You are on page 1of 11

PENGHARGAAN

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik.Namun


demikian,saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan
kerjasama daripada beberapa pihak.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Sekolah Menengah


Kebangsaan Ideal Heights,Puan Hajjah Wan Saberina bt Wan Musa yang telah
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas
waktu persekolahan.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Suriani Sulaiman , guru Geografi Tingkatan 3A6,Sekolah Menengah
Kebangsaan Ideal Heights.Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya.Terima kasih kepada ayah dan ibu yang memberikan
dorongan dan galakan kepada saya semasa menjalankan kajian ini.

1
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi,murid Tingkatan 3 diwajibkan


menjalankan kerja kursus di lapangan.Kajian ini dijalankan selepas waktu
sekolah.Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang dipelajari di Tingkatan 3.

Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan di kawasan Bukit


Idaman.Saya menyiapkan kajian ini dalam masa lapan minggu.Kemudian,saya pun
menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara berasingan atau secara individu
seperti yang disyaratkan.

2
OBJEKTIF KAJIAN

A.Menyeneraikan jenis-jenis sistem pengankutan di Bukit Idaman.


B.Mengenal pasti factor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di
Bukit Idaman.
C.Menghuraikan kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Bukit Idaman dan
negara Kanada.
D.Menyatakan dan menghuraikan kesan-kesan jaringan sistem pengankutan di Bukit
Idaman dan negara Kanada.
E.Menghuraikan langah-langkah penyelesaian mengatasi masalah yang dihadapi di
kawasan kajian dan negara Kanada.
F.Menyedari kepentingan jaringan sistem pengangkutan.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya Bukit Idaman.Saya memilih kawasan ini kerana kedudukan
yang berhampiran dengan sekolah dan tempat tinggal saya iaitu kira-kira
5km.Kawasan kajian saya iaitu Bukit Idaman.Terletak dalam daerah Gombak dan
Mukim Batu di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang.
Luas kawasan Bukit Idaman lebih kurang 20km persegi.Jarak dari pusat bandar Kuala
Lumpur ialah 10km.

3
KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah berikut:

A.Pemerhatian
~Saya membuat pemerhatian terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan Bukit
Idaman dari jam 1.30 petang hingga 2.30 petang selama lima hari iaitu dari
Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis.

B.Rujukan
~Saya telah membuat rujukan daripada buku teks Geografi,internet,Majlis
Perbandaraan Selayang,guru Geografi Puan Suriani Sulaiman dan perpustakaan
sekolah.

4
HASIL KAJIAN

6.1 Jenis-Jenis Sistem Pengangkutan

Jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di Bukit Idaman ialah lebuh raya,jalan
raya,jalan kereta api,dan komuter.Di kawasan ini terdapat lebuh raya seperti MRR
2,yang mempunyai enam lorong yang menghubungkan kawasan kajian dengan
pinggir bandar.Di sini terdapat juga komuter/LRT yang menghubungkan bandar raya
Kuala Lumpur ke kawasan kajian.

6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Jaringan Sistem Pengangkutan di Bukit


Idaman
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Bukit
Idaman ialah:
A.Bentuk Muka Bumi
~Bentuk muka bumi di Bukit Idaman terdiri daripada kawasan tanah pamah yang
rata.Keadaan ini memudahkan pembinaan jaringan sistem pengangkutan iaitu jalan
raya,lebuh raya,jalan kereta api kerana kos pembinaan yang lebih murah dan mudah
berbanding dengan kawasan tanat tinggi.Saya rasa bersyukur dengan bentuk muka
bumi yang rata telah mempelbagaikan jaringan pengangkutan di tempat kajian saya
yang membolehkan penduduk bergerak dengan mudah dan pantas antara destinasi
yang ingin dituju

B.Kegiatan Ekonomi
~Kegiatan ekonomi seperti perindustrian,perdagangan dan perkhidmatan
mempengaruhi jaringan jalan darat di kawasan Bukit Idaman.Dengan berkembangnya
kegiatan ekonomi telah menyebabkan banyak jaringan jalan yang dibina untuk
memudahkan darjah ketersampaian penduduk terutama dalam memajukan kegiatan
ekonomi.Contohnya jalan raya yang padat ,jalan kereta api ,pengankutan moden

5
seperti LRT,ERL yang dibina kawasan ini.Saya telah memberi banyak kemudahan
kepada penduduk dalam kawasan kajian.Saya rasa berbangga kerana kemajuan
kegiatan ekonomi secara tidak langsung dapat membangunkan lagi jaringan
pengangkutan di tempat saya.

6.3Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan


A.Ketersampaian
~Hasil pemerhatian dan rujukan menunjukkan jaringan sistem pengangkutan di Bukit
Idaman.Mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi.Jalan pengangkutan ini dapat
menghubungkan kawasan kajian ini dengan bandar raya Kuala Lumpur dan bandar-
bandar lain.Ini dapat meningkatkan mobiliti penduduk di kawasan kajian.Sistem
pengangkutan di kedua-dua negara Malaysia dan Kanada mempunyai jaringan
pengangkutan yang cekap dan padat.Jaringan pengangkutan membolehkan
pergerakan penduduk dan meningkatkan tahap ketersampaian di kedua-dua tempat
ini.Saya bersyukur kerana kawasan ini mempunyai sistem pengankutan yang moden
dan setanding dengan Kanada.

B.Perkembangan Ekonomi
Sistem jaringan pengangkutan dapat merangsang pembangunan kegiatan
ekonomi,contohnya sector perindustrian Bukit Idaman jaringan jalan raya dan lebuh
raya ini membolehkan hasil perindustrian dihantar ke bandar atau pelabuhan melalui
MRR2.Di negara Kanada juga jalan raya dan lebuh raya digunakan untuk
mengangkut hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan hasil barangan kilang diangkut
dengan lori kontena ke pelabuhan.Saya bersyukur kerana jaringan pengangkutan di
negara ini setanding dengan negara maju.

6
6.4Kesan-kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan terhadap alam
sekitar Bukit Idaman

KESAN POSITIF
~Kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan
Bukit Idaman ialah mewujudkan landskap yang menarik.Kawasan yang asalnya
terbiar telah berubah menjadi jalan raya yang berturap dan diperindahkan dengan
tananam pokok bunga.Perubahan landskap ini telah meningkatan rasa cinta terhadap
kawasan kajian.
Selain itu,kemajuan sistem pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di
kawasan Bukit Idaman.Contoh pembinaan lebuh raya MRR2 mengurangkan
kesesakan terutama pada waktu petang.Oleh yang demikian saya berasa selesa dan
bersyukur kerana tidak perlu berhadapan dengan masalah kesesakan.Perkhidmatan
ERT,Monorel dan komuter bukan sahaja mengurangkan kesesakan tetapi juga
mengurangkan pencemaraan udara.

KESAN NEGATIF
A.Pencemaraan Udara
~Asap kenderaan telah mencemarkan udara akibat pembakaran bahan api petrol dan
diesel.Jumlah kenderaan yang tinggi di kawasan ini memberikan kesan yang lebih
serius kepada alam sekitar.Masalah ini juga turut berlaku di negara Kanada.
B.Tanah Runtuh
~Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun menyebabkan hakisan tanah
berlaku.Kejadian hakisan dan gelonsoran tanah sering berlaku terutama pada musium
hujan.

7
6.5 Langkah-langkah Penyelesaian

Bagi mengurangkan masalah pencemaraan udara yang dihasilkan oleh


kenderaan,beberapa langkah perlu diambil.Antaranya ialah memasang alat catalytif
converter pada ekzos kereta.Penggunaan alat ini berupaya menukarkan gas beracun
seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida kepada bentuk gas yang tidak
memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen.
Bagi mengatasi masalah gelonsoran tanah dan tanah runtuh,hasil pembinaan
jalan raya dan lebuh raya,beberapa langkah perlu diambil antarannya termasuklah
menanam rumput di cerun,membina dinding penahan hakisan,dan membina longkang
untuk mengelakkan air bertakung.
Sebagai negara maju Kanada turut mengambil langkah yang sama dalam usaha
mengatasi masalah yang timbul akibat daripada kepesatan jaringan pengangkutan di
negara mereka.

8
RUMUSAN

Secara kesuluruhannya jaringan pengangkutan di kawasan Bukit Idaman


menyumbang kepada pembangunan kawasan ini.Hasil kajian yang saya dijalankan
mendapati jenis pengangkutan utama di kawasan ini ialah lebuh raya dan jalan
raya.Perkembangan jaringan sistem pengangkutan dipengaruhi oleh bentuk muka
bumi yang terletak dikawasan tanah pamah yang rata.Kepentingan sistem jaringan
pengangkutan ini dapat meningatkan darjah ketersampaian dan seterusnya
meningkatkan mobiliti penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Walaupun jaringan pengangkutan ini telah mendatangkan kesan negatif kepada


alam sekitar fizikal seperti pencemaran udara,tetapi ia dapat diatasi dengan memasang
catalylis converter untuk menapis asap kenderaan .

Saya amat menghargai kemudahan jaringan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

RUJUKAN

~Chong Mui Sen,2003 Geografi Tngkatan 2,Percetakan Saufi


~Abdul Rahman Md.Noor,2004 Geografi Tingkatan 3,Cerdik Publication
~http://www.mycen.com.my
~http://www.dromoz.com.my
~Suriani Sulaiman,SMK Ideal Heights
~Lawatan ke tempat kajian Jalan Bukit Idaman 1/6 Batu Caves,Selangor

9
T
A
M
A
T

10
11

You might also like