You are on page 1of 2

PERUTUSAN

PENGARAH PELAJARAN NEGERI  TERENGGANU

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU

PERINGKAT SEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2011

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YANG BERUSAHA PENGETUA-PENGETUA, GURU-GURU BESAR, GURU-GURU


PENOLONG KANAN, GURU-GURU, KAKITANGAN SOKONGAN, PENGERUSI DAN AJK
PIBG, IBU BAPA / PENJAGA DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya sekali lagi kita warga Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan
sekolah negeri Terengganu dapat  menyambut Hari Guru 2011.  Sudah menjadi amalan dan tradisi kepada
kita warga pelajaran di seluruh pelusuk negara meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap
tahun.  Sambutan ini adalah merupakan penghargaan dan penghormatan kepada warga guru negeri ini
sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara di mana jua berada atas budi, jasa dan
keringat dalam usaha membangunkan modal insan terbilang, Melestarikan Pendidikan Terbilang
Negeri Anjung Ilmu.

Hari ini kita merayakan Hari Guru 2011 yang bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan
Negara dalam usaha Melestarikan Pendidikan Terbilang Negeri Anjung Ilmu.   Saya amat yakin
bahawa warga guru hari ini diraikan dengan penuh kehormatan dalam suasana negeri Terengganu
mencatat pelbagai kejayaan dalam pendidikan terutamanya mencatat keputusan cemerlang dalam
Peperiksaan Awam.  Saya dengan rasa bangga, salam perjuangan pendidikan dan salam mesra
persahabatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru.  Saya merasa terharu dengan
semangat juang dan pengorbanan gigih para guru kerana telah berjaya meletakkan pendidikan
Terengganu di mercu kejayaan.  Hasil kejayaan demi kejayaan menerusi pendidikan, maka warga guru
hari ini telah mendapat tempat di hati pemimpin, ibu bapa dan ahli masyarakat. 

Marilah kita meneruskan kerja-kerja mulia menitis ilmu menggalas agenda Melestarikan Pendidikan
Terbilang menerusi penghayatan keagamaan, budaya kerja integriti, budaya kerja berprestasi tinggi dan
budaya kerja pencapaian hasil berganda serentak memasyarakatkan guru dan memasyarakatkan murid 
sebagai pemangkin dan pelengkap bagi mempastikan pendidikan Terengganu sentiasa pertama dan
teratas.

Bersama-samalah kita mengangkat tinggi kecemerlangan pendidikan Terengganu merealisasikan agenda


Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Semoga kita bersama-sama menghayati dan menyahut cabaran
pendidikan masa kini dan akan datang dengan penuh syukur dan sabar dalam menunaikan amanah
pendidikan terbilang Terengganu Negeri Anjung Ilmu.  Saya berdoa semoga segala kerja buat
persekolahan dan pendidikan para guru hendaknya diberkati, dirahmati dan menjadi ibadah. Syabas,
tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga guru.                                                                 

Sempena perayaan Hari Guru 2011, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah melaksanakan Program
Memasyarakatkan Guru, Memasyarakatkan Murid yang melibatkan warga guru, pemimpin masyarakat,
ibu bapa, ahli masyarakat dan warga murid serentak seluruh negeri pada 13 Mei 2011 yang lalu.  Aktiviti
utama program ialah gotong royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan Islam.  Pada tahun ini,
sebanyak 22 buah masjid seluruh negeri Terengganu telah dipilih untuk melaksanakan program ini. Saya
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini.

Sempena Hari Guru 2011 juga, saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin masyarakat, PIBG, ibu
bapa dan ahli masyarakat atas pengorbanan dan sumbangan ikhlas kepada kemajuan dan kecemerlangan
pendidikan negeri Terengganu.  Pada kesempatan ini juga saya menyeru kepada warga murid negeri
Terengganu agar belajar dengan lebih gigih dan berterusan untuk kecemerlangan pendidikan diri serentak
memartabatkan pendidikan Terengganu.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua Pengetua, Guru Besar dan
seluruh warga sekolah  negeri Terengganu kerana telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Perayaan
Hari Guru Peringkat Sekolah  sempena Hari Guru 2011.

Sekian dan wassalam. 

RAZALI BIN DAUD

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Pejabat Pengarah Pelajaran

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

16 Mei 2011

You might also like