You are on page 1of 7

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Asrama Putera,
Sekolah Kebangsaan Parit,
32800 Parit,
Perak.

23 Julai 2008.

Kehadapan bonda yang dirindui yang kini berada di Jerteh, Terengganu


semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Bonda,
Untuk pengetahuan bonda, tujuan anakanda menulis surat ini adalah
untuk meminta keizinan daripada bonda untuk menyertai ekspedisi ke Gua
Tempurung. Ekspedisi ini dianjurankan oleh pihak sekolah dan tarikh ekspedisi
adalah pada 5 Ogos hingga 6 Ogos 2008.

Saya berharap bonda memberikan keizinan dan menandatangani borang


kebenaran yang anakanda lampirkan. Selain itu, anakanda ingin meminta sedikit
wang sebanyak RM 100 untuk perbelanjaan semasa ekspedisi nanti.

Untuk pengetahuan bonda, ekspedisi ini bertujuan untuk mengenali


keindahan alam dan keadaan di dalam Gua Tempurung. Semasa era keganasan
komunis gua tersebut telah menjadi tempat persembunyian komunis daripada
pemburuan pihak tentera British.

Oleh itu, anakanda berharap agar bonda dapat mengizinkan anakanda


mengikuti ekspedisi tersebut. Anakanda berjanji akan menjaga diri dengan baik.
Sekian buat kali ini, sambutlah salam rindu daripada anakanda yang jauh.

Sekian, wasalam.

Anakandamu,
Farhan
1 Apakah aktiviti yang ingin disertai oleh Farhan?

A Menangkap komunis
B Anjuran pihak sekolah
C Ekspedisi Gua Tempurung
D Meminta keizinan daripada ibu

2 Bilakah aktiviti itu diadakan?

A 5 Ogos 2008
B 6 Ogos 2008
C 5 Ogos hingga 6 Ogos 2018
D 5 Ogos hingga 6 Ogos 2008

3 Nyatakan objektif ekspedisi ini?

A Mengisi masa lapang


B Menikmati keindahan alam
C Menikmati keindahan gua dan alam
D Membantu pihak British menangkap komunis

4 Mengapakah penulis memerlukan wang?

A perbelanjaan
B Perbelanjaan sekolah
C Perbelanjaan alat tulis
D Perbelanjaan semasa ekspedisi

5 Berdasarkan perenggan kedua, yang manakah menggambarkan sikap penulis?

A Jujur
B Prihatin
C Bersopan santun
D Bertanggung jawab

Jawapan

1 2 3 4 5
C D C D D
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Jamili Bin Ismail,


No. 25, Kampung Sungai Korok,
32800 Parit,
Perak.

3 April 2008.

Menemui saudaraku yang saya rindui selalu. Apa khabar saudara


di samping keluarga? Kami di sini sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat
ini adalah untuk menceritakan sambutan hari kantin di sekolah saya.
Untuk makluman saudara, pada minggu lepas sekolah saya telah
mengadakan hari kantin . Pada tahun ini, saya dan rakan-rakan sekelas turut
melibatkan diri dalam menjayakan program tersebut.
Kami telah bersetuju untuk menjual burger dan saya telah dilantik menjadi
ketua. Pada peringkat awal, kami telah berbincang untuk mengagihkan tugas
masing-masing.
Semasa hari kantin, gerai kami telah mendapat sambutan yang
menggalakkan. Oleh sebab itu, kami terpaksa memesan tambahan bekalan roti
dan daging burger. Gerai kami menjadi tumpuan kerana rasa burger kami lain
daripada yang lain.
Untuk pengetahuan saudara, gerai kami beroleh keuntungan yang
memberangsangkan. Keuntungan sebanyak RM280.00 telah kami agihkan
kepada semua yang terlibat.
Kami berasa sungguh gembira kerana mendapat pengalaman baru
tentang aktiviti berniaga. Saya berharap agar saudara dapat menceritakan
suasana hari kantin di sekolah saudara pula.

Sahabatmu,
Jamili
1 Apakah tujuan surat ini ditulis?
A Bertanya khabar
B Tentang jualan burger
C Menceritakan tentang keuntungan
D Menceritakan sambutan hari kantin

2 Di manakah program hari kantin di jalankan?


A Sekolah Jamili
B Sekolah Jamali
C Sekolah saudara
D Sekolah Amin

3 Apakah yang dijual oleh penulis semasa hari kantin?


A Burger
B Burger Otai
C Burger kami
D Ramli Burger

4 Bagaimanakah untuk menarik perhatian pembeli pada hari kantin?


A Melayan pelanggan dengan baik
B Menjual barangan yang berlainan
C Berbincang tentang pengagihan tugas
D Melakukan pembaharuan kepada menu jualan

5 Mengapakah program hari kantin penting kepada murid-murid di sekolah?


A Mengisi masa lapang
B Menambahkan pengalaman
C Menjadikan murid-murid sebagai peniaga
D Mendedahkan murid kepada ilmu perniagaan

Jawapan

1 2 3 4 5
D A A D D
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutn

Blok A – 4 – 4,
Kampung Ayer Tawar,
22200 Besut,
Terengganu.

23 Julai 2008.

Menemui sahabatku Azman yang kurindui selalu. Diharapkan saudara


sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar
dan menceritakan pengalaman baru saya.
Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama
masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.
Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.
Di samping itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang selok-
belok kehidupan nelayan. Pada pagi hari cuti sekolah, saya pergi ke pantai untuk
melihat nelayan-nelayan turun ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya
menunggu nelayan – nelayan pulang dengan membawa ikan-ikan segar.
Selain itu, masyarakat di sini kebanyakannya ramah dan tidak lokek
dengan senyuman. Saya mudah mendapat kawan-kawan baru dan
kebanyakannya bersekolah satu sekolah dengan saya. Mereka sering membantu
saya untuk memahami loghat Terengganu.
Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan
rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran malah saya
sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru di sini juga baik-baik belaka
dan selalu memberikan nasihat dan peransang kepada saya.
Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa
menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap
saudara sudi membalas surat saya dan bercuti di sini.

Sahabatmu
Amirull
1 Mengapakah penulis mengutus surat?

A Bertanya Khabar
B Menceritakan pengalaman
C Bertanya khabar dan menceritakan pengalaman
D Menyatakan kerinduan penulis kepada sahabatnya

2 Berdasarkan petikan, di manakah tumpuan nelayan mencari rezeki?

A Laut lepas
B Laut China Selatan
C Luar Pantai Terengganu
D Pantai Kampung Ayer Tawar

3 Apakah yang dapat dipelajari oleh penulis berkaitan dunia baharunya?

A Mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan


B Sekolah berhampiran dengan rumah
C Menunggu nelayan pulang
D Mendapat ikan-ikan segar

4 Nyatakan sumbangan penulis di sekolah baharunya?

A Membantu pustakawan menyusun buku


B Membantu guru-guru mengemas bilik guru
C Membantu rakan-rakan yang lemah
D Membantu guru disiplin

5 Pilih pernyataan yang benar tentang diri penulis.

A Kera sumbang
B Keras hati
C Tangkai jering
D Baik hati

Jawapan

1 2 3 4 5
C B A C D

You might also like