You are on page 1of 36

Pada akhir pembelajaran, murid akan

dapat;

1.Menceritakan sekurang-kurangnya
tiga maklumat berdasarkan pengalaman
melawat bangunan-bangunan
bersejarah di Malaysia.
2.Membaca bahan yang diberikan dan
menyatakan lima isi penting berkaitan
bahan tersebut.
3.Menulis satu perenggan yang terdiri
Audio Grafik
daripada lima baris ayat berdasarkan
tugasan yang diberi.
Video Teks
Set Induksi
Sila klik pada skrin video yang disediakan.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 1
Penerangan tajuk pembelajaran.

Klik ikon di sebelah untuk mendengar


interaksi antara guru dan murid.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
-Sila klik pada pautan yang disediakan untuk
menonton video sebagai rujukan setiap
kumpulan.

Kumpulan 1 Kumpulan 3

Kumpulan 2 Kumpulan 4

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 3
Rumusan hasil kerja murid.

Klik ikon di sebelah untuk mendengar


rumusan guru terhadap hasil kerja murid.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 1

-Melihat gambar dan membaca petikan.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
-Sila klik pada pautan yang disediakan untuk
membaca petikan sebagai rujukan setiap
kumpulan.

Kumpulan 1 Kumpulan 3

Kumpulan 2 Kumpulan 4

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 3
Contoh lima isi penting yang dikeluarkan daripada bahan bacaan tentang
bangunan Menara Condong, Teluk Intan:

1.Menara Condong mempunyai ketinggian setinggi 85 kaki yakni 25.5


meter dari paras bumi dan memiliki 110 anak tangga.
2.Struktur binaannya banyak dipengaruhi seni pertukangan negara Cina
kerna berkonsepkan pagoda.
3.Antara tarikan utama menara ini ialah tiga buah jam besar yang
menjadi titik tumpuan sekitar bandar Teluk Intan.
4.Menara ini hanya memiliki tiga tingkat walaupun kelihatan seperti
mempunyai lapan tingkat.
5.Terdapat tangki air di bahagian paling atas menara sebagai kegunaan
tempat takungan air pada suatu ketika dahulu.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 1

Panduan menulis sebuah perenggan dalam karangan:

1.Penyataan ayat topik.


2.Ayat sokongan atau huraian kepada ayat topik.
3.Contoh atau bukti yang berkaitan dengan ayat topik.
4.Huraian kepada contoh atau bukti yang
dikemukakan.
5.Kesimpulan atau saranan yang berkaitan dengan
ayat topik.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
-Sila klik pada pautan yang disediakan untuk
melihat grafik sebagai rujukan setiap kumpulan
untuk menulis sebuah perenggan lengkap.

Kumpulan 1 Kumpulan 3

Kumpulan 2 Kumpulan 4

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 3
Contoh sebuah perenggan yang dihasilkan guru sebagai panduan kepada
murid:

Kota A Famosa merupakan sebuah bangunan bersejarah yang


menarik dan sesuai untuk dilawati. Hal ini kerana Kota A Famosa dahulunya
pernah menjadi sebuah kawasan nostalgik dan kubu kuat Portugis setelah
mereka berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Buktinya, sehingga
kini masih lagi terdapat sisa-sisa bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai
alatan pertahanan seperti meriam dan sebagainya. Kota A Famosa ini
merupakan lambang kepada kejatuhan kerajaan Melaka suatu ketika
dahulu di tangan penjajah Protugis. Jadi, masyarakat boleh melihat sendiri
suasana dan persekitaran di Kota A Famosa sekali gus akan memberi
kesedaran dalam diri tentang kepentingan menjaga dan mempertahankan
maruah negara.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Penutup
Sila klik pada skrin video yang disediakan.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 1
Tonton video dan ceritakan kepada rakan sekelas
tentang bangunan bersejarah yang difahami.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 2
Tonton video dan ceritakan kepada rakan sekelas
tentang bangunan bersejarah yang difahami.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 3
Tonton video dan ceritakan kepada rakan sekelas
tentang bangunan bersejarah yang difahami.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 4
Tonton video dan ceritakan kepada rakan sekelas
tentang bangunan bersejarah yang difahami.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 1
Sila klik pada pautan yang disediakan untuk melihat bahan tentang Kota A
Famosa.

http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

http://kotafamosa.blogspot.com/search/label/Keistimewaan%20Kota%20
A%20Famosa

http://topotato.com/2008/09/10/mengenali-kota-a-famosa-bersama-topo
/

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 2
Sila klik pada pautan yang disediakan untuk melihat bahan tentang
Bangunan Sultan Abdul Samad.

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05&spesi
fik_id=41&ttl_id=15

http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/b_berse
jarah/bsultanabdsamad/intro.html

http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&s
ubpage=show_detail&category=1&id=306
Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 3
Sila klik pada pautan yang disediakan untuk melihat bahan tentang Menara
Condong, Teluk Intan.

http://zabidin13.wordpress.com/2009/03/19/latar-belakang-menara-cond
ong-teluk-intan/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teluk_Intan

http://menara-condong.blogspot.com/

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 4
Sila klik pada pautan yang disediakan untuk melihat bahan tentang Istana
Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama_Seri_Menanti\

http://www.arkib.gov.my/istana_seri_menanti

http://wisatamelayu.com/id/object/722/412/istana-lama-seri-menanti/&n
av=geo

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 1
Sila rujuk gambar untuk mendapatkan idea bagi membina sebuah
perenggan tentang Kota A Famosa, Melaka.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 2
Sila rujuk gambar untuk mendapatkan idea bagi membina sebuah
perenggan tentang Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 3
Sila rujuk gambar untuk mendapatkan idea bagi membina sebuah
perenggan tentang Menara Condong, Teluk Intan.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 4
Sila rujuk gambar untuk mendapatkan idea bagi membina sebuah
perenggan tentang Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Hasil Kerja
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 1 - HK
Hasil kerja murid.

Klik ikon di sebelah untuk mendengar


hasil kerja murid.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 2 - HK
Hasil kerja murid.

Klik ikon di sebelah untuk mendengar


hasil kerja murid.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 3 - HK
Hasil kerja murid.

Klik ikon di sebelah untuk mendengar


hasil kerja murid.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 1 – Aktiviti 2
Kumpulan 4 - HK
Hasil kerja murid.

Klik ikon di sebelah untuk mendengar


hasil kerja murid.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 1 - HK

Contoh lima isi penting yang dikeluarkan daripada bahan bacaan tentang
bangunan Kota A Famosa, Melaka:

1.Kota A Famosa dibina pada tahun 1511.


2.Kota A Famosa berfungsi sebagai kubu pertahanan orang Portugis.
3.Keistimewaan Kota A Famosa ialah stuktur bangunannya yang masih
ampuh walaupun telah dibina lebih 450 tahun.
4.Kota A Famosa menjadi lambang kemegahan Melaka kerana setiap
tahun akan ada pelancong yang ingin melawat Kota A Famosa.
5.Terdapat juga gerai-gerai jualan di dalam kota A Famosa terutamanya
kedai menual barang perhiasan dan kesenian.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 2 - HK
Contoh lima isi penting yang dikeluarkan daripada bahan bacaan tentang
bangunan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur:

1.Bangunan ini terletak di bandar raya Kuala Lumpur, berdekatan dengan


Dataran Merdeka.
2.Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor
ketika itu pada tahun 1894 .
3.Tujuan sebenar pembinaan bangunan ini ialaiah untuk meletakkan
pusat pentadbiran British pada ketika itu.
4.Bangunan ini mempunyai pengaruh seni bina masjid di Mesir.
5.Pada setiap kali sambutan perayaan khususnya Tahun Baharu,
bangunan ini akan menjadi tumpuan seluruh masyarakat.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 3 - HK

Contoh lima isi penting yang dikeluarkan daripada bahan bacaan tentang
bangunan Menara Condong, Teluk Intan:

1.Menara Condong mempunyai nama lamanya iaitu Menara Jam.


2.Menara ini terletak berdekatan dengan pekan Teluk Intan.
3.Menara ini condong disebabkan tangki air yang berada di tingkat atas
menara telah lama menampung beban tapak menara.
4.Pelancong akan diberikan peluang untuk melawat menara ini mengikut
waktu-waktu tertentu.
5.Tujuan pembinaan menara ini aialah sebagai tempat pemantauan
penjajah Jepun daripada diserang pihak musuh.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 2 – Aktiviti 2
Kumpulan 4 - HK
Contoh lima isi penting yang dikeluarkan daripada bahan bacaan tentang
Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan:

1.Istana Seri Menanti sangat unik kerana dibina tanpa menggunakan


paku selain bentuk atapnya berkonsepkan minangkabau.
2.Istana ini sudah tidak digunakan lagi sejak 1931 kecuali ada beberapa
majlis menghadap yang dianjurkan pihak istana.
3.Untuk masuk ke istana ini, tidak perlukan bayaran tetapi perlu menulis
nama di buku daftar di pintu masuk.
4.Istana ini sekarang berfungsi sebagai muzium.
5.Keistimewaan istana ini ialah suasana persekitarannya yang aman dan
dingin.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 1 - HK

Contoh sebuah perenggan yang dihasilkan murid berkenaan


Kota A Famosa:

Antara bangunan bersejarah di Malaysia ialah Kota A


Famosa. Kota A Famosa sangat cantik dan menarik. Tempat
tersebut masih tahan lama walaupun sudah berusia beratus-
ratus tahun. Kota A Famosa sangat bersejarah kerana tempat
tersebut pernah diduduki oleh penjajah Portugis yang menawan
Melaka pada tahun 1511. Ia dibina hanya mengambil masa
selama lima bulan.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 2 - HK

Contoh sebuah perenggan yang dihasilkan murid berkenaan


Bangunan Sultan Abdul Samad:

Bangunan Sultan Abdul Samad sangat terkenal di negara


Malaysia dan juga bersejarah. Bangunan itu bersejarah kerana
dahulu bangunan itu merupakan pusat pentadbiran British.
Selain itu, bangunan itu juga tempat bendera Union Jack
diturunkan. Banyak peristiwa bersejarah telah berlaku di situ.
Jadi, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana masih
memiliki bangunan yang bersejarah.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 3 - HK

Contoh sebuah perenggan yang dihasilkan murid berkenaan


Menara Condong, Teluk Intan:

Menara Condong ialah sebuah menara yang bersejarah


di negeri Perak. Menara tersebut bersejarah kerana sudah lama
ia dibina. Selain itu, menara itu juga diguna oleh penjajah Jepun
dahulu. Jadi, menara itu telah meninggalkan kesan sejarah yang
sangat bermakna kepada seluruh penduduk negeri Perak. Maka,
setiap orang di Malaysia perlu melawat menara condong untuk
melihat keunikan menara yang senget itu.

Khalil Zaini & Afiq Hasnan


09/12/21
Langkah 3 – Aktiviti 2
Kumpulan 4 - HK
Contoh sebuah perenggan yang dihasilkan murid berkenaan
Istana Lama Seri Menanti:

Istana Seri Menanti yang terletak di Negeri Sembilan


adalah satu-satunya istana yang bersejarah. Hal ini kerana istana
tersebut diperbuat daripada bahan-bahan tradisional di samping
tidak menggunakan paku. Istana yang atapnya bercorak
minangkabau itu sudah tidak berfungsi sebagai istana lagi, tetapi
digunakan sebagai muzium di Negeri Sembilan. Oleh itu,
masyarakat setempat perlu datang melawat muzium itu untuk
melihat sejarah orang dulu-dulu semasa menggunakan istana
tersebut.
Khalil Zaini & Afiq Hasnan
09/12/21

You might also like