You are on page 1of 14

BY:

WAN FADHILAH BT WAN IBRAHIM

ABU ZAR BIN ABU BAKAR

NUR SYAKIRIN ZAKIRAH BINTI MOHD JAMIL

PENGENALAN
Czech Republic dikenali sebagai ‘heart of Europe’
kerana lokasinya yang terletak di tengah Eropah.
Prague merupakan ibu negara dan bandar terbesar di
Czech Republic. Brno pula merupakan bandar kedua
terbesar. Bandar-bandar lain yang terkenal ialah Hradec
Králové, Olomouc, Plzeň dan Ostrava.
Prague ialah bandaraya yang terbaik dengan kemudahan
yang sempurna.Prague merupakan bandar lama yang
dipenuhi dengan bangunan yang dibina berdasarkan
‘classical architecture’.
Hradec Králové pula terletak bersebelahan dengan
Prague yang mana mengambil masa lebih kurang 1 jam
45 minit dengan menaiki keretapi untuk ke sana dari
Prague. Di Hradec Králové juga terdapat banyak bangunan bersejarah dengan rekabentuk klasik.
Olomouc pula terletak di utara Sungai Moravia. Mengambil masa lebih kurang tiga jam dari Prague untuk
ke sana. Di Olomouc terdapat Moravian Theatre,the Moravian Philharmonic Orchestra, dan beberapa
muzium dan galeri.

FIQH PERANTAU
Islam adalah agama yang syumul , sejahtera, mudah dan boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja
berpandukan ruhksah-rukhsahnya.
Waktu solat adalah berbeza-beza sepanjang tahun mengikut musim di Republik Czech. Walau
bagaimanapun, waktu solat bagi setiap kawasan (Prague, Hradec Kralove, Olomouc) boleh didapati di
laman web www.muslim.cz.*
*Klik pada ruang “Časy Modliteb” disebelah kiri laman diikuti dengan pemilihan kawasan anda.

Waktu solat juga boleh didapati dengan download satu program yang dinamakan Athan.
(boleh dimuat turun di laman web cnet downloads)

Pada musim sejuk, beza antara waktu solat sangat pendek (e.g: Zohor 12.00 pm, Asar 2.30 pm).
Sekiranya kuliah melewati waktu solat, anda boleh keluar ketika ‘5 minutes break’ atau ‘gap’ antara kuliah
untuk solat. Sekiranya waktu peperiksaan, jamak sahaja (tidak qasar) adalah dibenarkan bagi situasi
begini.

Anda juga akan berhadapan dengan “long journey flight”. Apabila anda bergerak ke arah Barat, anda
akan mendapati masa semakin lewat dan sebaliknya. Anda perlu solat mengikut waktu solat Negara yang
sedang anda lalui. Sekiranya kemudahan ruang solat tidak disediakan, anda boleh solat secara duduk.
Sekiranya anda solat dengan wudhu’, maka solat itu tidak perlu diqada’kan lagi.
Bagi memudahkan urusan solat sepanjang anda berada di luar Negara, biasakanlah diri membawa
kompas kiblat ke mana sahaja anda pergi. Anda tidak perlu berkain pelekat atau bertelekung untuk solat,
memadailah pakaian yang menutup aurat dan alas yang bersih untuk solat.

MAKANAN
Buat pengetahuan adik-adik, agama Islam merupakan agama minoriti di Republik Czech. Oleh hal yang
demikian, jumlah kedai atau restoran milik orang Islam amatlah sedikit. Walau bagaimanapun, beras,
ayam dan daging halal semuanya boleh didapati sama ada di pasaraya-pasaraya atau pun kedai milik
peniaga Muslim.
Jika anda mencari tanda “HALAL”, ianya memang sukar didapati. Namun, tanda “Suitable for vegetarian”
ialah alternative utama untuk memudahkan anda mencari makanan halal.
Terdapat pelbagai Emulsifier (e.g: E471) yang dibuat daripada khinzir atau binatang yang diragui cara
sembelihannya. Untuk rujukan, bersama-sama ini disertakan senarai Emulsifier haram yang dikeluarkan
oleh JAKIM. Tips: Simpan senarai E-code ini di dalam dompet untuk memudahkan urusan beli-belah
anda.
Makanan di Czech Republic boleh dianggap murah tidak kira di Prague, Hradec Králové dan Olomouc.
Tetapi sudah pastilah di Olomouc adalah yang termurah.
Di sini tiada restoran makanan Malaysia. Jika anda ingin menikmati makanan Malaysia, memang kena
masak sendiri. Jadi sementara di Malaysia ni belajarlah memasak ye!
Bagi pelajar bukanIislam, anda boleh makan di mana-mana sahaja di Czech Republic ni kerana terdapat
banyak restaurant yang harganya sekitar 100-150kc untuk satu hidangan (lunch dan dinner, breakfast
selalunya lebih murah).

PRAGUE
Untuk muslim di Prague terdapat 5 restoran halal iaitu:
1. Picadilly
2. Istambul Kebab 1 dan 2
3. Pakistan Restaurant
4. Ches Amis
5. Satu kantin di masjid di Cerny Most

Picadilly dan Ches Amis adalah restoran terbaik. Kedua-duanya menjual


makanan segera, pizza dan nasi. Picadilly adalah Restoran Morocco manakala
Ches Amis adalah Restoran Algerian.
Anda dapat merasai pelbagai jenis menu Arab yang mana anda tidak dapat merasainya di Malaysia.
Istanbul Kebab juga adalah tempat terbaik untuk menjamu selera. Di sini anda dapat merasai kebab
daging. Pakistan Restaurant pula untuk mereka yang mengidam untuk makan nasi briyani di Czech.
Harganya lebih kurang 180kc. Menu nasi di restoran lain adalah dalam 120kc per menu. Kantin di masjid
pula hanya dibuka pada hari Jumaat sewaktu solat Jumaat.
Untuk mendapatkan daging dan ayam halal bagi yang ingin memasak, anda boleh dapatkannya di:

1. Farah halal
2. Abdullah shop

Farah Halal adalah kedai yang terkenal di kalangan pelajar Malaysia bukan sahaja di Prague tapi juga di
Hradec dan Olomouc kerana di sini pelajar boleh mendapatkan ayam dan daging halal. Di Hradec dan
Olomouc tiada kedai yang menjual daging halal. Farah Halal terletak di Narodni Trida, berdekatan pusat
bandar.
Harga barang-barang halal ini agak berpatutan walaupum harganya tidaklah semurah di Malaysia dan
Ireland. Satu kilo ayam lebih kurang 60kc manakala daging pula satu kilo lebih kurang 160kc. Di sini juga
anda boleh dapatkan sosej halal yang hanya ada di Prague. Harganya lebih kurang 85kc. Di sini juga
terdapat pelbagai jenis rempah seperti rempah kebab, kari, dan kadangkala ada cili kering.
Satu yang paling istimewa di Prague yang mana tiada di Hradec dan Olomouc ialah di sini terdapat The
Asian Market dan Vietnamese Market. Di situ macam-macam ada.....

Barang-barang yang boleh didapati di sini ialah:


1. Tempe
2. Budu
3. Cempedak
4. Serai
5. Daun pandan
6. Ikan kering dan ikan masin
7. Barang-barang sejuk beku
8. Periuk kukus dan batu lesung

Dan pelbagai barangan Asia yang lain. Harganya agak mahal tetapi boleh dikatakan ‘reasonable’ kerana
bukan senang untuk import dan bukan senang untuk kita dapatkan barang-barang Asia di sini.
Selain di sini, altenatif lain adalah di Tesco, Albert, Billa dan Delvita ada terdapat Asian Part. Di sini
terdapat pelbagai sos dari Asia (esp. from Thailand).

Abdullah Shop pula mempunyai tiga cawangan iaitu di pusat bandar dan juga di Cerny Most.
Senang cerita, tentang makanan usah gusar usah risau. Anda takkan mati kelaparan….. tapi makin
gemuk…

HRADEC KRALOVE
Makanan halal di Hradec agak susah untuk diperolehi kerana tiada banyak kedai makanan halal.
Selalunya pelajar Hradec gemar ke stall kebab turki yang ayamnya halal bernama Alanya Doner Kebab.
Selain itu Doner Kebab halal juga boleh didapati di sebuah kafetaria berdekatan hospital.
Bagi ayam halal pula, boleh didapati di Tesco, Albert dan juga di Kubic kat Hvezda. Tapi selalunya stok
ayam yang berterusan hanyalah di Tesco.

OLOMOUC
Seperti di Hradec Kralove, makanan halal di Olomouc juga tidak banyak. Di sini terdapat kebab halal iaitu
Doner Kebab yang boleh didapati di Centrum.
Bagi ayam halal pula, boleh dibeli dengan harga lebih kurang 64kc sekilo. Boleh didapati di Tesco, Albert,
Billa dan Olympia.

SHOPPING

PRAGUE
Prague merupakan syurga membeli belah. Walaupun pada hujung minggu, kedai-kedai di sini tetap
dibuka. Antara tempat yang seronok untuk membeli belah ialah di Palladium dan Letnany. Kedua-dua
tempat ini merupakan pusat membeli belah yang besar di Prague. Selain di Palladium dan Letnany, anda
juga boleh membeli belah di Tesco, Albert, Billa dan banyak lagi supermarket dan kedai-kedai kecil.
Selain itu di Old Town Square dan Vaclavske Namesti juga merupakan tempat yang seronok untuk
membeli belah.

HRADEC KRALOVE
Di Hradec Kralove pula, terdapat satu shopping complex yang dinamakan Futurum. Futurum adalah
tempat yang seronok untuk membeli belah di Hradec kerana terdapat pelbagai kedai dalam satu
bumbung. Selain di Futurum, anda juga boleh membeli belah di Tesco dan Albert. Selalunya barang
dapur dibeli di sini.

OLOMOUC
Olomouc merupakan syurga membeli belah pakaian. Banyak pakaian yang murah dan cantik terdapat di
Olomouc. Tempat membeli belah di Olomouc adalah di Tesco,Billa, Olympia, Globus, dan di Centrum.
Barang-barang di Olomouc juga agak murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.
BAGASI
Peraturan setiap syarikat penerbangan adalah berlainan dan berubah mengikut masa.
Anda haruslah peka dengan menyemak laman web syarikat berkenaan. (www.malaysiaairlines.com)
Perjalanan anda ke Republik Czech mempunyai ‘connecting flight’ kerana tiada penerbangan terus KUL-
PRA. Anda perlu peka tentang peraturan bagasi tangan dan sekuriti yang ditetapkan di lapangan terbang
tersebut.
Untuk pengetahuan, had bagasi ‘check-in’ bagi MAS ialah 20 kg. Had bagasi tangan ialah 5 kg.
Bahan cecair dalam bagasi tangan hendaklah tidak melebihi 100 ml bagi setiap satu dan mestilah
dimuatkan di dalam ‘resealable bag’.

AGAMA
Sebenarnya, 70% warga Czech merupakan Atheist dan jumlah yang lainnya adalah Muslim dan
Christian. Terdapat juga orang beragama Buddha dan Hindu.
Untuk Muslim, di Prague terdapat 3 buah masjid. 2 daripadanya terletak di pusat bandar dan satu lagi di
luar bandar iaitu lebih kurang 30 minit dari bandar. Masjid yang terbesar adalah masjid di Cerny Most. Di
sini juga ada ramai komuniti Muslim. Alhamdulillah kita ada Coordinator of Muslim Union yang
menghubungkan CZEMSA dengan Muslim Student Union in Czech Republic. Jadi, insyaALLAH hal-hal
agama takkan menjadi masalah.

Untuk penganut agama Kristian, Gereja di sini banyak walaupun kebanyakan dari warga Czech
merupakan Atheist, tetapi ini tidak menjadi masalah.

KEWANGAN DAN BANK


Jumlah biasiswa yang diperoleh oleh pelajar di Prague adalah 800 Euro kerana taraf hidup di Prague
yang agak tinggi manakala di Hradec dan Olomouc pula adalah sebanyak 700 Euro. Apabila tiba di sini,
anda perlu ke bank untuk membuka akaun bagi memudahkan urusan penerimaan biasiswa. Kebanyakan
pelajar di sini membuka akaun di bank CSOB dan juga KB bank. Akaun yang dibuka adalah akaun dalam
matawang Euro kerana biasiswa yang diperoleh adalah dalam Euro. Tetapi jika anda mahu membuka
akaun dalam matawang Czech, anda boleh membuka dua akaun. Satu dalam Euro dan satu lagi dalam
Czech Koruna.
Matawang di Czech Republic dinamakan Koruna.1 Euro adalah lebih kurang bersamaan 22-24kc
manakala RM 1 = 5-6 kc. Kebanyakan senior di Prague menukar wang di pengurup wang di Opletalova
Street berdekatan dengan Central Mosque. Pengurup wang di sini adalah orang Algeria Muslim di mana
beliau tidak mengenakan sebarang komisen dan rate yang ditawarkan juga tinggi jika dibandingkan
dengan pengurup wang di tempat lain. Manakala di Hradec pula, senior-senior menukar wang di Futurum
dan juga di Centrum.
Dari segi perbelanjaan pula, jangan risau, jumlah wang yang diberikan JPA dan MARA sangat-sangatlah
mencukupi. Walaupun selepas membayar sewa rumah dan semua bil, jika anda betul-betul berjimat,
anda masih boleh menyimpan 300-400 Euro sebulan. Jika anda belajar di Hradec dan Olomouc, lagi
banyak jumlah yang boleh disimpan.

ELECTRICITY
Di Czech Republic, current dan voltage yang digunakan di sini adalah sama dengan di Malaysia. Jadi,
anda tidak perlu membeli ‘power converter (transformers)’. Tetapi di sini, plug yang digunakan ialah
Standard Europe Plug. Jadi, anda haruslah membeli adaptor untuk barang-barang elektrik yang dibawa
dari tanah air kita, Malaysia. Ingin diingatkan di sini, anda haruslah membawa sekurang-kurangnya 2
adaptor kerana susah untuk mendapat adaptor walaupun di Prague.
Bercakap tentang alatan elektrik, di sini disenaraikan alatan yang perlu anda bawa:

1. Rice cooker (di sini susah untuk dapat rice cooker dan harganya mahal)
2. Handphone + charger
3. Laptop
4. Camera

PANGGILAN DAN KOMUNIKASI

Handphone dari Malaysia boleh digunakan di Czech Republic kerana mempunyai GSM frekuensi yang
sama. Jika anda berfikir untuk membeli telefon bimbit di Czech, nasihat kami ialah belilah di Malaysia
kerana harga telefon bimbit di Czech agak mahal jika dibandingkan dengan Malaysia.

VODAFONE
Di Czech Republic, terdapat 3 rangkaian telefon iaitu Vodafone, T Mobile dan O2. Kebanyakan senior di
sini menggunakan Vodafone. Untuk Vodafone, harga sim packnya adalah 200kc dan anda akan
mendapat credit 200kc. Berikut adalah rate untuk Vodafone Wild Card:

Vodafone Wild Card prepaid service

Calls within Vodafone network 2.98 CZK/min

Calls to other networks in CR 7.14 CZK/min

SMS to mobile networks in CR 2.38 CZK


Terdapat juga Postpaid dan kadarnya adalah berdasarkan pakej yang dilanggan. Sebarang maklumat
lanjut sila rujuk laman web: http://eshop.vodafone.cz/tariff.htm?lang=en

T-MOBILE
Untuk T-mobile pula, prepaid pack dikenali sebagai Twist. Kadar panggilan dan sms adalah berdasarkan
pakej yang anda pilih.

JENIS PAKEJ TARIF


Twist Start Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR = 5.90KC
SMS = 2.90KC
Twist ProSMS Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR = 6.90KC
Twist Týden Panggilan ke T-Mobile CZ network dan talian tetap= 3.50KC
Panggilan ke rangkaian mudah alih lain di CR= 5.90KC
SMS = 1.90KC
Mingguan = 19KC

O2
Sistem rangkaian mudah alih O2 ini samalah seperti T-mobile yang mempunyai pelbagai pakej. Antara
pakej yang ditawarkan ialah:

O2 Fajn  Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR = 5.50KC/min


 SMS = CZK 3.20

O2 TXT  Panggilan dari 5.90 KC/min


 SMS ke O2= 2.00KC
 SMS ke rangkaian mudah alih lain = 1.40 KC

O2 MIX  Panggilan ke semua rangkaian mudah alih di CR dari 3.60KC/min


 SMS = 1.40KC
SHIPPING DAN POS
Jika anda mahu keluarga anda di Malaysia pos barang-barang dari Malaysia ke Czech Republic, berikut
disenaraikan ‘rate’ untuk shipping dan pos bagi sesetengah syarikat pos:

-POS MALAYSIA (SHIPPING)


• <1 KG = RM 24.50
• <3 KG = RM 34.90
• <5 KG = RM 46.50
• <10 KG = RM 65.30

-POS LAJU
• First 250 gram = RM 32.20
• Setiap pertambahan 250 gram = RM 9.50

Selalunya jika anda pos laju harganya agak mahal tetapi cepat sampai. Jika shipping harganya sangatlah
murah tetapi mengambil masa lebih kurang sebulan lebih.
Sebarang maklumat lanjut silalah rujuk di website: http://www.pos.com.my
Jika anda ingin pos melalui DHL dan Fedex, harganya sangatlah mahal. Untuk kotak 10kg Fedex
harganya lebih dari RM500.
Jadi untuk penjimatan, poslah menggunakan Pos Malaysia, jimat dan selamat.

PENGANGKUTAN
Berada di bumi Czech ini memang mudah untuk ke mana-mana pun kerana sistem pengangkutannya
yang sangat efisien. Sistem pengangkutan di sini meluas dan menepati masa. Jadi, usah risau untuk ke
mana-mana.
Jika anda mahu bergerak dari satu wilayah ke wilayah lain contohnya dari Prague ke Hradec (dalam erti
kata yang mudah>>perjalanan jarak jauh) anda bolehlah menggunakan keretapi ataupun bas. Harganya
sangatlah berpatutan. Untuk maklumat lanjut rujuklah laman web: www.idos.cz
PRAGUE
Di prague terdapat 3 jenis pengangkutan utama iaitu bas, metro dan tram. Setiap pengangkutan awam ini
mempunyai laluannya yang tersendiri. Untuk menaiki pengangkutan awam ini, anda haruslah mempunyai
tiket. Bagi pelajar, anda boleh membuat kad pengangkutan bagi pelajar yang berharga 720kc untuk 3
bulan. Dengan kad ini anda boleh menggunakan ketiga-tiga pengangkutan ini dalam tempoh sah laku kad
tersebut.
Selain itu, terdapat juga teksi tetapi seperti di Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang teksinya
menggunakan meter dan harganya agak mahal jika hendak dibandingkan dengan pengangkutan awam
lain. Diingatkan di sini anda tidak boleh menggunakan kad pengangkutan untuk menaiki teksi.

HRADEC KRALOVE
Di Hradec pula, terdapat bas dan tram. Tambangnya adalah 14kc untuk sekali naik. Selalunya pelajar
akan membuat kad pengangkutan kerana lebih murah dan mudah. Harganya adalah dalam 1200kc untuk
10 bulan.
Apa yang menariknya di Hradec Kralove ialah di sini terdapat lorong khas untuk basikal. Sangatlah
selamat jika anda berbasikal di Hradec. Jadi kepada sesiapa yang minat berbasikal dan ingin bersenam
ke kuliah bolehlah menaiki basikal jika dekat. Cepat dan jimat.

OLOMOUC
Di Olomouc pula, pengangkutan awam yang ada adalah bas dan tram menjadikan pergerakkan anda dari
satu tempat ke satu tempat akan lebih mudah.Tambangnya adalah 50kc untuk 24 jam. Untuk kad
pengangkutan pula, harganya adalah 300kc untuk 3 bulan.

BUKU DAN BAHAN RUJUKAN


Menjadi pelajar, sudah tentulah hidup kita tidak dapat dipisahkan dengan buku. Untuk pembelajaran di
Czech ini, anda bukan sahaja akan menggunakan buku tetapi turut menggunakan lecture slide dan
internet. Berikut disenaraikan sedikit sebanya buku-buku penting yang digunakan di sini. Jangan risau,
anda akan mendapat senarai penuh dari pihak universiti anda sendiri kelak. Ketiga-tiga universiti di sini
menggunakan buku yang sama. Bezanya cuma pada selera individu itu sendiri.

ANATOMY
Color Atlas of Human Anatomy Vol 1: Locomotor System: Locomotor System
by Werner Platzer, W Kahle
ISBN: 1588901599
Publisher: Thieme Medical Publishers
Color Atlas and Textbook of Human Anatomy Volume 2: Internal Organs
by Helga Fritsch~Wolfgang Kuehnel
ISBN: 1588900975
Publisher: Thieme Medical Publishers

Color Atlas and Textbook of Human Anatomy Volume 3: Nervous System and Sensory Organs
by W. Kahle, H. Leonhardt, Werner Platzer, E. Palmer
ISBN: 0815149662
Publisher: Thieme Medical Publishers

Gray's Anatomy for Students


by Richard L Drake, Wayne Vogl, PhD, Adam W M Mitchell
ISBN: 0443066124
Publisher: Churchill Livingstone

Clinical Neuroanatomy
by Richard S Snell
ISBN: 0781759935
Publisher: Lippincott Williams & Wilkins

Clinical Anatomy by Systems


by Richard S Snell
ISBN: 0781791642
Publisher: Lippincott Williams & Wilkins

HISTOLOGY AND EMBRYOLOGY


Basic Histology (11th Edition)
by Jose Carneiro M.D., Louis Junqueira M.D.,
ISBN: 0071440917
Publisher: McGraw-Hill

DiFiore's Atlas of Histology With Functional Correlations


Victor P. Eroschenko
0781750210
Lippincott Williams & Wilkins

Color Atlas of Cytology, Histology, Microscopic Anatomy


By Wolfgang Kuehnel
Publisher: Thieme Medical Publishers

Langman's Medical Embryology


Jan Langman, T.W. Sadler
Publisher: Lippincott Williams & Wilkins

ISBN-10: 0781794854

Before We Are Born


Keith L. Moore, Mark G. Torchia, T.V.N. Persaud
ISBN: 1416037055
PUBLISHER: W B Saunders Co

APA PERLU DIBAWA?


Untuk pengetahuan adik-adik semua, sesetengah barang yang biasanya kita guna di Malaysia, ada
terdapat di Czech cuma mungkin jenama dan jenis yang berlainan sedikit. Seperti yang telah diberitahu
dalam bahagian makanan, jika anda mencari barangan makanan Asia, anda bolehlah ke Asian Market di
Prague. Jadi untuk makanan anda tidak perlu risau.
Tentang barang elektrik pula, bawalah seperti mana yang telah disenaraikan di bahagian elektrik seperti
periuk nasi, charger, adaptor dan lain-lain lagi

Cuma, disini disenaraikan sedikit barang-barang yang dirasakan perlu dibawa iaitu:
1. Al-Quran dan kain sembahyang (untuk muslim)
2. Baju kebangsaan seperti baju kurung, baju melayu, cheongsam, sari dan lain-lain
3. Kepada pengguna kanta lekap (contact lens), jika boleh bawalah stok untuk setahun kerana
‘contact lens’ di sini sangat mahal. Bagitu juga kepada mereka yang memakai cermin mata,
bawalah extra.
4. Disebabkan kita bakal beraya di Czech, maka bawalah sedikit sebanyak makanan untuk raya
seperti kuih raya, serunding, dan mana dirasakan perlu.
CONTACT WAKIL DARI SETIAP UNIVERSITI

PRAGUE
Mohd Yaqzan bin Mohd Arsad
yaqzan56@yahoo.com
+420 776 207 926

Alia binti Abdul Rashid


aliarashid1010@yahoo.com
+420 776 726 766

Muhammad Arif bin Khairudin


ma_kyos@yahoo.com
+420 776 174 096

HRADEC KRALOVE
Nur Nabilah binti Ahmad Puzi
belle_labong@yahoo.com
+420 776 593 008

Shiraaj bin Mohd Rasul@Zainul Abiddin


szamunir@yahoo.com
+420 776 647 291

OLOMOUC
Khairul Anam bin Mansor
real_anamex@yahoo.com
+420 608 243 587

Md Najmi bin Md Nasir


mn_5295@yahoo.co.uk
+420 608 244 527
LAMPIRAN

You might also like