You are on page 1of 2

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

Sumber : Nina Batriesyia

Bahan-bahan:

250gm butter (asalnya 170gm)

300gm gula caster (asalnya 396.9)

4 biji telur ayam (asalnya 3 biji)

Bahan2 dibancuh bersama :

1 sudu teh serbuk nescafe

1 sudu teh air panas

1 sudu teh esen vanilla (Boleh tukar vanilla lemon/orange)

1 sudu teh chocolate emulco..tak bubuh sebab tak ada

Bahan2 diayak bersama:

230 gm tepung gandum ( asalnya 226gm tepung high protein)

64gm serbuk koko

1/2 sudu teh garam halus

1 sudu teh soda bikarbonate..tak bubuh

2 sudu teh baking powder (asalnya 1 1/2 sudu teh)

200ml air sejuk dari peti ais

Cara-cara :

1. Guna mixer full speed, pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan campuran nescafe dan esen.

Peringkat seterusnya, sila guna spatula atau whisker. Jangan guna mixer lagi

kerana ini akan menyebabkan kek berkawah sebab kek berat akibat overmixed.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Guna kaedah kaup balik

satu arah sehingga tepung sekadar sebati dalam adunan.

5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan2.

6. Bakar dalam loyang 9" dengan suhu 170 drj celcius selama 50min -60min.

Atau kukus tetapi loyang perlu ditutup dgn aluminium foil, guna api biasa selama 1 1/2 jam.

Orait, sebelum tutup tirai kali ni rinn sajalah nak tunjuk handbags yang rinn dah "terbeli" ari tu sebab
ada yang teringin nak lihat. Maybe taste kita tak sama tapi rinn suka jenis handbag yang
lembik..maksudnya bukan yang nampak berkotak atau keras. Saiz juga suka yang agak besar...dan lebih
selesa dengan yang single sling. Kalau yang dua tali tu rasa macam leceh aje nak sandang di bahu. Kejap-
kejap satu tali nak jatuh. Kenkawan pula macam mana??

You might also like