Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,125 |Likes:
Published by Firda
falsafah dan logika melayu
hikayat hang tuah
JEA080062
falsafah dan logika melayu
hikayat hang tuah
JEA080062

More info:

Published by: Firda on Sep 04, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/30/2012

pdf

text

original

 
HIKAYAT HANG TUAH ( BAB V111 )
…. Ya tuanku, ada suatu bicara.Kita suruh curi kerisnya diperoleh daripada Taming Sariitu.Patik dengar daripada segala penjurit yang tua,jikalau ada keris Taming Sari itu padalaksamana,bahawa sekali- kali laksamana tiada mati oleh senjata,kerana keris TamingSari itu tiada dapat ditentang oleh lawan;kerana sebab itulah keris Taming Sarimengamuk itu, maka tiada dapat ditentang oleh lawan.Patik mohonkan ampun dankurnia;ada seorang penjurit patik dipeliharakan yang bernama Sang Bima Sina itu, terlalukepetangan;dihadapan orang beribu-ribu pun dapat diambilnya......’’
 
(Hik ayat Hang Tuah,hlm 160 )
‘’
.....Hai penjurit tujuh puluh, adapun engkau tujuh puluh ini hendak kusuruhmembunuh laksamana itu, hendak tahukan matinya.Jikalau mati laksamana itu,kujadikan engkau penggawa besar ketujuh puluh.’’Maka sahut penjurit tujuh puluhitu,’’Seorang manira pun dapat membunuh laksamana itu;tunjukkan juga rupanya.’’Makakata Patih Gajah Mada,’’Bukan titah Seri Betara,kamu ketujuh puluh ini.Esok hari sedangramai pesara maka kamu ketujuh puluh ini mengamuk.Barang yang terlintang, bunuholehmu. Apabila datang seorang Melayu, demikian sifatnya, jangan kamu tiadabunuh;bunuh beri mati-mati.Jikalau ia lari,perturut olehmu.’’Maka penjurit itu punbercakaplah;’’Baiklah tuanku, jangankan seorang seperti laksamana itu dapat kulabunuh
.’’
( Hikayat Hang Tuah,hlm 165 )
Dalam “ Hikayat Hang Tuah’ini perkara utama yang akan dibincangkan atau dikupas darisegi ilmu falsafah ialah tentang keberanian dan kesetiaan Laksamana Hang Tuah yang tidak  berbelah bahagi terhadap raja dan negaranya.Sebelum itu,menurut erti alsafah dalam bahasaYunani ialah “ philos ” iaitu pandai atau bijaksana atau cinta kepada kebijaksanaan.Menurut kamusdewan pula falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian – pengertian yang dianggapsebagai ilmu yang tinggi atau sebagai dasar ilmu – ilmu lain.Selain itu falsafah juga disebut
 
sebagai “falsafah ” dalam bahasa Melayu, “philosophein ” dalam bahasa Belanda dan German,“philosophia ” dalam bahasa Latin dan akhir sekali “philosophy ” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud semua jenis ilmu pengetahuan.Sebagaimana dalam “Hikayat Hang Tuah’ianya menceritakan kisah-kisah penting dalamhidup Tuah secara sikuan yang mengikut kronologi. Antara episod penting tentang riwayat hidupTuah yang mengisi hikayat itu antaranya Tuah dengan rakan-rakan sewaktu kecil sudah menentangdan menewaskan lanun,Tuah menewaskan Taming Sari dan menewaskan pahlawan kerajaanMajapahit.Sewaktu berutus ke sana, lantas Tuah dianugerah sebilah keris sakti kepunyaan pahlawan itu.Hang Tuah mempunyai sifat – sifat kepahlawanan yang unggul iaitu bersifat berani, tangkasdan bijaksana.Oleh itu tidak hairanlah dalam beberapa perkara yang dilakukannya pada akhirnyatelah dapat mengangkat martabat beliau sendiri sebagai seorang laksamana Melayu yangterkenal.Hang Tuah juga dikatakan sebagai lagenda kerana sehingga kini beliau masih dianggapsebagai pahlawan Melayu yang terbilang.Kebenaran mengenai cerita Hang Tuah boleh dilihat dariaspek ontologinya iaitu berkaitan tentang kewujudan Hang Tuah pada masa itu yang digambarkansebagai seorang yang sangat gagah berani dan mempunyai wajah yang begitu tampan sehinggadapat membuatkan gadis – gadis yang memandangnya begitu terpesona dengan ketampanan wajahyang dimilikinya.Bahkan wanita yang sudah bersuami pun turut terpegun dengan ketampananwajah Tuah.Sehingga kini, sambutan dan peringatan oleh masyarakat terhadapnya begitu berkesan hinggaada usaha rakyat untuk melukis wajahnya, ada pula usaha untuk mewujudkan tapak pengkebumianHang Tuah, terdapat jaga kapal yang menggunakan nama Tuah selain daripada ibu bapa yang telah
 
memberikan nama anak mereka Tuah . Hikayat Hang Tuah melukiskan kehebatan Hang Tuah sejak zaman kecil hinggalah ia ghaib.Hang Tuah dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat,Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.Hang Tuah mempunyai keberanian yang luar biasa kerana beliau telah berjaya mengalahkanseramai 70 orang mengamuk ketika di Majapahit.Dalam peristiwa itu Hang Tuah dilihat begitu bijak dalam mengatur strategi ketika beliau berseorangan berhadapan dengan 70 orang penjurityang mengamuk tersebut disamping beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam dunia persilatan untuk mempertahankan diri daripada musuh.Hal ini telah menyebabkan beliau dilantik sebagai Laksamana Melaka oleh raja.
 
…. ‘Cih! Mana tah hulubalang Majapahit maka tiada terkembarai orang mengamuksekian ini?’’Maka laksamana pun berbangkit berdiri seraya disingsing tangan bajunya , lalumenyembah pada raja Melaka; serta diselaknya penduanya lalu melompat terjun di ataspeseban lalu berdiri sambil berlari – lari pergi mendapatkan orang mengamuk itu.Setelahdatang ke tengah pasar itu, dilihat oleh laksamana banyak orang mengamuk itu.Makalaksamana pun fikir dalam hatinya: ‘Ah, terkenalah aku oleh Patih Gajah Mada!Tetapi insya-Allah Taala, tiada mengapa. Belum tanah Majapahit ini mengandung Si Tuah….’’
(Hikayat Hang Tuah,hlm 167 )
Selain itu juga, Ketika dalam zaman kanak - kanak iaitu semasa berumur 10 tahun beliaudikatakan dapat melaksanakan tugas yang luar biasa iaitu sesuatu yang tidak mampu dilakukanoleh orang lain.Hang Tuah secara perseorangan berjaya mengalahkan seorang pengamuk denganmenggunakan sebilah kapak pembelah kayu api.Di samping iti juga beliau dan rakan – rakan dapatmengalahkan 30 orang lanun di Pulau Besar.Hang Tuah juga mempunyai keberanian ketika beliau menentang pahlawan kerajaanMajapahit iaitu Sang Winara yang merupakan seorang ahli pertapaan yang terkenal yang bertukar 

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ruby Adawiyah liked this
Ibrahim Omar liked this
Roslin Lin liked this
Ijat Mind liked this
zampuncak liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->