You are on page 1of 10

02/2

Bahasa
Melayu
PSPT
Kertas 1 dan 2
2011

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

PEPERIKSAAN SELARAS

PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN TIGA

BAHASA MELAYU

KERTAS 1 DAN KERTAS 2

SKEMA JAWAPAN
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN SELARAS PERTENGAHAN TAHUN 2011
JABATAN PELAJARAN PERAK.

Bil. Jawapan Rujukan


1. A segak- sesuai untuk lelaki-tampan
2. B Mengalas – sarapan sekadar menghilangkan lapar.
3. A Kebolehan- kecekapan/keupayaan.
4. D Menganyam-menjalin silang menyilang.
5. D Cendekiawan- bijak pandai.
6. D Jalan Buntu-kata majmuk.
7. C Menghadiahi–kata kerja berimbuhan men.. i -diikuti dengan objek bernyawa.
8. B Kasalahan Kata Kerja – sepatutnya menerima , mendapat.
9. A Kesalahan Sendi Nama – sepatutnya dari ( merujuk kepada masa atau waktu).
10. D Tiada Kesalahan
11. A Kesalahan Kata Bilangan ( Ke-15 )- ejaan
12. D Tiada Kesalahan
13. D Tiada Kesalahan
14. B Memeterai –mengecap ( sepatutnya meraikan)
15. B I-masih basah, II –sepatutnya lambat. III- tidak rancak, IV-sepatutnya lambat
16. C I – sepatutnya negara asal, II-bukan tempatan,III- bukan dari dunia ini.IV-sudah
menjadi kebiasaan.
17. C I – mengalir dengan deras dan banyak, ii –datang dengan banyaknya.III-datang
dengan banyaknya,IV- sepatutnya merenjis
18. C Selepas Kata Bilangan Jamak –kata nama tidak perlu digandakan.
19. C Kata Sendi Menerangkan Tempat-dari
20. D Cinta akan negara- Kata Adjektif Bersifat Emotif perlu diikuti dengan KSN
21. B Ayat Pasif – Kata Ganti Nama Diri Pertama (kami) dalam ayat pasif diletakkan
sebelum Kata Kerja..
22. A Maksud yang tepat- ayat cakap ajuk kepada cakap pindah.
23. C Maksud yang hampir sama- ayat biasa kepada ayat songsang.
24. D Maksud yang hampir sama-ayat cakap ajuk kepada cakap pindah
25. A III-di sepatutnya pada (merujuk masa),IV- dipercepatkan- sepatutnya
dipercepat( kata adjektif)
26. B I-ayat tidak gramatis,II-penempatan-sepatutnya tempat.
27. C IV- sejak zaman berzaman-sejak berzaman atau zaman berzaman ( zaman yang
berterusan / dalam jangka masa yang lama.
28. C Peribahasa- menguji persamaan maksud peribahasa
29. B Peribahasa- Situasi
30. A Peribahasa- Menguji Maksud Secara Terus
31. B Jawapan tiada dalam petikan
32. D Jawapan dalam petikan
33. D Tempoh mama berada di rumah majikan( pagi hingga selepas solat zohor)
34. C Menjaga keperluan anak-anak majikan
35. A Tema- ketabahan hati seorang ibu.
36. C Makna kata
37. A Maksud rangkap ketiga
38. B Metafora –bermaksud pelbagai fikiran.
39. C Nilai - bersatu padu ( ayat kita menjadi kita bersama)
40. B Tema- kepentingan dan peranan bahasa
SKEMA KERTAS 2

BAHAGIAN A
RINGKASAN DAN PEMAHAMAN
( 30 MARKAH )

Bahagian A(i): Ringkasan :20 markah


Perkara yang perlu diberi perhatian:

a. Menandakan kesalahan bahasa seperti penandaan karangan


b. Peringkatkan markah pelajar ikut kriteria di bawah;

Markah Bahasa : 10 markah

Peringkat Markah Deskripsi


 Bahasa lancar
 Menggunakan ayat sendiri
Cemerlang 09-10  Penanda wacana yang sesuai
 Ejaan/tanda baca betul
 Bahasa baik dan lancar
Baik  Masih menggunakan ayat sendiri
06-08  kesalahan ejaan/tanda baca yang minimum.
 Bahasa kurang lancar
Memuaskan  Kesalahan bahasa yang ketara
03-05  menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih
 Penguasaan bahasa yang lemah
Penguasaan Minimum 01-02  Menyalin petikan.

Markah isi: 10 markah


Bilangan isi Markah
5 09-10
4 07-08
3 05-06
2 03-04
1 01-02

Bahagian A(i) : Ringkasan


Cadangan isi : cara-cara meningkatkan tahap kesihatan

1. Janganlah kita makan mengikut rasa dan selera sehingga menimbulkan mudarat kepada badan.
2. Kita mesti mengambil makanan seimbang setiap hari.
3. Pengetahuan tentang piramid makanan boleh membantu kita menguruskan pengambilan makanan
yang betul.
4. Kita juga perlu memastikan kebersihan makanan yang dimakan.
5. Pengambilan makanan segera seperti ayam goreng atau kentang goreng perlu dikurangkan.
6. Kita perlu juga melakukan senaman untuk meningkatkan tahap kesihatan.
7. Pemeriksaan doktor secara berkala.
8. Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap kesihatan kita.
9. Kita perlu memastikan kebersihan makanan
Bahagian A(ii) : Soalan pemahaman

Soalan 1 : maksud kata/rangkai kata : 2 markah

Markah Deskripsi
2 markah - maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 markah - maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
- maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja
- hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata
0 markah -maksud tidak tepat mengikut konteks

Soalan 2 : Soalan pemahaman petikan : 4 markah

Markah Deskripsi
4 markah - isi cukup serta lengkap dan ayat gramatis
3 markah - isi cukup serta lengkap tetapi ayat kurang gramatis
2 markah - isi kurang dan ayat kurang gramatis
1 markah - isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
0 markah - isi tidak mengikut tugasan

Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir : 4 markah

Markah Deskripsi
4 markah - isi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
3 markah - isi relevan mengikut tugasa tetapi ayat kurang gramatis
2 markah - isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah - isi kurang relevan tetapi ayat kurang gramatis
0 markah - isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

Bahagian A(ii): Pemahaman

1. Apakah maksud rangkai kata menimbulkan mudarat ? (2 markah)

- menyebabkan bahaya / membangkitkan bahaya / mendatangkan bahaya- 2 markah.


- menimbulkan bahaya/menyebabkan mudarat - 1 markah

2. Mengapakah kita perlu menjalani pemeriksaan doktor secara berkala?


. - supaya kita dapat mengesan sebarang penyakit lebih awal. [2m]
-dapat mengambil langkah pencegahan / langkah pencegahan akan menjadi lebih mudah[2m]
(4 markah)
3. Pada pendapat anda, apakah cara-cara terbaik untuk menggalakkan masyarakat
mementingkan penjagaan kesihatan? (4 markah)
- Sebaran maklumat melalui media massa,media cetak dan elektronik. [2m]
- Kempen amalan gaya hidup sihat/ makan makanan seimbang.[2m]
- Senamrobik perdana. [2m]
- Ceramah kesihatan/mendapatkan rawatan di klinik 1 Malaysia[2m]
* Mana-mana jawapan sesuai diterima.
BAHAGIAN B
KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
( 20 MARKAH )

PERINGKAT / MARKAH CIRI-CIRI KARANGAN

A ( 16 – 20 )  Penggunaan kata dan ayat gramatis.


 Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
 Terdapat kesalahan yang kecil dalam penggunaan kata.
 Isi tepat berdasarkan tugasan dan huraian berkembang.
 Pengolahan menarik dan berkesan.

B ( 11 – 15 )  Penggunaan kosa kata tepat


 Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang kecil.
 Isi masih tepat dan huraian kurang dikembangkan.
 Pengolahan menarik.

C ( 6 – 10 )  Penggunaan kosa kata terhad.


 Kesalahan ejaan dan tanda baca ketara.
 Isi kurang tepat berdasarkan tugasan.
 Pengolahan tidak menarik.

D(1–5)  Penguasaan bahasa tidak cekap.


 Isi kabur dan tidak berkaitan dengan tugasan.

Arahan Soalan :

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, huraikan pendapat anda
tentang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Tugasan : Punca-punca berlakunya pencemaran alam

Pendahuluan :

Definisi pencemaran alam.

Cadangan isi:

1. Pembakaran terbuka – pencemaran udara.


2. Pembuangan sampah ke sungai – pencemaran air.
3. Pelepasan asap oleh kilang-kilang – pencemaran udara.

Kesimpulan :

Cadangan- elakkan pencemaran untuk kesejahteraan.


BAHAGIAN C
KARANGAN RESPON TERBUKA
( 40 MARKAH )

PERINGKAT PENCAPAIAN DESKRIPSI

 Penggunaan pelbagai ayat.


 Penggunaan dan tanda baca yang betul.
 Isi relevan dengan huraian yang jelas.
 Pengolahan menarik serta berkesan.
A ( 34 – 40 )  Pemerengganan dan format menepati kehendak tugasan.
 Terdapat penggunaan ungkapan menarik.

 Penggunaan pelbagai ayat majmuk.


 Penggunaan ejaan dan tanda baca betul.
 Penggunaan kosa kata luas.
B ( 27 – 33 )  Isi relevan, huraian jelas berserta dengan contoh.
 Pengolahan menarik, pemerengganan sesuai.
 Terdapat penggunaan ungkapan menarik.

 Penggunaan ayat majmuk.


 Terdapat kesalahan yang minimum .
 Penggunaan kosa kata umum.
 Isi relevan dan huraian masih jelas.
C ( 20 -26 )  Pengolahan masih menarik dan pemerengganan sesuai.
 Penggunaan ayat mudah dan kesalahan yang minimum.
 Terdapat kesalahan yang ketara.
 Isi masih relevan tetapi huraian tidak jelas.
 Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai
D ( 13 – 19 ) dan format kurang tepat /format bercampur aduk.

E ( 01 – 12 )  Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat


yang tidak gramatis.
BAHAGIAN C ( KARANGAN RESPON TERBUKA ) – 40 MARKAH

CADANGAN JAWAPAN

1. Sukan membawa pelbagai kebaikan dan faedah kepada golongan pelajar.


Bincangkan faedah sukan kepada pelajar.

a) Format : Tiada.
b) Pendahuluan :
 Sukan merupakan aktiviti yang menggunakan fizikal dan mental.
 Disertai oleh semua golongan mengikut kesesuaian
 Di sekolah – satu murid satu sukan.
c) Cadangan Isi :
 Menyihatkan tubuh badan
 Mencungkil bakat terpendam
 Peluang menyertai pelbagai pertandingan
 Memupuk semangat berpasukan
 Membantu kecemerlangan akademik
 Memupuk daya saing yang sihat
 Mengisi masa lapang
d) Kesimpulan:
Sukan memberi faedah kepada golongan pelajar. Oleh itu, penyertaan pelajar dalam
bidang sukan amat digalakkan.

2 Cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang adalah dengan
meluangkan waktu bersama-sama keluarga.
Jelaskan cara-cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang

a) Format : Tiada
b) Pendahuluan :
 Pelajar banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah semasa cuti.
 Sepatutnya cuti sekolah yang panjang boleh dimanfaat dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
c) Cadangan isi :
 Membantu keluarga melakukan kerja rumah – contoh membersihkan rumah, menolong ibu
membuat kerja dapur, berkebun dll.
 Bercuti bersama keluarga – berkelah, makan angin dan membeli-belah dll.
 Menghadiri program-program yang boleh membantu meningkatkan prestasi akademik –
contoh kem motivasi, kelas tambahan, kelas tuisyen, kelas fardhu ain dll.
 Terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan badan-contoh bersukan dan riadah.
 Menyertai aktiviti-aktiviti sosial – contoh menyertai aktiviti rakan muda, gotong-royong–
peribahasa yang sesuai ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.
d) Kesimpulan :
 Sekiranya masa cuti yang panjang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah – akan
mendatangkan manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
 Kaitkan dengan mana-mana peribahasa atau kata-kata hikmat – contoh masa itu emas.
3 Sebagai pengerusi persatuan belia, anda amat prihatin dengan peningkatan kadar
kemalangan jalan raya di tempat tinggal anda.
Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan dengan mengemukakan cadangan untuk
mengatasi masalah tersebut.

a) Format : Surat Kiriman Rasmi


b) Pendahuluan:
 Format - surat rasmi
 Tajuk – “Cadangan untuk Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di
Tempat Tinggal”
c) Cadangan Isi:
 Membaik pulih jalan raya yang telah rosak.
 Mengadakan ceramah atau kempen yang dapat membantu memberi kesedaran kepada
pengguna.
 Penguatkuasaan undang-undang – supaya pengguna akan mematuhi peraturan.
 Rondaan pihak berkuasa untuk mengelakkan pengguna melanggar peratuaran.
c) Kesimpulan :
 Harapan – masalah dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.
 Ucapan terima kasih atas perhatian pihak berkenaan.

4 Anda sebagai ketua pelajar sekolah telah diminta untuk memberikan syarahan tentang
cara-cara mengelakkan diri daripada dadah.
Sediakan syarahan tersebut selengkapnya.

a) Format: ceramah
b) Pendahuluan :
 kata alu-aluan kepada hadirin
 menyatakan tajuk syarahan ‘cara-cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan dadah’.
c) Cadangan isi :
 Pandai memilih rakan – kerana rakan sebaya boleh mempengaruhi perlakuan seseorang.
 Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah -bersukan, riadah, kelas tambahan.
 Mempunyai hubungan yang erat dengan keluargan – merujuk segala masalah kepada
keluarga, mendengar nasihat ibu bapa dan lain-lainl.
 Merujuk segala masalah yang dihadapi kepada guru / guru kelas / guru kaunseling.
 Mendekatkan diri dengan Allah – contoh jangan meninggalkan sembahyang, mengerjakan
ibadahh-ibadah sunat dan lain-lain..
d) Kesimpulan :
 Kaitkan dengan kata-kata hikmat :Dadah musuh Negara
Dadah membawa padah
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara
5 Peribahasa , ‘ Bagai menatang minyak yang penuh’ sering dikaitkan dengan seorang
anak yang sangat dikasihi dan dimanjakan oleh keluarga.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Format : bebas
Diharapkan pelajar dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa ‘Bagai
menatang minyak yang penuh’.

SOALAN BAHAGIAN D – 10 MARKAH ( KAJIAN NOVEL )

a. Peraturan Pemarkahan
i . Jawapan berdasarkan novel Tingkatan 1 atau Tingkatan 2.
ii . Satu keistimewaan - 1 markah.
iii. Satu peristiwa/contoh – 1 markah
iv. Markah isi maksimum – 6 markah.
v. Markah bahasa maksimum – 4 (secara impression)
vi. Maksimum markah keseluruhan – 10 markah.

Markah isi – maksimum 6


markah keistimewaan Peristiwa/contoh
2 / /
1 / X
0 X /
0 X X

CADANGAN JAWAPAN

Novel Watak Utama Keistimewaan

(a) Zarina seorang yang amat menghormati ibu bapanya.


Aku Anak Zarina - sentiasa mentaati dan mengingati pesanan ibu
Timur
bapanya untuk menjaga maruah diri.
(b) Zarina seorang yang berani.
- bertindak berani demi menyelamatkan maruah
dirinya yang hampir diperkosa oleh rakan Nick.
(c) Zarina seorang yang tegas.
- mempertahankan adat dan budaya timurnya
walaupun dia berada di negara barat dan berkawan
dengan Niek yang berbeza adat dan budaya.
Jawapan-jawapan lain yang sesuai boleh diterima
(a) Hassan memiliki ilmu kebatinan dan kepahlawanan yang
Kapten Hassan Kapten Hassan tinggi Berjaya membunuh 54 orang komunis
(b) Hassan berani berjuang bermati-matian menentang musuh
khasnya komunis.
(c) Berjaya membunuh komunis di ladang getah Water Fall
setelah berjuang dengan penuh kesungguhan dan
keberanian.menggagalkan perjumpaan ketua-ketua pengganas.
(a) Hassan patuh dan taat kepada agama Islam
tidak tergoda akan kecantikan Ah Kiew/Ah Moi yang sengaja
menggodanya.
Jawapan-jawapan lain yang sesuai boleh diterima

SELAMAT BERJAYA

You might also like