/  12
 
KARYA KLASIK:HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
NAMA : SITI YUSRINA BINTI MOHD YUSOFNO. MATRIK : JEA 080139NAMA PROF. : DR. AMRAN MUHAMMAD
SESSI 2008/2009SEMESTER 1AKADEMI PENGAJIAN MELAYUUNIVERSITI MALAYA
 
PENGENALAN
Kesusasteran hikayat merupakan suatu bentuk sastera yang dihasilkan melalui cerita-cerita rekaan yang berbentuk khayalan dan imaginasi. Struktur sastera hikayat dibinamelalui rentetan pelbagai peristiwa yang dasar hubungannya merupakan watak atauwatak-watak yang sama. Perkataan hikayat berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud “pelbagai sejarah”. Kesusasteraan hikayat merupakan cerita-cerita rekaanyang berunsur naratif, mendukung sifat hiburan dan didaktik. Kesusasteraan hikayatterdapat dalam bentuk prosa dan puisi. Kesusasteraan hikayat dalam sastera Melayutradisional terbahagi kepada tiga kelompok iaitu berunsur Hindu, Hindu-Islam dan Islam.Struktur cerita hikayat ini agak kompleks. Ceritanya bermula dengan pengenalan watak-watak yang melalui pelbagai peristiwa yang akhirnya wira/watak digambarkan dapatmengatasi segala rintangan dan seterusnya hidup bahagia. Daripada peristiwa-peristiwayang melibatkan watak utam inilah kita memperoleh pengajaran dan pendidikan moralyang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Kesusasteraan hikayat juga menyelitkanunsur-unsur agama tanpa mengambil kira kesesuaiannya.
 
SINOPSIS
HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
Hikayat Ahmad Muhammad bermula dengan kisah bapa Ahmad Muhammad iaituMaharaja Pendeta keluar bertapa di sebuah gua di Darul Kaeh dengan tujuan bertapasupaya kedua-dua anaknya Ahmad dan Muhammad dimuia dan dikasihi di dunia danakhirat. Ahmad dan Muhammad terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila DewiPermaisuri, ibu kepada Ahmad dan Muhammad menghantar kedua-duanya menunututilmu. Mereka dihadiahkan burung pancawarna untuk menggalakkan mereka mengaji.Mereka terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula menuntut ilmu. Bahkan,mereka sekali lagi terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula mengembarauntuk melarikan diri daripada Nakhoda yang menginginkan burung pancawarna milik Ahmad dan Muhammad. Mereka lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh budak-budak Habsyi, orang suruhan Nakhoda. Ketika mengembara, Ahmad danMuhammad tersesat di dalam hutan dan mereka terpisah. Semasa terpisah, Ahamad danMuhammad masing-masing menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran termasuk adegan percintaan. Peperangan berlaku antara Ahmad dan Muhammad dengan budak- budak Habsyi dan Nakhoda. Ahmad dan Muhammad mencapai kemenangan dalam peperangan ini. Akhirnya,peristiwa ini telah mempertemukan semula Ahmad danMuhammad dan juga pertemuan kembali Ahmad dan Muhammad kepada ibu mereka,Dewi Permaisuri.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...