You are on page 1of 43

BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
SMK GELANG PATAH

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam Ordinan
Pelajaran ,1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)
1959,berdasarkan Peraturan 4 dan Peraturan 6 maka saya sebagai
Pengetua yang dilantik di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang
Patah, dengan ini membuat peraturan yang dikuatkuasakan ke
atas semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah.
1.2 Peraturan ini dinamakan Peraturan dan Undang-Undang Sekolah
Menengah Kebangsaan Gelang Patah.
1.3 Peraturan ini atau mana-mana bahagian dalam peraturan ini boleh
dipinda atau ditambah atau dimansuhkan dari masa ke semasa
mengikut kesesuaian dan keperluan jika dirasakan perlu oleh
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah.
1.4 Setiap pelajar juga tertakluk kepada peraturan-peraturan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan mana-mana pihak
berwajib yang ada hubungan dengan pihak sekolah.

2.0 PENGUATKUASAAN
2.1 Semua guru dan pengawas sekolah ini adalah diberi kuasa untuk
menguatkuasakan Peraturan Sekolah ini.
2.2 Setiap pelajar atau kumpulan pelajar sekolah ini dikehendaki
mematuhi setiap peraturan yang ada, termasuklah peraturan-
peraturan baru atau undang-undang kecil yang dikeluarkan oleh
pihak sekolah dari masa kesemasa.
2.3 Mana-mana pelajar yang didapati melanggar mana-mana
peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin yang setimpal
dengan kesalahan mereka.

3.0 WAKTU PERSEKOLAHAN


3.1 Waktu Hadir
3.1.1 Waktu persekolahan adalah bermula dari jam 7.10 pagi
hingga 2.30 petang.
3.1.2 Loceng Pertama akan dibunyikan pada jam 7.10 pagi untuk
perhimpunan pagi pada setiap hari dan kehadiran pelajar
akan diambil oleh guru tingkatan semasa perhimpunan ini.
3.1.3 Loceng kedua akan dibunyikan pada jam 7.25 pagi bagi
mengakhiri perhimpunan dan pelajar bergerak masuk ke
kelas masing-masing bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

jam 7.30 pagi setiap hari kecuali pada hari Isnin dan
Jumaat pada jam 8.10 pagi.
3.1.4 Semua pelajar mesti berada di dalam kawasan sekolah
selewat-lewatnya jam 7.10 pagi.
3.1.5 Pelajar yang hadir selepas jam 7.15 pagi adalah dianggap
lewat.
3.1.6 Pelajar yang tidak hadir pada hari sebelumnya hendaklah
beratur disebelah tingkatan Pendidikan Khas.
3.1.7 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan pintu hadapan
untuk masuk ke kawasan sekolah. Penggunaan pintu masuk
yang lain dianggap telah melanggar peraturan sekolah.

3.2 WAKTU BALIK


3.2.1 Loceng balik akan dibunyikan pada jam 1.50 petang dan
2.30 petang. Pelajar bergerak pulang mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
3.2.2 Sebelum meninggalkan kelas setiap pelajar hendaklah
dengan seliaan guru mata pelajaran memastikan:
3.2.2.1 Tingkap telah ditutup.
3.2.2.2 Lampu dan kipas telah dipadamkan (switch off).
3.2.2.3 Papan hijau dan papan putih telah dibersihkan.
3.2.2.4 Tiada sampah sarap di bawah meja, di dalam dan
luar kelas.
3.2.2.5 Tiada buku Teks SPBT atau buku latihan
ditinggalkan di bawah meja atau di almari kelas.
3.2.3 Setelah pintu ditutup dan setelah mendapat arahan guru,
pelajar hendaklah meninggalkan kelas dalam keadaan
teratur dan senyap.
3.2.4 Pelajar hendaklah beratur dikantin dan bergerak setelah
diarahkan oleh pengawas bertugas. Hanya pintu hadapan
sahaja boleh digunakan untuk keluar dari kawasan sekolah
pada waktu balik.
3.2.5 Semua pelajar mesti meninggalkan sekolah selewat-
lewatnya jam 6.00 petang sekiranya menjalankan aktiviti
kokurikulum.

3.3 WAKTU REHAT


3.3.1 Tingkatan Peralihan, Satu, Dua dan Tiga
3.3.1.1 Jam 10.10 pagi hingga Jam 10.30 pagi
3.3.2 Tingkatan Empat, Lima dan Enam
3.3.2.1 Jam 10.50 pagi hingga jam 11.10 pagi
3.3.3 Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas semasa waktu
rehat kecuali pelajar yang bertugas sahaja.
3.3.4 Semua lampu dan kipas telah dipadamkan sebelum
meninggalkan kelas. Pintu kelas hendaklah ditutup atau
dikunci ketika meninggalkan kelas untuk rehat.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

3.3.5 Semua pelajar tidak dibenarkan berada di kaki lima blok


aras satu hingga empat kecuali Pengawas.
3.3.6 Pelajar hanya dibenarkan makan dan minum di kantin
sekolah sahaja. Makan dan minum pada waktu belajar atau
di dalam kelas adalah dilarang.
3.3.7 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dari luar
kecuali menggunakan bekas yang boleh diguna semula.
Penggunaan kertas pembungkus makanan dan polisterin
adalah dilarang.
3.3.8 Pelajar tidak dibenarkan menjual makanan luar di dalam
kawasan sekolah.
3.3.9 Pelajar hendaklah dalam keadaan tertip dan beratur ketika
membeli makanan di kantin. Pelajar dilarang berlari,
bertolak-tolak semasa di kantin.
3.3.10 Semua sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam
tong sampah yang disediakan. Bekas makanan, cawan
plastik, sudu serta garfu yang disediakan oleh pihak kantin
hendaklah diletakkan di dalam bekas yang disediakan.
3.3.11 Semua pelajar tidak dibenarkan berada di kantin
atau membeli makanan di kantin sebelum atau selepas
waktu rehat kecuali sebelum jam 7.10 pagi atau dengan
kebenaran guru.

3.4 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH


3.4.1 Semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
sekolah pada waktu persekolahan, termasuk waktu rehat
kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengetua atau wakilnya.
3.4.2 Pelajar yang hendak ke hospital kerana sakit hendaklah
mendapatkan kebenaran dan Surat Rawatan di Pejabat
Sekolah yang akan ditandatangani oleh Pengetua atau
wakilnya.
3.4.3 Setiap pelajar yang hendak ke klinik atau hospital
hendaklah bersama ibu bapa atau penjaga atau pun
dihantar oleh Guru Bertugas. Pelajar tidak dibenarkan
keluar bersendirian untuk mendapatkan rawatan.
3.4.4 Pelajar yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
adalah dianggap telah ponteng sekolah dan boleh
dikenakan tindakan disiplin yang setimpal dengan
kesalahan mereka.

3.5 KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH


3.5.1 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mestilah menyerahkan
surat/kenyataan bertulis daripada ibubapa/penjaga atau
surat akuan doktor (Medical Certificate) kepada guru
tingkatan apabila hadir semula ke sekolah.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

3.5.2 Sebaik-baiknya pihak ibubapa/penjaga memaklumkan pihak


sekolah terlebih dahulu akan ketidakhadiran anak masing-
masing samada melalui cara lisan (datang sendiri ke
sekolah) atau melalui panggilan telefon.
3.5.3 Sekiranya pelajar tidak hadir tanpa sebarang kenyataan
semada secara lisan atau bertulis daripada
ibubapa/penjaga, maka pelajar tersebut adalah dianggap
telah ponteng sekolah.
3.5.4 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan
’secara berturut-turut’ maka tindakan berikut akan
dikenakan iaitu:
3.5.4.1 Hari ke- 3 - Surat Amaran Pertama dikeluarkan.
3.5.4.2 Hari ke- 10 – Surat Amaran Kedua dikeluarkan
3.5.4.3 Hari ke- 17 – Surat Amaran Terakhir dikeluarkan.
3.5.4.4 Hari ke- 31 – Surat Buang Sekolah dikeluarkan.

3.5.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan


’secara tidak berturut-turut’ maka tindakan berikut akan
dikenakan iaitu:
3.5.5.1 Hari ke- 10 - Surat Amaran Pertama dikeluarkan.
3.5.5.2 Hari ke- 20 – Surat Amaran Kedua dikeluarkan
3.5.5.3 Hari ke- 40 – Surat Amaran Terakhir dikeluarkan.
3.5.5.4 Hari ke- 60 – Surat Buang Sekolah dikeluarkan.

3.5.6 Surat-surat amaran tersebut di atas akan diserahkan


kepada ibubapa penjaga melalui Perkhidmatan Pos Malaysia
ke alamat rumah masing-masing. Surat Amaran Pertama
dan Kedua adalah menggunakan pos biasa, Surat Amaran
Terakhir dan Surat Buang Sekolah adalah menggunakan Pos
Berdaftar Akaun Penerimaan.
3.5.7 Alamat penghantaran adalah berdasarkan alamat rumah
yang diberikan oleh ibubapa/penjaga semasa pendaftaran
pelajar ke sekolah ini. Sebarang kes surat tidak diterima
berdasarkan alamat yang diberi adalah bukan menjadi
tanggungjawab pihak sekolah.

4.0 PERATURAN DI DALAM KELAS DAN BILIK-BILIK KHAS


4.1 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
4.1.1 Setiap kelas hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
Setiap pelajar dalam kelas bertanggungjawab terhadap
kebersihan kelas masing-masing.
4.1.2 Tugas membersihkan kelas hendaklah dilakukan sebelum
waktu pertama dan pada waktu rehat.
4.1.3 Setiap kelas hendaklah sentiasa dalam keadaan ceria dan
dihiasi dengan bahan-bahan berunsur pendidikan.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

4.1.4 Kerusi meja hendaklah dalam keadaan kemas dan tersusun.


Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kerusi meja
yang diperuntukkan kepada mereka.
4.1.5 Setiap kelas mesti mempunyai jawatankuasa kebersihan
dan keceriaan yang akan melaksanakan tugas dengan penuh
dedikasi.
4.2 PAPAN KENYATAAN
4.2.1 Papan Kenyataan dalam kelas hendaklah memaparkan
maklumat-maklumat berikut:
4.2.1.1 Carta Organisasi Kelas.
4.2.1.2 Jadual waktu Kelas.
4.2.1.3 Jadual Bertugas harian.
4.2.1.4 Pelan Kedudukan Pelajar serta nombor kerusi
meja masing-masing.
4.2.1.5 Senarai Harta Benda Kelas (Daftar Inventori).
4.2.1.6 Peraturan dan Pekeliling sekolah.
4.2.1.7 Arahan Kawad Keselamatan.
4.2.1.8 Prosedur Langkah-Langkah Keselamatan.
4.2.1.9 Maklumat-Maklumat Mata pelajaran.
4.2.1.10 Lain-lain maklumat yang sesuai.
4.2.2 Papan Kenyataan hendaklah dijaga dan dikemas kini setiap
bulan. Merosak atau memusnahkan papan kenyataan adalah
satu kesalahan disiplin.
4.3 PERATURAN WAKTU BELAJAR
4.3.1 Setiap pelajar wajib menghormati guru dan rakan-rakan di
dalam kelas masing-masing.
4.3.2 Setiap pelajar mestilah menumpukan penuh perhatian
terhadap pengajaran guru.
4.3.3 Suasana dalam kelas hendaklah menggambarkan suasana
pembelajaran tanpa gangguan kebisingan.
4.3.4 Setiap pelajar tidak boleh sama sekali menimbul gangguan
pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah
perbuatan berbual-bual, berbuat bising, berjalan-jalan di
dalam kelas, bergurau senda, bergaduh dan sebagainya.
4.3.5 Setiap pelajar wajib membuat latihan yang diarahkan oleh
guru, termasuk menyiapkan tugasan/kerja rumah yang
diberikan dan menghantarnya mengikut masa yang
ditentukan oleh guru mata pelajaran tersebut.
4.3.6 Ketika pertukaran waktu , sementara menunggu ketibaan
guru seterusnya, setiap pelajar hendaklah dalam keadaan
senyap dan duduk di tempat masing-masing. Pelajar yang
keluar kelas semasa waktu pertukaran ini dianggap telah
melakukan kesalahan ponteng kelas dan boleh diambil
tindakan yang setimpal dengan kesalahannya.
4.3.7 Jika guru tidak masuk ke kelas selepas 5 minit masa
berlalu, ketua tingkatan atau wakilnya hendaklah mencari
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

guru berkenaan atau menemui Penolong Kanan atau ke


Pejabat untuk mendapatkan Guru Ganti.
4.3.8 Ketua Tingkatan bertanggungjawab memastikan keadaan
kelas terkawal semasa ketiadaan guru.
4.3.9 Ketua Tingkatan bertanggungjawab memastikan Buku
Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran diambil di Unit
Disiplin dan Pengawas pada waktu pagi selewat-lewatnya
7.15 pagi dan dipulangkan semula apabila tiba waktu balik.
Sila catatkan maklumat pengambilan dan pemulangan di
dalam buku yang disediakan.
4.3.10 Ketua Tingkatan dan Setiap pelajar dalam kelas
bertanggungjawab memastikan Buku Pemantauan
Pengajaran dan Pembelajaran dibawa kemana-mana
sekiranya pelajar bergerak ke Bengkel, Makmal Sains,
Bengkel PSV , Pendidikan Jasmani atau kemana sahaja
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4.3.11 Ketua Tingkatan dan setiap pelajar dalam kelas
mestilah memastikan Buku Pemantauan Pengajaran dan
Pembelajaran sentiasa dalam keadaan selamat.
4.4 KELUAR DARI BILIK DARJAH
4.4.1 Semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah
kecuali dengan kebenaran guru dan menggunakan Pas
Kebenaran Keluar Kelas.
4.4.2 Penggunaan Pas Kebenaran Keluar Kelas adalah dibenarkan
untuk seorang pelajar untuk satu-satu masa kebenaran
diberikan.
4.4.3 Semua pelajar dilarang berada di luar bilik darjah masing-
masing pada waktu ketiadaan guru atau ketika guru belum
sampai ke kelas.
4.4.4 Pergerakkan pelajarke bilik-bilik lain ( makmal sains,
bengkel KH, Perpustakaan) atau ke padang (waktu
pendidikan jasmani) hendaklah dalam keadaan tertib,
bersopan dan senyap. Ketua Tingkatan hendaklah
memastikan bahawa semua pelajar telah bersiap sedia
beratur sebelum membenarkan mereka bergerak secara
kumpulan ke tempat yang dituju.
4.4.5 Para pelajar adalah tertakluk dan dikehendaki mematuhi
peraturan-peraturan khas yang disediakan apabila berada
di bilik-bilik khas ( seperti makmal sains, bengkel KH,
Perpustakaan, Bilik kaunseling dan sebagainya)
4.5 PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN / PUSAT SUMBER
4.5.1 Perpustakaan hanya dibuka kepada pelajar pada waktu
rehat dan waktu petang sahaja.
4.5.2 Pelajar dilarang berada di perpustakaan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung kecuali
bersama guru mata pelajaran.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

4.5.3 Pelajar adalah dilarang berbual-bual atau berbuat bising


ketika berada di Perpustakaan.
4.5.4 Elakkan perbuatan yang boleh mengganggu pelajar lain
yang sedang membaca / belajar di perpustakaan.
4.5.5 Buku-buku dan bahan bacaan perpustakaan lainnya tidak
boleh dibawa keluar, kecuali yang dipinjam secara sah di
kuanter perpustakaan.
4.5.6 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk buku teks dan
sebagainya kecuali dengan kebenaran petugas di
perpustakaan.
4.5.7 Pelajar yang tidak mengambil sesuatu mata pelajaran
Peperiksaan Awam boleh menggunakan perpustakaan
semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung
dengan kebenaran Penolong Kanan.
4.6 KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4.6.1 Pelajar yang ingin berjumpa Kaunselor Pelajar hendaklah
mendaftarkan diri di Bilik Bimbingan dan Kaunseling pada
waktu tiada proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk
urusan temujanji.
4.6.2 Pelajar yang mempunyai temu janji dengan Kaunselor perlu
mendapatkan kebenaran guru mata pelajaran sebelum
meninggalkan kelas.
4.7 KEMUDAHAN RAWATAN / BILIK RAWATAN
4.7.1 Pelajar yang perlu berehat di bilik rawatan kerana masalah
kesihatan hendaklah mendapatkan kebenaran dan bantuan
Penolong Kanan HEM ataupun Guru Bertugas.
4.7.2 Bilik Rawatan hanya boleh digunakan jika terdapat
jawatankuasa bertugas di dalam bilik tersebut, jika tidak
bilik tersebut tidak boleh dibuka.
4.7.3 Bilik Rawatan bukannya tempat berehat, tidur atau
ponteng kelas. Jika terdapat pelajar yang
menyalahgunakan bilik rawatan tindakan tegas akan
diambil setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
4.7.4 Pelajar yang sakit dinasihatkan menelefon ibu
bapa/penjaga untuk dibawa pulang ke rumah masing-
masing.
4.8 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS YANG LAIN
4.8.1 Penggunaan bilik-bilik khas lain seperti Bilik Bahasa Tamil,
Bilik Pengawas, dan lain-lain adalah berdasarkan keperluan
dan mestilah bersama guru.
4.8.2 Hanya pelajar yang layak berada di bilik berkenaan
dibenarkan menggunakan bilik tersebut.
4.8.3 Pelajar lain yang menyalahgunakan bilik khas tersebut akan
diambil tindakan disiplin.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

5.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH


5.1 Kehadiran pelajar pada waktu perhimpunan adalah wajib,
ketidakhadiran dianggap ponteng kelas/perhimpunan.
5.2 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
5.2.1 Perhimpunan ini diadakan pada setiap Hari Isnin.
5.2.2 Semua pelajar mesti berkumpul di dataran kejat mengikut
tingkatan masing-masing sebelum diarahkan bergerak ke
dalam Dewan Bestari.
5.2.3 Dewan Perhimpunan adalah Zon Senyap, semua pelajar
hendaklah berbaris dengan tertib mengikut konsep RIMUP,
tidak bermain dan berbuat bising dalam Dewan
Perhimpunan.
5.2.4 Pelajar yang bising akan dikeluarkan dari Dewan
Perhimpunan dan tindakan disiplin akan diambil setimpal
dengan kesalahan mereka.
5.2.5 Setiap pelajar mesti membawa Buku Panduan Pelajar untuk
membuat catatan maklumat yang disampaikan oleh
Pentadbir dan Guru Bertugas.
5.2.6 Perhimpunan Mingguan adalah majlis rasmi maka para
pelajar dinasihatkan menjaga tatatertip, senyap dan
memberi sepenuh tumpuan kepada isi kandungan
perhimpunan.
5.2.7 Aturcara Majlis Perhimpunan Rasmi
5.2.7.1 Perhimpunan dimulakan dengan perarakan masuk
Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan, Ketua-
Ketua Bidang dan Ketua serta Penolong Ketua
Pengawas.
5.2.7.2 Bacaan Doa
5.2.7.3 Nyanyian Lagu Negaraku
5.2.7.4 Nyanyian Lagu Bangsa Johor
5.2.7.5 Bacaan Ikrar Rukunnegara
5.2.7.6 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
5.2.7.7 Persembahan/ Perasmian/ Pengumuman (jika
ada)
5.2.7.8 Ucapan Penolong-Penolong Kanan
5.2.7.9 Ucapan Pengetua
5.2.7.10 Nyanyian Lagu Sekolah
5.2.7.11 Majlis Bersurai
5.2.8 Sewaktu bendera dinaikkan dan lagu dinyanyikan semua
pelajar hendaklah berdiri tegak dan menyanyikannya
dengan penuh bersemangat.
5.3 PERHIMPUNAN HARIAN
5.3.1 Perhimpunan Harian dijalankan pada hari-hari Selasa,
Rabu, Khamis dan Jumaat.
5.3.2 Perhimpunan bermula jam 7.10 pagi dikelolakan oleh
Pengawas Bertugas dibawah penyeliaan Guru Bertugas.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

5.3.3 Perhimpunan ini dijalankan secara ringkas, aturcaranya


adalah seperti berikut:
5.3.3.1 Pelajar berbaris mengikut tingkatan masing-
masing.
5.3.3.2 Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa.
5.3.3.3 Lafaz Ikrar Pelajar diketuai oleh Pengawas
Bertugas.
5.3.3.4 Pengumuman-pengumuman
5.3.3.5 Guru mengambil kehadiran pelajar.
5.3.3.6 Bersurai/ bergerak ke kelas masing-masing.
5.3.4 Perhimpunan ini mesti ditamatkan pada jam 7.25 pagi,
semua pelajar diarah bergerak secara teratur dan senyap
ke kelas masing-masing mengikut arah / laluan yang
ditentukan.
5.4 PERHIMPUNAN KOKURIKULUM
5.4.1 Perhimpunan Kokurikulum diadakan pada setiap hari Rabu
minggu ketiga.
5.4.2 Perhimpunan dikendalikan oleh Pengawas Bertugas dibawah
penyeliaan Penyelaras Unit Beruniform.
5.4.3 Pelajar akan beratur mengikut Unit Beruniform masing-
masing.
5.4.4 Aturcara majlis Perhimpunan ini ialah seperti berikut:
5.4.4.1 Semua Unit Beruniform mengabil tempat.
5.4.4.2 Pasukan Kawalan Kehormatan mengambil tempat
dihadapan sekali.
5.4.4.3 Perhimpunan dimulakan dengan Penerimaan
Tabik Hormat oleh Pengetua
5.4.4.4 Perhimpunan dijalankan seperti biasa.
5.4.4.5 Perjumpaan Guru-guru penasihat dengan unit-
unit masing-masing.
5.4.4.6 Pelajar bersurai dengan keadaan senyap menuju
ke kelas masing-masing.
5.4.5 Semua pelajar mesti mematuhi etika berpakaian pada hari
Rabu iaitu Pakaian Unit Beruniform.

6.0 PERATURAN-PERATURAN DI DALAM SEKOLAH


6.1 PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
6.1.1 Semua pelajar wajib mendaftarkan diri sebagai anggota
persatuan, kelab sukan dan permainan, badan beruniform
dan rumah sukan mengikut ketentuan pihak sekolah.
6.1.2 Kehadiran dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib.
Tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang tidak
hadir tanpa alasan yang munasabah.
6.1.3 Pelajar tidak dibenarkan menukar keahlian dalam kegiatan
kokurikulum tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong
Kanan Kokurikulum.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

6.1.4 Pelajar yang ingin menyertai kegiatan kokurikulum anjuran


sekolah di luar kawasan sekolah ( lawatan, perkhemahan
dan sebagainya ) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran ibu bapa / penjaga masing-masing.

6.2 UJIAN / PEPERIKSAAN DALAMAN DAN PEPERIKSAAN AWAM


6.2.1 Semua pelajar wajib mematuhi semua peraturan ujian /
peperiksaan.
6.2.2 Semua pelajar wajib hadir dan menjawab kertas soalan
ujian / peperiksaan yang diambil.
6.2.3 Pelajar mesti memastikan semua keperluan atau
kelengkapan menghadapi ujian/peperiksaan telah
disediakan. Sebarang peminjaman peralatan adalah tidak
dibenarkan pada waktu ujian/peperiksaan.
6.2.4 Pelajar yang tidak menjawab soalan ujian/peperiksaan,
atau tidak serius mengambil ujian/peperiksaan, atau yang
mengganggu ketenteraman perjalanan ujian/peperiksaan,
atau tidur semasa ujian/peperiksaan akan diambil tidakan
disiplin yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
6.2.5 Sebarang penyelewengan, penipuan atau meniru dalam
ujian/peperiksaan adalah dilarang keras. Tidakan tegas
akan dikenakan terhadap pelajar yang terlibat dengan kes
penyelewengan, penipuan dan meniru ini.
6.2.6 Semua pelajar PMR wajib memakai pakaian seragam
sekolah sewaktu mengambil keputusan PMR. Manakala
pelajar SPM dan STPM dikehendaki memakai pakaian yang
sopan dan bersesuaian dengan budaya sekolah. Sebarang
keengkaran akan mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan
mengambil keputusan peperiksaan masing-masing.

6.3 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


6.3.1 Pada waktu Pendidikan Jasmani, tidak seorang pelajar pun
akan diberi pengecualian, kecuali jika mendapat
pengesahan doktor.
6.3.2 Pelajar tidak dibenarkan menyertai aktiviti Pendidikan
Jasmani tanpa pakaian yang sesuai atau berpakaian
seragam sekolah.
6.3.3 Kegagalan memakai pakaian Pendidikan Jasmani adalah
merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan
disiplin.
6.3.4 Pelajar yang waktu Pendidikan Jasmaninya pada waktu
pertama dibenarkan memakai pakaian Pendidikan Jasmani
dari rumah masing-masing, dengan syarat membawa
bersama pakaian seragam sekolah.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

6.3.5 Pelajar hendaklah menukar Pakaian Pendidikan Jasmani


dengan pakaian seragam sekolah selepas tamat waktu
Pendidikan Jasmani.

6.4 KANTIN
6.4.1 Pelajar dikehendaki beratur dengan senyap dan berdisiplin
ketika membeli makanan di kantin.
6.4.2 Arahan darpada Pengawas Bertugas hendaklah sentiasa
dipatuhi.
6.4.3 Pelajar hendaklah duduk di tempat yang disediakan dan
makan dengan tertib dan sopan. Elakkan perbuatan
mengotorkan meja dan kerusi tempat makan.
6.4.4 Setelah selesai makan, bersihkan tempat makan dan
letakkan pinggan, mangkuk, cawan/gelas, sudu/garfu di
tempat yang disediakan.
6.4.5 Pelajar dilarang membawa keluar makanan dan minuman
dari kawasan kantin.
6.4.6 Pelajar dilarang berada di kantin pada waktu pengajaran
dan pembelajaran, kecuali dengan kebenaran bertulis
daripada Pengetua atau wakilnya atau bersama-sama guru
kerana urusan yang berkaitan denagn pembelajaran.

6.5 PENGGUNAAN TANDAS


6.5.1 Pelajar dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu berikut
iaitu sebelum waktu pertama, pada waktu rehat dan
selepas tamat waktu persekolahan.
6.5.2 Pelajar dilarang ke tandas pada waktu pertama, satu waktu
sebelum rehat, satu waktu selepas rehat dan satu waktu
sebelum balik.
6.5.3 Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan
tandas. Elakkan perbuatan tidak mengepam tandas setelah
digunakan, menconteng dinding-dinding tandas,
merosakkan paip air dan sebagainya.
6.5.4 Sebarang kerosakkan tandas hendaklah dimaklumkan
kepada Guru Bertugas dengan segera.
6.5.5 Tuala Wanita (pad) yang telah digunakan hendaklah
dibungkus elok-elok dan dibuangkan kedalam bekas/tong
khas yang disediakan.
6.5.6 Sikap berjimat dalam penggunaan air hendaklah diamalkan.
Pastikan paip air ditutp setelah digunakan.

6.6 HARTA BENDA SEKOLAH


6.6.1 Semua pelajar hendaklah menggunakan kemudahan yang
disediakan dengan baik dan cermat, dengan memelihara
harta benda sekolah, baik di dalam kelas mahu pun di
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

kawasan persekitaran sekolah, supaya sentiasa dalam


keadaan baik dan berfungsi.
6.6.2 Sebarang kerosakan harta benda sekolah hendaklah
dilaporkan kepada Guru Bertugas.
6.6.3 Pelajar yang didapati melakukan perbuatan tingkahlaku
musnah atau ”vandalisme” dan merosakkan harta benda
sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang berat
termasuk menggantikan kos harta benda yang dirosakkan
itu sepenuhnya.

6.7 MENGGUNAKAN KENDERAAN DALAM KAWASAN SEKOLAH


6.7.1 Menunggang basikal dalam kawasan sekolah adalah
dilarang.
6.7.2 Pelajar yang membawa basikal ke sekolah perlu mematuhi
undang-undang yang sedang berkuatkuasa sekarang.
6.7.3 Pelajar yang menunggang basikal hendaklah berlepas balik
selepas semua pelajar berjalan kaki keluar dari kawasan
sekolah.
6.7.4 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap
keselamatan, kerosakkan atau kehilangan basikal yang
dibawa ke sekolah. Sila pastikan basikal masing-masing
dikunci dan diletakkan ditempat yang dikhaskan.
6.7.5 Sekiranya pelajar tedak mematuhi undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan kebenaran membawa basikal ke
sekolah akan ditarik balik serta merta.
6.7.6 Pastikan basikal anda mempunyai ciri-ciri keselamatan
seperti brek, tayar yang baik, dan sebagainya.
6.7.7 Pelajar dilarang menunggang motosikal di kawasan sekolah
pada bila-bila masa kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengetua atau wakilnya.
6.7.8 Setiap motosikal yang mendapat kebenaran perlu
mempunyai ”stiker” atau pelekat SMK Gelang Patah.
6.7.9 Pelajar dilarang membawa atau memandu kereta di
kawasan sekolah.

6.8 KAWASAN LARANGAN


6.8.1 Bilik-bilik berikut adalah merupakan kawasan larangan bagi
pelajar iaitu:
6.8.1.1 Pejabat Am
6.8.1.2 Bilik Pengetua
6.8.1.3 Bilik Penolong-Penolong Kanan
6.8.1.4 Bilik Guru-Guru Kanan / Ketua Bidang
6.8.1.5 Bilik Guru
6.8.1.6 Bilik Peperiksaan
6.8.1.7 Bilik Gerakan / Mesyuarat
6.8.1.8 Bilik Rawatan
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

6.8.1.9 Bilik Pendidikan Jasmani


6.8.1.10 Bilik Sukan
6.8.1.11 Bilik Kokurikulum
6.8.1.12 Dewan Bestari
6.8.1.13 Bilik-bilik Elektrik
6.8.1.14 Bilik Makan Guru
6.8.1.15 Bilik Persalinan
6.8.2 Pelajar hanya boleh memasuki kawasan tersebut apabila
diminta berbuat demikian oleh guru yang berkenaan atau
apabila ada urusan rasmi.
6.8.2.1 Sila ketuk pintu dan dapatkan kebenaran masuk
sebelum masuk ke bilik-bilik berkenaan.
6.8.2.2 Pelajar yang hendak menemui Pengetua atau
Penolong Kanan hendaklah mendapat kebenaran
terlebih dahulu.
6.8.3 Semua pelajar dilarang berada di kawasan bangunan
sekolah pada waktu rehat, kecuali pengawas bertugas.
6.8.4 Kawasan Berikut adalah merupakan kawasan larangan bagi
pelajar.
6.8.4.1 Laluan Hadapan Pejabat hingga ke Bilik
Peperiksaan.
6.8.4.2 Laluan di hadapan Bilik Guru di Aras 2 , Blok F
kecuali dengan kebenaran guru.
6.8.4.3 Tandas-tandas yang tidak dibuka atau diwartakan
sebagai tandas.
6.8.4.4 Tandas-tandas di Dewan kecuali jika terdapat
program yang diadakan di Dewan Bestari.
6.8.4.5 Tempat Letak Kereta Guru dan Kakitangan.
6.8.4.6 Stor penyimpanan Perabot lama.
6.8.4.7 Kawasan kolam ikan dan kawasan kolam najis
serta rumah pam air dan elektrik.
6.8.4.8 Bilik Persalinan kecuali dibenarkan guru untuk
tujuan Pendidikan Jasmani sahaja.

6.9 KESELAMATAN
6.9.1 Sebarang kemalangan atau kecemasan yang berlaku ke atas
pelajar di kawasan sekolah hendaklah dilaporkan dengan
serta merta kepada guru bertugas atau pengawas.
6.9.2 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan
harta benda kepunyaan pelajar. Sebarang kehilangan atau
penemuan hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas atau
Penolong Kanan HEM.
6.9.3 Pelajar tidak digalakkan membawa wang tunai yang banyak
ke sekolah.
6.9.4 Apabila berlaku kebakaran, pelajar-pelajar hendaklah
mematuhi Peraturan Kecemasan Kebakaran Sekolah.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

6.9.5 Semua pelajar bertanggungjawab atas keselamatan mereka


semasa berada di kawasan sekolah.
6.9.6 Untuk tujuan keselamatan pelajar dilarang berlari di
kawasan bangunan sekolah.
6.9.7 Berjalan dengan tertib semasa menaiki dan menuruni
tangga.

6.10 YURAN SEKOLAH


6.10.1 Semua pelajar wajib menjelaskan yuran sekolah dan
bayarn-bayaran lain yang ditentukan oleh pihak sekolah
pada masa yang tertentu.
6.10.2 Semua bayaran hendaklah diserahkan kepada guru
tingkatan masing-masing atau kepada guru yang
bertanggungjawab dalam membuat pungutan yuran
tertentu.
6.10.3 Pelajar mesti mendapatkan resit penerimaan
bayaran daripada guru yang terlibat. Resit pembayaran
hendaklah disimpan dengan selamat untuk rujukan dari
semasa kesemasa.
6.10.4 Pihak tidak akan mengeluarkan sebarang Surat Akuan
(Testimonial) dan Surat Berhenti Sekolah kepada pelajar
yang gagal menjelaskan yuran sekolah dan sebagainya.

6.11 BUKU TEKS (SPBT)


6.11.1 Buku teks adalah percuma dan hendaklah dijaga
dengan baik oleh setiap pelajar yang menerimanya.
6.11.2 Pelajar bertanggungjawab terhadap penggantian
buku-buku yang rosak atau hilang atau membayar kos buku
tersebut.
6.11.3 Pelajar adalah dilarang sama sekali meninggalkan
buku teks SPBT dalam kelas atau di sekolah selepas waktu
persekolahan.
6.11.4 Kegagalan pelajar mematuhi peraturan akan
memungkinkan kemudahan pinjaman ini ditarik balik.

6.12 KEDAI KOPERASI SEKOLAH


6.12.1 Koperasi Sekolah hanya dibuka pada waktu
persekolahan dan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Sila
rujuk kepada papan kenyataan Koperasi.
6.12.2 Urusan pembelian hendaklah dibuat pada waktu
rehat atau selepas waktu persekolahan sahaja.
6.12.3 Pelajar yang hendak berurusan dengan koperasi pada
waktu pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran
daripada guru masing-masing.
6.12.4 Sila beratur dan senyap ketika berurusan dengan
koperasi.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

6.12.5 Urusan pembelian hendaklah dibuat dikuanter yang


disediakan. Pelajar dilarang untuk memasuki koperasi.

6.13 PENGGUNAAN TELEFON AWAM


6.13.1 Penggunaan kemudahan telefon hanya dibenarkan
pada waktu rehat atau sebelum dan selepas waktu
persekolahan.
6.13.2 Sekiranya kecemasan atau keperluan mendesak,
penggunaan kemudahan telefon awam ada waktu
pembelajaran hendaklah dengan kebenaran guru bertugas
atau guru-guru lain.
6.13.3 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan
telefon awam. Sila laporkan sebarang kerosakan kepada
pihak sekolah.

6.14 HUBUNGAN DAN KEGIATAN DENGAN PIHAK LUAR


6.14.1 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali memasuki
sebarang pertubuhan politik atau pertubuhan haram atau
ahli kumpulan sulit / haram.
6.14.2 Surat-menyurat yang dibuat atas urusan rasmi
hendaklah dirujuk kepada Pengetua.
6.14.3 Pihak sekolah berhak membuka dan memeriksa
surat-surat pelajar yang diterima dengan menggunakan
alamat sekolah.
6.14.4 Pelajar luar atau bekas pelajar tidak dibenarkan
berada di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran
Pengetua.

7.0 PAKAIAN SERAGAM


7.1 PAKAIAN PELAJAR LELAKI
7.1.1 Seluar
7.1.1.1 Seluar panjang berwarna hijau gelap atau olive
green yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
7.1.1.2 Hendaklah berpotingan biasa dan kelihatan
sopan.
7.1.1.3 Seluar jeans atau berpotongan seluar jeans tidak
dibenarkan.
7.1.1.4 Poket bahagian belakang hendaklah bertebuk
tanpa tudung. Saku tepi seluar tidak dibenarkan.
7.1.1.5 Panjang seluar hendaklah disampai buku lali iaitu
menutup sepenuhnya kedua-dua buku lali.
7.1.1.6 Buka lilitan kaki seluar ialah 40 cm hingga 44 cm
iaitu minimum 40 cm dan maksimum 44 cm.
7.1.1.7 Seluar yang ketat atau terlalu longgar tidak
dibenarkan.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

7.1.1.8 Seluar tidak boleh berfesyen atau sengaja


dikoyakkan atau dilukis.
7.1.1.9 Seluar tidak boleh dipakai di bawah pusat.

7.1.2 Tali Pinggang.


7.1.2.1 Warna hijau gelap / hitam tanpa corak.
7.1.2.2 Lebar tali pinggang tidak melebihi 3 cm atau 1
inci.
7.1.1.3 Kepala tali pinggang tidak besar, tidak berbentuk
-bentuk atau dikhaskan.
7.1.1.4 Kepala tali pinggang tidak melebihi saiz 5 cm
(panjang) X 3.5 cm (lebar)
7.1.1.5 Tali pinggang kulit tidak dibenarkan.

7.1.2 Baju Kemeja


7.1.2.3 Kemeja biasa berwarna putih, berkolar dan satu
poket di sebelah kiri.
7.1.2.4 Diperbuat daripada kain kapas atau tetron
cotton.
7.1.2.5 Butang dan jahitan mestilah berwarna putih.
Butang hendaklah dkenakan dengan kemas dan
tidak membuka dada.
7.1.2.6 Baju berlengan pendek dan tidak boleh dilipat,
tidak terlalu ketat atau terlalu longgar dan
berfesyen.
7.1.2.7 Baju ’T’ tidak dibenarkan.
7.1.2.8 Baju berlengan panjang tidak dibenarkan kecuali
Pengawas atau pemegang jawatan-jawatan khas.
7.1.2.9 Baju hendaklah sentiasa dimasukkan di dalam
seluar sewaktu berada di kawasan sekolah, dalam
perjalanan ke sekolah atau dalam perjalanan
balik dari sekolah.
7.1.2.10 Hanya singlet berwarna putih sahaja dibenarkan.

7.1.3 Rambut
7.1.4.1 Rambut hendaklah pendek (tidak melebihi 3 inci )
dan kemas.
7.1.4.2 Rambut depan tidak melebihi separuh paras dahi.
7.1.4.3 Rambut tepi tidak menutup telinga.
7.1.4.4 Pelipis (sideburn) hendaklah dipotong rata digaris
tengah telinga.
7.1.4.5 Rambut belakang nipis dan dipotong rata atau
dipotong ’slope’ dan tidak menyentuh kolar baju.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

7.1.4.6 Potongan rambut tidak boleh berfesyen ( seperti


potongan punk, berwarna, berekor, berjuntai
dihadapan dan sebagainya.)
7.1.4 Pakaian Khas
7.1.4.1 Pelajar lelaki beragama Islam diwajibkan
memakai baju kurung teluk belanga,bersongkok,
bersamping kain hitam pada hari Jumaat.
7.2 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
7.2.1 BAJU KURUNG ( BAGI PELAJAR ISLAM)
7.2.1.3 Baju kurung berwarna putih dan kain kurung
berwarna biru laut, jenis kain kapas atau tetron
cotton. (Kain jenis berkilat tidak dibenarkan).
7.2.1.4 Berbaju jalur, berlubang atau terlalu nipis tidak
dibenarkan.
7.2.1.5 Baju Kurung.
a. Berpesak
b. Leher Teluk Belanga (tradisional)
c. Labuh baju kurung hendaklah 5 cm hingga
8 cm di bawah paras lutut.
7.2.1.6 Berkancing di leher. Kancing baju hendaklah kecil
dan berwarna putih serta dijahit kekal atau
berbutang tetap.
7.2.1.7 Tidak berzip di belakang.
7.2.1.8 Kain kurung susun tepi berwarna biru laut
(turquoise) dan menutup buku lali.
7.2.1.9 Pelajar mesti memaki kain dalam yang labuh dan
simis (singlet wanita) yang tidak telus pandang.
7.2.1.10 Tudung.
a. Serkop kepala / anak tudung berwarna
putih sahaja.
b. Tudung berkain putih kosong tanpa bunga
sulaman, kaitan atau renda.
c. Labuh tudung ialah di antara pinggang
hingga ke paras punggung.
d. Pin kain tudung yang dibenarkan juga
adalah berwarna putih.
7.2.2 BLOUSE DAN PINAFORE (BAGI PELAJAR BUKAN ISLAM)
7.2.2.1 Blouse.
a. Berwarna putih kain kapas atau tetron
cotton.
b. Lengan blouse adalah potongan biasa,
tidak besar dan tidak dilipat.
c. Blouse dipakai bersama tali leher yang
diikat kemas dan rapi.
7.2.2.2 Pinafore.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

a. Pinafore berwarna biru laut atau


turquoise.
b. Labuh pinafore hendaklah 5 cm hingga 8
cm di bawah paras lutut.
c. Bentuk skirt pinafore hendaklah berbentuk
A. Tidak boleh kembang payung.

7.2.3 BARANG KEMAS / BARANG BERHARGA.


7.2.3.1 Pelajar perempuan tidak boleh memakai barang
kemas. Jika perlu dengan syarat berikut:
a. sepasang subang kecil berukuran 0.5 cm X
0.5 cm dipakai di cuping telinga bahagian
bawah.
b. Bukan anting-anting, tidak berwarna-warni
dan tidak berfesyen.
c. Jam tangan
7.2.3.2 Pelajar lelaki dilarang memakai barang kemas
kecuali jam tangan.
7.2.3.3 Tali jam tangan yang berfesyen tidak dibenarkan.
7.2.3.4 Telefon bimbit / ’handphone’ tidak dibenarkan
7.2.3.5 Barang-barang berharga tidak dibenarkan.

7.2.4 PERSOLEKAN
7.2.4.1 Pelajar dilarang memakai gincu (lipstik), mekap,
maskara dan ’eye-shadow’.
7.2.4.2 Pelajar dilarang mencukur atau mencabut bulu
kening.

7.2.5 RAMBUT (Bagi pelajar yang tidak bermini telekung)


7.2.5.1 Rambut tidak mencecah bahu.
7.2.5.2 Rambut yang panjang hendaklah diikat pada
pangkal rambut.
7.2.5.3 Reben yang boleh digunakan adalah yang
berwarna putih, biru gelap atau hitam sahaja dan
tidak berfesyen yang keterlaluan.
7.2.5.4 Penyepit rambut berfesyen dan berwarna-warni
tidak dibenarkan.
7.2.5.5 Rambut tidak boleh diwarnakan,
7.2.5.6 Rambut yang panjang dan terjuntai di hadapan
hendaklah disepit dengan penyepit rambut yang
dibenarkan.
7.3 STOKIN
7.3.2 Stokin pendek berwarna putih dan tidak melebihi setengah
betis.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

7.3.3 Mesti menutup kedua-dua buku lali.


7.3.4 Jika berstokin hendaklah berwarna putih , tidak berbelang
atau bercorak.
7.4 KASUT
7.4.2 Kasut kanvas berwarna putih
7.4.3 Kasut kanvas berjalur belang atau bercorak tidak
dibenarkan.
7.4.4 Kasut tidak melebihi paras buku lali.
7.4.5 Kasut mestilah berlidah atau bertali atau berflap.
7.4.6 Kasut kulit, kasut track sukan, boot, kasut high-cut
(hingga ke buku lali) kasut potongan ’kung fu’ dan kasut
bermuncung panjang ( long cut) tidak dibenarkan

7.5 TALI LEHER


7.5.2 Tali leher hendaklah dipakai setiap masa apabila memasuki
kawasan sekolah, sepanjang perjalanan pergi dan balik
sekolah.
7.5.3 Tali leher hendaklah dipakai dengan kemas, butang kolar
hendaklah dikenakan apabila memakai tali leher.
7.5.4 Dilarang memakai tali leher dengan terlondeh atau
setengah sahaja.
7.6 LENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMA BERSULAM.
7.6.2 Semua pelajar diwajibkan memakai tanda nama dan
lencana sepanjang masa berada di sekolah. (ada dijual
oleh pihak sekolah)
7.6.3 Lencana hendaklah dijahit:
7.6.3.1 di atas poket sebelah kiri ( untuk pelajar lelaki)
7.6.3.2 di tudung sebelah kiri (untuk pelajar perempuan
Islam) dan
7.6.3.3 di pinafore sebelah kiri (untuk pelajar bukan
Islam)
7.6.4 Lencana yang telah hilang warna atau diubahsuai tidak
boleh digunakan dan perlu diganti dengan yang baru.
7.6.5 Tandanama hendaklah dijahit di atas lencana / poket.
7.7 KUKU
7.7.2 Hendaklah dipotong pendek.
7.7.3 Tidak diwarnakan dengan sebarang pengilat kuku.
7.7.4 Hendaklah sentiasa bersih.

7.8 HAL-HAL PENAMPILAN DIRI


7.8.2 Setiap pelajar mestilah berwajah kemas dan rambut disikat
rapi.
7.8.3 Pelajar dilarang membawa sikat yang panjangnya melebihi
12 cm dan tidak kelihatan apabila diletakkan di kocek dan
tidak tajam pemegangnya.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

7.8.4 Pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata gelap /


tinted atau berbentuk luar biasa.
7.8.5 Semua pelajar dilarang mengenakan tatu (gambar atau
tulisan) pada mana-mana bahagian tubuh badan.
7.8.6 Pelajar dilarang bersolek dan dilarang membawa alat solej
ke sekolah.
7.8.7 Wajah dan perwatakan mestilah memperlihatkan sebagai
seorang pelajar sekolah.

7.9 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI.


7.9.2 Kemeja ’T’ khas PJK (ada dijual oleh pihak sekolah)
7.9.3 Seluar trek berwarna hitam (juga ada dijual oleh pihak
sekolah).

7.10 PAKAIAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH / KEGIATAN


KOKURIKULUM / KELAS TAMBAHAN.
7.10.2 Semua pelajar mesti berpakaian seragam sekolah apabila
berada di kawasan sekolah untuk menghadiri kegiatan
mingguan atau kelas tambahan.
7.10.3 Untuk kegiatan kokurikulum, pelajar dikehendaki memakai
pakaian kokurikulum yang telah dikhaskan oleh pihak
sekolah.
7.10.4 Bagi Unit Beruniform, ahli-ahli berkenaan diwajibkan
berpakaian seragam unit beruniform masing-masing pada
SETIAP HARI RABU.
7.10.5 Pelajar dibenarkan memakai pakaian rumah sukan untuk
menghadiri latihan rumah sukan.
7.10.6 Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai mini
telekung berwarna putih atau bertudung putih untuk
menghadiri Aktiviti Luar Bilik Darjah/ Kegiatan
Kokurikulum / Kelas Tambahan.

7.11 PAKAIAN PADA WAKTU-WAKTU LAIN.


7.11.2 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam
sekolah semasa menyertai lawatan anjuran sekolah atau
menghadiri sebarang aktiviti di luar sekolah anjuran pihak
sekolah.
7.11.3 Berpakaian kemas dan sesuai ketika berurusan dengan
pihak sekolah seperti meminta borang dan seumpamanya.
Pemakai pakaian yang tidak sesuai mengikut pertimbangan
pihak sekolah tidak akan dilayan.
7.11.4 Setiap pelajar mesti memakai kasut sekolah atau kasut
sukan setiap kali menyertai kegiatan di dalam kawasan
sekolah.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

7.11.5 Pelajar juga diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah


ketika datang untuk mengambil keputusan peperiksaan
PMR. Manakala pakaian yang bersesuaian untuk
peperiksaan SPM dan STPM

8.0 BARANG-BARANG LARANGAN.


8.1 Barang-barang yang disenaraikan berikut adalah dilarang dibawa
ke sekolah.
8.1.1 Rokok, ganja, dadah, mancis, ’lighter’, dan barang-barang
yang sejenis dengan nya (kategori berbahaya).
8.1.2 Benda-benda yang tajam dan berbahaya ( seperti sikat
berpemegang tajam, pisau, gunting, besi dan sebagainya).
8.1.3 Barang-barang perhiasan seperti rantai emas, rantai tali,
cincin, gelang plastik, gelang getah, dan sebagainya.
8.1.4 Sebarang jenis alat solek dan kertas tisu.
8.1.5 Radio, kaset, ’walkman’, pita video, VCD, CD-ROM,
permainan video, camera, alat elektronik yang lain.
8.1.6 Komik, majalah hiburan, majalah dan gambar lucah.
8.1.7 Liquid Paper, pen marker, gold dust, tepung gandum, dan
semua jenis cat.
8.1.8 Mercun, bunga api dan semua barang sekategori dengan
nya.
8.1.9 Chewing Gum, gula-gula dan makanan ringan (junk food),
makanan dibeli dari luar kawasan sekolah kecuali makanan
yang dibawa dari rumah menggunakan bekas makanan
plastik guna semula.
8.1.10 Telefon bimbit, pager dan semua alat
telekomunikasi.
8.1.11 Minuman keras, dan makanan yang dilarang dalam
peraturan kantin sekolah.
8.1.12 Barang-barang lain yang ditakrifkan sebagai tidak
sesuai dimiliki dan dibawa oleh pelajar sekolah.
8.1.13 Barang yang yang berkaitan dengan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual, Lukisan Kejuruteraan, Sains dan
sebagainya adalah dikecualikan sekiranya ianya termasuk di
dalam senarai barang yang dilarang.
8.1.14 Pihak sekolah akan memaklumkan jenis-jenis barang
yang dilarang dibawa atau dipakai atau digunakan dari
semasa ke semasa.
8.1.15 Pihak sekolah akan mengambil tindakan merampas
barang berkenaan sekiranya dibawa ke sekolah.
8.1.16 Hanya ibubapa / penjaga sahaja yang dibenarkan
menuntut semula barang yang telah dirampas oleh pihak
sekolah. Kebenaran ini adalah untuk kesalahan kali
pertama sahaja.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

9.0 PELAWAT / IBU BAPA / PENJAGA YANG BERURUSAN DENGAN PIHAK


SEKOLAH.
9.1 Semua pelawat termasuk ibu bapa / penjaga mesti melaporkan
diri di pondok jaga untuk mendapatkan Pas Lawatan.
9.2 Semua pelawat termasuk ibu bapa / penjaga mesti berjumpa
dengan Pengetua atau wakilnya di Pejabat Sekolah sebelum
berurusan dengan guru-guru, staf sokongan atau pelajar sekolah
ini.
9.3 Semua pelawat mestilah berpakaian kemas dan sopan semasa
berurusan dengan pihak sekolah.
9.4 Ibu bapa / penjaga yang berurusan dengan anak-anak masing
mestilah ke Pejabat sekolah. Pelawat dilarang berlegar-legar atau
pergi ke kelas anak-anak mereka.
9.5 Pihak sekolah hanya akan berurusan dengan ibu bapa / penjaga
yang sah sahaja. Ibu bapa / penjaga diminta tidak mewakilkan
urusan mereka kepada saudara-mara atau adik-beradik pelajar
yang lain.
9.6 Dalam keadaan tertentu pihak sekolah akan meminta ibu bapa/
penjaga untuk menunjukkan Kad Pengenalan sebagai bukti
pengenalan diri.

10.0 SKIM TAKAFUL PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)


10.1 Semua pelajar diwajibkan mencarum dalam skim Takaful Pelajar-
Pelajar Sekolah Malaysia.
10.2 Pihak sekolah mesti dimaklumkan oleh ibu bapa/ penjaga
sekiranya anak mereka terlibat dalam kemalangan / kematian
kerana perlindungan Takaful adalah sepanjang 24 jam dan
dimana-mana sahaja di Malaysia.
10.3 Semua pelajar yang ditimpa risiko boleh membuat tuntutan selagi
kemalangan tersebut tidak menyalahi undang-undang Malaysia.
10.4 Tatacara Tuntutan:
10.4.1 Notis Pemberitahuan Kemalangan / tuntutan
mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh
kemalangan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
10.4.2 Ibubapa / penjaga boleh membuat tuntutan terus
kepada syarikat atau melalui pihak sekolah di mana pelajar
tersebut didaftarkan.
10.4.3 Untuk memudahkan proses tuntutan dokumen-dokumen
yang berkaitan hendaklah dikemukakan iaitu:
Jenis Tuntutan Dokumen Berkaitan
A. Kematian (i) Borang Tuntutan yang diisi
lengkap.
(ii) Laporan Polis
(iii) Salinan Permit menguburkan
yang sah.
(iv) Sijil kematian yang sah.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

B. Khairat Kematian (i) Borang Tuntutan yang diisi


lengkap.
(ii) Laporan Polis
(iii) Salinan Permit menguburkan
yang sah.
C. Tuntutan Lumpuh (i) Borang Tuntutan yang diisi
Berkekalan / Terpisah atau lengkap.
hilang anggota badan. (ii) Laporan Polis

D. Tuntutan Elaun Tunai (i) Borang Tuntutan yang diisi


Hospital lengkap.
(ii) Laporan Polis
(iii) Ward Chit / Pengesahan
Rawatan bila masuk / keluar

10.4.4 Syarikat Takaful Malaysia berhak meminta dokumen-


dokumen khusus yang lain sekiranya perlu dengan kos
ditanggung oleh pihak yang menuntut.
10.4.5 Cek bayaran tuntutan akan dibuat dan dikeluarkan
atas nama pelajar atau waris hanya boleh dibuat dengan
persetujuan bertulis oleh pihak sekolah masing-masing.
10.4.6 Syarikat Takaful Malaysia Berhad tidak
bertanggungan ke atas apa-apa tuntutan yang dikemukakan
oleh mana-mana pelajar atau waris sekiranya pelajar
berkenaan tidak menjelaskan sepenuhnya bayaran
sumbangan takaful.
10.5 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan
tuntutan sekiranya ibu bapa / penjaga tidak menyerahkan
dokumen yang diperlukan dalam tempoh tuntutan dibenarkan.

11.0 HAL-HAL LAIN


11.1 Pelajar yang menjalani hukuman gantung persekolahan tidak
dibenarkan berada di kawasan sekolah sepanjang tempoh
penggantungan berlangsung.
11.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah
pada hari cuti umum dan hari cuti persekolahan kecuali dengan
kebenaran bertulis Pengetua dan disyaratkan bersama guru
pengiring.
11.3 Pelajar dilarang mengadakan sebarang majlis atau program tanpa
kebenaran pihak sekolah.

12.0 KATEGORI KESALAHAN.


12.1 KESALAHAN BERAT
12.1.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

12.1.2 Mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan


dadah.
12.1.3 Membawa, menyimpan atau menghisap bahan
tembakau.
12.1.4 Minum atau menyimpan minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan.
12.1.5 Melakukan pergaduhan atau kekerasan.
12.1.6 Memukul, mengancam, mengugut atau baidap terhadap
guru.
12.1.7 Memukul, mengancam, mengugut pengawas atau murid
lain.
12.1.8 Membawa atau menggunakan senjata atau alat
merbahaya.
12.1.9 Melakukan buli, penderaan, paksaan, pemerasan atau
peras ugut terhadap murid lain.
12.1.10 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan.
12.1.11 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam
pertaruhan.
12.1.12 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau
menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman yang
terlarang.
12.1.13 Membabitkan diri dengan kumpulan haram.
12.1.14 Mencabul kehormatan pelajar perempuan.
12.1.15 Melakukan zina, liwat, menjadi bohsia, hubungan luar
tabii.
12.1.16 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan
tidak bermoral.
12.1.17 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa
memberitahu pihak sekolah.
12.1.18 Merosakkan harta benda.
12.1.19 Membawa atau menggunakan bahan letupan.
12.1.20 Menulis atau melukis perkataan atau gambar lucah atau
melakukan perbuatan lucah.
12.1.21 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan
haram atau merusuh.
12.1.22 Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan
multimedia.
12.1.23 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan
kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.
12.1.24 Membawa atau menggunakan alat yang mengganggu
proses pengajaran atau pembelajaran atau peperiksaan
atau ujian.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

12.1.25 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara


kebudayaan yang bertentangan dengan nilai masyarakat
Malaysia.
12.1.26 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut)
selama 30 hari dan berkala (bukan berturut-turut)
selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.
12.1.27 Menjejaskan kuasa Guru Besar atau Pengetua atau guru
yang menjalankan tugas.
12.1.28 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

12.2 KESALAHAN SEDERHANA


12.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga.
12.2.2 Memiliki, menyimpan, membawa senjata atau benda
alat yang dianggap merbahaya.
12.2.3 Berjudi atau bermain permainan yang berunsurkan
perjudian.
12.2.4 Merosakan harta benda sekolah.
12.2.5 Menyalahgunakan peralatan elektrik.
12.2.6 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah.
12.2.7 Bercumbu.
12.2.8 Keluar dari sekolah tanpa kebenaran.
12.2.9 Mencuri.
12.2.10 Tidak amanah, menipu, berbohong atau meniru ketika
peperiksaan.
12.2.11 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
12.2.12 Ponteng Sekolah.
12.2.13 Mengedar, memiliki, membawa, melukis atau
mempamer bahan lucah.
12.2.14 Mengeluarkan kata lucah dan kesat.
12.2.15 Melakukan hubungan yang mencurigakan.
12.2.16 Fesyen rambut seperti punk/skin head atau fesyen lain
yang bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
12.2.17 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Lembaga Disiplin Sekolah.
12.2.18 Menconteng papan tulis, papan kenyataan dan mana-
mana bahagian sekolah.

12.3 KESALAHAN RINGAN


12.3.1 Menyimpan misai, janggut atau jambang.
12.3.2 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

12.3.3 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang


dilarang.
12.3.4 Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan
bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
12.3.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
12.3.6 Poteng kelas.
12.3.7 Bermain di kantin waktu persekolahan (kecuali waktu
rehat) tanpa kebenaran.
12.3.8 Menyimpan atau menggunakan alat permainan
kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. Menggunakan alat
hiburan atau elektronik di sekolah.
12.3.9 Tidak mematuhi peraturan makmal sekolah.
12.3.10 Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek
kecuali jam tangan.
12.3.11 Masuk bilik khas tanpa kebenaran.
12.3.12 Makan atau minum di bilik darjah pada sebarang masa.
12.3.13 Melakukan pembaziran air atau elektrik.
12.3.14 Tidak memakai pakaian sekolah dengan lengkap.
12.3.15 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran
misalnya tidak membawa buku teks, tidak membuat
kerja rumah dan lain-lain.
12.3.16 Datang lewat ke sekolah.
12.3.17 Lewat bergerak ke perhimpunan.
12.3.18 Bising dalam bilik darjah sehingga menjejaskan
ketenteraman dan mengganggu kelas yang lain.
12.3.19 Menunggang atau memandu kenderaan di dalam
kawasan sekolah.
12.3.20 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Lembaga Disiplin Sekolah.
12.3.21

12.4 KESALAHAN BIASA


12.4.1 Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
12.4.2 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
12.4.3 Tidak memberi perhatian.
12.4.4 Mengganggu kawan.
12.4.5 Keluar kelas tanpa kebenaran.
12.4.6 Mengganggu guru.
12.4.7 Tidak membawa buku.
12.4.8 Tidak membawa buku teks
12.4.9 Lewat masuk kelas
12.4.10 Bising
12.4.11 Makan dan minum dalam kelas tanpa kebenaran.
12.4.12 Mengotorkan kelas.
12.4.13 Tidak duduk setempat.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

12.4.14 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori


ini.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

KESALAHAN DAN HUKUMAN

PENENTU DAN
KATEGORI
JENIS KESALAHAN TINDAKAN / HUKUMAN PELAKSANA
KESALAHAN
HUKUMAN / TINDAKAN
Jenayah 1 Jenayah tafsiran polis du luar kawasan sekolah. 1. Siasatan polis Mahkamah
2. Jenayah tafsiran polis berlaku di luar kawasan 2. Gantung sekolah atau buang sekolah Lembaga Disiplin Sekolah
sekolah dan dimaklumkan kepada sekolah
3. Jenayah dalam konteks sekolah dan dilaksanakan
dalam kawasan sekolah seperti yang dinyatakan
dalam Buku Rekod Salah Laku

Berat 1. Salah laku seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1. Sebatan dengan rotan atau pembaris Lembaga Disiplin Sekolah
3 (a) tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi
7 kali.
2. Salah laku sederhana kali ketiga (3)

Sederhana 1. Salah laku seperti yang dinyatakan dalam jadual 3 1. Sebatan dengan rotan atau pembaris Jawatankuasa Disiplin Sekolah
(b) tidak melebihi 2 kali . Melakukan
2. Salah laku ringan kali ketiga (3) kerja-kerja kebajikan.

Ringan 1. Salah laku seperti yang dinyatakan dalam jadual 3 1. Amaran Jawatankuasa Disiplin Sekolah
(c). 2. Denda
2. Salah laku biasa kali ketiga (3) 3. Tahanan

Biasa 1. Salah laku semasa proses pengajaran 1. Hukuman/Tindakan yang adil Guru-guru
pembelajaran berlaku sama ada di dalam atau di setimpal serta bersifat mendidik
luar darja seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3 seperti nasihat, surat aku kesalahan ,
(d) bersih kelas
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

13.0 PERATURAN MAKMAL SAINS


Peraturan-peraturan berikut mesti dipatuhi oleh semua pelajar yang
menggunakan bilik-bilik makmal sain. Ini adalah untuk keselamatan
pelajar-pelajar sendiri dan juga keselamatan radas dan alatan di dalam
makmal.
13.1 Sesiapapun tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam bilik
makmal jika tidak bersama dengan guru yang berkenaan.
13.2 Jika pelajar-pelajar telah tiba terdahulu daripada guru, mereka
hendaklah beratur dengan sempurna di luar bilik makmal dan
tunggu sehingga guru datang.
13.3 Pelajar-pelajar hendaklah masuk ke bilik makmal dengan senyap
dan teratur. Mereka tidak seharusnya berebut-rebut untuk
mendapatkan tempat duduk.
13.4 Beg pelajar-pelajar mesti diletakkan di luar makmal. Tiada suatu
barang pun boleh dibawa keluar makmal.
13.5 Radas dan perkakas hanya boleh diguna setelah mendapat
keizinan daripada guru yang mengajar.
13.6 Bila membuat satu-satu ujikaji, pelajar-pelajar mestilah
membuatnya dengan senyap dan teratur mengikut peraturan
sepertimana diarahkan oleh guru. Jika tidak faham membuat
sesuatu hendaklah dengan segera meminta pertolongan atau
nasihat dari guru.
13.7 Jika berlaku sesuatu kemalangan seperti luka, terkena api atau
asid, hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.
13.8 Jika termasuk sesuatu benda yang merbahaya ke dalam mulut
hendaklah diludahkan dengan segera dan basuh mulut dengan air.
Pelajar tidak dibenarkan merasa sesuatu tanpa kebenaran dan
keizinan guru.
13.9 Kerosakan seperti paip bocor, dawai elektrik putus atau suisnya
pecah juga lain-lain alatan hendaklah dialporkan kepada guru
dengan segera.
13.10 Benda-benda pepejal jangan ditinggalkan di dalam sinki pembasuh
kerana ditakuti akan menyumbatkan saluran air atau tindakan
kimia dan lain-lain lagi.
13.11 Jangan membazirkan gas, air dan kuasa elektrik. Bila tidak
diperlukan hendaklah ditutup atau dipadamkan dengan segera.
13.12 Bilik makmal hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Perkakas di
dalam makmal mestilah sentiasa berada di tempat yang
ditentukan. Setelah digunakan hendaklah disimpan di
temapatnya. Meja dan bangku hendaklah dibersihkan setelah
membuat satu-satu ujikaji.
13.13 Jika kulit badan terkena asid atau alkali, di tempat yang terkena
itu hendaklah dibasuh dengan air.
13.14 Tidak dibenarkan merosakkan radas, alat-alatan juga benda-
benda yang terdapat dibilik makmal.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

Peringatan : Jika terdapat sesuatu kerosakan atau kemalangan di bilik


makmal kerana kesalahan pelajar itu sendiri atau lain-lain pelajar
kerana melanggar peraturan di atas, guru-guru dan pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab.

14.0 PERATURAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP


Pelajar mestilah mematuhi peraturan keselamatan di bengkel seperti
yang dinyatakan di bawah :
14.1 Pelajar tidak dibenrkan masuk atau tinggal di dalam bengkel jika
tidak bersamna guru yang berkenaan.
14.2 Pelajar-pelajar hendaklah beratur dengan sempurna di luar
bengkel sehingga guru datang.
14.3 Pelajar-pelajar hendaklah masuk ke dalam bengkel dengan senyap
dan teratur. Mereka tidak seharusnya berebut-rebut untuk
mendapat tempat duduk.
14.4 Beg-beg mestilah diletakkan di tempat yang telah disediakan.
Tiada suatu barang pun yang boleh dibawa keluar dari bengkel.
14.5 Mesin-mesin dan alat-alat hanya boleh digunakan setelah
mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar.
14.6 Semua pelajar semasa membuat kerja amali mesti memakai apron
dengan baju sekolahnya dibuka. Mereka tidak dibenarkan
memakai tali leher semasa membuat kerja amali.
14.7 Kebersihan diri adalah sangat mustahak untuk mengelakkan dari
mendapat kecacatan kulit. Untuk mengelakkan daripada
mendapat penyakit pelajar mestilah membasuh tangan dengan
bersih selepas bahan-bahan seperti asid dan bahan-bahan
beracun.
14.8 Jika berlaku sesuatu kamalangan, hendaklah melaporkan kepada
guru dengan segera.
14.9 Jangan jatuh atau tumpahkan minyak atau penyejuk di atas
lantai. Jika berlaku penumpahan, secepatnya minyak itu
hendaklah dilapkan.
14.10 Bila mengerudi atau mencanai mestilah menggunakan kaca mata
terang.
14.11 Jangan baling alat-alat dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
14.12 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bergurau dan berjalan di dalam
bengkel tanpa sebab.
14.13 Bila-bila masa pun janganlah membazirkan gas, air, kuasa elektrik
dan apa-apa bahan yang lain.
14.14 Selepas menggunakan alat-alay atau perkakas-perkakas hendaklah
dipulangkan atau diletakkan di tempat asalnya.

15.0 ARAHAN DAN PERATURAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN.


15.1 ARAHAN TETAP
15.1.1 Setiap pelajar mesti mematuhi arahan kecemasan.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

15.1.2 Latihan kecemasan akan diadakan pada masa yang


diperlukan.
15.1.3 Loceng kecemasan akan dibunyikan.
15.1.4 Pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah
diarahkan keluar dan berjalan pantas mengikut hala
yang ditetapkan seperti dalam pelan.
15.1.5 Guru-guru yang sedang berada di dalam kelas dan ketua-
ketua tingkatan hendkalah memberi arahan kepada
pelajar-pelajar supaya beratur dan bergerak pantas
mengikut arah seperti dalam pelan.
15.1.6 Kelas-kelas di aras 2, 3, dan mestilah turun mengikut
tangga yang ditetapkan.
15.1.7 Guru-guru hendaklah bergerak bersama-sama pelajar.
15.1.8 Semua guru yang tiada kelas semasa latihan dijalankan dan
kakitangan sekolah dimenta berada di tempat
berkumpul.

15.2 TINDAKAN KECEMASAN DIAMBIL


15.2.1 Kerani / sesiapa yang berada di pejabat mengambil buku
kedatangan pelajar di pejabat dan dibawa ke tempat
berkumpul.
15.2.2 Bawa bersama dompet ( beg duit)
15.2.3 Beg sekolah tidak perlu dibawa.
15.2.4 Utamakan keselamatan pelajar.
15.2.5 Guru-guru yang sedang mengajar / ketua dan penolong
ketua tingkatan mestilah berada mengikut tempat
kelas-kelas mereka berkumpul.
15.2.6 Pastikan suis lampu dan kipas telah ditutup.
15.2.7 Semak kehadiran pelajar. Ketua Tingkatan bawa bersama
senarai nama kelasatau senarai semakan kehadiran
pealajar.
15.2.8 Pastikan semua pelajar telah keluar dari kelas.
15.2.9 Laporkan sebarang kemalangan dengan segera.
15.2.10 Setiap tindakan hendaklah dilakukan dengan penuh
disiplin.
15.2.11 Ahli Jawatankuasa Keselamatan memastikan semua
pelajar serta kakitangan sekolah berada di tempat
berkumpul.
15.2.12 Pengawas membantu mengawal disiplin pelajar.

15.3 TINDAKAN SELEPAS LATIHAN KECEMASAN


15.3.1 Menyerahkan buku kedatangan atau senarai semakan
kehadiran pelajar kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan
latihan kebakaran.
15.3.2 Beratur dan bergerak semula ke kelas masing-masing.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

15.3.3 Peringatan kepada semua guru dan kakitangan sekolah


sekiranya berlaku kebakaran alat pemadam api boleh
didapati di pejabat, bilik peperiksaan, makmal sains, bilik
masakan, bengkel kemahiran hidup dan ditempat-tempat
diletakkan alat tersebut.

16.0 ARAHAN KESELAMATAN PELAJAR SEKOLAH


16.1 Arahan Keselamatan Perjalanan Pergi dan Balik dari Sekolah.

16.1.2 Sekolah hendaklah memastikan murid telah diberikan


pengetahuan dan pendedahan mengenai undang-undang
dan keselamatan jalanraya.
16.1.3 Murid-murid yang membawa kenderaan ke sekolah
hendaklah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan
oleh pihak berkuasa berkaitan.
16.1.4 Murid-murid hendaklah menggunakan jaket pantul cahaya
ketika menunggang basikal / motosikal.
16.1.5 Murid-murid hendaklah mematuhi peratuaran jalanraya.
16.1.6 Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan keselamatan
sewaktu menunggu di stesen bas dan semasa di dalam bas.
16.1.7 Murid-murid hendaklah menggunakan tempat menunggu
ketika datang dan balik sekolah.
16.1.8 Murid-murid hendaklah menggunakan laluan pejalan kaki,
laluan kenderaan yang digunakan oleh murid.

16.2 Arahan Keselamatan Murid Semasa Pengajaran dan


Pembelajaran dan Waktu Rehat.

16.2.1 Sekolah hendaklah memberi arahan tentang keselamatan


murid semasa di bilis darjah, makmal, bengkel dan bilis-
bilik khas.
16.2.2 Sekolah hendaklah mengawasi murid sebelum, semasa dan
selepas sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
16.2.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
16.2.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan
peralatan pengajaran dan pembelajaran berisiko dipatuhi.
16.2.5 Sekolah hendaklah memastikan peraturan pakaian dipatuhi
oleh murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
bengkel.
16.2.6 Sekolah hendaklah menyimpan rekod keluar masuk murid
dari kawasan sekolah semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
16.2.7 Sekolah mestilah memastikan murid tidak berada di
kawasan larangan semasa rehat.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

16.3 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Kokurikulum, Sukan


dan Permainan.

16.3.1 Sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan


keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti
kokurikulum, sukan dan permainan.
16.3.2 Sekolah hendaklah membuat pengawasan murid sebelum,
semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan
permainan.
16.3.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid semasa
aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
16.3.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan
peralatan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan
dipatuhi.
16.3.5 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan
berpakaian semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum,
sukan dan permainan.
16.3.6 Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid
yang menghadiri aktiviti kokurikulum, sukan dan
permainan.

16.4 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan dan


Perkhemahan.

16.4.1 Sekolah hendaklah menyediakan peraturan keselamatan


murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan
perkhemahan dilaksanakan.
16.4.2 Sekolah hendaklah mengadakan pengawasan keselamatan
murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan
perkhemahan dilaksanakan.
16.4.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid sebelum,
semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan
dilaksanakan.
16.4.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan
peralatan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan dipatuhi
oleh murid.
16.4.5 Sekolah hendaklah memastikan prosedur dan peraturan
berkaitan aktiviti lawatan dan perkhemahan dipatuhi.
16.4.6 Sekolah hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan
untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan berada dalam
keadaan selamat.

16.5 Arahan Keselamatan Berkaitan Penggunaan Tandas.


BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

16.5.1 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-


arahan yang dipamerkan menerusi papan tanda yang ada di
tandas.
16.5.2 Sekolah hendaklah memastikan murid tidak memasuki
tandas jika terdapat orang luar yang mencurigakan / tidak
dikenali di dalam atau di luar tandas.
16.5.3 Sekolah hendaklah memastikan murid perempuan
berteman, manakala murid lelaki berteman jika situasi
memerlukan ketika hendak ke tandas.
16.5.4 Semua murid hendaklah diperingatkan dari semasa
kesemasa tentang sebarang peraturan dan kebersihan
penggunaan tandas di sekolah.

16.6 Arahan Keselamatan Penggunaan Kantin.

16.6.1 Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di


kantin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung.
16.6.2 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-
arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah semasa
berada di kantin.
16.6.3 Sekolah hendaklah menjadualkan guru dan pengawas
bertugas ketika rehat di kantin.
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH YANG DIBENARKAN

TANDANAMA

LENCANA

TALI LEHER

SKIRT DI BAWAH LUTUT


BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH YANG TIDAK


DIBENARKAN
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH YANG TIDAK


DIBENARKAN
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

JENIS KASUT YANG DILARANG PEMAKAIANNYA


BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

PERATURAN PENGGUNAAN BEG SEKOLAH

TIDAK DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN


DIBENARKAN DIBENARKAN
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH
BUKU PANDUAN PELAJAR SMK GELANG PATAH

You might also like