HBML 4403
“Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia”.
“ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnyamerdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayudilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebihtinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerintahan negeri dan jugamenjalankan kerja kehakiman. Kata-kata Pendita Zaaba
Begitulah luahan seorang Pendita yang memperjuangkan bahasa Melayu. Adakah perjuangannya memertabatkan bahasa ini mencapai matlamatanya atau menujukehancuran atau kepupusan seperti tulisan jawi.MENURUT Imil Badi (1986:13), tidak ada definisi mutlak bagi bahasa.Bagi Raminah Hj Sabran,1993 , bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalamkehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lainuntuk menyampaikan pemikirannya , perasaan , kehendak, pengalaman , idea, pengetahuan , mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahamiorang lain dan sebagainya.Dari perspektif falsafah bahasa, definisi, dan konsep ini menyingkap hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan semesta, dan realitikewujudan serta kehidupan manusia. Pada peringkat ini, bahasa dapat disifatkan sebagaiwahana utama abagi menjana segala kegiatan manusia baik perhubungan, pengucapan, perakaman mahupun perwarisan dalam tamadun manusia (Hashim:1994: xi).3