TZ10103
UMS
Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu mengambil kira keadaan dankehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidangkurikulum merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains,kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Ini bertujuan memenuhi keperluan dalam sistemmasyarakat supaya ilmu kontan dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahapyang paling asas iaitu kanak-kanak di sekolah rendah. Pendidikan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran kendiri, perhubungan dengan individuserta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat kenegaraan yangtinggi.Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementeria Pendidikanmemperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapankurikulum itu adalah sukatan pelajaran. Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungankurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar.Oleh itu, guru merupakan agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkankurikulum kepada para pelajar di sekolah.Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru mengetahui dengan lebihterperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang digunapakai dalam sistempendidikan di negara kita.
2.1 SEJARAH KURIKULUM PENDIDIKAN SEKOLAHRENDAH
Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama SekolahRendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Denganitu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajahInggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi jugatelah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan jugakurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum BaruSekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduandalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuatmenyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR).