You are on page 1of 5

Isu- isu

Pendidikan
Khas
1. Sokongan daripada pihak pengurusan dan
pentadbiran sekolah
• Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi
layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan
khas sebagai golongan kelas kedua.
• Kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang
pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti
peperiksaan awam di mana ia akan menjatuhkan graf
peperiksaan awam sekolah.
• Cadangan: Program pendedahan Pogram Pendidikan Khas
terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
dikalangan semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-
sekolah yang baru membuka program ini dan juga pihak
pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan
khas terutamanya Guru Besar atau Pengetua sekolah.
2. Pembangunan fizikal sesebuah sekolah
 Tidak mengikut keperluan murid pendidikan khas.
 Boleh dilihat pada sekolah-sekolah lama dan juga pembukaan
program PKBP semata-mata untuk memenuhi keperluan
pertambahan murid di sesebuah kawasan sekolah itu. 
 Masalah ruang - Ruang yang diperuntukan adalah satu baris
blok bangunan sekolah di mana setiap satu kelas atau lebih
dikenali sebagai stesen menempatkan tiga buah ‘kelas’ yang
setiapnya terdiri daripada enam hinggah lapan orang murid.
 Bilangan murid dalam satu stesen adalah kurang sesuai dan
agak sesak bagi murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran yang mana ada diantara mereka mengalami
masalah Hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi.
 Murid – murid seperti ini memerlukan satu ruang yang agak
luas bagi membantu mereka dari segi perkembangan emosi
serta perubahan tingkah-laku mereka. 
3. Kesediaan guru
 Kekangannya- ada diantara guru yang kurang berkemahiran atau tidak tahu
bagaimana menangani atau menyediakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih spesifik kepada masalah pembelajaran yang lebih
spesifik bagi setiap murid tersebut.
 Kebanyakkan guru yang sudah lama mengajar terdiri daripada mereka yang
bukan opsyen pendidikan khas dan hanya mengikuti  beberapa kursus di awal
penglibatan mereka dalam program ini.
 Kurangnya alat bantu mengajar yang sesuai serta boleh mengembangkan
kemahiran murid juga boleh menjadi faktor kelewatan penerimaan murid
terhadap pembelajaran.
 Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan pendekatan seperti mana murid
kelas perdana cuma tahap pengajaran direndahkan sesuai dengan murid.
 Pendekatan latih tubi ini sesuai bagi dikalangan murid yang sudah boleh
memegang pensel, mengenal nombor atau huruf asas.
 Bagaimana pula dgn murid Autisma yang hanya dengan dunianya. Tidak mahu
terlibat langsung dalam sebarang aktiviti pembelajaran dan datang ke sekolah
hanya kerana dihantar oleh ibubapa dan juga sudah menjadi kebiasaannya
bangun setiap pagi dan ke sekolah.
4. Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar diantara pihak
Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan Pihak
Bukan Kerajaan (NGO) 
 seperti The National Autism Society of Malaysia (NASOM), KIWANIS, Sri
Mengasih serta pihak swasta yang lain.
 Pihak NASOM misalnya sebuah NGO yang pakar dalam melatih kanak-
kanak Autisme yang pada kebiasaanya alat mereka lebih canggih dan
terbaru.
 Perkongsian kepakaran dan maklumat diantara pihak NGO dengan Jabatan
Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh membantu dalam
mengurangkan masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan
mengajar di sekolah-sekolah khas.  Perkongsian secara berterusan ini juga
perlu bagi pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri mendapatkan
maklumat untuk memberikan alternatif kepada ibubapa dalam
menempatkan anak mereka ke pusat latihan di NGO.
 Ini kerana terdapat beberapa ibubapa hanya melihat sekolah – sekolah
kerajaan sebagai tempat mereka menyekolahkan anak mereka sedangkan
anak mereka memerlukan lebih perhatian serta terapi pertuturan atau
pergerakkan.

You might also like