You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan sekumpulan murid-murid


berkeperluan khas yang mempunyai ciri ketidakupayaan dalam pembelajaran.
Mereka merupakan penyumbang terbesar bilangan murid berkeperluan khas yang
menerima perkhidmatan pendidikan khas di seluruh sekolah bantuan kerajaan.
Mereka mempunyai masalah neurologikal sehingga menjejaskan pemahaman,
penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan
bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mengikuti pelajaran
seperti pelajar lain. Justeru mereka sering menunjukkan prestasi yang tidak maju
dalam akademik. Jika dibandingkan dengan murid- murid lain dalam lingkungan
umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran.
Masalah pembelajaran yang dialami berbeza pada seorang murid dengan murid lain
(Currie & Wadlington 2002). Justeru itu, pendidikan merupakan aspek yang boleh
membantu murid bermasalah pembelajaran memperkembangkan ketidakupayaan
yang dialami.

Pelbagai definisi masalah pembelajaran telah diutarakan. Istilah tersebut


berbeza mengikut budaya dan komuniti seperti yang berikut: 1. Profesor Sam Kirk –
Kirk merupakan individu pertama yang memperkenalkan istilah masalah
pembelajaran pada tahun 1963 (Smith 2004). Kirk mendefinisi masalah
pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada
proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.
Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau
pekak) atau faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca,
menulis dan mengira adalah pada tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat
perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai
bermasalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang
upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau bermasalah

SURIANI ARIFIN 1
711214045396002
pendengaran. 2. The Individual Disabilities Education Act (IDEA) – Definisi
masalah pembelajaran yang terkandung dalam IDEA ini sangat mempengaruhi
pelaksanaan pendidikan khas di Amerika Syarikat dan 50 negara lain (Smith 2004).
IDEA telah memperluaskan definisi Kirk dengan istilah yang lebih iaitu masalah
pembelajaran spesifik. Masalah pembelajaran spesifik bermaksud “a disorder in one
or more of the basic psychological processes involved understanding or in using
language, spoken or written, which disorder may manifest itself in an imperfect
ability to listen, and to think.

Sindrom down(bahasa Inggris: down syndrome) merupakan kelainan


kromosom yang dapat dikenal dengan melihat manifestasi klinis yang cukup khas.
Kelainan yang berdampak pada keterbelakangan pertumbuhan fisik dan mental anak
ini pertama kali dikenal pada tahun 1866 oleh Dr.John Longdon Down. Karena ciri-
ciri yang tampak aneh seperti tinggi badan yang relative pendek, kepala mengecil,
hidung yang datar menyerupai orang Mongolia maka sering juga dikenal dengan
Mongoloid. Pada tahun 1970an para ahli dari Amerika dan Eropa merevisi nama
dari kelainan yang terjadi pada anak tersebut dengan merujuk penemu pertama kali
syndrome ini dengan istilah sindrom down dan hingga kini penyakit ini dikenal
dengan istilah yang sama.

Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah


merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan
manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat
seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu
hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi
ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan
jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan
kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

SURIANI ARIFIN 2
711214045396002
Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan
perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka
mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk
berjalan, perkembangan motor halus kelainan jantung(50%) dan masalah
mengeluarkan perkataan(Speech Production Difficulties) adalah yang paling ketara.
(Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Syed Yahya).
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji masalah sebutan yang berlaku di kalangan
murid-murid sindrom down.

2.0 KAJIAN LEPAS.

Menurut Abd. Rahman Hamdan (1996), pengajaran pertuturan ialah satu sesi
dimana murid-murid bermasalah pendengaran diajar bertutur dengan menggunakan
alat pertuturan (artikulasi) mereka bagi membantu mereka mengeluarkan suara dan
komunikasi secara lisan. Sesi ini mungkin berlangsung dibilik darjah dengan
bantuan peralatan yang khusus. Menurut Abdullah Yusoff (1995), pendekatan
pengajaran pertuturan memerlukan orang pekak menuturkan bahasa lisan seperti
orang biasa. Pertuturan akan membabitkan sistem fonetik, morfologi dan sintaksis.
Pendekatan ini sukar dilakukan kerana kecacatan pendengaran mempengaruhi
penerimaan bunyi dan membawa kesan kepada penghasilan bunyi, iaitu sebutan.

Pushaw (1976), Fey dan Littlewood (1986) telah mencadangkan beberapa


strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi mengatasi kanak-
kanak yang mempunyai masalah pertuturan. Di antaranya ialah tempatkan murid
berhampiran dengan guru, guru juga perlu menarik perhatian murid sebelum
memulakan pengajaran, percakapan dan arahan guru perlu jelas, perlu mengulang
arahan yang agar sukar difahami oleh murid, murid perlu digalakkan bercakap,

SURIANI ARIFIN 3
711214045396002
jangan memaksa murid untuk menghafal, elakkan murid daripada merasa tertekan,
murid perlu diajak berbincang berdasarkan topik tertentu yang berkaitan dengan
pengalaman murid, menggunakan pendekatan komunikatif dimana peranan guru
menjadi kurang dan menggunakan berbagai teknik yang melibatkan pemusatan
pembelajaran murid.

Robertson dan Rexter (1990) pula, kaedah Oral-Auditory adalah sangat


berkesan untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran menguasai pertuturan.
Latihan Auditori-Oral yang telah distrukturkan dapat membantu kanak-kanak
bermasalah pendengaran mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi
yang berterusan dan konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli
keluarga

Penguasaan kemahiran bertutur yang lemah di kalangan kanak-kanak


sindrom down akan menyebabkan kelewatan perkembangan bahasa yang
mempunyai hubung kait dengan keyakinan diri mereka dan seterusnya menghadapi
masalah untuk memahami konsep-konsep sosial.

3.0 FOKUS KAJIAN

Masalah bertutur selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak bermasalah


pendengaran namun masih terdapat ramai kanak-kanak sindrom down yang masih
belum mampu untuk bertutur dengan baik walaupun tidak mempunyai masalah
pendengaran atau kehilangan pendengaran. Bagi mendapatkan kemahiran bertutur
yang lebih baik, adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran bahasa reseptif dan
ekspresif seseorang kanak-kanak itu sebanyak mungkin.

Dalam kajian ini, penguasaan kemahiran bertutur difokuskan dengan


mendalam mengenai masalah sebutan yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah

SURIANI ARIFIN 4
711214045396002
sindrom down.Jenis masalah untuk menyebut perkataan-perkataan dikaji. Murid
yang terlibat dalam kajian ini ialah seorang pelajar sindrom down yang mempunyai
sikap echolalia. Sebutan atau perkataan yang diucapkan adalah perkataan tunggal
semasa berkomunikasi. Kajian ini menilai sebutan sewaktu pelajar down syndrom
ini berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah.
Waktu kajian dijalankan ialah waktu pengajaran dan pembelajaran yang telah
disusun dalam jadual waktu sekolah.

Pelajar ini merupakan seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun.


Sungguhpun usianya telah menjangkau usia remaja, namun percakapannya sedikit
pelat seperti kanak-kanak berusia lima tahun.Hasil daripada pemerhatian yang
dilakukan didapati pelajar ini mempunyai beberapa masalah artikulasi. Antaranya
ialah masalah penggantian iaitu bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan
dengan bunyi yang lain. Misalnya, ‘matan’ untuk ‘makan’, ‘kacut’ untuk ‘kasut’.
Selain itu, pelajar ini juga melakukan kesalahan pengguguran yang bermaksud
menghilangkan sesuatu bunyi konsonan dalam perkataan. Pengguguran boleh
berlaku di permulaan, tengah atau akhir perkataan. Contohnya : ‘idung ‘untuk
‘hidung’· Kesalahan yang juga dilakukan oleh pelajar ini ialah pengubahan yang
terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya.
Contohnya untuk perkataan ‘susah’, konsonan ‘s’ disebut dengan henbusan angin
yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut misalnya
‘sssyusyah’·

3.1 Profil murid.

Latar belakang murid.

Murid yang terlibat dalam kajian ini merupakan seorang murid perempuan
sindrom down yang berusia 13 tahun. Beliau bersekolah di sebuah sekolah dalam
daerah Melaka Tengah dalam kelas integrasi bermasalah pembelajaran atau lebih

SURIANI ARIFIN 5
711214045396002
dikenali sebagai Program Pendidikan Khas Integrasi. Walaupun usianya telah
menjangkau usia remaja, namun percakapannya sedikit pelat seperti kanak-kanak
berusia lima tahun. Namun begitu, Maisarah masih boleh berinteraksi dengan rakan-
rakan dan gurunya tanpa sebarang masalaah. Ini kerana walaupun pelat,
percakapannya masih boleh difahami.

Maklumat murid.

Nama Murid : Maisarah binti Abdul Hadi(bukan nama sebenar)

Kelas : Anugerah 3(Program Pendidikan Khas Integrasi)

Tarikh Lahir : 20 Oktober 1997

Umur : 13 tahun

Jantina : Perempuan

Tempat Lahir : Hospital Besar Melaka


Alamat : No.30 Lorong 26, Taman Seri Telok Emas, 75460
Melaka
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pernu
Darjah/ Kelas : Anugerah 3
Tinggi : 125cm
Berat : 21kg
Hobi : Mewarna gambar

SURIANI ARIFIN 6
711214045396002
3.2 Instrumen kajian.

JADUAL 3.1 Skala rujukan instrumen

Skala Peringkat Ciri-ciri


3 Baik i. Sebut suku kata atau perkataan dengan jelas
ii. Sebutan tepat dan mudah difahami
iii. Kelancaran atau kelantangan dalam
pertuturan
2 Sederhana i. Boleh sebut tetapi tidak jelas
ii. Pertuturan kurang lancar atau tersekat-sekat
iii. Pertuturan difahami tetapi terdapat
kelemahan dalam diskriminasi bunyi

1 Lemah i. Pertuturan tak lancar dan kurang difahami


ii. Berkomunikasi dengan menunjukkan
sesuatu dan menggunakan kepala sahaja

Jadual 3.1 menunjukkan skala rujukan bagi menggunakan instrumen senarai semak
pemerhatian yang dijalankan oleh penguji.

Bil Perkataan 1 2 3
1. AYAH
2. EMAK
3. KAKAK
4. AYAM
5. BASIKAL

Rajah 3.2 menunjukkan contoh senarai semak yang digunakan semasa pemerhatian
dengan dibantu oleh kad-kad gambar. (Rujuk lampiran)

SURIANI ARIFIN 7
711214045396002
4.0 PROSEDUR KAJIAN

4.1 Langkah pelaksanaan

Sebagai permulaan, pemerhatian dilakukan ketika proses pengajaran dan


pembelajaran (p&p)dilakukan. Saya mendengar dengan teliti patah-patah perkataan
yang Maisarah sebutkan. Jika terdapat kesalahan sebutan, saya akan mengulang
semula perkataan tersebut dan meminta Maisarah menyebutnya semula. Di samping
itu, saya mengenal pasti jenis kesalahan sebutan tersebut dan membuat catatan.
Selain waktu p&p, saya juga membuat pemerhatian ke atas Maisarah ketika dia
berinteraksi dengan rakan-rakannya.

Setelah membuat pemerhatian, saya menyenaraikan senarai semak perkataan


(20 patah perkataan) sebagai instrumen kajian. Saya meminta Maisarah
menyebutkan 10 perkataan pada sesuatu masa. Terlebih dahulu, saya menyebutkan
perkataan tersebut dengan jelas supaya boleh diikuti dengan betul oleh Maisarah.
Pemarkahan diberikan berdasarkan ketepatan sebutan dengan merujuk kepada skala
yang ditetapkan.

Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan interaktif. Melalui pendekatan


interaktif ini, saya cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap
tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara
yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa Maisarah sedang
bermain, makan, atau semasa pergi ke kantin dengan menggunakan bahasa dan
sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk
merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak lebih banyak bertutur. Justeru,

SURIANI ARIFIN 8
711214045396002
sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi
perbendaharaan kata mereka.

5.0 LAPORAN KAJIAN


5.1 Dapatan kajian.

Analisis kesalahan sebutan

Dalam masalah sebutan terdapat tiga item yang diperhatikan iaitu:


a) Menggugurkan bunyi huruf konsonan samada di awal, tengah ataupun akhir
perkataan
b) Menggantikan bunyi tertentu dengan bunyi yang lain
c) Pertuturan tidak jelas

Hasil dapatan kajian melalui pemerhatian menunjukkan kanak-kanak sindrom


down cenderung untuk melakukan kesilapan artikulasi jenis penggantian,
pengubahan dan pengguguran. Perkataan-perkataan yang dibantu dengan gambar-
gambar yang terdapat dalam item instrumen menunjukkan kekerapan kesilapan
artikulasi ini berlaku dan secara keseluruhan kanak-kanak down sindrom gagal
untuk menyebut kebanyakan suku kata perkataan dengan tepat.

Hasil dapatan kajian melalui instrumen senarai semak pula mendapati hampir
ke semua perkataan tidak dapat disebut dengan tepat. Dapatan kajian menunjukkan
responden mencapai peringkat lemah iaitu hanya tiga daripada 20 dalam item yang
diuji dapat disebut dengan betul.

Melalui dapatan kajian ini juga, kanak-kanak sindrom down yang diuji
menunjukkan kelemahan dalam aspek sebutan. Hasil daripada instrumen ujian
sebutan dan senarai semak item masalah sebutan, banyak suku kata yang

SURIANI ARIFIN 9
711214045396002
mempunyai huruf konsonan samada di awal, tengah ataupun hujung gagal disebut
dengan tepat.

5.2 Cadangan membantu.

Hasil daripada kajian dan pemerhatian yang dilakukan, didapati perlu banyak
lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan semasa berlakunya sesi pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah pengajaran guru hendaklah bertema dan bertumpu
akan benda yang pernah dilihat, didengar dan dirasai oleh murid. Sebagai contoh,
sekiranya guru ingin mengajar tentang haiwan contohnya harimau, pastikan bahawa
murid pernah melihatnya. Guru boleh membawa para pelajar ke zoo untuk
memberikan kanak- kanak itu pengalaman melihat harimau secara lebih dekat. Jika
tidak dapat berbuat demikian, guru bolehlah menayangkan video haiwan tersebut.
Pengalaman seperti ini bukan sahaja mendatangkan keseronokan kepada murid
malah menjadi motivasi kepadanya untuk menyebut dengan betul patah-patah
perkataan yang diucapkan. Langkah-langkah seperti ini perlu disesuaikan dengan
tahap mental murid supaya aras perkembangan bahasa pelajar khasnya kemahiran
bertutur meningkat seiring dengan perkembangan kognitif mereka. Kaedah ini
disokong oleh pendapat Boo Poong Ying dan Ragbir Kaur (1998) yang
mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu
menimbangkan perkara-perkara berikut:

i. Pengajaran dan pembelajaran perlulah mudah lentur atau fleksibel iaitu


memenuhi keperluan murid.
ii. Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan
supaya murid tidak bosan atau hilang minat pada pengajaran.
iii. Guru perlu memberi lebih tekanan kepada pengajaran secara kumpulan atau
individu.

SURIANI ARIFIN 10
711214045396002
iv. Guru perlu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
melalui isi pengajaran yang lebih bermakna, berkesan dan seronok kepada
murid.

Olson dan Platt (1992) menyatakan bahawa kaedah pengajaran penguasaan


kemahiran amat berguna untuk mengajar kemahiran asas, konsep-konsep dan fakta-
fakta. Antara teknik yang berkesan ialah:

i. Teknik latih tubi, guru memberikan latihan berulang kali kepada murid
supaya murid benar-benar menguasai kemahiran
ii. Teknik bercerita, bertujuan untuk menambahkan pembendaharaan kata
murid teutamanya dalam masalah sebutan

Jika dilihat pada aspek pengajaran, guru perlu merangka dan menyusun
strategi yang sesuai dalam P&P. Kesemua pendekatan pengajaran perlu dikaji dan
diadaptasikan dalam setiap sesi pengajaran mereka. Guru perlu banyak bercakap dan
berinteraksi dengan pelajar supaya memupuk tali silaturrahim yang erat dan supaya
mereka berasa selesa dengan para guru. Pendekatan pelajaran secara individu juga
boleh digunakan kerana kita sedia maklum bahawa tahap kognitif pelajar berbeza.
Sebagai contoh, guru boleh mengajar secara individu bagi menjalankan aktiviti
latihan pemintal lidah seperti berikut:

Contoh:

i. Masalah menyebut fonem /p/


Pandang pandan tepi pagar depan padang

SURIANI ARIFIN 11
711214045396002
Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut
sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada
bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya. 

Menurut Blair (1988), kebolehan kanak-kanak menceritakan sesuatu yang


didengarinya merupakan satu perkara yang positif dalam usaha untuk
memperkembangkan kemahiran bertutur mereka. Seperti aktiviti pemerhatian
senarai semak, iaitu bercerita, guru boleh melaksanakan aktiviti tersebut sebagai
aktiviti yang berkesan membantu kemahiran bertutur murid.

Selain itu, guru juga harus menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai
dan menarik bagi mendapatkan minat murid untuk belajar. Guru juga boleh
menggunakan bahan-bahan berteknologi seperti komputer dan LCD dalam P&P
mereka. Hal ini supaya pelajar-pelajar sindrom down dapat mengenalpasti dan
mengecam sesuatu benda secara realistik. Sebagai contoh, sekiranya guru ingin
menunjukkan kuda yang sedang berlari atau kereta yang sedang berlumba, guru
boleh menggunakan LCD untuk menunjukkan benda-benda tersebut secara lebih
nyata.

Semasa P&P, guru juga boleh menyelitkan pelbagai bunyi-bunyi harian yang
biasa di dengar oleh para pelajar sindrom down. Guru boleh menguji dengan cara
membunyikan bunyi-bunyi tersebut kemudian menyuruh pelajar memberitahu
apakah bunyi tersebut. Sekiranya pelajar dapat menjawab dengan baik maka kosa
kata pelajar berasa dalam keadaan memuaskan. Kesemua responden yang diuji
mempunyai tahap perbendaharaan kata yang memuaskan tentang bunyi.

Di samping itu, pengajaran guru hendaklah jelas dan mempunyai objektif


yang khusus di akhir pengajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran khususnya
down syndrome harus diajar dan dimahirkan dengan cara pengurusan diri yang betul

SURIANI ARIFIN 12
711214045396002
dan perkara-perkara rutin harian mereka. Sebagai contoh subjek kemahiran hidup
amat sesuai untuk kanak-kanak ini. Di dalam subjek ini, mereka di ajar cara
menggunakan wang dengan betul seperti membeli makanan di kantin, cara
menyediakan makanan secara ringkas dan sebagainya. Subjek ini adalah teras
kepada kebolehan mereka berdikari kelak. Di samping melakukan aktiviti-aktiviti
ini, guru boleh mengulang sebut perkataan-perkataan tertentu dan meminta murid
mengulangnya semula. Secara tidak langsung, murid-murid down syndrome ini
dapat meningkatkan kemahiran bertutur mereka tanpa merasa tertekan.

6.0 RUMUSAN

Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami


masalah dalam kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk
mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka.Guru-
guru pendidikan khas perlu menjana minda secara kreatif dan inovatif untuk
menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih sesuai dalam menangani masalah
ini. Apa yang lebih penting lagi, guru perlu memahami masalah yang dihadapi
pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

SURIANI ARIFIN 13
711214045396002

You might also like