You are on page 1of 5

IKHTILAT: Pergaulan Lelaki dan Perempuan

Pendahuluan:

1. Islam menyediakan acuan yang paling baik untuk kehidupan manusia agar harmoni sesama
makhluk dalam redha Sang Pencipta.
2. Sepanjang jalan telah disediakan petunjuk-petunjuk agar kita selamat sampai ke tujuan.
Jika petunjuk-petunjuk ini dilanggar, korbannya bukan sahaja menimpa si pelanggar, malah
orang lain juga turut tercalit sama.

“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim
saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.” (Al-Anfal 8: 25)

3. Petunjuk-pentunjuk ini (antaranya termasuk hukum-hakam) perlu dilihat dan diterima


sebagai ketaatan (‘ubudiyyah) kepada Allah SWT tanpa dipengaruhi hawa nafsu.
4. Di antara banyak petunjuk itu, termasuklah soal Ikhtilat ini.

Pengertian Ikhtilat:

1. Secara Bahasa: (‫“ )ﺧﻠﻂ‬Bercampurnya dua hal atau lebih.”


2. Sudut Syariah: (‫“ )اﺧﺘﻼط‬Bercampur baurnya perempuan dan lelaki yang bukan mahram di
dalam kedudukan yang tidak dibenarkan oleh Islam.”
3. Ketika Ikhtilat berlakunya: Percampuran lelaki dan perempuan (3 orang ke atas; 2 dikira
Khalwat), proses berinteraksi dan komunikasi.

Hukum Ikhtilat:

1. Hukum asal Ikhtilat adalah haram.


2. Namun, pengharaman ini tidak dinyatakan di dalam nas yang jelas dan terang (‫)ﺻﺮﻳﺢ‬.
3. Ulama berhujah tentang pengharaman Ikhtilat berdasarkan hukum-hakam lain yang
dikhususkan kepada wanita.
4. Kenapa begitu? Kerana Rasulullah bersabda:

“Tidaklah aku meninggalkan fitnah (ujian) sepeninggalanku yang lebih berbahaya bagi lelaki
daripada fitnah (ujian) wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Hujah-hujah Pengharaman:

1. Larangan Wanita bermusafir tanpa Mahram:

"Seorang perempuan janganlah dia bermusafir kecuali ditemani dgn lelaki mahramnya." (HR
Bukhari dan Muslim)

- Hujah: Secara tak langsung ia haramkan Ikhtilat. Ini kerana tanpa mahram, perempuan
akan bergaul dengan lelaki ajnabi semasa musafir.
- Walaubagaimanapun, ulama terkemudian mengatakan bahawa ‘Illat (sebab pengharaman)
itu adalah atas faktor keselamatan.
- Selepas kewafatan Nabi SAW dan suasana di Arab menjadi aman, maka para wanita
termasuk Aisyah RA musafir mengerjakan Haji tanpa mahram lelaki.
- Prof Dr Yusuf Al-Qardawi mengatakan sekarang suasana sudah aman, wujud pula rangkaian
lebuhraya dan kecanggihan alat pengangkutan: kereta dan kapalterbang, serta rangkaian
telekomunikasi, maka perjalanan dalam satu kumpulan lelaki dan perempuan jika
aman dari fitnah diharuskan.

2. Larangan Berkhalwat antara Lelaki dan Perempuan:

“Lelaki tidak boleh berkhalwat (berdua di dalam bilik atau rumah) dengan perempuan kecuali
bersamanya mahram...” (HR Muslim)

- Hadis ini secara langsung haramkan khalwat.


- Secara tak langsung haramkan Ikhtilat kerana ia juga sejenis Khalwat (kedua-duanya ada
unsur pergaulan lelaki dan perempuan).

3. Wanita Tidak Wajib Solat Berjemaah:

Sabda Rasulullah SAW kepada seorang wanita:

“…Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaum mu”. (HR Ibn Khuzaimah)

- Hadis ini dapat difahami bahawa wanita tidak wajib solat berjemaah di masjid. Tetapi, tidak
pula melarang wanita yang ingin berjemaah di masjid.
- Imam Nawawi meletakkan syarat bagi wanita yang ingin berjemaah di masjid iaitu:

“(Wanita itu) tidak memakai wangi-wangian, tidak Tabarruj (berhias dan bersolek), tidak
memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah,
tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat
menimbulkan fitnah, dan tidak terdapat sesuatu yang menimbulkan bahaya di jalan yang
akan dilalui.”

- Jadi, secara tidak langsung hadis ini juga melarang Ikhtilat.


- Juga Rasulullah SAW meletakkan saf wanita di belakang saf kanak-kanak untuk
mengelakkan Ikhtilat.
- Hujah: Jika di dalam solat (suasana ketaqwaannya yang tinggi) pun dilarang Ikhtilat, maka
apatah lagi di luar suasana ketaqwaan? Lebih-lebih lagi ditegah!

4. Wanita Tidak Wajib Perang:

Dari Aisyah RA berkata: Aku meminta izin kepada Rasulullah SAW di dalam berjihad, lalu
Rasulullah SAW bersabda: “Jihad kamu (wanita) adalah menunaikan Haji.” (HR Bukhari)

- Al-Batthal mengatakan:
“Wanita tidak wajib berjihad di medan perang kerana mereka wajib berhijab dan tidak boleh
ikhtilat dengan lelaki.” (Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari)
- Memang ada Sahabiyah yang turut berjihad di medan peperangan (Ummu Sulaim dan
beberapa wanita Ansor beri minum dan rawat luka), namun Ulama Fiqh membataskan
hanya wanita tua dan bukannya perempuan muda.
- Hujah: Jika di dalam keadaan mempertahankan Islam pun Ikhtilat ditegah, maka lebih-
lebih lagi untuk sekadar berseronok.

5. Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat:

“Solat Jumaat adalah hak yang wajib bagi setiap Muslim secara berjemaah kecuali empat
golongan: Hamba sahaya, perempuan, budak yang tidak baligh dan orang sakit.” (HR Abu
Daud)

- Fuqaha’ berpendapat (terutama Mazhab Hanafi) ini kerana wanita sibuk urusan di rumah
dan atas sebab larangan Ikhtilat.
- Hujah: Dengan itu, jelas membawa pengharaman Ikhtilat.

6. Hukum Khusus Kepada Wanita Ketika Haji:

Ummu Salamah RA pernah bertanyakan masalah tawaf kepada Rasulullah SAW, baginda
menyuruhnya tawaf di belakang lelaki dalam keadaan duduk di atas tunggangannya. (HR
Bukhari dan Muslim)

- Ibn Hajar Asqalani menjelaskan bahawa perintah tersebut supaya menjamin keselamatan
Ummu Salamah (dari bercampur dengan lelaki), dan tidak pula keluar dari barisan mereka.
- Hujah: Secara tidak langsung haramkan Ikhtilat.

Saidina Umar RA melarang lelaki menyertai tawaf ketika wanita sedang bertawaf, pada suatu
hari, beliau melihat seorang pemuda sedang bertawaf dalam kumpulan wanita lalu
memukulnya. (Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari)

- Pada zaman sekarang dengan jutaan jemaah datang ke Mekah, keadaan sudah berubah.
Pengasingan antara Jemaah lelaki dan perempuan tidak dapat dilakukan.
- Namun, kerajaan Arab Saudi sedang merancang untuk membina tawaf bertingkat bagi
mengelakkan masalah ini. (Suratkhabar Madinah Januari 2010)

7. Tegahan Wanita Berjalan Seiring dengan Lelaki

Dari Hamzah bin Abi Usaid Al-Ansori bahawa dia mendengar Rasulullah SAW keluar rumah dari
masjid. Tiba-tiba orang laki-laki dan wanita berkumpul di jalanan. Rasulullah SAW berkata
kepada para wanita itu:“Agar wanita di belakang saja, kamu tidak boleh berada di tengah-
tengah jalan (ketika ada laki-laki) dan hendaknya kalian di pinggiran jalan.”

Serta merta ada wanita yang merapat ke dinding (rumah) sampai-sampai pakaiannya
tersangkut ke dinding itu kerana terlalu rapat.” (HR Abu Daud)
- Peristiwa yang menyebabkan keluarnya hadis ini terjadi secara kebetulan (Sahabat bertemu
dengan Sahabiyat di jalan).
- Soalan: Bagaimana pula dengan mereka yang sengaja bertemu dengan keadaan yang
mengundang fitnah?
- Hujah: Larangan ini menunjukkan pengharaman Ikhtilat.

Batas-batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan yang diharuskan:

1. Perbincangan di atas membawa kesimpulan bahawa hukum asal bagi Ikhtilat adalah
Haram.
2. Namun, dalam situasi tertentu hukum tersebut boleh berubah menjadi Harus:
3. Situasi-situasi tersebut termasuklah:

i. Kerana Darurat:

- Dr Wahbah Zuhaili mendefiniskan Darurat:

“Datangnya bahaya bagi manusia atau kesulitan yang amat berat, yang membuat dia khuatir
akan terjadinya mudharat atau sesuatu yang menyakitkan atas jiwa, anggota tubuh,
kehormatan, akal, harta, dan yang berkaitan dengannya.”

- Imam Nawawi menjelaskan: ”Situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam


satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan
seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi
daripada bahaya.”
- Hukum harus ini berlaku dengan syarat tiada unsur-unsur lain selain daripada
melindungi keselamatan wanita itu.

ii. Kerana Keperluan:

- Harus juga hukumnya bagi pergaulan pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi atas
hajat/keperluan yang syar’i, antara ialah:

a. Mengurus Muamalah Harta Benda – Urusan transaksi perlu dijalankan kerana


melibatkan akad dua pihak. Hal yang perlu dijaga adalah menutup aurat,
menundukkan pandangan dan percakapan biasa (tidak bincang benda tak perlu).
b. Semasa Bekerja – Umar RA pernah lantik As-Syafi, seorang wanita sebagai
pengawas penyelewengan di pasar (memang akan berlaku pergaulan). Oleh itu,
bekerja bersama lelaki bagi wanita dibolehkan, namun perlu memerhatikan
syarat-syarat seperti di atas (bahagian a).
c. Menjadi Saksi - Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi
dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi
saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.
(Abdul Karim Zaidan)
d. Kenderaan Awam – Ini juga dikira keperluan yang mendesak. Tapi, ia dengan
syarat wanita itu keluar dari rumah untuk tujuan yang syar’i, bukan untuk
berseronok atau berpoya-poya.

iii. Kebiasaan Adat dalam Majlis:


- Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara sempena
sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak.
- Antaranya pakaian menutup aurat, tidak Tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap
dengan suara biasa dan normal.
- Jika batas-batas tersebut tidak dipatuhi, pergaulan di antara lelaki dan
perempuan tidak dibolehkan.
- Namun, yang terbaik adalah mengasingkan tempat makan lelaki dan perempuan. Ini
didasarkan kepada kaedah (‫ )ﺳﺪ اﻟﺰرﻳﻌﺔ‬menutup pintu-pintu fitnah.

iv. Semasa Belajar:

- Satu ketika sahabiyat mempertikaikan kaum lelaki lebih banyak masa bersama Rasulullah
dan banyak peluang mendapat ajaran agama.
- Mereka meminta Rasulullah SAW menentukan satu masa khusus untuk wanita. Baginda pun
menentukannya. (Diriwayatkan dari Said bin al-Khudori)
- Lafaz ”lelaki mengatasi kami ke atasmu” – Rasulullah pisahkan majlis bukan kerana
tidak boleh bergaul semasa belajar, tetapi kerana kaum wanita tidak banyak peluang
bersama Rasulullah (tugas masing-masing di rumah). Jadi, mereka perlu majlis khas.
- Jika dilarangpun, adalah menggunakan kaedah (‫ – )ﺳﺪ اﻟﺰرﻳﻌﺔ‬menutup pintu fitnah.

Wallahu a’lam...

Rujukan Utama:

1. Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan dalam Masyarakat Islam Kini: Satu
Huraian Hukum Islam Semasa (Prof Madya Dr. Anisah Ab Ghani)
2. Aurat dan Gaul Silang Jantina (Ustaz Alias Osman)
3. Tabaruj dan Ikhtilath, Modul Tarbiyah Islamiyah Tamhidi (Lembaga Kajian Manhaj
Tarbiyah, Robbani Press)

You might also like