Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
70Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Ratings: (0)|Views: 7,490|Likes:
Published by John Chong

More info:

Published by: John Chong on May 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/21/2014

pdf

text

original

 
TZ10103
U M S
TOPIK 4: ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAHRENDAH__________________________________________________
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;
PENGENALAN
Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah beroperasi secara menyeluruh di sekolah.Pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada semua aspek pendidikan yang disyorkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yangbertanggungjawab, sering diperkatakan oleh berbagai-bagai golongan masyarakat. Bahkan jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi lain dalam mana-mana masyarakat pun,sekolah lebih banyak mendapat perhatian dengan pelbagai kajian, analisis, perbincangan dan juga kritikan. Orang ramai sama ada mempunyai anak yang sedang belajar di sekolah atautidak, terlalu peka terhadap apa yang berlaku di sekolah kerana mereka merasakan bahawasekolah adalah organisasi yang menjadi milik mereka bersama. Justeru itu, mereka seringmelahirkan rasa ketidakpuasan hati melalui media massa, dalam majlis-majlis mesyuarat,seminar, dialog dan sebagainya, termasuklah juga dalam perbualan seharian.1.
 
Memahami konsep organisasi kurikulum sekolah rendah.2.
 
Memahami peranan organisasi kurikulum sekolah rendah dalam pencapaianmatlamat dan objektif pendidikan negara.3.
 
Mengaplikasikan pengurusan yang efektif dalam organisasi kurikulumsekolah rendah.4.
 
Mengetahui organisasi kurikulum sekolah rendah dan peranan sekolah dalammelaksanakan kurikulum.
 
TZ10103
U M S
Bila sekolah diperkatakan maka sudah tentulah Pentadbir menjadi bahan dan sasaran kritikandan sungutan tersebut. Ini kerana mereka menganggap bahawa kekurangan dan kelemahansesebuah sekolah itu adalah berpunca dari kelemahan dan kekurangan pengurusan dan jugapentadbirannya dari aspek organisasi kurikulum sekolah rendah. Dengan itu dapatlah dilihatbetapa beratnya beban tugas dan tanggungjawab seorang Pentadbir dan guru-guru sekolahyang memainkan pelbagai peranan seperti seorang pemimpin, pengurus, pentadbir, pengelola,perancang, penyelia, pengawal, penilai dan sebagainya dalam menjayakan kurikulum sekolahrendah dengan organisasi yang mantap. Tugas dan tanggungjawab ini kian hari kian mencabarke arah positif untuk pentadbir di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, JabatanPelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan seterusnya kepada para guru.Dalam konteks negara kita hari ini cabaran tersebut menjadi lebih hebat lagi denganwujudnya perkembangan dan peluasan pendidikan dalam jangkamasa beberapa tahunkebelakangan ini. Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, Pentadbir dan guru-gurumemikirkan bagaimana hendak meningkatkan kualiti prestasi atau pencapaian murid-muridnya dalam bidang akademik dan dalam peperiksaan awam tetapi juga mesti memberipertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian matlamat dan FalsafahPendidikan Negara keseluruhannya yang seharusnya dijelmakan dalam semua bentuk perancangan dan tindakan yang dilakukannya.Maka, organisasi kurikulum sekolah rendahmemainkan peranan yang penting untuk melicinkan pencapaian matlamat dan objektif pendidikan negara kita.Prestasi sesebuah sekolah biasanya dihubungkaitkan dengan prestasi Pentadbir sebagaiseorang pemimpin, pengurus, pentadbir dan pendidik. Pengurusan sekolah yang baik dankewujudan iklim organisasi kurikulum sekolah rendah yang sesuai serta kondusif denganpengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kualiti kepimpinan, kewibawaan dankemampuan Pentadbir. Dalam banyak hal Pentadbir merupakan orang yang paling pentingdan berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau bertanggungjawab bagi semua kegiatan yangberlaku di sekolah dan sekitarnya. Kepimpinannya menentukan arah organisasi kurikulumsekolah rendah, gaya sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme guru-gurudan darjah keprihatinan mereka terhadap kesan pembelajaran kepada murid-muridnya.
 
TZ10103
U M S
Pentadbir juga merupakan orang perantaraan utama organisasi kurikulum sekolah rendah diantara sekolah dan masyarakat dan cara yang ditunjukkannya dalam kemampuan dankedudukannya yang sedemikian, sebahagian besar menentukan sikap ibu bapa dan muridterhadap sekolah. Jika sesebuah sekolah itu berkemampuan menjadi tempat yang dapatmemberi peranan kepada murid mempunyai reputasi yang terbaik mengikut kemampuannya,maka orang boleh menyatakan dengan tegas bahawa kepimpinan Pentadbir itu merupakankunci kejayaan. Sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah, pengurusan sekolah bukansahaja sangat luas, tetapi unik dan kompleks. Di sekolah rendah berbagai-bagai kegiatandirancang dan dilaksanakan, yang diarahkan kepada pencapaian matlamat mendidik murid-murid supaya menjadi manusia yang sempurna, seimbang dan harmonis dari semua segi:intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial yang dicernamelalui tiga bidang asas kurikulum iaitu komunikasi, alam dan manusia dan perkembanganindividu.Kegiatan-kegiatan itu boleh digolongkan kepada dua bidang utama dalam organisasikurikulum sekolah rendah. Pertama ialah bidang kurikulum, yang dilaksanakan melaluipengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kegiatan-kegiatan begini memerlukan suasanaiklim dan keadaan yang sesuai, kondusif dan menyumbang terhadap pencapaian matlamatpendidikan. Bidang yang kedua ialah kegiatan pengurusan dan pentadbiran yang dilakukanuntuk menyumbang ke arah menyedia dan mewujudkan suasana dan iklim yang diperlukanitu. Walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan tetapi tidaklah pula semestinyatidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik disokong oleh pengurusanyang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan.
4.1 DEFINISI SEKOLAH
Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar,tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusatmenimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolahrendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiapkategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan.
Pra Sekolah
bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun.
Sekolah Kebangsaan
atau
Sekolah Rendah
bagi peringkat usia 7hingga 12 tahun.
Sekolah Menengah
bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala

Activity (70)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
manupsipjj liked this
sia_ching_1 liked this
pejalbone liked this
Jiun May liked this
Arin Omar liked this
Nur Azzriena liked this
Mahadi Ibrahim liked this
Sharimah Shafie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->