You are on page 1of 92

KONFLIK ANTARA DEKLARASI

HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT


DAN KEDAULATAN NEGARA

Haji Mahamad Naser bin Disa

1
Hak Asasi Manusia (HAM):
Pengiktirafan Sejagat
• HAM tidak lagi dipandang sebagai sekadar
kefahaman individualisme dan liberalisme.
• Tetapi dilihat secara kemanusiaan sejagat
(humanistic) dengan mengangkat hak-hak dan
martabat asasi manusia tanpa mengira latar
belakang ras, etnik, agama, warna kulit dan
jantina.

2
HAM: Dasar Utama Demokrasi
• HAM telah meningkat menjadi sebahagian
cara hidup di peringkat global dan menjadi
dasar utama dalam prinsip demokrasi:
• “Human rights are those rights which are
inherent in our nature and without which we
cannot live as human beings”
(R. Elisabeth, Understanding Human Rights: An
Exercise Book, (SAGE Publications, Inc, Southern
Illinois University, Carbondale, Illinois, 2006)).

3
HAM Standard Antarabangsa
• HAM disifatkan sebagai suatu standard umum
atau penanda aras utama dalam pencapaian
prestasi kemanusiaan seluruh masyarakat dan
negara di dunia.

4
HAM Barat:
Tanda Keinsafan & Kesedaran?
• Di arena antarabangsa, HAM telah mengalami
perkembangan yang sangat signifikan.
• Kekejaman yang berlaku dalam dua perang
dunia dikatakan telah membangkitkan
kesedaran masyarakat antarabangsa untuk
mengiktiraf kedaulatan, kesamaan dan hak-
hak mutlak setiap orang sebagai asas kepada
kebebasan, keadilan dan keamanan di dunia.

5
HAM: Asas Utama PBB
• Mekanisme HAM di peringkat antarabangsa
telah dibangunkan oleh PBB.
• Perkara 1(3) Piagam PBB (UN Charter) 1945
antara lain menyatakan komitmen PBB dengan
memperuntukkan bahawa ―
“and in promoting and encouraging respect
for human rights and for fundamental
freedoms for all without distinction as to race,
sex, language or religion.”

6
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948
(UDHR)
• UDHR telah digubal mengikut kehendak
kuasa-kuasa yang menang dalam Perang
Dunia Kedua iaitu Amerika Syarikat, Great
Britain, Kesatuan Soviet Russia, Perancis dan
China.
• Dalam erti kata lain, ia adalah suatu Deklarasi
yang berasaskan liberalisme Amerika,
pragmatisme Inggeris, kemanusiaan Perancis
dan komunisme Soviet dan China.
(S.A. Farrar, Revelation, Philosophy and International Human Rights:
Reconciling The Irreconcilable? 13 IIUMLJ Vol.13, No.2 2005 at p.262-263)

7
Perisytiharan UDHR
• UDHR adalah merupakan instrumen deklarasi
antarabangsa pertama yang diterima dalam
Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948.
• 48 undi menyokong, 8 berkecuali, tiada undi
menentang.
• Negara-Negara yang berkecuali; Saudi Arabia,
Afrika Selatan dan negara-negara blok komunis
(Kesatuan Soviet Russia (USSR), Poland,
Czechoslavakia dan Yugoslavia).
(General Assembly Resolution 217A (111); UN Doc.A/810 at 71.)

8
Kategori HAM Di Bawah UDHR
• 2 kategori hak-hak asasi manusia yang utama–
– hak-hak sivil dan politik
(artikel 3 hingga 21); dan

– kebudayaan, sosio-ekonomi
(artikel 22 hingga 27).

• Berhubung dengan hak-hak sivil dan politik,


terdapat peruntukan-peruntukan yang dengan
jelas menyebut hak untuk–

9
- kebebasan, larangan penyeksaan, larangan
penangkapan dan tahanan sewenang-
wenangnya, hak untuk perbicaraan yang
adil, kebebasan untuk berfikir dan agama,
kebebasan untuk berbeza pendapat,
ekspresi, berkumpul secara aman, hak
untuk mengambil bahagian dalam kerajaan
dan hak untuk demokrasi.
- hak-hak kebudayaan dan sosio-ekonomi.
- peruntukan-peruntukan bagi hak-hak
keselamatan sosial, bekerja, pendidikan dan
budaya kehidupan.
10
UDHR Berasaskan HAM Barat
• Secara amnya, konsep hak asasi manusia yang
digariskan di dalam UDHR adalah berdasarkan
kepada fahaman humanisme dengan
penekanan dan kepentingan diberikan kepada
hak-hak sivil dan politik melebihi kepentingan
kebudayaan dan sosio-ekonomi.
• Langsung tidak dinyatakan hak-hak
masyarakat.

11
Blok Sosialis Berkecuali
• Negara-negara sosialis walaupun memberikan
bantahan yang kuat terhadap kurangnya
penekanan diberikan kepada hak-hak kebudayaan
dan sosio-ekonomi tetapi pada masa yang
material merupakan kumpulan minoriti. Oleh itu
apa yang mereka mampu lakukan adalah
berkecuali.
• Manakala negara-negara dunia ketiga,
kebanyakannya dipelopori negara-negara Latin
Amerika yang dipengaruhi oleh negara-negara
Barat.

12
UDHR Syarat Keanggotaan PBB
• UDHR mempunyai 30 Perkara yang
memperuntukkan asas kepada hak asasi manusia
dan kebebasan setiap orang sama ada lelaki atau
perempuan di mana jua tanpa sebarang
diskriminasi.
• Pada masa sekarang, kesemua 192 negara
anggota PBB telah menandatangani UDHR kerana
ia menjadi syarat kepada keanggotaan PBB.

13
UDHR Tidak Mengikat
• Berbeza dengan triti atau perjanjian antarabangsa,
UDHR bukan merupakan undang-undang
antarabangsa dan tidak bersifat mengikat negara-
negara anggota.
• Namun begitu, UDHR adalah titik permulaan kepada
triti antarabangsa dalam hak asasi manusia yang lain
seperti International Covenant on Civil and Political
Rights (ICCPR) dan International Covenant on
Economic, Social and Cultural Rights (ICESR) pada
tahun 1966.
14
UDHR Melahirkan Konvensyen & Institusi
HAM
• UDHR memberikan impak yang besar kepada
usaha memperkasa dan menggalakkan
perlindungan HAM sejagat.
• UDHR merupakan “sumber inspirasi” kepada
pembentukan konvensyen dan triti
antarabangsa berkaitan hak-hak dan
penubuhan institusi-institusi HAM di seluruh
dunia.

15
Undang-Undang Negara Prevail
• Perkara 2 menyatakan bahawa UDHR terpakai bagi
semua negara tanpa mengira status.
• Namun, Perkara 29(2) memperuntukkan bahawa dalam
pelaksanaan hak-hak dan kebebasan, setiap orang
tertakluk kepada batasan seperti ditentukan oleh
undang-undang bagi tujuan menjamin pengiktirafan
dan penghormatan ke atas hak-hak dan kebebasan-
kebebasan lain serta memenuhi syarat-syarat moral,
kepentingan awam dan kebajikan umum dalam suatu
masyarakat demokratik.
16
Pelbagai Pendekatan Terhadap UDHR
• Negara-negara anggota PBB mempunyai pendekatan
yang berbeza dalam menerima UDHR sebagai undang-
undang adat antarabangsa (customary international
law) yang mengikat.
• Badan-badan yang ditubuhkan di bawah triti
antarabangsa seperti Human Rights Council (HRC),
Human Rights Committee (HR Committee), the
Committee on the Rights of the Child (CRC Committee)
dan sebagainya telah menggunapakai prinsip yang
terdapat dalam UDHR sebagai undang-undang adat
antarabangsa.
17
Kedudukan UDHR di Malaysia
• Di Malaysia, mahkamah memutuskan bahawa UDHR
bukanlah suatu instrumen antarabangsa yang mengikat. YA
Hakim Eusoffe Abdoolcader dalam kes Merdeka University
Berhad v. Government of Malaysia memutuskan bahawa―

“UDHR was not legally binding instrument as such and some


of its provisions depart from existing and generally accepted
rules. It is merely a statement of principles devoid of any
obligatory character and is not part of our municipal law.”

[1981] CLJ 175; [1981] CLJ (Rep) 191

18
Kes Mohamad Ezam Mohd Noor v. Ketua
Polis Negara & Other
• Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa
UDHR tidak mengikat kerana ia merupakan
resolusi Perhimpunan Agung PBB dan tidak
tertakluk kepada raktifikasi seperti konvensyan
atau triti antarabangsa. Disebabkan prinsip yang
terdapat dalam UDHR merupakan hanya
deklarasi pada dasarnya, justeru ia tidak
mengikat negara anggotanya.
[2002] 4 CLJ 309
19
Mekanisme Kepatuhan terhadap
Hak Asasi Manusia

• PBB mengguna pakai dua bentuk mekanisme seliaan


berhubung dengan kepatuhan terhadap HAM–
- treaty-based mechanism; dan
- charter-based mechanism.

• Treaty-based mechanism merujuk kepada badan


khusus (treaty bodies) yang ditubuhkan di bawah
konvensyen-konvensyen HAM dan berfungsi untuk
mengawal selia pelaksanaannya di negara anggota.

20
Treaty-based mechanism...samb
• Badan tersebut terdiri daripada pakar-pakar
bebas yang akan menilai laporan negara
anggota, dan seterusnya mengemukakan
kesimpulan terhadap pemerhatian atau
komentar bagi sesuatu negara serta
memberikan cadangan dan syor untuk
penambahbaikan ke arah pelaksanaan dan
kepatuhan terhadap tanggungjawab hak asasi
manusia.

21
• Badan tersebut juga diberi mandat untuk
menimbang aduan individu atau antara negara
serta menjalankan penyiasatan melalui lawatan
ke negara tersebut.
• Kini terdapat 8 badan (treaty bodies/committees)
yang mengawal selia pelaksanaan 8 Konvensyen
Antarabangsa Hak Asasi Manusia, antaranya–
- Human Rights Committee (HR Committee)
untuk ICCPR, CEDAW Committee, Committee
on The Right of the Child, Committee on the
Rights of People With Disabilities.

22
Human Rights Treaties dan Treaty body
masing-masing:
• International Convention on the Elimination of All Forms of
Racial Discrimination -
Committee on the Elimination of Racial Discrimination
• International Covenant on Civil and Political Rights -
Human Rights Committee
• International Covenant on Economic, Social and Cultural Right
s
- Committee on Economic, Social and Cultural Rights
• Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination a
gainst Women
-
Committee on the Elimination of Discrimination Against Wom
en
• Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degr
ading Treatment or Punishment
- Committee Against Torture
• Convention on the Rights of the Child -
Committee on the Rights of the Child
• International Convention on the Protection of the Rights
of All Migrant Workers and Members of Their Families -
Committee on Migrant Workers
• Convention on the Rights of Persons with Disabilities -
Committee on the Rights of Persons with Disabilities
• International Convention for the Protection of All Person
s from Enforced Disappearance
Malaysia hanya State party kepada 2 treaties, i.e. CRC dan
CEDAW. Juga telah tandatangan Convention on the
Rights of Persons with Disabilities.
Charter-Based Mechanism
• Merujuk kepada mekanisme berdasarkan Piagam
PBB termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
PBB (UNCHR)yang merupakan panel antara
kerajaan (inter-governmental body).
• Human Rights Council (HRC) telah ditubuhkan
pada 15 Mac 2006 dalam Perhimpunan Agung
PBB menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia PBB (UNCHR) terdahulu yang bertujuan
untuk mengetengahkan perlanggaran hak asasi
manusia serta cadangan penyelesaiannya.

25
Institution-building Package
• HRC mewujudkan pakej pembangunan
institusi (institution-building package) berikut:

(a)Universal Periodic Review (UPR)


(b) Prosedur Khas (Special Procedure)
(c)Prosedur Aduan (Complaint Procedure)
(d) Jawatankuasa Penasihat (Advisory
Committee)

26
(a) Universal Periodic Review (UPR)

• UPR merupakan mekanisme pematuhan yang


menjalankan rangkaian kerjasama berdasarkan
dialog interaktif. Dalam mekanisme UPR ini, setiap
Negara anggota dikehendaki membentangkan suatu
Laporan Negara masing-masing kepada HRC yang
akan berpeluang untuk melihat dan mengkaji
sejauh mana negara-negara anggota telah
memenuhi tanggungjawab mereka dalam
mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia di
negara masing-masing.
27
UPR… samb
• Sebagai contoh, Malaysia telah mengambil
bahagian dalam sesi interaktif UPR Review on
Malaysia pada 11 Februari 2009 dan laporan hasil
penilaian oleh Kumpulan Kerja UPR diterima pada
13 Februari 2009 yang mengandungi beberapa
syor dan cadangan kepada kerajaan Malaysia.
• SUHAKAM bersama COMANGO juga
mengemukakan laporan dan turut hadir sebagai
pemerhati (observer) dan berpeluang untuk
menyuarakan pandangan.
28
(b) Prosedur Khas (Special Procedures)

• Prosedur Khas dijalankan sama ada secara


individu (Pelapor Khas, Perwakilan Khas
kepada Setiausaha Agung atau pakar bebas)
atau kumpulan kerja yang berfungsi untuk
mendapatkan maklumat daripada sesebuah
negara, mengeluarkan kenyataan akhbar,
mengenalpasti isu yang berbangkit serta
mengemukakan laporan kepada HRC dan/atau
Perhimpunan Agung PBB
29
(c)Prosedur Aduan (Complaint Procedures)

• Dua kumpulan kerja yang dinamakan Working


Group on Communication (WGC) dan Working
Group on Situations (WGS) terlibat dalam
mekanisme ini yang bertindak untuk menilai
maklumat berhubung dengan sebarang
bentuk ketidakadilan dan perlanggaran hak
asasi manusia dan seterusnya akan
mengemukakan laporan kepada HRC serta
cadangan berhubung dengan tindakan yang
perlu diambil.
30
(d) Jawatankuasa Penasihat
(Advisory Commmittee)
• Jawatankuasa Penasihat menggantikan Sub-
Commission on the Promotion and Protection
of Human Rights terdahulu untuk
menyediakan kepakaran dalam bentuk yang
diperlukan oleh HRC, terutamanya yang
menjurus kepada penyelidikan dengan
berorientasikan mandat HRC dalam memberi
perlindungan bagi semua hak asasi manusia

31
Malaysia Anggota HRC
• Malaysia telah menjadi anggota HRC sejak
tahun 2007 dan seterusnya tertakluk kepada
sebarang mekanisme yang digariskan oleh
HRC dalam memenuhi perlindungan dan
kepatuhan terhadap hak asasi manusia.

32
Hak Asasi Manusia di Malaysia

• Malaysia bermula dengan penyertaan aktif


dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu
bagi Hak Asasi Manusia (United Nations
Commission for Human Rights – UNCHR) pada
tahun 1993 hingga 1995 apabila Malaysia
dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh
Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB).

33
Institusi HAM Di Malaysia
• Penyertaan aktif ini seterusnya mendorong
Kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan
penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi
manusia berdasarkan beberapa faktor seperti
meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak
asasi manusia, kesedaran bahawa isu ini melewati
sempadan dan kedaulatan sebuah negara serta
suasana dan kepekaan politik di samping
kemajuan yang dicapai masyarakatnya.

34
Penubuhan SUHAKAM
• Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah
ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597].
• Seksyen 2 Akta ini mentakrif "hak asasi
manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan
asas sebagaimana yang termaktub dalam
Bahagian II Perlembagaan Persekutuan".

35
Pematuhan Kepada UDHR
• Seksyen 4(4) Akta tersebut pula menegaskan
bahawa perhatian serius hendaklah diberikan
kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
• Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak
disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam
UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak
ada percanggahan dengan Perlembagaan
Persekutuan.
36
Kedaulatan Negara Tanggungjawab Semua –
Pemerintah dan Rakyat

• Sejarah Kedaulatan Negara Malaysia bukan bermula pada


31 Ogos 1957.
• Kedaulatan Negeri-negeri Melayu telah tertegak sejak
berabad-abad lamanya sebelum kedatangan Francis Light
ke Pulau Pinang pada tahun 1786 atau sebelum kedatangan
Raffles ke Singapura pada tahun 1819 atau sebelum
perjanjian Pangkor pada tahun 1874.
• Malah ketika sistem Residen berkuat kuasa di Negeri-
Negeri Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu tetap teguh
dan diakui oleh mahkamah-mahkamah British.

37
Sejarah Kedaulatan Yang Terhakis
• Sejarah Kedaulatan Kesultanan Melayu Johor
di Singapura terus terhakis dari lakaran sejarah
Singapura.
• Sejarah Kedaulatan Kesultanan Kedah di Pulau
Pinang juga sedang dihakis melalui Program
Pulau Pinang sebagai warisan sejarah dunia.
• Hukum Kanun Melayu (Malay Digests) terus
menerus dihakis daripada menjadi sumber
undang-undang sebaliknya Common Law
Inggeris.
38
Kedaulatan Yang Sedang Dihakis
1. Islam Agama Negara; walaupun Perlembagaan
Persekutuan (Perkara 3(1)) memartabatkan Islam
sebagai Agama Negara, Malaysia masih dianggap
sebagai “Negara Sekular dengan Islam sebagai
Agama Rasmi”.
• Walaupun YDPA bersumpah atas nama Allah
untuk memelihara agama Islam(Perkara 37),
kedaulatan prinsip Islam dan Syariah sering
diketepikan apabila berhadapan dengan pelbagai
tuntutan atas nama HAM atau UDHR.

39
Hak Kesamarataan agama
(Equality of Religion)
2.Kedaulatan Islam sebagai agama negara
seterusnya dicabar dengan aliran perjuangan
untuk mendapatkan hak kesamarataan agama.
• Suatu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya
antara Agama (Inter-faith Commission-IFC) telah
dicadangkan penubuhannya sebagai sebuah
badan berkanun yang mempunyai kuasa
undang-undang termasuk ke atas agama Islam.

40
Hak Kesamarataan agama (Equality of
Religion)...samb

• IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan


yang mendengar kes-kes berkaitan hak
individu dalam mengamalkan kebebasan
beragama.
• Mereka beranggapan kedudukan agama Islam
adalah sama dengan agama-agama lain di sisi
perlembagaan negara.

41
Tangguh IFC, Tuntutan Berterusan
• Walaupun pada tahun 2005, pihak kerajaan
telah menangguhkan kelulusan penubuhan
IFC, namun perjuangan IFC ini telah meresap
dan merebak ke dalam masyarakat melalui
suara-suara pelbagai NGO sekular.
• Mereka menuntut pelbagai perkara berkaitan
keagamaan hingga ke tahap –

42
• Dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah-rumah sembahan
bukan Islam ;
• Tafsiran “Muslim “atau “orang Islam” disemak
semula supaya hanya setakat mereka yang
“profess the religion of Islam”;
• Mahakamah Syariah hanya fokus kepada hal-
hal personal penganut agama Islam sahaja.

43
Pelbagai Tuntutan Berasaskan
Hak Kebebasan beragama
• seseorang kanak-kanak boleh memilih agamanya
sendiri bila mencapai umur 18 tahun;
• kebebasan untuk murtad tanpa tindakan
undang-undang;
• kes pertukaran agama dikendalikan di
mahkamah sivil;
• terjemahan Bible dalam bahasa Melayu
hendaklah dibenarkan untuk diedarkan secara
terbuka;
44
Hak Kebebasan Beragama:
(3) Nama Suci Allah Dicemari
• Nama suci Allah direndahkan kepada hanya sekadar
terjemahan kepada perkataan god dan boleh digunakan
oleh agama lain sekalipun ia bercanggah dengan ajaran
Islam.

• Dalam penghakiman kes Titular Roman Catholic


Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri &
Kerajaan Malaysia-

45
• “that Article 3(1) of the Federal Constitution
which states that Islam is the religion of the
Federation does not empower and/or
authorise the Respondents to prohibit the
Applicant from using the word "Allah" in
"Herald - The Catholic Weekly”
• Hakim Lau Bee Lan

46
Hak Kebebasan Beragama...samb

• Penggunaan kalimah “Allah” dibenarkan kerana tiada bukti


yang menyatakan keselamatan negara akan terjejas seperti
Perkara 11(5) dan tidak bercanggah dengan Perkara 3(1),
10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
• Sedangkan, Pemohon gagal menunjukkan bahawa
penggunaan kalimah Allah adalah ajaran asas (integral part)
ajaran Kristian. Ia hanya sekadar untuk penggunaan
terjemahan, itupun- terjemahan yang salah.

47
Sensitiviti umat Islam
• Sebaliknya bagi orang Islam- Allah adalah
nama khas bagi Tuhan yang satu, pegangan
aqidah yang utama dan sangat fundamental
dalam ajaran Islam. Ia bukan sekadar
terjemahan dari bahasa Arab. Nama khas
Allah termaktub dalam al Quran dan
dimartabatkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.

48
Hak Kebebasan Beragama...
(4) Bebas Untuk Murtad
• Dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
dan lain-lain [2007] 4 MLJ 585, Richard Malanjum HB (Sabah &
Sarawak) (dissenting) antara lain menyatakan –
“Dan dalam perkara-perkara hak-hak asasi mestilah terdapatnya
sejauh yang mungkin pemberian kuasa yang jelas untuk
mengehadkan atau perlanggaran hak kebebasan asasi. Tiada
mahkamah atau pihak berkuasa seharusnya dengan senang
dibenarkan memiliki kuasa tersirat untuk mengehadkan hak-hak
perlembagaan yang telah diberikan”
• Murtad merupakan suatu hak kebebasan beragama seperti yang
dijamin dalam perlembagaan dan sebarang peraturan atau undang-
undang yang berkenaan isu tersebut adalah mengehadkan hak-hak
yang diberikan, suatu diskriminasi serta melanggar kebebasan asasi
yang termaktub dalam Perlembagaan.
49
Hak Kebebasan Berfikir dan Bersuara;
(5) Institusi Fatwa Dicabar
• Hak kebebasan berfikir dan bersuara juga
diperluaskan dalam hal ehwal agama Islam.
• Hal ehwal pentadbiran agama Islam dan
pelaksanaan undang-undang Syariah sering
kali dipertikaikan.
• Kononnya manifestasi hak kebebasan berfikir
dan bersuara di bawah Perkara 19 UDHR.

50
Sulaiman Takrib v Kerajaan Negeri
Terengganu [2009] 2 CLJ 54
• Dalam kes ini peguam-peguam yang mendakwa diri
mereka Kumpulan artikel 11 (Hak Kebebasan
Beragama) bertindak bagi pihak pengikut ajaran
sesat Ayah Pin dan Abdul Kahar (mendakwa dirinya
Rasul Melayu) mencabar –
• Instistusi Fatwa dan berhujah mengenai hak
kebebasan berfikir di kalangan umat Islam serta
bebas dari terikat kepada sebarang pendapat pihak
berkuasa Agama Islam seperti mufti.

51
Kes Sulaiman Takrib...samb
• Kuasa Pihak Berkuasa Agama Negeri untuk bertindak
terhadap mereka yang melanggar Fatwa.
• Implikasinya orang Islam boleh menggunakan akal
fikirannya sendiri untuk menentukan bentuk
pegangan dan ajaran agama yang dipegang atau
diamal.
• Namun begitu, tuntutan mereka telah ditolak oleh
Mahkamah tertinggi Negara yang memberikan
tafsiran yang luas kepada frasa “…creation of offences
against the precept of that religion”

52
(6)Kedaulatan Undang-Undang
Syariah Dicabar
• Pada 25 Ogos 2009, SIS Forum dan Joint Action
Group for Gender Equality (JAG) telah
menghantar memorandum kepada Perdana
Menteri bertajuk Justice for Kartika (Keadilan
untuk Kartika) bagi mendesak Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri
memansuhkan undang-undang jenayah
Syariah yang sedang berkuat kuasa di negara
ini.
53
Kedaulatan Undang-Undang Syariah
Dicabar...samb
• Tuntutan ini adalah sebahagian daripada
bantahan terhadap hukuman sebat yang
dijatuhkan ke atas pesalah jenayah Syariah
wanita.
• Tuntutan sebegini adalah tindakan biadab
yang menafikan kedaulatan undang-undang
Syariah yang diwarisi sejak berzaman dan
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

54
Tuntutan atas nama HAM....

• As a signatory to the United Nations Convention on


the Elimination of All Forms of Discrimination Against
Women (CEDAW) since 1995, Malaysia is commited
to uphold respect and equality for women. This
commitment is complimented by Malaysia’s
obligation under the Universal Periodic Review
whereby Malaysia’s delegation had during the UPR
process in February 2009 reaffirmed Malaysia’s
“respect for human rights long established given the
country’s character as a melting pot of various
cultures, religions and ethnicities”.
55
Desakan Supaya Undang-Undang
Syariah Dihapuskan

• In the long term, we urge the Government to


conduct a comprehensive review of the
Syariah Criminal laws of this country, with a
view repeal such laws, thus enabling all
Malaysians to be governed by a single Penal
Code under federal administration.

56
• In 2005, Sisters in Islam, a member of JAG submitted
a memorandum to be Government to reiterate its
call for the Syariah Criminal Offences laws to be
repealed on the grounds that they have no basis in
Islamic legal theory and practice; the conflict with
the Federal Constititional and that they conflict or
overlap with the Penal Code and other federal laws.
SIS had commissioned two reviews by Professor
Muhammad Hashim Kamali and Professor Shad
Saleem Faruqi and these have been shared with the
Government.

57
Memorandum HINDRAF
• SERIOUS HUMAN RIGHTS VIOLATIONS
AFFECTINGTHE ETHNIC INDIAN COMMUNITY
IN MALAYSIA
• 50 YEARS OF HUMAN RIGHTS VIOLATIONS
AND THE ETHNIC COMMUNITY REMAINS A
PERMANENTLY COLONIZED COMMUNITY
• APPOINTMENT OF A SPECIAL RAPPORTEUR
ON HUMAN RIGTHS AND FUNDAMENTAL
FREEDOMS AFFECTING THE ETHNIC
MALAYSIAN INDIAN COMMUNITY
58
• No Freedom of religion, thought or conscience.
Citizens are denied their right to renounce their
religion/revert to original faith;
• Demolition of places of worships, particularly
belonging to Hindus;
• No new allocation for funds and grant of land for
construction of places of worships for non-
Muslims; and
• Non-Muslims are compelled to seek redress in
Muslim Syariah Courts should either one of the
spouse converted to Islam and Islamic laws are
deliberately imposed on non-Muslims. 59
(7) Institusi Islam dan Ulama’ Dicemuh
• Atas nama HAM Pelbagai isu yang menyentuh
kedaulatan Islam dan undang-undang Syariah
diperdebatkan secara umum sarat dengan
cemuhan dan prejudis.
• Para ulama’ dianggap kolot, institusi Islam
difitnah sebagai mempromosi ekstremis dan
ala taliban.
• Tafsiran liberal yang bertentangan dengan Al-
Quran dan as-Sunnah serta disiplin
jurisprudens hukum dilakukan.
60
(8) Hak Kesamarataan Gender

• Ketidakadilan dan diskriminasi sering


diperkatakan sebagai permasalahan utama yang
di alami wanita dari masa ke masa dan
seterusnya mewujudkan tuntutan yang
memperjuangkan hak-hak wanita, yang
dinamakan sebagai hak kesamarataan gender,
iaitu memberikan hak yang sama kepada lelaki
dan perempuan dalam semua perkara, selari
dengan peruntukan umum dalam Perkara 2 dan
Perkara 16 UDHR dan CEDAW.
61
Hak kesamarataan gender...samb
• Di Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan wanita
merupakan organisasi yang aktif memperjuangkan
hak tersebut dengan mencadangkan perlunya sistem
dan undang-undang Syariah di negara ini dikaji
semula bagi memastikan ianya selari dengan
komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan dan
kesamarataan gender.
• Mereka meletakkan hak asasi manusia tersebut lebih
tinggi dan perlu dilaksanakan walaupun ia
bercanggah dengan undang-undang Syariah dan
Perlembagaan.

62
Pemerhatian terhadap Implikasi Konflik
Konflik dalam hak asasi manusia ini pada dasarnya disebabkan
fahaman liberalisme tanpa batasan undang-undang.
• Pihak yang mewujudkan konflik ini sewenang-wenangnya
memetik peruntukan dalam UDHR, sedangkan Perkara 29(2) ada
memperuntukkan bahawa dalam pelaksanaan hak-hak dan
kebebasan, setiap orang tertakluk kepada batasan seperti
ditentukan oleh undang-undang bagi tujuan menjamin
pengiktirafan dan penghormatan ke atas hak-hak dan kebebasan-
kebebasan lain serta memenuhi syarat-syarat moral, kepentingan
awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat demokratik.
• Mereka juga mengabaikan peruntukan di dalam Akta SUHAKAM
1999 yang menyatakan hanya peruntukan yang tidak
bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan.

63
Pemerhatian terhadap Implikasi Konflik
• Tiadanya penghormatan terhadap Perlembagaan dan
undang-undang yang berkuatkuasa, khususnya yang
menyentuh hal ehwal agama Islam membolehkan
kedaulatan negara dicabar.
• Isu HAM yang dibangkitkan tidak seharusnya timbul
kerana semua kaum daripada semua agama di
Malaysia semasa rundingan kemerdekaan telah
bersetuju menerima Islam sebagai agama Negara
manakala kaum Melayu bersedia menerima kaum
lain sebagai warganegara melalui prinsip jus soli.
• Sejarah ini seakan-akan telah dilupakan dan tidak
dihayati lagi setelah Negara dilanda era HAM.
64
Pemerhatian...
• Melalui mekanisme pemeriksaan dan pemantauan
HRC di negara anggotanya termasuk Malaysia, badan
bukan kerajaan diberi ruang yang luas untuk
membangkitkan dan mengemukakan laporan situasi
hak asasi manusia seperti isu-isu yang dinyatakan di
atas untuk perhatian antarabangsa.
• Tambah mengecewakan apabila isu-isu tersebut
dihidangkan dari perspektif negatif bertentangan
dengan peruntukan Perlembagaan.

65
Pemerhatian...
• Institusi dan masyarakat antarabangsa juga semakin
peka dan memberikan pelbagai reaksi negatif
terhadap tohmahan-tohmahan yang melibatkan
HAM melalui pelbagai medium seperti jaringan
internet dan sebagainya.

• Akibatnya intervensi, campur tangan pihak dan


tindak balas oleh negara-negara luar terhadap
Negara.
Malaysia: Model Kemanusiaan Berasaskan
Ajaran Islam
• Berbeza dengan beberapa negara bangsa lain yang
mencapai kemerdekaan sezaman dengan negara
kita, Malaysia telah mencapai kedaulatan penuh
berlandaskan sifat dan rasa kemanusiaan yang amat
tinggi.
• Pengorbanan tinggi umat Melayu Islam untuk
menerima semua penduduk Tanah Melayu tanpa
mengira agama, bangsa, asal dan keturunan adalah
berlandaskan ajaran Islam mengenai rasa
kemanusiaan yang amat mulia.
67
Melayu/Islam Hulurkan tangan
Persaudaraan, Yahudi ...?
• Berbeza dengan negara zionis Israel yang diwujudkan oleh
penjajah British dan Amerika untuk menempatkan kaum
Yahudi di bumi Pelastin hingga menghancurkan Negara
Pelastin dan hingga ke saat ini menindas dan membunuh
umat Islam, umat Melayu Islam menghulurkan tangan
persaudaraan kepada semua kaum lain yang menjadi
warganegara Malaysia untuk membina sebuah negara
Malaysia dengan memartabatkan Islam sebagai Agama
Negara.
• Sekalipun Islam dimartabatkan sebagai Agama Negara,
namun agama-agama lain bebas diamalkan.

68
Berterima Kasih
• Satu perkara yang perlu disedari oleh generasi muda
sekarang ialah ketika negara bebas dan merdeka
daripada perlindungan British, Negara terus berhadapan
dengan ancaman subversif komunis yang cuba untuk
membawa masuk fahaman komunisme ke dalam negara
ini.
• Namun begitu, dalam menghadapi ancaman berkenaan,
sikap toleransi yang ditunjukkan oleh bangsa Melayu
dan umat Islam telah mendapat penghargaan oleh para
pemimpin kaum Cina dan India.

69
Menyatakan Kesyukuran...
• Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan
yang bertindak sebagai wakil rakyat masing-
masing bagi kaum Cina dan India telah
menyatakan kesyukuran dan terima kasih
mereka atas pengorbanan orang Melayu yang
telah bersedia menerima mereka sebagai
warganegara.

70
Petikan Tun Tan Siew Sin
• i) Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan
bertajuk "Tun Tan Answers Critics on Special Previleges" pada 30 April
1969, berkata :

“…Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-
syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12
bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah
menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di
mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat
Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan
penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan
MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati
kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama
mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.”.

71
Tun V.T. Sambanthan
• Presiden MIC Merangkap Menteri Kerjaya Raya, Pos Dan Telekom,
Tun V.T. Sambanthan berucap di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 :

“…Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana


dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa
yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa
Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang
baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia?
Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk
menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum
minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."
• Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press,
New York, hlm. 38-39.

72
Perbezaan UDHR & HAM Barat Dengan
Kemanusiaan Islam

• HAM Barat dan UDHR amat berbeza dari prinsip


kemanusiaan Islam kerana asas fahaman HAM Barat
yang berpaksi kepada ANTHROPOCENTRIC, di mana
manusia menjadi penentu nilai kerana akal
manusialah yang menjadi pertimbangan utama.
• Sebaliknya, hak asasi manusia yang menjadi asas
pandangan hidup umat Islam di Tanah Melayu adalah
berpaksi pada THEOCENTRIC – ajaran alQuran dan
assunnah menjadi penentu nilai.
73
Perbezaan Asas membawa Natijah yang
berbeza
• Ternyata perbezaan asas ini membawa hasil
atau natijah yang amat jauh berbeza.
• Di negara-negara yang majoriti penduduknya
Islam, bukan Islam berpeluang mencapai
kuasa politik atau ekonomi dengan hebat.
• Sebaliknya di negara-negara yang umat Islam
adalah minoriti, mereka ditindas dengan
hebat sekali sehingga hilang kuasa politik dan
melarat di tanah air sendiri.

74
HAM Barat:
Anak tempatan Disisihkan Dari Politik
• Berbeza dengan Amerika Syarikat atau Australia yang
mengenepikan penglibatan rakyat tempatan dalam
pembentukan negara mereka, sebaliknya Raja-raja
Melayu telah melakukan pengorbanan besar dengan
menyerahkan sebahagian besar kekuasaan di Negeri
masing-masing untuk dipusatkan di bawah Kerajaan
Persekutuan. Malah baginda Raja-raja Melayu
merestui penglibatan kaum-kaum lain dalam politik
dan pentadbiran Negara ini sejak sebelum negara
terbentuk.

75
Kokok Berderai ...
• Barat sepatunya mempelajari amalan kemanusiaan
yang dipaparkan oleh Raja-raja Melayu dan umat
Islam di Negara ini dan menghentikan amalan kokok
berderai-derai tetapi ekornya penuh dengan najis.
• Mereka mendabik dada menjadi juara dalam hak
asasi manusia, tetapi dalam masa yang sama
penduduk asal tempatan tertindas.
• Setelah hampir 300 tahun kemerdekaan, namun
tiada seorang pun penduduk tempatan berpeluang
untuk menjadi anggota pentadbiran tertinggi Negara.

76
HAM Barat Masih Belum Mengenali
Nilai Baik/Buruk
• Atas nama HAM dan kebebasan asasi, segalanya
dibenarkan tanpa difikirkan lagi persoalan nilai
baik/buruk dan adab.
• Contohnya, perkahwinan sesama jenis,
pertukaran jantina secara sesuka hati dan
berbagai bentuk salahlaku seksual.
• Sebaliknya, Islam meletakkan kebebasan manusia
itu mesti kembali kepada Al Quran dan As Sunnah
yang juga merupakan asas-asas kemanusiaan
sejagat - tidak ada kebebasan mutlak.

77
Seks Bebas dan Orientasi Seks
• di satu pihak mereka mencela Islam kerana
menghalang hubungan seks bebas.
• Sedangkan dari aspek lain mereka cuba
menjadi pembela kepada mangsa sexual
abuse yang berlaku secara meluas di kalangan
pemimpin agama sebuah agama.

78
SUHAKAM Tunduk
Kepada Teguran UPR
• Semasa UPR 2009, Malaysia telah ditegur atas
isu LGBT.
• SUHAKAM mencadangkan supaya kumpulan
LGBT tidak seharusnya diketepikan dari segi
perlindungan hak asasi mereka dan Undang-
undang yang menjejaskan hak mereka, seperti
Akta Kesalahan Kecil 1955, hendaklah disemak
semula kerana ia didapati mendiskriminasi
golongan LGBT.
Faktor Persepsi Negatif Umat Islam
• Negara-negara yang menjadikan Islam sebagai dasar
utama Negara mempunyai persepsi negatif terhadap
HAM Barat bukan hanya berkaitan isu hak untuk
murtad, malah lebih luas dari itu, prinsip-prinsip
kewajipan dan hak yang digariskan oleh pencipta
manusia di dalam al Quran jauh lebih sempurna
daripada UDHR atau HAM Barat.
• Wajarkah Islam menoleh kepada suatu prinsip yang
penuh dengan kekurangan sedangkan di tangan
mereka sudah ada suatu prinsip yang lengkap dan
sempurna.

80
HAM Barat Terbit Dari Keinsafan?
• Apa yang ditawarkan oleh HAM Barat dan
UDHR kini hanyalah untuk merawat beberapa
aspek kecederaan di negara-negara umat
Islam yang pada hakikatnya berpunca dari
kebiadaban dan kelemahan Barat itu sendiri
semasa era kolonialisme dan imperialisme
yang berpaksikan sekularisme dan kapitalisme
Barat.
• Kini Barat sedang mengulangi kebiadaban
tersebut atas nama penghapusan terrorisme
81
• Sedangkan Nabi s.a.w. bukan sahaja sekadar
menyatakan deklarasi terhadap tanggungjawab
memelihara nyawa, bahkan sejarah telah
membuktikan bahawa Baginda benar-benar
menunaikan kewajipan manusiawi, iaitu memberikan
ruang dan hak untuk hidup kepada setiap individu;
Islam dan bukan Islam.
• Sebaliknya, hari ini meskipun kita mempunyai
sedemikian banyak instrumen berhubung
HAM yang hanya pada zahirnya atau teorinya
sahaja menjamin hak asasi setiap individu
termasuk hak untuk meneruskan kehidupan
dan dijamin keselamatan diri, namun
hakikatnya, terdapat kumpulan manusia yang
dirampas dan dinafikan sama sekali hak asasi
mereka.

83
Pada saat ini...
• Palestin telah berjuang lebih 60 tahun untuk
mendapatkan hak mereka untuk hidup aman
dan damai dalam sebuah negara yang
merdeka.
• Sejak 20 tahun lalu Sabra dan Shatila menjadi
bukti penindasan kejam dan tindakan tidak
berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin
di Lubnan.
Genocide...
• Dalam peristiwa tersebut, iaitu pada 16-18
September 1982, orang awam Palestin dan Lubnan;
lelaki, wanita dan kanak-kanak seramai lebih kurang
3,5000 orang disembelih oleh kumpulan militia
Tentera Kristian Lubnan, dengan kerjasama Kumpulan
Pertahanan Israel yang mengawal kem pelarian Sabra
dan Shatila.
• Hari ini, dalam era UDHR diagungkan, GAZA menjadi
penjara terbesar dunia dan proses penghapusan
etnik secara berleluasa sedang berlangsung di sana.
Atas nama HAM, manusia tertindas
• Manusia sejagat akan selamanya dinafikan hak
asasi mereka untuk hidup selagi adanya
golongan yang bertopengkan HAM demi
memenuhi kerakusan nafsu dan muslihat jahat
mereka untuk menyesatkan manusia dari
kawalan Agama terutama sekali Islam.
Palestin: Di mana UDHR dan HAM?
• “Apabila Rom menakluki Palestin, orang
Yahudi diusir sehingga memaksa mereka
merempat ke seluruh pelosok dunia dalam
istilah yang dikenali sebagai “diaspora”
Yahudi.”
• “Namun apabila Khalifah `Umar bin al-Khattab
menakluki Palestin, orang Kristian dan Yahudi
dibenarkan untuk terus menetap di Palestin.”

87
• “Apabila Salahuddin al-Ayyubi menakluki
Palestin, masyarakat bukan Islam telah
diberikan perlindungan.”
• Apabila King Richard cuba menawan
Jurusalem pembunuhan beramai-ramai
berlaku.
• “Apabila Yahudi menceroboh bumi Palestin
dengan restu Barat, umat Islam termasuk
kanak-kanak, telah ditindas, dizalimi dan
dibunuh saban hari tanpa belas kasihan hingga
ke saat ini.”

88
• “Perkara yang sama juga dapat dilihat di
Sepanyol semasa pemerintahan kerajaan
Islam selama lebih kurang 800 tahun. Pada
ketika itu, orang Yahudi dan Kristian diberikan
kebebasan untuk mengamalkan agama
mereka dan tinggal bersama-sama dengan
masyarakat Islam. Namun apabila Ferdinand
dan Isabella memperoleh semula kekuasaan
atas Sepanyol, umat Islam dan orang Yahudi
yang gagal melarikan diri ke Afrika, dibunuh
dan diseksa sehingga mereka menerima
agama Kristian.”
89
• “Oleh sebab itulah orang Yahudi dan Kristian
masih wujud di Sepanyol ketika umat Islam
memerintah selama 800 tahun. Sebaliknya,
apabila orang Kristian memerintah Sepanyol,
tidak seorang pun Muslim yang boleh ditemui
di negara tersebut.”

90
• “Ketika pihak komunis memerintah Soviet
Union, Islam telah ditindas sehingga tiada
umat Islam yang berani membuat pengakuan
tentang anutan atau kepercayaan mereka.
Demikian juga keadaannya di Albania semasa
pemerintahan rejim Marxist.[1]

[1] Mahathir bin Mohamad, “Islam as A
Religion of Justice” in Islam and Justice, (ed.
Aidit Ghazali), 1993, IKIM, hlm 3.”

91
• Renungkan wahai Insan;
• Akan adakah Kedaulatan?
Jika kehidupan dilayari Tanpa panduan Tuhan;
Jika akal insan bermaharajalela tanpa pedoman
al Quran;

Kedaulatan Islam jangan terus diabaikan,


Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan perlu
kembali dimartabatkan!

92

You might also like