You are on page 1of 12

PROGRAM BIMBINGAN

PEPERIKSAAN
PERKHIDMATAN DAN
PEPERIKSAAN KPSL 2010
CONTOH-CONTOH SOALAN
A. GRED 27/29
SOALAN 1:

Selaras dengan peruntukan Cuti Atas Sebab


Perubatan dalam Perbekalan Cuti Universiti bahagian
18 (f) Cuti Tibi, Kusta dan Barah, seseorang staf
mendapat kemudahan Cuti Sakit Barah.

Berdasarkan kenyataan di atas terangkan urusan


pelaksanaan kemudahan cuti sakit barah.
(20 markah)
SOALAN 2:

Jelaskan keadaan-keadaan yang membolehkan


sesebuah Lembaga Perubatan dipanggil atau
ditubuhkan.
(20 markah)
SOALAN 3:

Dalam proses Pengurusan Sumber Manusia khususnya


yang melibatkan staf bukan akademik aspek
pemangkuan serta tanggungkerja seringkali digunakan
bagi tujuan melicinkan lagi pengurusan sumber manusia.

(a) Sila huraikan istilah pemakaian ‘tanggungkerja’ dan


‘pemangkuan’.
(10 markah)

(b) Berikan contoh kiraan yang melibatkan elaun


tanggungkerja dan elaun pemangkuan.
(10 markah)
SOALAN 4:

Staf Universiti Sains Malaysia layak menuntut beberapa


jenis elaun semasa menjalankan tugas rasmi di bawah
Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003. Sila jelaskan
istilah-istilah berikut:

(i) Ibu Pejabat


(ii) Elaun Makan
(iii) Elaun Harian
(iv) Tambang Gantian
(v) Elaun Gantian Tetap
(10 markah)
A. GRED 41
SOALAN 1:

(a) Nyatakan syarat-syarat yang melayakkan seseorang


pegawai disahkan di dalam jawatan?

(b) Huraikan apa yang dimaksudkan dengan pelanjutan tempoh


percubaan. Jelaskan kesannya jika seseorang pegawai
diberi pelanjutan tempoh percubaan dengan denda?

(c) Nyatakan implikasi perkhidmatan bagi pegawai yang


sedang bercuti tanpa gaji mengikut pasangan.
(20 markah)
SOALAN 2:

Dalam Perbekalan Cuti Universiti terdapat beberapa jenis


cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan.

(a) Nyatakan kemudahan-kemudahan cuti yang


berkaitan.

(b) Huraikan setiap kemudahan cuti yang terlibat.

(25 markah)
SOALAN 3:

Ketua Jabatan seharusnya mengambil/mengesyorkan


sebuah Lembaga Perubatan memeriksa kesihatan
stafnya apabila kesiuman otak staf berkenaan diragui.

(a) Jelaskan TIGA (3) keadaan lain yang memerlukan


seseorang staf itu diperiksa kesihatannya oleh
sebuah Lembaga Perubatan.

(b) Nyatakan keahlian sebuah Lembaga Perubatan.


(25 markah)
SOALAN 4:

Pegawai Awam boleh berkhidmat di mana-mana badan


berkanun atau swasta secara pinjaman.

Berdasarkan kenyataan di atas,

(a) Huraikan tatacara proses pinjaman yang melibatkan


Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan
untuk berkhidmat sebagai pensyarah di USM.

(b) Huraikan proses pentadbiran yang perlu diikuti


sekiranya penyandang ingin berkhidmat terus
dengan USM (pertukaran tetap).

(20 markah)
SOALAN 5:

Encik Ali Musa seorang Pegawai Tadbir N41 di USM


yang telah disahkan di dalam jawatan ingin memohon
jawatan Pegawai Tadbir N41 di Universiti Malaya kerana
ingin bersama-sama dengan isteri beliau yang bertugas
di Kuala Lumpur.

(a) Sila jelaskan tatacara yang perlu dilakukan oleh


Encik Ali Musa supaya perkhidmatan beliau di USM
dapat diambilkira bagi tujuan pencen kelak.

(b) Sila jelaskan tempoh notis perletakan jawatan yang


perlu Encik Ali beri. Nyatakan juga apa implikasi jika
beliau gagal penuhi notis berkenaan.
(20 markah)
SOALAN 6:

Encik Azlan Faizal, seorang staf (Gred 41) Universiti,


seringkali pulang awal dari tempat kerja dan sering
mengambil Cuti Kecemasan (EL). Beliau juga disyaki
oleh Ketua Jabatan meminda kad laporan kehadiran
beliau. Beliau juga adalah seorang staf yang bermasalah
dan banyak tugas harian beliau tidak berjaya
diselesaikan. Kerja yang dihasilkan tidak berkualiti dari
segi mutu, ketepatan masa, pembaziran dan dilakukan
secara sambil lewa. Didapati seringkali orang luar cuba
mencari beliau di pejabat untuk menuntut wang yang
dikatakan beliau terhutang dengan mereka.
Beliau juga didapati terlibat aktif dalam sebuah parti politik dengan
memegang jawatan utama dalam parti tersebut.
Walaubagaimanapun, semua kenyataan ini dinafikan oleh Encik
Azlan Faizal. Perbuatan beliau juga telah ditegur berulang kali oleh
Ketua Jabatan tetapi malangnya masih tiada kesan.

(a) Nyatakan kesalahan disiplin yang berkaitan dengan


kelakuan sedemikian.

(b) Sebagai pentadbir yang bertanggungjawab membantu Ketua


Jabatan menguruskan sumber manusia, terangkan langkah-
langkah yang perlu diambil untuk menangani perkara tersebut
dengan sewajarnya.

(20 markah)

You might also like