You are on page 1of 1

PENILAIAN MELALUI PROJEK

PENGENALAN

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa
yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan
penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud
tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara
berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek
membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal
dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan
sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang
sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk
kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan
tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

TUJUAN
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab
2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah
4. Memotivasikan pelajar untuk belajar
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja
dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek
Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
Langkah 4 : Memproses Maklumat
Langkah 5 : Menilai Hasil Projek 

You might also like