You are on page 1of 4

Bil Nilai Penerangan/Definisi

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan
1 Kepercayaan kepada Tuhan
agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.

2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
6 Toleransi
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu / tanpa bergantung kepada orang lain.

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan , kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju
8 Kerajinan
dalam melakukan sesuatu perkara
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
9 Kasih Sayang
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan
11 Rasional
yang wajar.
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau
12 Kesederhanaan
perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Kasih Sayang terhadap


13 Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
keluarga
Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk
14
anggota keluarga mewujudkan keluarga yang bahagia

Mengekalkan tradisi
15 Menerima, menghormati, mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
kekeluargaan

Tanggungjawab terhadap Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,
16
keluarga meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

Menyayangi dan menghargai Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan
17
Alam Sekitar ekosistem.

Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti
18
manusia dengan alam sekitar kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

19 Kemapanan Alam Sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

Peka terhadap isu-isu Alam


20 Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
Sekitar

21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Taat Setia kepada Raja dan
22 Negara Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara

Sanggup berkorban untuk


23 Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara
Negara
Melindungi Hak kanak-
24 Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna
kanak
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan
25 Menghormati Hak Wanita
keluarga,masyarakat dan negara
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam
26 Melindungi hak pekerja
pembangunan negara
Menghormati hak golongan Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf
27
kurang berupaya mereka sebagai insan ciptaan tuhan

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
28 Melindungi hak pengguna
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

Mematuhi peraturan dan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana
29
undang-undang seseorang itu berada.
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan
30 Kebebasan bersuara
ketenteraman
Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam
31 Kebebasan beragama
perlembagaan Malaysia

Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi
32
pembangunan Negara peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma
33 Sikap keterbukaan
masyarakat Malaysia.
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa
34 Hidup bersama secara aman
mengira agama,bangsa dan budaya.
Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk
35
bekerjasama mencapai sesuatu matlamat.
Saling menghormati antara
36 Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
negara

You might also like