3
ABSTRAK
Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrahmanusia. Dalam terminologi Islam, membaca identik dengan kemampuan seseoranguntuk memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat tersurat (kauniyah).Kemampuan membaca seperti hal tersebut diatas akan memberikan manfaat yangluar biasa pada diri seseorang, tidak hanya peningkatan ilmu pengetahuan, tetapi jugakebijaksanaan, kemampuan bersosial, pengendalian diri, kreativiti, inovasi sertamemanfaatkan semua peluang dan potensi yang ada pada dirinya maupunsekelilingnya Membaca juga adalah satu budaya ilmu yang memupuk pembangunanintelektual, rohaniah dan emosi individu. Membaca membangunkan kecerdikaninte1ektual seseorang individu, justeru membentuk fikirannya menjadi lebih kritisdan kreatif dan akhirnya akan melahirkan masyarakat yang progresif dan berdayasaing. Membaca juga dapat meningkatkan kecerdikan rohani dan emosi yangmenjadikan seseorang individu tersebut sedar akan kepentingannya menyumbang kearah pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Namun begituminat membaca juga mengandungi kekangan dan halangan yang mematikan ataupunkurang mewujudkan minat membaca dalam kalangan murid. Kekangan dan halanganyang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Oleh itu kajian ini dilakukan terhadap sekolah untuk memberi gambaran tentang kedudukan minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar disamping mencari faktor-faktor tentang mengapa kebiasaan membacadalam kalangan murid sekolah ini masih rendah.
Golongan pendidik sebagai seorangindividu yang amat penting dalam masyarakat seharusnya terlibat secara aktif dalampemupukan budaya ilmu. Seorang pendidik perlu mengamalkan budaya mengumpuldan mencungkil ilmu baru untuk digunakan dalam tugas mendidik. Pendidik perlumeningkatkan kepakaran dalam sesuatu bidang yang diajarnya dari semasa kesemasa dan mesti sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dalam bidangkepakaran tersebut
Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadikan membacasebagai amalan hidup bukan suatu tugas yang mudah. Tugas ini sebahagian besamyaterletak di bahu para pendidik yang menjadi model dalam menanamkan minatmembaca, terutamanya di kalangan generasi muda. Para pendidik sendiri perlumempunyai minat membaca yang mendalam bagi meningkatkan pengetahuan dankemahiran mereka dan bagi menambah pengetahuan am tentang dunia dankehidupan. Memandangkan betapa penting tugas pendidik menggiatkan budayamembaca, kajian ini ingin melihat sejauh manakah para murid berminat terhadapmembaca. Kajian ini juga dilakukan untuk mencari satu jalan penyelesaian yangdapat menciptakan suasana yang mendorong seseorang murid untuk secaramembiasakan dirinya banyak membaca. Oleh itu pihak sekolah akan dapatmempergiatkan lagi usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar ke arah mewujudkan budaya membaca dengan lebih cemerlang.