You are on page 1of 4

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM KERTAS 2

BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.


PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)

IDEA UTAMA : 4 M
HURAIAN : 12 M
BAHASA : 4.5 M
IMPAK : 4.5 M
JUMLAH 25 M

Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.
1. LARAS. Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan Bahagian A (Esei laras
sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN
LARAS YANG DIKEHENDAKI.
2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan
masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI
PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN
ANDA.
3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat
latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada
saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan.
4. PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan
sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea dan huraian. Perenggan keenam untuk
kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)

5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda.Di mana ayat pertama
untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap.
6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh
itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.
MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN
Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang
tersirat/tersembunyi.
Merangka esei anda.

KATA KUNCI SOALAN.


1.BINCANGKAN.
Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut:
PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF
PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF
PRO DAN LAIN-LAIN
PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH

2. SEJAUH MANAKAH
Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea
yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :
PRO DAN KONTRA
PRO DAN LAIN-LAIN
PRO SAHAJA

3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.


Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.
4. BERIKAN ULASAN
Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon
juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro
dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.
5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN
Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan.

BAHAGIAN C (PETIKAN)
Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

1. Roman i 2 Markah
Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan hendaklah berdasarkan petikan
dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan
dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

2. Roman ii 8 Markah
Aspek pemarkahan:
Idea(2 idea) - 2 Markah
Huraian - 4 Markah
Bahasa - 2 markah

a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.


b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat. BERHATI-HATI DENGAN
LARAS SOALAN.
c. Buat dalam satu perenggan sahaja.
d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.

BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)


Aspek Pemarkahan: (15 Markah)

Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah


Kesuaian Teknik (KT) 4 markah
Ketepatan Isi (KI) 4 markah
Kejelasan (KJ) 3 markah

Pengkelasan Angkubah(PA)
1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai,
diukur dengan tepat.
2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan
(RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)


1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.
2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada
kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.
3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Ketepatan Isi (KI)


Maklumat berikut mestilah lengkap:
1. Label Paksi X dan Paksi Y
2. Unit Paksi
3. Tajuk yang lengkap
4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.
5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.
6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta
7. Skala / nisbah jejari yang tepat
8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)
Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS
1. Tajuk Utama
2. Label paksi
3. Petunjuk
4. Skala
5. Sumber

BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)

Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:


1. Media Statistik (jadual)
2. Media Statistik (graf / carta pai)
3. Media Carta Aliran
4. Media Gambarajah

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B


Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching
Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.
Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian.
Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan
huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.
RUMUS ICU
I
IDEA UTAMA
Permualaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam Pengajian Am jumlah
perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.
Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea utama ini tidak berulang
semula dalam idea-idea yang lain.
ISI LANJUTAN.
Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama. Memadai dinyatakan
dalam satu ayat sahaja .

C
CONTOH
Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang dinyatakan. Contoh tersebut
tidak semestinya bermula dengan perkataan contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan
menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan kukuh bagi
penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.
U
ULASAN
Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan
ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.
Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar
dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.
Contoh penggunaan RUMUS ICU.
Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)
Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan
kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah
tersebut. Bincangkan.
Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.
Rumus
Idea/Huraian
Catatan

I
Idea Utama
Idea Lanjutan

Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.
C
Contoh
Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah kecurian akan berlaku di
kawasan ini.
U
Ulasan
Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak diatasi.
Posted by CIKGU AYET at 5:48 PM

0 comments:
Post a Comment

Newer Post Older Post Home

You might also like