Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ULASAN BUKU MOTIVASI 1

ULASAN BUKU MOTIVASI 1

Ratings: (0)|Views: 2,027|Likes:
Published by Junainah M. Buang

More info:

Published by: Junainah M. Buang on May 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/14/2013

pdf

text

original

 
ULASAN BUKU MOTIVASI (REVISITING HOW TO SELLYOURSELF)
Penerbit edisi Malaysia: Advantage Quest Publications, Puchong (dengan izin The Career Press, Inc., USA)Tahun cetak: 2009Jumlah muka surat: 256Harga di rak: RM29.90Tarikh beli: 24.11.10
Sinopsis
 Buku ini mengandungi 16 bab, tidak termasuk bahagian pengenalan dan lampiran. Pengarangnyaseorang pakar runding wawancara media, persembahan profesional, komunikasi saksi bicara dimahkamah dan segala yang berkaitan dengan penyampaian mesej. Pengarang berpendirian bahawakomunikasi bersemuka tidak mungkin dapat digantikan oleh kecanggihan teknologi jaringan terkini.Murid sekolah tidak menjadi lebih baik hanya kerana dibekalkan komputer pada setiap mejamereka. Sebaliknya kualiti generasi masa hadapan lebih kuat dipengaruhi faktor kasih sayang,perkongsian dan perhatian ibu bapa, guru dan pentadbiran sekolah. Aktiviti pembelajaran di bilikdarjah tidak akan lapuk dek panas, tidak lekang dek hujan.Inti pati buku ini ialah tentang cara penghantar "menjual" mesej komunikasi kepada penerima.Antara perkara yang perlu dijual ialah kompetensi, jati diri (
likability 
), keyakinan, isyarat yangbetul, keluaran, keterangan, pendapat, kepimpinan dan nasib baik. Pendek kata, komunikasibersemuka bermula dengan membuka mulut bagi menjual idea atau mesej supaya dapat diterima.
 
 Pengarang menekankan tentang penggunaan ayat-ayat yang jelas, ringkas dan mudah difahami olehkhalayak. Ayat yang berbunga-bunga, meleret-leret dan penuh dengan istilah yang janggal akanmemesongkan perhatian khalayak. Jika bercakap kepada sekumpulan khalayak, pastikan bahawapakaian dan cara pergerakan yang teratur, sepertimana saranan berpakaian untuk berjaya (
dress for success
).Seorang yang hendak menjual mesej komunikasi yang baik umpama seorang pencerita yang dapatmenangkap imaginasi khalayak menerusi visualisasi perkataan. Butiran cerita mereka akan lebihdiingati berbanding dengan angka, carta, graf, dan analisis stastistik. Malah, pada tahun 2007ketika meraikan ulang tahun ke-20
M
i
crosof 
t
PowerPo
int
, salah seorang pengasasnya sendirimengatakan bahawa
PowerPo
int
ialah alat komunikasi yang hebat, tetapi digunakan dengan buruksekali:
PowerPo
int
sekadar menjadi pembunuh komunikasi!Pengarang juga menulis bab (8) yang khusus tentang komunikasi guru di bilik darjah. Disebabkanguru bertemu dengan murid saban hari, mereka hendaklah sentiasa menampilkan kesegaran setiapkali masuk ke bilik darjah, bagaikan kali pertama bersua muka dengan murid. Perjuangan gurumemupuk pembelajaran pada akhirnya ialah proses menjual mesej komunikasi sehingga berjaya.Kebanyakan subordinat dalam organisasi akan mengeluh apabila diarah menghadiri mesyuarat yangdikendalikan oleh orang yang membosankan, tidak terancang, tidak mematuhi agenda dan tidakselesa. Mesyuarat yang berjaya perlukan pengerusi yang jelas tentang peranan setiap anggotamesyuarat, dan bukan hal-hal peribadi. Masa anggota mesyuarat jangan dibazirkan, iaitu bermulatepat pada waktunya dan berakhir dengan cepat sebaik sahaja semua agenda diselesaikan.Isu anugerah khidmat cemerlang dan naik pangkat sering menjadi bahan gosip dan pertikaian.Pengarang berpendapat bahawa dalam keadaan biasa, orang yang disukai oleh pembuat keputusanmemiliki peluang yang lebih besar. Hal itu dikategorikan sebagai "nasib baik" (baca:
reze
ki
- pe
n
u
li
s
bl
og
) yang ditulis dalam bab 15.Buku ini sangat bermanfaat kepada sesiapa yang berhasrat untuk memajukan diri dalam komunikasiyang menjadi asas penting kemahiran interpersonal. Dalam era kepintaran berpasukan lebihdipentingkan daripada kepintaran individu, kejayaan menjual sesuatu mesej komunikasi wajibdiberi perhatian. Kita perlu mempelajarinya.
N
ilai Pengetahuan
 1 Kemahiran Interpersonal2 Perancangan komunikasi3 Analisis persekitaran komunikasi4 Motivasi kendiri
Aplikasi p & p
 Guru hendaklah peka terhadap elemen komunikasi yang mampu memastikan bahawa mesej berjayadijual kepada murid. Begitu juga dengan tahap komunikasi murid ditingkatkan dari masa ke masa
 
supaya matlamat pembelajaran tercapai secara optimum. Di tangan guru yang memiliki kepekaankomunikasi yang tinggi, momentum pembelajaran sentiasa dapat disegarkan...
ULASAN BUKU PEDAGOGI KOMSAS (BOOK REVIEW:PROFESSIONAL KNOWLEDGE)
Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku sebagai tambahan bagi melengkapkan kursusdalam perkhidmatan (Ladap) berasaskan sekolah diperkenalkan mulai tahun ini. Nisbah bacaan4:2:1 merujuk kepada komponen bacaan bidang pengetahuan profesionalisme, kemahiranprofesionalisme, serta amalan / nilai profesionalisme keguruan. Bagi maksud dokumentasi danpembentangan, format di bawah telah ditetapkan, dan penulis blog (PB) memberikan satu contohpenyediaannya.1 Nama Guru:2 Judul:Teknik Mengajar KomsasBidang:Pengetahuan Profesionalisme  4 Tarikh Pembentangan: Masa:6 Tempat Pembentangan:SinopsisBuku setebal 184 muka surat ini dibahagikan kepada 24 bab. Kecuali bab 1 dan bab 2, 

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
mac6168 liked this
osmanjanggut liked this
Kamariah Sinin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->