You are on page 1of 10

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian
alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma
lain,tumbuhan dan haiwan.

Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar

a. Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu
atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini
adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen
Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan
ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu
dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran
ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam
pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja
tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana
didapati di seluruh dunia.
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan
sebagainya .
c . Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik,kimia atau fizik.

d. Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan


telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu
kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Punca-punca pencemaran alam sekitar

a) Perkilangan.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang
dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-
sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak
dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang
membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni
biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-


mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap
persekitaran.

Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta
cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia
atau kestabilan alam sekitar.

Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di
kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi
asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya
kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..

b) Kenderaan

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas
beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan
kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta
membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara
semakin panas.

c) Pembakaran terbuka

Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga
sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan
semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca
pencemaran alam sekitar juga.

d) Sampah sarap

Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali
penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan.
Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka
membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

e) Pembinaan
Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat
pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa
pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.
Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan
nyamuk.

f) Perniagaan

Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat
banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang
teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat
busuk, berulat dan tidak terurus.
Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.

g) Petempatan.

Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi
petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang
sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot
lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka,
mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang
sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di
longkang, parit dan sungai yang berhampiran.

h) Perlombongan

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran
air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini.
Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar.
Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang
seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.


a) Hujan asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung
dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun,
disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api
fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan
arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur
dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan
bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid
nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila
asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-
tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna
bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan
asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan
mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

b) Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud
akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap
pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul
dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan
menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan
menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja
membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di
kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah
terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak
nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal
dan terasa sakit dada.

c) Suhu meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang
dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas
karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas,
ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.

d) Air tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak,
pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang
masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan
dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang
menemui maut.
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan
turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan
mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku
adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya
ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut

e) Bau busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan
sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka
berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan
kilang getah.

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

1. Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat


mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan
asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu
pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada
berlarutan.

3. Program kitar semula


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

4. Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya
alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar
alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

5. Catalytic converter

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic
converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin
( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua
hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran
dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan
Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan
oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan
penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Rumusan

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan
berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab
pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan
yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk
menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar
yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui
pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

Wasallam
Banyak slogan yang telah disarankan oleh kerajaan untuk menyedarkan pengguna jalan raya
supaya berhati-hati semasa memandu seperti “Jangan biarkan keluarga anda menunggu dalam
tangisan” dan “Jangan jadikan jalan raya sebagai tempat berlumba”. Namun, didapati tidak
banyak pengguna jalan raya yang betul-betul memahami seruan kerajaan tersebut. Kini,
Malaysia telah disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang mencatat jumlah kematian
tertinggi akibat kemalangan jalan raya. Ini merupakan satu keaiban bagi seluruh penduduk di
Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor kemalangan haruslah dikenalpasti supaya langkah-langkah yang
wajar dapat diambil bagi menyedarkan pengguna mengenai perkara ini.
 

Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan banyak berpunca daripada pengguna yang hilang
kesusilaan ketika memandu.Komen yang sentiasa dapat kita dengar daripada pelancong  ialah
negara kita mempunyai masyarakat yang bersopan santun kecuali ketika memandu. Antara
contoh yang jelas ialah gelagat penunggang motosikal yang suka memecut dan memotong
kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat seperti di kawasan yang sempit, di selekoh, di
garisan berkembar, dan memotong dari sebelah kiri kenderaan. Perdana Menteri kita pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang-penunggang motosikal tersebut mungkin
menyangka bahawa mereka tidak akan menemui maut di jalan raya.
 
 

Di samping itu, terdapat juga segelintir pemandu yang ingin mendapatkan keseronokan atau
“thrill” ketika memandu laju. Pemandu-pemandu seperti ini akan tidak melepaskan peluang
untuk memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan bagi kawasan-kawasan tertentu. Malah,
oleh sebab ingin memandu laju, mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang dianggap
“biadab” di jalan raya iaitu tidak mematuhi arahan lampu isyarat seperti tidak memberhentikan
kenderaan mereka ketika lampu isyarat berwarna merah. Perkara-perkara yang dilakukan ini
bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain
juga akan turut terancam.
 
 

Kemalangan jalan raya telah dikenal pasti  sebagai pembunuh utama di negara kita. Menurut satu
kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, sebanyak 20
hingga 30 orang pengguna jalan raya telah terkorban setiap hari. Angka ini akan bertambah
ketika musim-musim perayaan ketika jalan raya dan lebuh raya dibanjiri dengan pelbagai jenis
kenderaan. Menurut laporan tersebut juga, kebanyakan kemalangan berlaku akibat pemandu atau
penunggang motosikal yang bersikap angkuh, cuai , dan terlalu ingin cepat sampai ke destinasi
masing-masing sehingga sanggup memandu secara kurang sopan. Sesungguhnya risiko yang
diambil itu tidak setimpal dengan bencana yang diterima mereka.
 
 
 
 
“Kemalangan Sifar” merupakan slogan yang baru dilancarkan oleh kerajaan kita baru-baru ini.
Selogan tersebut merupakan satu lagi langkah kerajaan untuk menginsafkan pengguna jalan raya
yang memandu di jalan raya secara tidak sopan. Walaupun agak sukar untuk mendapatkan
kemalangan sifar namun kita berharap kempen yang dijalankan itu akan dapat mengurangkan
angka kematian yang amat membimbangkan itu.
 
 

Sementara itu, Jabatan Polis Bukit Aman pula telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa
kebanyakan pengguna jalan raya di negara kita lebih takut menerima surat saman daripada takut
akan maut di jalan raya. Oleh itu, dendaan melalui saman yang dikeluarkan serta penggantungan
lesen memandu merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan jumlah pemandu
yang hilang kesusilaan di jalan raya.. Operasi seperti “ops pacak” yang dijalankan oleh pihak
polis ketika musim perayaan baru-baru ini sepatutnya dijalankan secara berterusan kerana
operasi tersebut didapati berjaya mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku di
tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
 
 

Dalam perkembangan yang lain, kemalangan juga didapati banyak berlaku akibat pemandu yang
memandu dalam keadaan mabuk. Hal ini jelas kerana seseorang yang dipengaruhi minuman
keras tidak akan dapat membuat agakan yang tepat dan sering hilang pertimbangan serta tidak
pasti arah tuju kenderaan yang dipandunya akibat pemandangan yang kabur. Dalam hal ini,
sekatan jalan raya sepatutnya diadakan secara berterusan terutamanya selepas jam 12 tengah
malam. Hal ini demikian kerana pemandu yang mabuk selalunya berada di jalan raya ketika itu
kerana baru keluar dari kelab malam atau pusat-pusat hiburan yang lain. Pemeriksaan kandungan
alkohol melalui pernafasan sepatutnya dijalankan dengan lebih berhati-hati agar tidak ada
sesiapa yang terlepas daripada peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
 
 

Walaupun negara kita mempunyai undang-undang untuk mengawal pemandu yang tidak
bersopan, namun pada pendapat saya, kesedaran dalam diri pemandu itu sendiri merupakan
langkah yang paling berkesan untuk mengelakkan kemalangan. Dengan perkataan lain, pengguna
jalan raya hendaklah mempunyai kesedaran sivik. Mereka sepatutnya sedar sikap mereka yang
tidak bersopan ketika di jalan raya itu akan menyebabkan keluarga mereka menanggung sensara.
Bayangkanlah seorang anak yang kehilangan ibu bapa, isteri yang kehilangan suami, atau
penderitaan akibat kecacatan yang kekal sepanjang hayat; semua itu tidak setimpal dengan
keseronokan yang bersifat sementara akibat menurut hawa nafsu.
 
 

Sebagai warga negara pula, kita tidak mahu mencemarkan nama negara kita sebagai negara yang
mempunyai pengguna jalan raya tidak bersopan yang terbanyak. Kita juga tidak mahu nama
Malaysia dicatat sebagai negara yang mempunyai kematian terbanyak akibat kemalangan jalan
raya. Oleh itu langkah-langkah yang wajar seperti yang telah dibincangkan hendaklah
dilaksanakan segera. Sementara itu pemandu yang hilang kesusilaan hendaklah segera sedar dan
cuba membaiki kelemahan mereka kerana saya yakin kita tidak mahu keluarga kita menunggu
kepulangan kita dengan tangisan. Sedarlah demi keluarga anda yang tercinta!!

LANGKAH MENGATASI
i)Menguatkuasakan undang-undang
Undang undang yang lebih berkesan perlu digubal untuk memastikan masalah ini dapat
ditangani.Undang-undang yang diamalkan di Jepun wajar dicontohi.Di Jepun,apabila berlaku
kemalangan,kedua-dua belah pihak iaitu yang melanggar atau dilanggar terus dikenakan denda yang
tinggi tanpa mengira siapa yang bersalah.Mereka kemudiannya dibicarakan di Mahkamah Kemalangan
Jalan Raya pada kadar segera.Undang-undang seperti ini menggalakkan pemandu agar memandu
dengan lebih berhati-hati.Selain itu,penguatkuasaan undang-undang tersebut juga harus tegas dan tidak
memilih bulu.

ii)Memperbaiki keadaan jalan raya


Keadaan jalan raya yang berbahaya juga perlu diperbaiki agar kemalangan jalan raya dapat
diatasi.Contohnya seperti jalan yang berselekoh tajam hendaklah diluruskan agar senang dilalui oleh
para pengguna.Manakala jalan yang bercerun tinggi pula perlu direndahkan.Selain itu juga,tanda-tanda
isyarat di jalan raya juga perlu diperkemaskan dan kemudahan tertentu hendaklah dibina seperti
jejantas,laluan pejalan kaki dan sebagainya.Hal ini bagi memudahkan pengguna melintas jalan dan
mengelak daripada kemalangan.

iii)Meletakkan papan tanda yang besar,jelas dan mudah dilihat


Bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku,pihak berkuasa juga perlu meletakkan papan tanda di
tempat-tempat yang strategik untuk memberikan amaran kepada pemandu tentang bahaya jalan raya di
hadapan mereka.Dengan ini membolehkan pemandu agar mengurangkan kelajuan kenderaan yang
mereka pandu.Keadaan jalan raya yang pula seperti di selekoh-selekoh batuan yang lebih besar patut
digunakan untuk menggantikan jalan bitumen.

iv)Memperhebatkan kempen mencegah kemalangan jalan raya


Kini banyak kempen mengatasi masalah kemalangan jalan raya diadakan oleh pihak berkuasa tetapi
nampaknya kempen tersebut masih belum meninggalkan kesan yang memuaskan.Oleh itu amat wajar
jika kempen itu diperhebatkan,dilaksanakan secara lebih agresif dan dibuat secara
berterusan.Kesedaran orang ramai harus dipupuk agar mereka sentiasa berhati-hati dan bertimbang
rasa sewaktu di jalan raya.

You might also like