis
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Bangunan
Pengurusan mesyuarat 3. Mesyuarat Jawatankuasa Penamaan Jalan dan
Peredaran Trafik
4. Mesyuarat Jawatankuasa Kecantikan Bandar
5. Mesyuarat Lembaga Tawaran
Pengenalan

Kelab Sukan dan Rekreasi Kakitangan Majlis Daerah Penampang ditubuhkan


pada 6 April 1989. Bagaimana pun Kelab ini hanya mendapat Perakuan
Pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 30 Ogos 1990. Pada
mula-mulanya Kelab ini ditubuhkan, seramai 31 orang ahli sahaja telah
mendaftar sebagai ahli tetapi pada masa kini sudah mempunyai 180 orang
ahli. Dengan adanya kerjasama dan persafahman di kalangan ahli-ahli Kelab
maka Kelab ini telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti sukan, sosial
dan kebajikan khas untuk ahli-ahli kelab dan juga kakitangan Majlis.

Terdapat 3 Jawatankuasa di dalam Kelab ini iaitu terdiri daripada:-

1.Jawatankuasa Kebajikan 
2.Jawatankuasa Sosial 
3.Jawatankuasa Sukan. 

Senarai Jawatankuasa bagi tahun 2003-2007

Penaung - Pengerusi Majlis Daerah Penampang


Penasihat - Pegawai Eksekutif
Pengerusi - Encik Robert Malangkig
Timbalan Pengerusi - Puan Angeline Dunstan
Setiausaha - Encik Alexander Gumisi
Penolong Setiausaha - Encik Charles Ebol
Bendahari - Puan Grace Chong
Juru Audit - Stanislaus Golingi

AJK:

Kebajikan - Mathew S. Gumpil


Sosial - Patrick G. Bungut
Sukan - Elbert M. Staun

Arkib Berita Sukan

- berita tahun 2001 


Jadual Pemungutan Sampah

Moyog

Zon 1
Zon 2
Zon 2a
Zon 3
Zon 4
Zon 5
Zon 6

Petagas

Zon 1
Zon 2
Zon 3
Zon 4

Perhatian: Jadual pemungutan sampah ini adalah tertakluk kepada


perubahan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

MOYOG 
Zon 1 (Moyog)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

1.Pekan Dongongon Setiap hari

Ke atas 

Zon 2 (Moyog)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

1. Kompleks Penampang Selasa, Khamis dan


2. Simpang ke Lembaga Kebudayaan Sabtu
3. Dewan Majlis Daerah Penampang
4. Pejabat Daerah - Bangunan Urusetia Daerah
Penampang
5. Balai Polis Daerah Penampang & Quarters
6. Private House - Jalan Kasigui (Tabasan Villa)
7. Taman Kasigui
8. Water Works dan Kedai Kasigui
9. Kampung Tuavon
10. Tepi Jalan ke Poliklinik
11. Kampung Kivatu
12. Tepi Jalan ke Kolopis
13. Nuluhon Villa - Datuk Fred Jinu
14. Simon Totu's house
15. Tepi Jalan Kg. Tuunon
16. Walaiku - Datuk Felix Golingi
17. Housing Corporate Dynamics
18. Gereja Maranatha
19. Kg. Inobong (Tamu, padang Pagansakan Inobong)
20. Masuk ke Water treatment Plant Moyog & Housing
21. Tepi Kampung Tulung
22. Sekitar Kg. Sarapung
23. Kampung Pogunon
24. Village Rest House Kg. Pogunon
25. Balai Raya Kg. Babagon

Ke atas 

Zon 2(a) (Moyog)

Jadual
Tempat Perlaksanaan
Pemungutan

1.Sepanjang Jalan ke Kg. Maang dan Jalan masuk ke rumah Isnin, Rabu dan
John Lijawi Jumaat
2.Kampung Sugud - Rumah Victor Moosom,Jalan Kg.
Ponontogon, Dombizau dan Pompod Pinapa
3.Tepi Jalan Kampung Limbanak - Sekolah St. Aloysius dan
rumah sekitarnya, PogunTrading Kg. Limbanak
4.Jalan Kg. Ramayah (N.S. Auto Works), rumah di sekitar Kg.
Ramayah
5.Jabatan Haiwan dan rumah sekitarannya
6.Kilang Papan - Yougan development
7.Kg. Dungkahang, Kg. Tanaki dan simpang ke rumahY.B. Tan
Sri Datuk Bernard Dompok
8.Rumah En. Fred Moosom dan sekitarnya Kg. Babah/Bunduon
9.Kg. Penampang Proper
10.Tepi Sekolah St. Joseph Convent dan Sekolah St. Joseph
11.Sekolah St. Michel dan masuk ke Gereja P'pang
12.Sepanjang Jalan ke Pejabat JKR Penampang
13.Tepi Jalan ke Taman Pampang dan Taman Pampang
14.Masuk ke Jalan Kandavai (Kg. Dabak)
15.Tepi Jalan ke Taman Donggongon - masuk ke Jalan
Pimpikau
16.Taman Donggongon Pejabat Pos
17.Taman High Green, Taman Manis dan sekitarnya
18.Private House - (Jamilah)
19.Private House - Yong Timber,Monsiat Donggongon
20.Rumah Terrence Manjaji & rumah orang cina

Ke atas 

Zon 3 (Moyog)

Jadual
Tempat Perlaksanaan
Pemungutan

1.Bandar Baru Penampang, Kedai Rodamas, Kedai Nosoob


dan Taman Nosoob.
2.Kedai Towering dan Kedai Victory
3.Borneo Seafood Restaurant
4.Grand Industrial, Kedai Beverly Hills dan Commercial Setiap hari
Industrial Park
5.Kedai Fu Guan
6.Kedai HSK, Grand Industrial Phase 2, Uniang Plastik dan
Oriental

Ke atas 

Zon 4 (Moyog)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

1.Jalan Shantung - House No. 8 Hari Selesa, Khamis dan


2.Taman Penampang 1 hingga 3 dan Kedai Taman Sabtu
Penampang
3.Tepi Jalan Kampung Puluduk (Pivate House)
4.Taman Sahabat 1 hingga 4
5.Kedai Regency Park dan Taman Regency Parks
6.Sekolah SJKYue Min dan Rumah di sekitarnya
7.Taman Hilton 1 hingga 6

Ke atas 

Zon 5 (moyog)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

1.Tepi Jalan Kampung Tinakapan


2.Taman BDC Hungab
3.Datin Nancy Mojuntin
4.Kampung Hungab - Jalan Masuk ke Kampung Buzut dan
Jalan Domis
5.Tepi Jalan Kampung Guunsing ke Sekolah Datuk Peter
Hari Selesa, Khamis dan
Mojuntin dan S.K. Puuntunoh
Sabtu
6.Tepi Jalan Kampung Tunoh ke Simpang Gopuh
7.Taman Somerset
8.Taman Palm Villa (Good View)
9.Hungab
10.Datuk Mobijohn
11.JKKK Tunoh

Ke atas 

Zon 6 (Moyog)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

1. Taman Formosa A1, A2, B dab B1 Setiap Hari Isnin, Rabu dan
2. Taman Jelitana Utama Jumaat
3. Taman KCK Phase 1
4. Beverly Hills Plaza (Setiap hari)
5. Kedai Beverly Hills Phase 1 - Otolub
6. Syarikat Yu Seng Contractor
7. Beverly Hills Phase 1
8. Restaurant Golf View
9. Taman Intan 1 dan 2
10. Reservoir 1 dan 2
11. Taman Golf View 1 hingga Golf View 5
12. Restaurant Senamramai (Setiap hari)
13. Stesen Minyak Esso

Ke atas 

PETAGAS 
Zon 1 (Petagas)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

JPS Putatan
Putatan Light Industrial
Kedai Pekan Putatan Baru (Setiap hari)
Taman Bunga Raya
Taman Union Putatan
Taman Bersatu Ph. I, II & III (Termasuk Kedai) Isnin, Rabu dan Jumaat
Taman Tema Ph. II
Gereja Basil
Kediaman YB.Rahim Ismail
Taman Kina Lee
Petronas

Taman TJ & R Petagas


Kg. Peringatan / Jalan Petagas - Putatan
Kedai Sendil Industrial
Workshop Wira/Fork Land
Taman Tanah Mas
Taman Tema Ph. I / Pantai Gorongon
Selasa, Khamis dan
Taman Bersatu Ph. IV
Sabtu
Taman Petagas
Taman Friendship Garden Ph. III
Kg. Muhibbah / Kg. Contoh
Taman Jumbo Ph. I & II
Taman Friendship Garden Ph. I
Taman Pinex Jalan Kg. Petagas

Ke atas 

Zon 2 (Petagas)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

Kg. Kuala I/II Putatan Isnin, Rabu dan Jumaat


SMK/SK Putatan
JKR Store/Quarters
Taman Darius
Kg. Sapanggil Putatan (Percukaian)
Taman Putatan Baru dan Sin Haw (H)
B/P Shell Jalan Putatan
Kedai Taman Jumbo (Setiap hari)
Pasar Pusat Putatan (Setiap hari)

Jalan Terawi - Putatan Private House


termasuk SK. Buit Hill Putatan
Kg. Kepayan Putatan (I/II)
Kilang Plastik Uniang
Pepsi COla Putatan Selasa, Khamis dan
Taman Kingland Ph. I & II Sabtu
Taman Park Petagas
Sri Utama Petagas
Taman JUmbo Ph. III
Putatan Point/Square

Ke atas 

Zon 3 (Petagas)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

Taman Friendship Garden Ph. II


Shell Station (Taman Friendship Ph. II)
Kg. Peringatan (berhadapan Airport)
Jalan Tugu Peringatan (Pivate houses)
Isnin, Rabu dan Jumaat
Kg. Ganang (Private houses)
Taman Olivia Ph. I/II
SK. Kepayan
Taman Deluxe

Kg. Kepayan (dekat rumah murah) Selasa, Khamis dan


Jalan Biabas Sabtu
Jalan Gounggang
Jalan Dunduok
Taman Kepayan Ph. I/II
Taman Bumi (H)
Taman Kendara Ph. I/II
Taman Nice
Kedai Taman Nice
Taman Mas Jaya

Ke atas 

Zon 4 (Petagas)

Tempat Perlaksanaan Jadual Pemungutan

Gardenia Flight Kitchen Putatan (Setiap hari)


Desa Hatchery Lok Kawi Isnin, Rabu dan Jumaat
Lok Kawi Industrial Area

Jalan Ramayah - Putatan (Private Houses)


Kg. Duvanson (Private houses) Selasa, Khamis dan
Kg. Potuki/Tombovo (Private houses) Sabtu
Kg. Petagas/Kg. Sekambu Petagas

Jadual Kaunter Pembayaran Majlis Daerah Penampang

Lokasi : Ting. Bawah, Bangunan Majlis Daerah Penampang

Hari Masa

8.00 pagi - 3.30


Isnin -Khamis
petang

8.00pagi - 11.30pagi
Jumaat 2.00 petang - 3.30
petang

Sabtu/Ahad/Cuti Umum Tutup

Kadar Harta Bercukai

No. Jenis Harta Kadar

1. Bangunan Komersial/Industri 7%
Rumah Persendirian Di dalam
2. 4%
Estet Perumahan

Rumah Persendirian Di luar Estet


3. 2%
Perumahan

Tanah Kosong (Belum


4. 0.05%
dibangunkan) NT/FR

Tanah kosong (Belum


5. 1%
dibangunkan) CL/TL

6. Kadar Loji Najis 3%

Kawasan Menarik di Daerah Penampang


Bandar Dongongon :Dahulunya dikenali sebagai
Pekan Donggongon. Pada 1 Januari 2004, nama Pekan Donggongon telah
ditukar kepada Bandar Donggongon. Bandar Donggongon adalah pekan
utama daerah Penampang.

Tugu ini dibina di tengah-tengah Bandar


Donggongon. Tugu ini adalah untuk memperingati anak emas orang kadazan
iaitu mendiang Datuk Peter Mojuntin yang merupakan tokoh politik yang
disegani dan banyak membawa pembangunan di daerah Penampang.
Mendiang telah terkorban dalam satu nahas udara pada 06.06.1976.

Tamu Donggongon telah diiktiraf sebagai tamu


terbaik di Sabah. Jualan utama di tamu ini adalah hasil-hasil pertanian
daripada penduduk kampung dari daerah Penampang dan juga luar daerah.
Tamu ini dibuka pada hari rabu sehingga hari jumaat setiap minggu.
lagi tempat menarik >>

empat menarik di daerah Penampang


 
Maklumat lanjut tempat pelancongan di Sabah >>
 
Buhavan Square

Gereja Katolik St Michael, Penampang

Dewan Siga Tuavon, Penampang

Stesen Perikanan Babagon, Penampang

Empangan Babagon, Penampang


Berita kejohanan Dart berpasukan terbuka Penampang 2001

"Kejohanan Dart akan menjadi kalender tahunan melawat Daerah Penampang sempena
Pesta Kaamatan" dalam ucapan perasmian oleh Y.B. Encik Philip Lasimbang Kejohanan
Dart Berpasukan Terbuka Penampang Tahun 2001.

Pasukan Navaut Darters (Penampang) memenangi hadiah sebanyak RM 5,000.00


bersama piala. Pasukan ini telah mengalahkan 36 pasukan lain dalam kejohanan ini.
Johan - Pasukan Navaut Darters ... Kami Juara !!

Naib Johan - Pasukan BSRC Dadung Die Hard ... Tahun depan jumpa lagi!

Gelagat Pasukan Kesurek C ... Tak pe, kami tidak menang.. tahun depan mungkin
menang!
Meja Urusetia (SADA) - Nah duit yuran, kalau ko tidak mau saya ambil nie! (Terima
kasih SADA dengan sokong dan bantuan kalian - KESUREK)

Perasmian - YB ini saja hadiah penganjur ... kalo buli, cuba gia umban ini dart!

" SEMANGAT KESUKANAN YANG UNGGUL " KESUREK 2001

You might also like