You are on page 1of 19

Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini

mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam


rahim.

Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-
kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan
membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Minggu ke-3 - Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen
janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan
bergabung.

Minggu ke-4 - Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula
bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm =
sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang
serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar
yang membawa darah daripada jantung).

Minggu ke-5 - Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm
dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem
saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta
rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk
organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem
peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan
endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati,
pankreas dan pundi kencing.

Minggu ke-6 - Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat
janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat
dikesan.

Minggu ke-7 - Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk
dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan
tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung,
bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang
nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa
jelas lagi.

Minggu ke-9 – Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci.
Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi
bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya.
(Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Minggu ke-10 - Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu
dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai
persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Minggu ke-11 - Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan
mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula
terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau
perempuan semasa membuat imbasan.

Minggu ke-12 - Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan
tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz
bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga
semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.
Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko
keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada
masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang
masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13 - Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain.
Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh
mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu
mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam
badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.
( Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-
kurangnya 2-3 kali sehari)

Minggu ke-14 - Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh
mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita.
Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat
nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil
akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa
hamil.
( Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam
keadaan yang selesa)

Minggu ke-15 - Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari.
Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26.
Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh
menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan
jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah
meningkat.
( Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan
simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses
kelahiran kelak.)

Minggu ke-16 - Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa
sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang
secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14.
Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar
bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Diolah dari : www.mengandung.com/newsletter/


nora.z’s blog

:: rencahnya hidup tak semua yang kita inginkan akan kita miliki ::

:: 40 Minggu Yang Ajaib ::


July 21, 2008 at 1:49 pm · Filed under Uncategorized

Minggu 1

Bayi

Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan
kehadirannya di dalam rahim.

Anda

Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid
folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan
janin seperti spina bifida.

Minggu 2

Bayi

Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari
ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh
pada endometrium.

Anda

Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid
folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan
bayi yang sihat.

Minggu 3

Bayi

Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen
mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Anda

Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun
terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan
kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
Minggu 4

Bayi

Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya
mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Anda

Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan
ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan

Minggu 5

Bayi

Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya
masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi
akan bertukar menjadi jantung.

Anda

Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti
seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Minggu 6

Bayi

Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang
menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran
darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya
dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Anda

Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk
lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan
mengelupas.

Minggu 7

Bayi

Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan
lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir
terbentuk.

Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika
terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga
mudah berasa letih.

Minggu 8

Bayi

Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.
Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar
denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai”
bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak
membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda

Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah
sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi

Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga
dengan kaki dan tangannya.

Anda

Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat
badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh
perubahan hormon.

Minggu 10

Bayi

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-
jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda
berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang
ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu
mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12

Bayi

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun
naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan
jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap
ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda

Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu
ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding
minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13

Bayi

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa
menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya
hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa
perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna
bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas
kelihatan.

Minggu 14

Bayi

Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini
semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada
kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda

Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan
minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini,
keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada
sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan
berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Minggu 15

Bayi

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan.
Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya.
Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling
jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga
perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika
ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya
mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Bayi

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus.
Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah
boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga
semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam
kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama,
garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin
menyerlah.

Minggu 17

Bayi

Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina.
Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Anda

Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang
semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut.
Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang
biasa.

Minggu 18

Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga
sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang
demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Anda

Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda
juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam
hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya.
Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Minggu 19

Bayi

Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai
terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga
muncul.

Anda

Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah
antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan
pada muka anda.

Minggu 20

Bayi

Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya
daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Anda

Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain.
Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada
sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini
masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon
yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut
kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak
berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21

Bayi

Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika
anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan
terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat.
Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan
menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22

Bayi

Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah
mula mendengar bunyi dari luar.

Anda

Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya
seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut
diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23

Bayi

Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Anda

Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil
khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu 24

Bayi

Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan
jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa.
Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di
luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa
ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Anda

Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis
pada minggu ini.

Minggu 25

Bayi

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga
semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali
cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak
cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Anda

Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau
dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri
dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Minggu 26

Bayi

Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke
dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik.
Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut
usia kandungan.

Anda

Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan
rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan
mula menekan jantung dan paru-paru.

Minggu 27

Bayi

Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan
satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa

Anda

Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis
dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan
kesihatan berada di tahap normal.

Minggu 28

Bayi

Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir
pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak
150 degupan seminit.

Anda

Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak
selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi
mengelakkan rasa melekit.
Minggu 29

Bayi

Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula
sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus
tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Anda

Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa
tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang
betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa
selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 30

Bayi

Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Anda

Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda
akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam
juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31

Bayi

Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda

Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti
bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas,
pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi

Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih
banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap
berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan
pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi

Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika
ini, bayi mula berlatih bernafas.

Anda

Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat
lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan
kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi

Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu
mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya
janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Anda

Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi
pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi

Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi
kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Anda

Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama
pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa
yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula
pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi

Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda
ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula
pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda

Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan
yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap
minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi

Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan
cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Anda

Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan
selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses
kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu
untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi

Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Anda

Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda
cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti
tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan
itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi

Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi
daripada ibu.

Anda

Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan
biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke
hospital.

Minggu 40

Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat.
Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Anda

Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut,
pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan
takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

~maksud hadith~

Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah
jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya

Permalink

4 Comments »
   sumaiyyah wrote @ December 28th, 2009 at 3:30 pm

sya sgt berminat pada artikel ini.boleh emailkan pada sya…

   Ainul MM wrote @ February 4th, 2010 at 5:19 pm

Sangat berguna kepada bakal-bakal ibu. Terima kasih di atas informasi yang diberikan.

   sharidah md isa wrote @ August 5th, 2010 at 5:13 pm

wah………mmg sgt berguna..besarnye nikmat kejadian tuhan..nnt emailkan kt saye ye..

   siti mariam wrote @ September 20th, 2010 at 5:26 pm

ALLAH maha pencipta..

Your comment
Name __('(required)')

E-Mail (Required, not published )


Website

Submit

HTML-Tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del
datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


  

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31  
 Meta
o Log in

o Entries RSS

o Comments RSS

o WordPress.org

Search

 Tags
adab Add new tag akhlak anak api neraka azab da derhaka doa dosa engkar iman isteri Kesihatan
maaf makhluk manusia Mati nafsu nasihat neraka pahala puasa rezeki rindu sabar Sakit

solat soleh suami syurga syurga. doa syurga; nasihat; manusia; doa wanita

 Recent Posts
o :: Sabar Mencerminkan Keimanan ::

o :: Wasiat Jangan Ditangguhkan ::

o :: Istimewanya Madinah ::

o :: Nikmat Bersin, Bahana Menguap Tanpa Tutup Mulut ::

o :: Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong ::

 Blogroll
o Berita Harian

o Blog YB Dato’ Seri Khaled Nordin

o CEUPACS

o DBP

o eKL

o IIUM Endowment Fund

o IslamonLine

o JAIS.my

o K.U.R.N.I.A - IIUM

o Kementerian Sumber Manusia

o MyGovernment

o MyMetro

o Mynz:Flicker

o PKPK-GAKUM, 2009

o Tourism Malaysia

o WordPress.com

o WordPress.org

 Popular posts
o :: 40 Minggu Yang Ajaib ::

o :: Baiki Cara Solat Khas Untuk Perempuan ::

o :: Fadilat Hari Jumaat ::

o :: Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki ::

o Barah Pangkal Rahim

o :: Bagaimana Cara Menghindarkan Suami dan Isteri dari Curang ::

o :: Indahnya Dhuha Itu! ::

o :: Doa Barang Hilang Dapat Semula ::

o :: Rahsia Perempuan ::

o :: Surah Yassin.... Tazkirah Jumaat ::

 Powered by FireStats

 Categories
o Alumni

o Himpunan Hadith

o Ingatan

o Jumaat

o Kesihatan

o Kisah Rasul

o Pedoman: Al-Qur'an

o Renungan

o Syair/Sajak

o Uncategorized

 Archives
o October 2010

o September 2010

o August 2010

o July 2010

o June 2010
o May 2010

o April 2010

o March 2010

o February 2010

o January 2010

o December 2009

o November 2009

o October 2009

o September 2009

o August 2009

o July 2009

o June 2009

o May 2009

o April 2009

o March 2009

o February 2009

o January 2009

o December 2008

o November 2008

o October 2008

o September 2008

o August 2008

o July 2008

o June 2008

o May 2008

o April 2008

 Credits
Theme: Fjords by Peterandrej
WPMU Theme pack by WPMU-DEV.

You might also like