You are on page 1of 7

SOALAN 1: “FAKTA SEPERTI TARIKH DAN NAMA TOKOH, BIARPUN PENTING, BUKANLAH NADI DAN

KOMPONEN UTAMA DALAM PENULISAN SEJARAH” ( QASIM AHMAD, 2000, KARYA SEJARAH, KUALA
LUMPUR:DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, HLM 3). PERNYATAAN TERSEBUT AMAT JELAS MENEGASKAN
BAHAWA YANG LEBIH PENTING IALAH KOMPONEN (LUARAN) PENJELASAN TENTANG SEBAB-
MUSABAB DI SEBALIK KOMPONEN DALAMAN ITU. BERIKAN HUJAH ANDA MENGENAI HAL TERSEBUT
DENGAN MENGGUNAKAN CONTOH DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA.

1.0) Pendahuluan

Kumpulan kami telah ditugaskan untuk merungkai persoalan pertama dalam tugasan tutorial pada kali ini.
Berdasarkan soalan yang diberikan, kami dikehendaki untuk menghuraikan dengan lebih lanjut dan mendalam
mengenai sejauh mana kepentingan tarikh dan nama tokoh dalam sesuatu fakta sejarah. Dalam masa yang sama,
kami perlu menonjolkan bahawa wujud komponen lain yang turut menjadi nadi di dalam sesuatu penulisan sejarah.

Secara umumnya, dalam penghasilan sesuatu penulisan sejarah, fakta adalah salah satu unsur utama yang perlu
dimiliki oleh seseorang pengkaji. Namun, di sebalik rimbunan fakta-fakta tersebut, apa yang lebih penting ialah
komponen (luaran) iaitu penjelasan tentang sebab-musabab yang membawa kepada berlakunya sesuatu peristiwa
tersebut.

Bagi memastikan esei penulisan kami terus berada dalam landasan yang sama, kami telah menetapkan beberapa
bahagian untuk memudahkan pembaca mengikuti setiap apa yang cuba kami sampaikan. Antaranya termasuklah
pengertian sejarah dalam aspek penyelidikan, komponen dalam penulisan sejarah, contoh-contoh peristiwa
bersejarah dalam pensejarahan Malaysia, dan analisis penghujahan yang telah membincangkan mengenai pendirian
kumpulan kami mengenai soalan ini.

Oleh yang demikian, penegasan dalam huraian kami mengenai kewujudan komponen-komponen lain akan dapat
menjelaskan bahawa tarikh dan nama tokoh bukanlah unsur utama yang perlu diberi penekanan sepenuhnya bagi
menghasilkan suatu penulisan sejarah. Dalam hal ini, kami telah menyertakan beberapa contoh pensejarahan
Malaysia bagi memenuhi kehendak soalan.

2.0) Pengertian Sejarah Dalam Aspek Penyelidikan

Pada amnya, sejarah telah ditakrifkan dengan pelbagai penafsiran dari sudut pandangan individu yang berbeza.
Namun, dalam aspek penyelidikkan, Abdul Rahim Abdul Rasin (1989) menyatakan bahawa perkataan sejarah adalah
berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud mengkaji, menyiasat, dan melakukan penyelidikan
terhadap peristiwa zaman silam. Tugas utama penyelidik ialah menyelidik kisah dan peristiwa yang berlaku pada
masa lalu berasaskan bukti sahih[1].

Di Barat pula, sejarah sering dirujuk sebagai History dalam bahasa Inggeris yang pada asalnya diambil daripada
bahasa Yunani purba iaitu historia yang bererti penyelidikan[2]. Dalam penyelidikan inilah aspek sumber dan fakta itu
diberi penekanan oleh para penyelidik. Hal ini kerana, tanpa kewujudan sumber, maka tiadalah penulisan sejarah
kerana sejarawan tidak boleh menulis sejarah tanpa kewujudan sumber yang sahih. Oleh itu, dalam mempersoalkan
sejarah, sejarawan sering kali mengaitkannya dengan rekod dan catatan masa lalu.

Definisi penyelidikan sejarah sememangnya mempunyai maksud yang sangat mendalam. Penyelidikan sejarah
merupakan satu penyusunan sistematik yang membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitan peristiwa dan
perkara yang berlaku pada masa lampau. Sealain itu juga, penyidikan yang dilakukan dalam sejarah juga
memerlukan seorang penyelidik mengkaji punca, kesan atau corak peristiwa. Hal ini secara tidak langsung dapat
menganalisis apa yang berlaku pada masa sekarang dan seterusnya mampu membuat ramalan apa yang bakal
berlaku pada masa hadapan. Semua yang dianalisis tersebut hanya boleh dilakukan melalui kajian ataupun
penyelidikan.

3.0) Komponen Dalam Penulisan sejarah

3.2) Komponen-komponen Penulisan Sejarah


Dalam menghasilkan penulisan sejarah yang baik, komponen-komponen utamanya haruslah dititikberatkan. Antara
komponen utama tersebut termasuklah pemilihan sumber dan fakta yang bersesuaian dengan topik penulisan. Para
penyelidik juga seharusnya mengetahui tentang kepentingan sesuatu sumber dan fakta sebelum dimuatkan di dalam
penulisannya. Hal ini kerana, tidak semua sumber dan fakta itu perlu digunapakai. Walau bagaimanapun, sumber
dan fakta adalah komponen utama dalam penghasilan sesuatu penulisan.

3.1) Sumber

Sumber ialah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus seperti arkib, perpustakaan,
muzium, pejabat yang menyimpan rekod-rekod, istana dan sebagainya[3]. Oleh itu, seorang sejarawan hendaklah
berusaha untuk mendapatkan sumber yang sahih untuk menguatkan penulisannya. Secara amnya, sumber juga
boleh diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidikan dalam lain-lain bidang keilmuan[4].

3.2) Fakta

Dalam menghasilkan penulisan sejarah, fakta adalah pelengkap kepada penghujahan seseorang sejarawan.
Hakikatnya, fakta adalah salah satu unsur yang mengukuhkan kebenaran lantas kesejarahan sesebuah penulisan
itu[5]. Tanpa fakta, penulisannya akan menjadi kosong dari segi kesejarahannya, mungkin ia menjadi sebuah karya
falsafah, atau pun logik, atau pun karya kreatif dari sudut bidang yang berkenaan[6]. Secara khususnya, sumber dan
fakta adalah komponen utama yang perlu wujud sebelum seseorang sejarawan memutuskan untuk menghasilkan
suatu penulisan sejarah. Sumber dan fakta yang penting dan bermutu sudah tentu akan menghasilkan suatu
penulisan sejarah yang berkualiti. Walau bagaimana pun, setiap tarikh dan nama tokoh yang terkandung dalam
sesuatu fakta tidak akan membawa apa-apa makna jika tiada penghuraian lanjut, jitu dan bernas daripada
penulisnya.

4.0) Contoh-contoh Peristiwa Dalam Pensejarahan Malaysia

Dalam pensejarahan Malaysia, pelbagai peristiwa penting yang telah tercatat dalam sejarah. Tarikh dan nama-nama
tokoh tempatan telah tercatat dalam pensejarahan Malaysia sama ada mengikut kronologi atau tidak, kecil atau
besar sumbangan seseorang tokoh itu, bukanlah menjadi ukuran terhadap sesuatu penulisan sejarah. Seperti yang
telah diperkatakan, tarikh dan nama tokoh bukanlah nadi dalam sesuatu penulisan sejarah. Apa yang menjadi
keutamaan adalah sebab musabab yang membawa kepada berlakunya sesuatu peristiwa sejarah. Justeru, kami telah
menyenaraikan tiga peristiwa dalam pensejarahan Malaysia bagi menjelaskan sejauh mana peranan tarikh dan nama
tokoh dalam sesebuah penulisan sejarah.

4.1) Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah merupakan satu tragedi berdarah yang telah banyak meninggalkan kesan terhadap
negara kita tidak kiralah dari segi politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peritiwa ini juga merupakan
kemuncak masalah perkauman yang menguasai politik Malaysia. Peristiwa ini juga sememangnya bukanlah suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa
yang telah berlakunya sebelumnya. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan Malaysia kehilangan
banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia juga telah menyebabkan negara Malaysia menjadi tumpuan dunia pada
masa itu. Sebenarnya Peristiwa 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam
masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi.

Oleh yang demikian, kita perlu melihat bahawa apakah sebab mesabab yang membawa kepada berlakunya tragedi
berdarah 13 Mei 1969, kerana itu adalah keutamaan yang perlu diberi penekanan dan perhatian oleh semua pihak.
Tarikh dan nama-nama tokoh yang terlibat dalam peristiwa ini tidaklah menjadi isu besar yang perlu dikaji dan
dipertikaikan demi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Cukup sekadar menguasai sebab musabab peristiwa
tersebut, itu sudah pasti akan menghidupkan sesebuah penulisan sejarah. Antara sebab musababnya termasuklah:

FAKTOR POLITIK

Faktor politik merupakan punca yang paling utama yang telah menyebabkan berlakunya Peristiwa 13 Mei ini tercetus.
Isu-isu perkauman telah dibangkitkan oleh para ahli politik sebagai tema utama dalam sepanjang berlakunya kempen
pilihan raya pada tahun 1969. Hal ini telah menyebabkan berlakunya sentimen perkauman berlaku di Tanah Melayu.
Ketika berkempen, calon-calon pilihan raya masing-masing telah membangkitkan isu-isu yang sensitif dalam
kalangan kaum terutamanya parti-parti pembangkang seperti DAP. Hak-hak istimewa orang Melayu telah
dipersoalkan oleh parti-parti pembangkang. Objektif utama mereka adalah untuk memenangi pilihan raya tersebut
tanpa mengambil kira akan timbulnya perasaan tidak puas hati rakyat yang pelbagai kaum di negara ini. Parti
pembangkang telah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti
Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang Melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan
ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti
pembangkang. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah Peristiwa 13 Mei 1969.

FAKTOR SOSIAL

Kemerdekaan yang telah dicapai seolah-olah tidak menjanjikan kedudukan dan kepentingan orang Melayu sebagai
penduduk asli Tanah Melayu. Akhirnya, orang Melayu menyedari bahawa hanya dengan melalui pendidikan sahaja
mereka akan dapat menguasai ekonomi. Kedudukan mereka sudah hampir ke tahap “kumpulan yang tidak
beridentiti”, seperti orang-orang Lapps di Sweden yang hidup sebagai rakyat buangan di negara mereka sendiri[7].
Oleh itu, Haris berpendapat bahawa puncak kemarahan dan kekecewaan mereka ialah apabila mereka dinafikan
sebagai rakyat peribumi di Negara ini. Peristiwa 13 Mei 1969 itu tercetus adalah sebagai mekanisma kepada
ketidakpuasan orang-orang Melayu ini kepada pihak kerajaan pada ketika itu.

Haris menambah lagi, peristiwa 13 Mei 1969 itu bukan sahaja tercetus akibat ketidakpuasan hati antara rakyat
berbilang kaum, namun ia juga memperlihatkan bagaimana wujudnya kelemahan di dalam pentadbiran yang
terdapat di dalam dasar yang berkaitan dengan perhubungan kaum yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan
apabila ia membina asas kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu[8]. Hal ini menunjukkan bahawa faktor
ketidakstabilan politik pada ketika itu juga adalah pendorong ke arah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Ketika
suasana berkempen, kebanyakkan parti politik mengeksploitasi isu yang ada kaitannya dengan sesuatu etnik[9].
Masing-masing memilih jalan menyentuh perkara-perkara sensitiv demi meraih undi. Apabila sesuatu isu berkenaan
berpanjangan, maka tumpuan ahli politik lebih ke arah bersoal jawab tentang sesuatu isu sehingga terlupa perihal
utama mereka menjayakan sesuatu kempen poltik.

Berbeza dengan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tunku telah menyalahkan pihak
komunis dan kongsi gelap sehingga mengakibatkan tercetusnya peristwa 13 Mei 1969 tersebut[10]. Walau
bagaimanapun pada asasnya, PKM bukanlah pencetus kepada berlakunya peristiwa tersebut, namun kesempatan
yang timbul telah diambil dengan baik oleh PKM dalam mengeksploitasikan keadaan huru-hara yang berlaku
sehingga mereka berjaya mencetuskan kemarahan rakyat dan menimbulkan suasana revolusi di Malaysia. Tindakan
mengapi-apikan rakyat antara kaum adalah cara halus PKM dalam menentang kerajaan. PKM juga menghasut rakyat
supaya bangun memberontak dan menentang kerajaan untuk bangun memberontak bagi membayar hutang darah
rakyat yang terkorban dan menderita akibat peristiwa berdarah tersebut[11].

Persoalan sama ada PKM sebagai pencetus 13 Mei 1969 atau bukan, tidaklah menjadi persoalan utama yang perlu
ditekankan. Apa yang lebih penting ialah penglibatan PKM sebagai pemangkin kepada peristiwa bersejarah tersebut.
Peranan yang dimainkan oleh PKM yang bertindak sebagai duri dalam daging dan gunting dalam lipatan, telah
menyedarkan rakyat bahawa ketiadaan permuafakatan antara kaum adalah peluang kepada pihak musuh untuk
menyeludup ke dalam pertahanan negara pada amnya. Daripada huraian ini, jelas menunjukkan bahawa tarikh dan
nama tokoh bukanlah watak utama yang perlu diangkat dalam peristiwa di atas, namu, sebab musabab kepada
berlakunya 13 Mei inilah yang akan diberi penekanan dalam semua penulisan agar peristiwa yang sama perlu
dielakkan agar tidak berlaku sekali lagi.

4.2) Peristiwa Kemerdekaan

Dalam peristiwa Kemerdekaan negara unsur dalaman merupakan unsur yang tidak lagi dipertikaikan oleh orang
ramai. Unsur dalaman dalam peristiwa Kemerdekaan negara ialah kerajaan British bersetuju memberi Kemerdekaan
kepada Perseketuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negra Perseketuan Tanah Melayu ini telah berada
lingkungan “Commonwealth” dan menjalinkan pemerintahan secara demokrasi. Jadi secara rasminya Tanah Melayu
telah mendapat Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pengistiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa
pengumuman Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara ketua Pemuda UMNO, Tun
Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badwi, bapa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 di Kepala Batas, Pulau
Pinang pada 1956. Sebelum pengistiharan dibuat, pada 30 Ogos 1957, pada pukul 12.00 tengah malam di Padang
Kelab Selangor, Kuala Lumpur telah diadakan upacara menurun bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya
penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat. Bendera Perseketuan Tanah
Melayu telah dinaikan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan oleh Tunku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka. Unsur dalaman yang telah dibincangkan dalam peristiwa Kemerdekaan ini merupakan
satu perkara yang tidak tersirat. Namun begitu, lama kelamaan kita mungkin tidak lagi mahu terus- menerus
meperincikan apa yang bersifat dalaman, tersirat dan tidak nyata itu kerana rasanya segalanya sudah kita fahami
betul- betul.[12]

Bagi memperincikan lagi tentang suatu peristiwa sejarah unsur luaran sangat penting kerana perincian tentang unsur
luaran ini dapat memperkayakan lagi perbincangan dalam suatu peristiwa. Perincian kajian luaran ini boleh juga
dianggap sebagai perlakuan yang boleh memperkukuhkan lagi kepercayaan seseorang terhadap kesahihan
pegangannya terhadap unsur dalaman yang bersabit.[13] Unsur luaran ini merupakan tafsiran yang diberikan oleh
seseorang terhadap sesuatu peristiwa. Setiap orang mempunyai tafsiran yang tersendiri terhadap sesuatu peristiwa
dan tafsiran yang diberikan adalah berbeza- beza mengikut pandangan individu tersebut.

Mengikut pandangan Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd Yusof bin Ibrahim dan Nik Hassan
Shuhaimi bin Nik Abdul, proses kemerekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 lebih cepat disebabkan oleh permaufakatan
politik. Pada tahun 1955 pilihan raya umum yang pertama dijalankan di seluruh Tanah Melayu. Dalam tahun itu juga,
tiga buah parti politik ditubuhkan bagi mewakili bangsa Melayu dan dua kaum lain bersetuju menubuhkan satu
perikatan dan menghadapi pilihanraya atas rancangan politik yang sama.[14] Dalam pilihanraya yang telah diadakan
pada 27 Julai 1955 pihak Perikatan telah membentang manifesto yang agak luas tentang iaitu Perikatan berjanji akan
mencapai Kemerdekaan dalam masa empat tahun.[15] Setelah memenangi pilihanraya umum dan berjaya
menubuhkan kerajaan pada tahun 1955, parti Perikatan telah menjalani pelbagai usaha untuk mendapatkan
Kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Ekoran daripada itu pada bulan Januari 1956, YTM Tunku Abdul Rahman telah
mengetuai satu rombongan ke Landon untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan British.

Manakala bagi pandangan Ramlah Adam proses mempercepatkan kemerdekaan ialah kesatuan dalam pentadbiran
dan identity fizikal. Kesatuan dalam pentadbiran dan identity fizikal ini merupakan asas yang menjadi dasar kepada
gerakan untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia. Pemberontakan Pari Komunis Malaya (PKM), telah menjadi
sebab serta- merta bagi melaksanakan Malayan Union. Malayan Union ini menyebabkan orang Melayu bangkit
menentang. Melalui Malayan Union kerakyatan jus soli diperkenalkan dan tempoh kerakyatan secara permohonan
dipendekan. Syarat kelulusan bahasa Melayu juga ditiadakan. Kerakyatan secara permohonan bagi anak angkat
orang bukan Melayu juga dicadangkan selain daripada kerakyatan secara permohonan automatic bagi isteri- isteri
rakyat tempatan yang datang dari luar. Kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union merupakan satu
proses mempercepatkan proses kemerdekaan.[16]

Seterusnya, menurut pandangan Khoo Kay Kim proses Kemerdekaan Malaysia lebih cepat disebabkan oleh darurat.
Darurat telah member penderitaan kepada penduduk Tanah Melayu. Ramai yang telah terkorban sama ada di
kalangan anggota komunis mahupun pasukan keselamatan dan juga dikalangan orang awam. British kemudian sedar
bahawa perjuangan menentang komunis tidak boleh dianggap sebagai semata- mata urusan tentera. Dengan
kesedaran itu, perkembangan perlembagaan dan perkembangan politik mendapat keutamaan. Kalau tidak berbuat
demikian penduduk Tanah Melayu tidak akan berminat membantu British menghapus komunis. Apa gunanya
menolong British kalau dia terus menjajah Tanah Melayu.[17]Daripada rentetan peristiwa inilah kita dapat
mengetahui bahawa tarikh dan nama tokoh bukanlah keutamaan dalam mencapai kemerdekaan. Apa yang
muktamad ialah sebab musabab kita perlu mendapatkan kemerdekaan.

Cara Perseketuan Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan juga adalah istemewa. Dalam manifesto semasa
pilihanraya tahun 1955, Perikatan menyatakan harapannya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini dalam
masa empat tahun. Namun begitu dalam tempoh dua tahun sahaja negara telah mencapai
kemerdekaannya.Sekurang- kurangnya ada dua factor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Pertama,
kesanggupan ketiga- tiga kaum terbesar untuk bersatu dalam satu ikatan politik dan kedua, wujudnya darurat.
Kerajaan British telah mengenakan syarat sebelum negara ini diberi taraf kerajaan sendiri, ketiga- tiga kaum terbesar
mestilah terlebih dahulu dapat bekerjasama dalam politik. Syarat ini dikenakan kerana British ingin memastikan
kekacauan tidak berlaku selepas merdeka nanti. Selain itu, keadaan darurat yang menjadi factor yang penting dalam
mempercepatkan langkah kearah kemerdekaan. Pada peringkat awal darurat merupakan factor penghalang. Dalam
keadaan tersebut kerajaan British terpaksa menumpukan usaha untuk mematahkan ancaman daripada pihak
komunis. Walau bagaimanapun, kerajaan British sedar bahawa perjuangan komunis tidak boleh dibebankan kepada
pihak tentera semata- mata.

4.3) Sejarah Penubuhan UMNO


Seperti yang diketahui, UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 apabila Kongres Melayu Se-Melaya telah
mengadakan satu persidangan di Johor Bahru pada tarikh tersebut. Disini, telah menjadi ketahuan umum bahawa
tarikh 11 Mei 1946 telah menjadi sejarah dalam sejarah Malaysia apabila UMNO ditubuhkan dan ianya telah
membawa banyak perubahan kepada suasana politik di Tanah Melayu pada ketika itu. Apa yang diketahui umum
juga ialah, Dato’ Onn Jaafar telah dipilih sebulat suara sebagai Yang di-Pertuan Agong UMNO yang pertama[18].
Namun, apa yang lebih penting adalah sebab musabab mengapa UMNO perlu ditubuhkan pada ketika itu, dan
apakah usaha serta kejayaan yang telah diraih oleh pertubuhan tersebut sehingga ianya boleh dianggap sebagai
pemangkin kepada perubahan corak kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu dan seterusnya membawa impak
kepada suasana keadaan masyarakat Malaysia kini.

Antara tujuan utama penubuhan UMNO ini yang pada mulanya dinamakan sebagai PEKEMBAR (Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu) ialah untuk menghapuskan penubuhan Malayan Union (MU)[19] yang pada ketika itu
lebih awal ditubuhkan iaitu pada 1 April 1946 dan seterunya menggantikannya sebagai satu parti pertubuhan yang
dapat diterima oleh semua kaum[20]. Parti UMNO ingin menyingkirkan Malayan Union daripada pemerintahan Tanah
Melayu kerana sistem pemerintahannya yang tidak adil dan tidak mengambil berat terhadap keistimewaan kaum
melayu yang pada ketika itu mempunyai beberapa keistimewaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan British. Perlu
juga diketahui bahawa penubuhan UMNO ini juga berlandaskan pegangan anggotanya iaitu untuk memajukan dan
memperbaiki keadaan orang Melayu yang pada ketika itu cukup ditindas oleh penubuhan Malayan Union.

Walau Abagaimanapun, Dato’ Onn juga sebenarnya menubuhkan UMNO bagi tujuan untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat Melayu tentang pentingnya mewujudkan hubungan baik antara kaum dengan membuka keahlian
kepada penduduk bukan Melayu. Menurut Zainal Abidin Abdul Wahid, Dato’ Onn cuba menjadikan UMNO sebagai
parti berbilang kaum kerana menganggap kebimbangan terhadap Parti Progresif, sebuah parti bukan perkauman di
Singapura yang akan mengembangkan pengaruhnya di Tanah Melayu menyebabkan Dato’ Onn merubah UMNO.[21]
Selain itu, dua factor kemunculan utama UMNo adalah berasaskan tiga sebab yang utama. Pertama untuk menolak
atau membangkang Malayan Union seperti yang dicadang dalam kertas Putih kerajaan Inggeris. Manakala yang
kedua adalah untuk mengadakan derma pelajaran[22]bagi menyeimbangkan system pendidikan Negara pada ketika
itu.

Atas pegangan yang cukup kuat oleh anggota-anggota parti ini, terdapat pelbagai tindakan telah diambil seperti parti
ini telah membuat keputusan untuk menghantar satu rombongan pemimpin UMNO ke Britain bagi mencari jalan
untuk menghapuskan Malayan union di Tanah Melayu dan telah bersetuju menerima satu kerajaan yang berbentuk
persekutuan yang mana ianya akan menjadi sebuah badan perhubungan antara UMNO dan Raja-raja Melayu. Selain
itu, UMNO terus mengadakan rapat umum dan tunjuk perasaan menentang Malayan Union dan para pemimpinnya
sanggup untuk menjelajah ke seluruh Tanah Melayu semata-mata untuk menerangkan keburukan Parti tersebut.

Selain daripada itu, sebab lain kepada penubuhan UMNO ini juga sebenarnya untuk membantu Tanah Melayu ke
arah berkerajaan sendiri. Para pemimpin Umno telah merancang dengan teliti untuk menuntut kemerdekaan
daripada kerajaan British kerana mereka yakin bahawa penduduk Tanah Melayu telah bersiap sedia untuk
memegang tampuk pemerintahan mereka sendiri. Keadaan ini terbukti apabila parti UMNO telah menghantar
tuntutan kemerdekaan dengan menghantar rombongan kemerdekaan yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat dan
raja-raja melayu ke London untuk berunding dengan kerajaan british dalam soal perlembagaan kemerdekaan Tanah
Melayu.

Akhirnya, pada tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah diisytiharkan sebagai tanah yang merdeka dan hal ini juga
telah menjadi detik dan tarikh penting kepada sejarah Malaysia. Tercapainya kemerdekaan dan Negara baharu yang
merdeka dan berdaulat dan kejayaan segala istiadat, upacara dan temasya kerayaan sambuatan kemerdekaan yang
begitu meriah pada keitka itu, sesungguhnya adalah semuanya itu kejayaan UMNO dengan tidak syak lagi. Sungguh
pun tidak dinafikan bahawa segala kejayaan di dalam segala hal yang berkenaan dengan kemerdekaan itu adalah
hasil daripada kerjasama rakan-rakan seperjuangan UMNO di dalam Parti Perikatan serta sokongan rakyat, namun
UMNO adalah punca daya utama bagi segala pergerakan dan perjuangan hingga membawa kepada kejayaan-
kejayaan yang tercapai itu.

Dalam pada itu, UMNO merupakan pelopor utama di dalam langkah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Satu
perkara yang dapat membuktikan dengan jelas terhadap kenyataan ini ialah kemerdekaan itu adalah telah menjadi
tujuan UMNO yang asal yang mana perlembagaan UMNO yang asal, Fasal 2 (b) telah menyatakan bahawa
“menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan yang memerintah dengan merdekanya
di Malaya”. Bukan itu sahaja, dengan ketetapan yang dibawa oleh pemuda UMNO dan diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Agung UMNO yang diadakan pada 24 dan 25 Mac 1951, seruan ‘Hidup Malaya’ telah ditukar kepada
“Merdeka”.[23]

5.0) Analisis

Berdasarkan huraian daripada contoh-contoh peristiwa pensejarahan Malaysia seperti yang telah dimuatkan di dalam
esei ini, dapat disimpulkan bahawa tarikh dan nama tokoh bukanlah fakta yang dapat menjadi nadi di dalam sesuatu
penulisan sejarah. Apa yang hendak ditonjolkan ialah bagaimana kewujudan komponen lain di dalam sesuatu fakta
itu, sehingga ia berjaya menjadi nadi, sekali gus menghidupkan penulisan sejarah itu sendiri.

Di dalam menjawab persoalan ini, suatu penulisan sejarah adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang
penyelidik untuk memilih fakta-fakta yang sesuai untuk dimuatkan di dalam penulisannya. Dalam hal ini, fakta adalah
bertujuan untuk menyokong penulisannya. Untuk mendapatkan sesuatu fakta, tarikh atau nama tokoh itu bukanlah
faktor utama yang membawa kepada penghidupan sesebuah penulisan sejarah, sebaliknya komponen (luaran) atau
sebab-musabab sesuatu peristiwa itulah yang membawa kepada jalan pensejarahan yang jauh lebih bermakna
kepada masyarakat pada hari ini dalam mengenali sesuatu peristiwa sejarah.

Peranan tarikh dan nama tokoh

Menurut Carl Becker, fakta bukanlah semata-mata suatu tarikh tentang sesuatu peristiwa sahaja misalnya, tetapi
sebagai lambang yang mewakili sesuatu peristiwa yang mewakili sesebuah gagasan. Menyentuh aspek lambang, ia
merupakan suatu bentuk penyeluruhan yang mengandungi seribu satu fakta-fakta kecil yang lain yang ada di
dalamnya. Sebagai contoh, fakta mengenai 13 Mei 1969. Semua rakyat Malaysia mengetahui bahawa tarikh ini
adalah tarikh hitam dalam sejarah Malaysia yang membawa kepada rusuhan kaum terbesar di negara ini. Namun apa
yang lebih penting adalah faktor-faktor yang membawa kepada rusuhan itulah yang lebih penting berbanding tarikh
tersebut. 13 Mei 1969 hanya kekal sebagai tarikh jika fakta yang membawa kepada sebab musabab berlakunya
peristiwa ini tidak dihuraikan dengan jelas dan mendalam.

Dalam peristiwa Kemerdekaan pula, fakta yang tidak dapat disangkal ialah Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos
1957 dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 31 Ogos dan Tunku
Abdul Rahman hanyalah sebagai lambang, iaitu lambing kepada kemerdekaan negara kita. Namun fakta atau
komponen luaran yang lebih penting ialah faktor-faktor yang membawa kepada peristiwa kemerdekaan tersebut. Hal
ini kerana, faktor-faktor inilah yang akan menghidupkan sesuatu penulisan tersebut. Dengan kata lain, tarikh dan
nama tokoh hanyalah simbol untuk mengingati sesuatu peristiwa sejarah dan bukannya nadi untuk menghidupkkan
sesuatu penulisan.

Begitu juga halnya dengan sejarah penubuhan UMNO di Malaysia. 11 Mei 1946 dan Dato’ Onn Jaafar bukanlah nadi
kepada idea penulisan sejarah yang berkisarkan mengenai sejarah penubuhan UMNO. Namun, apa yang ingin
diketahui umum dalam penulisan sejarah penubuhan UMNO adalah sebab musabab yang membawa kepada
kewujudan UMNO tersebut. Sekali lagi kita dapat menegakkan bahawa sememangnya tarikh dan nama tokoh
bukanlah nadi kepada sesebuah penulisan sejarah. Secara umumnya, kita membaca sesebuah penulisan sejarah
adalah kerana ingin mengetahui sebab musabab yang membawa kepada berlakunya sesuatu peistiwa tersebut. Ini
bertepatan bahawa, tanpa tarikh dan nama tokoh pun, kita tetap akan berminat untuk mengetahu apa sebenarnya
yang telah membawa kepada berlakunya kepada sesuatu peristiwa tersebut.

Kewujudan Komponen (luaran) Lain

Dalam membincangkan mengenai isu fakta, perlu diakui bahawa sesuatu fakta itu tidak bergantung seratus peratus
terhadap tarikh dan nama-nama tokoh semata-mata. Sebab-musabab yang membawa kepada kebangkitan sesuatu
peristiwa sejarah adalah komponen luaran yang perlu diberi perhatian oleh para penulis sejarah. Tanpa kewujudan
fakta komponen luaran, tarikh dan nama tokoh tidak dapat menghuraikan segala peristiwa yang telah berlaku,
malah, tarikh dan nama tokoh hanya kekal sebagai tarikh dan nama semata-mata.

Tidak dapat dinafikan, fakta seperti tarikh dan nama tokoh, biarpun penting bukanlah nadi dan komponen utama
penulisan sejarah. Menurut Carr,’memuji seseorang ahli sejarah kerana ketepatannya (fakta) adalah sama seperti
memuji seorang jurubina kerana menggunakan kayu yang sempurna diawet atau konkrit yang telah sempurna
diadun-gaulkan dalam binaannya. Ia adalah satu syarat yang perlu bagi pekerjaannya, tetapi bukanlah tugas
asasnya.
Daripada penyataan Carr itu tadi, dapat disimpulkan bahawa sememangnya tarikh dan nama tokoh bukanlah
komponen utama yang perlu digunapakai bagi menghidupkan suatu jalan pensejarahan sesuatu peristiwa. Tarikh dan
nama tokoh yang tepat adalah tulang belakang yang menyokong kepada sesebuah penulisan sejarah. Tanpa tarikh
dan nama tokoh, penulisan sejarah tetap akan berjalan, namun dengan adanya tarikh dan nama tokoh, sudah pasti
akan menguatkan lagi sesuatu penulisan sejarah.

Carr menambah, memuji sesorang ahli sejarah kerana ketepatannya adalah sama seperti memuji seorang jurubina
kerana menggunakan kayu yang sempurna diawet atau konkrit yang telah sempurna diadun-gaulkan di dalam
binaannya. Dalam hal ini, ketepatan tarikh dan nama tokoh diumpakan sebagai bahan-bahan sokongan yang wujud
di dalam sesebuah penulisan tersebut. Namun, komponen luaran seperti sebab-musabab sesuatu peristiwa adalah
nadi kepada penulisan tersebut.

6.0) Kesimpulan

Sememangnya fakta sejarah seperti tarikh dan nama tokoh tidak dapat disangkal kepentingannya. Fakta sejarah ini
sudah pasti dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap sesuatu peristiwa dalam pensejarahan Malaysia lebih-
lebih lagi apabila peristiwa sejarah tersebut menjadi titik tolak kepada bermulanya era peningkatan dan
pembangunan negara sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial. Walau bagaimanapun, perlu juga diketahui
bahawa sebenarnya komponen dalaman ini akan dapat dikuatkan lagi kebenarannya dengan adanya sokongan
komponen luarannya yang merujuk kepada sebab musabab berlakunya sesuatu peristiwa sejarah yang dapat dicatat
tarikh sebenar berlakunya peristiwa tersebut oleh tokoh-tokoh sejarawan. Hal ini merujuk kepada mengapa sesuatu
peristiwa dalam sejarah Malaysia itu boleh berlaku dan secara tidak langsung menjadi batu pengukur kepada
peristiwa-peristiwa sejarah selepas itu. Oleh yang demikian, tarikh dan nama-nama tokoh tidak boleh dihukum
sebagai nadi kepada penulisan sejarah kerana terbukti bahawa kewujudan komponen-komponen lain di dalam fakta
itu sendiri merupakan aspek penting yang akan diambil perhatian oleh semua pihak, iaitu sebab-musabab yang
membawa kepada sebuah pensejarahan, manakala tarikh dan nama tokoh bertindak sebagai penyokong kepada
penghujahan penulis

You might also like