You are on page 1of 4

Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih, tuan/puan pengerusi majlis.


Yang saya hormati, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

‘Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Islam’

Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh
lagi, izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan supaya lebih jelas lagi.

Frasa Kecemerlangan Akhlak membawa konotasi ; Budipekerti atau keperibadian yang unggul dan
berkualiti.

Frasa Melahirkan Modal Insan Cemerlang pula ditakrifkan sebagai ; Mewujudkan asas yang kukuh
dalam melahirkan manusia yang berjaya dunia dan akhirat.

Oleh yang demikian, rumusnya tajuk ini menjelaskan kepada kita bahawa suntikan akhlak mahmudah
iakni akhlak yang terpuji ke dalam jiwa dan minda akan melahirkan insan masa hadapan yang
cemerlang dalam segenap aspek dunia dan akhirat

Muslimin dan Muslimat,

Aspek yang pertama,

AKHLAK CEMERLANG MEMBINA JATI DIRI

i. Sesungguhnya muslim yang memiliki akhlak yang cemerlang akan berupaya


mengadaptasi diri dengan pola kehidupan yang bersandarkan sepenuhnya kepada syariat
Allah SWT.
ii. Mereka tidak akan goyah pada sebarang mehnah dan tribulasi, sebaliknya memiliki
jatidiri yang ampuh.
iii. Sejarah telah membuktikan; betapa teguhnya iman keluarga Ammar bin Yasir yang telah
berjaya mempertahankan agamanya biarpun disiksa oleh Abu Jahal
iv. Bertepatan dengan firman Allah ; Surah Al Qalam A.4

Dan sesungguhnya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.


v. Penubuhan Rakan Muda umpamanya adalah bertujuan untuk membina jatidiri remaja
Malaysia agar sentiasa peka kepada apa yang berlaku di sekeliling dan sentiasa
bersiapsiaga selain menghindarkan mereka dengan aktiviti2 sosial yang akan
menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat. Nauzubillah

Maka, Jelaslah bahawa kecemerlangan akhlak adalah teras kepada jatidiri yang
cemerlang
Aspek yang Kedua,

AKHLAK CEMERLANG, KELUARGA GEMILANG

i. Akhlak mulia yang sentiasa dipupuk dan disuburkan kedalam jiwa pasti akan melahirkan
individu yang cemerlang dan seterusnya akan berupaya mencorakkan keluarga menuju
ke arah kecemerlangan.
ii. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Desember 2009 ; Keluarga Abdul
Razak Yusof yang telah merangkul Anugerah Keluarga Cemerlang Mithali Negeri
Terengganu tahun 2009 menyifatkan kebahagiaan dan kecemerlangan keluarganya
adalah kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam
iii. Firman Allah SWT dalam Surah At- Tahrim A.6

Wahai orang2 yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dan keluarga
kamu dari api neraka.
iv. Keupayaan Sayidatina Khadijah , isteri Rasulullah SAW mendidik anak2 bersandarkan
kepada aqidah yang mantap telah memungkinkan mereka berjaya menjadi muslimah
sejati.
v. Tuntasnya, keluarga cemerlang merupakan manifesti daripada akhlak mahmudah akan
berupaya merealisasikan kejayaan seseorang insan

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Aspek yang Ketiga,

AKHLAK CEMERLANG, MASYARAKAT PENYAYANG

i. Sesungguhnya, bukan mudah untuk kita mencitra sebuah masyarakat yang kaya dengan
sifat penyayang.
ii. Atas dasar ini, Program Rakan Masyarakat yang telah dilancarkan sedikit masa dulu dan
dilaksanakan di segenap peringkat telah berupaya melahirkan insan yang cakna
masyarakat.
iii. Rasulullah SAW telah bersabda ;
Sesiapa yang tdk mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi. (Hadis Riwayat Muslim)
iv. Rasulullah SAW telah menanam asas Aqidah yang teguh sehingga berjaya menghapuskan
amalan masyarakat jahiliyah yang hidup berpuak-puak dan saling bermusuhan menjadi
umat islam yang bersaudara dan bersatu padu.
v. Jelaslah, masyarakat yang penyayang natijah daripada suntikan akhlak cemerlang adalah
teras kepada kejayaan insan.
Aspek yang Ke empat.

AKHLAK CEMERLANG MEMBENTUK PERPADUAN

i. Sesungguhnya, perpaduan ummah merupakan petunujuk kejayaan insan. Ini kerana, tanpa
perpaduan, Maka, masyarakat akan berpecah belah dan saling bersengketa serta saling
meminggirkan perihal kehidupan orang lain.
ii. Dalam peristiwa Hijrah misalnya, terjalin ikatan ukhwah Islamiyah yang kukuh dan dan padu
diantara kaum Ansar dan Muhajirin yang digarap atas dasar akhlak dan aqidah untuk
membentuk perpaduan ummah.
iii. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kematian adik Syafiah Humairah akibat didera oleh
teman lelaki ibunya sehingga meninggal dunia .Ini membuktikan betapa tidak perhatinnya
masyarakat sekeliling terhadap masalah yang berlaku di persekitaran tersebut.
iv. Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ali Imran A.103
v. Jelaslah saudari dan saudari sekalian... masyarakat yang bersatu padu adalah teras kejayaan
insan dan peradaban itu sendiri.

Aspek yang Ke lima

AKHLAK CEMERLANG MELAHIRKAN ILMUAN

i. Mayarakat berilmu merupakan indikator kepada kemajuan sesebuah negara.


ii. Untuk mencapai aspirasi ini, maka suntikan akhlak mahmudah adalah satu preskripsi dalam
memangkin kelahiran intelektual yang multi-kejayaan.
iii. Kecemerlangan akhlak Pelajar Terbaik SPM 2008, Nik Nur Madihah telah membolehkan
beliau dinobatkan sebagai salah seorang tokoh Maulidur Rasul 1431H yang lepas.
iv. Kehebatan cendiakawan Islam terdahulu yang teguh Akidahnya dan mulia Akhlaknya seperti
Ibn. Sina, dan Al Farabi telah berjaya mencipta tamadun dunia.
v. Firman Allah SWT dalam Surah Al Mujaladah A.11

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang
berilmu pengetahuan .
vi. Ternyatalah, insan berilmu adalah tunjang kecemerlangan

Aspek yang ke Enam,

AKHLAK CEMERLANG MEMBENTUK KEPIPMPINAN

i. Kepimpinan merupakan satu elekmen yang sangat penting dalam memastikan


kecemerlangan ummah. DAN hal ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa suntikan
akhlak yang cemerlang.
ii. Kepimpinan ampuh Rasulullah SAW umpamanya. Adalah natijah daripada sahsiah baginda
yang sangat mulia.
iii. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang berbunyi;

Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab ke atas orang yang dipimpin.
iv. Langkah memperkasakan expandSPRM adalah bukti kukuh betapa prihatinnya kerajaan
terhadap kepimpinan yang bersih dan effisien dalam pentadbiran negara.
v. Maka, jelaslah akhlak cemerlang akan menzahirkan kepimpinan yang terbilang.

Aspek yang terakhir,

AKHLAK CEMERLANG MEMBENTUK SIFAT SABAR

i. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah A.153.


Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.
ii. Marilah kita bersama-sama menzahirkan kecantikan Islam dengan menjiwai sifat sabar
dalam diri kita. Ayuh contohi kesabaran Nabi Ayub AS agar kita tergolong dalam kalangan
umat yang dikasihi Allah SWT. Amin ya rabbal Alamin.

Hadirin Sekelian,

Dengan 7 Aspek yang telah saya sampaikan tadi iaitu.

i. PEMBINAAN JATIDIRI
ii. PEMBENTUKAN KELUARGA CEMERLANG
iii. MASYARAKAT PENYAYANG
iv. PERPADUAN
v. PENCETUSAN KEILMUAN
vi. SIFAT SABAR DALAM KEHIDUPAN INSAN

Maka, terbuktilah KECEMERLANGAN AKHLAK TERAS KEJAYAAN INSAN

You might also like