Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Analisis Kebolehpercayaan Dan Kesahan Alat Kajian

Analisis Kebolehpercayaan Dan Kesahan Alat Kajian

Ratings: (0)|Views: 900|Likes:
Published by zam7477

More info:

Published by: zam7477 on May 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/17/2012

pdf

text

original

 
1.3.Analisis Kebolehpercayaan dan Kesahan Alat Kajian
Analisis kebolehpercayaan dan kesahan merupakan analisis yang perlu dilaksanakanke atas alat kajian. Ini bagi memastikan alat atau instrumen kajian yang digunakan untuk  penyelidikan ini adalah alat kajian yang sesuai dan berupaya mengukur apa yangseharusnya diukur dan seterusnya menjawap persoalan kajian.Terdapat enam konstruk yang perlu melalui analisis kebolehpercayaan dankesahan alat ujian. Konstruk-konstruk tersebut adalah imbasan persekitaran, analisis bekalan sumber manusia, analisis permintaan sumber manusia, integrasi perancangansumber manusia dengan perancangan strategik organisasi, integrasi perancangan sumber manusia dengan fungsian pengurusan sumber manusia dan prestasi organisasi.
1.3.1.Analisis Kebolehpercayaan Alat Kajian
Analisis kebolehpercayaan ini amat penting bagi mempastikan alat kajian yangdigunakan adalah stabil, boleh meramal dan boleh menghasil dapatan yang tepat sertatidak diragui. Kebolehpercayaan alat kajian menunjukkan kestabilan dan kekukuhan alatkajian tersebut mengukur sesuatu konsep dan ia juga menilai kebagusan (
“goodness”
) pengukuran tersebut (Sekaran, 2003). Ia dianalisa dengan mengenalpasti samada alat
 
kajian tersebut menghasilkan jawapan atau nilai yang sama apabila sesuatu angkubah itudiukur.Kebolehpercayaan alat kajian ini diukur dengan menggunakan Kaedah AlphaCronbach. Ia merupakan alat pengukur ketekalan dalaman yang paling kerap digunakanoleh para penyelidik untuk mengenalpasti koheren item yang menyepadukan skala indeks(Churchill, 1979). Kaedah ini mengandaikan tiap-tiap item itu sebagai satu ujian setaradan semua korelasi antara item adalah sama.Di dalam kajian ini, kaedah ketekalan dalaman digunakan bagi menentukan tahapkebolehpercayaan setiap konstruk. Jadual 4.7 menunjukkan perbandingan nilai alpha bagisetiap angkubah di dalam kajian rintis dengan kajian sebenar. Berdasarkan nilai alphayang diperolehi menunjukkan setiap konstruk mempunyai kebolehpercayaan yangmemuaskan. Skor alpha yang tinggi menunjukkan tinggilah kebolehpercayaan alat kajianitu untuk mengukur sesuatu yang perlu diukur. Butir-butir lanjut mengenai nilai alpha bagi setiap konstruk dipaparkan di Lampiran 2.
4.4.1.1.Kajian Rintis
Sebelum pengutipan data sebenar dibuat, ujian kebolehpercayaan alat kajian telahmelalui kajian rintis terlebih dahulu. Kajian rintis telah dibuat ke atas syarikat-syarikat pembuatan asing yang beroperasi di Negeri Kedah pada bulan Disember 2004. Syarikat-
 
syarikat tersebut dipilih berdasarkan Senarai Syarikat-syarikat Pembuatan di NegeriKedah yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk tahun2003. Sebanyak 63 borang soal-selidik berserta sampul surat bersetem dan beralamatsendiri telah dikirim melalui pos. Setelah sebulan borang soal-selidik dihantar dan beberapa panggilan susulan melalui telefon dibuat, penyelidik telah menerima kembali 31 borang soal-selidik yang telah diisi. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut didapati hanya 27 syarikat sahaja yang melaksanakan perancangan sumber manusia.Berdasarkan kajian rintis ini, keputusan ini menunjukkan, alat kajian yangdigunakan untuk kajian rintis mempunyai kebolehpercayaan yang memuaskan dengannilai alpha Cronbach antara .662 hingga .956.
3.4.1.2.Kajian Sebenar
Pengumpulan data bagi kajian sebenar pula telah dibuat pada bulan April 2005sepertimana telah dibincangakan di dalam bahagian 3.3. Ujian kebolehpercayaan yangdibuat mendapati nilai alpha yang diperolehi bagi setiap dimensi di dalam setiapangkubah adalah memuaskan dan boleh diterima. Sepertimana kajian rintis, angkubah prestasi organisasi memperolehi nilai alpha tertinggi dengan nilai .926. Nilai alphaterendah pula ialah .738 yang diperolehi oleh dimensi intergrasi vertikal dalam angkubahintergrasi dengan perancangan strategic organisasi. Secara keseluruhannya, nilai alphaalat kajian bagi kajian sebenar tiada banyak perbezaan dengan yang diperolehi di dalamkajian rintis.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->