You are on page 1of 16

Nyamuk

Aedes &
Demam
Denggi…
PENCEGAHAN DENGGI
APA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang


merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini
belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa
terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat
dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya
berlangsung selama 10 hari dan kadang-
kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh
sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan
bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.
Kitaran Hidup
Virus
Denggi
TANDA-TANDA:
1) Demam kuat yang
mengejut dan
berterusan
2) Bintik merah pada
kulit
3) Sakit teruk pada
tulang-tulang, otot-
otot, sendi-sendi, biji
mata dan kepala
4) Berdarah pada
badan, hidung dan
mulut
5) Hilang selera makan
6) Muntah-muntah
7) Sakit perut
JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit Denggi iaitu:

a) Demam Denggi klasikal.


Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit
sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk
dan jarang menyebabkan kematian.
b) Demam Denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam
lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4
hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi
klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala
seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah
di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna
hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering
menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan
segera.
Jenis Nyamuk Aedes:

1. Aedes aegypti

Ciri-ciri: Tanda putih-perak


bentuk kecapi di kepala.

2. Aedes albopictus

Ciri-ciri: garisan putih-perak


di sepanjang pertengahan
kepala dan badan.
CARA JANGKITAN:
Manusia dijangkiti kuman virus Denggi melalui
gigitan nyamuk.
Virus Denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air
liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-
10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air
liur nyamuk.
Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus
Denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes
betina menggigit manusia atau haiwan ia akan
memasukkan sekali virus Denggi yang ada di dalam air
liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia
yang mengandungi virus Denggi ia akan melengkapi
kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada
orang lain.
TEMPAT PEMBIAKAN:
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di 
dalam dan di luar rumah. Ia tidak boleh membiak di dalam 
air yang kotor

1) Di dalam rumah
a) Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga
b) Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan
atau baldi.
c) Perangkap semut

2) B. Di luar rumah
a) Di dalam tayar buruk
b) Saluran air hujan
c) Tin-tin kosong atau botol
d) Bata bangunan atau kawasan pembinaan
e) Cawan getah, Lubang pokok, Tunggul buluh
f) Ketiak daun seperti - pandan dan nenas 
PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES:
1) Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap
minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang
baru
2) Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu
sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk
memusnahkan telur nyamuk
3) Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah
nyamuk daripada bertelur
4) Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang
ke dalam tong sampah atau ditanam
5) Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk
membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
6) Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut
untuk mencegah pembiakan nyamuk
7) Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar
kerana akan memakan jentik-jentik.
8) Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang
betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
CONTOH
PESAKIT DEMAM
DENGGI
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like