Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
TOKOH FALSAFAH:AL FARABI ARISTOTLE KEDUA
NAMA :SITI YUSRINA BINTI MOHD YUSOFNO.MATRIK :JEA 080139NAMA PROF: DR. AMRAN MUHAMMAD SESI 2008/2009SEMESTER 1AKADEMI PENGAJIAN MELAYUUNIVERSITI MALAYA
 
PENGENALAN
ALFARABI ARISTOTLE KEDUA
Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu UzlaqAl-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab danBukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliautelah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu AlSariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulahdengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliauseorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebihmenumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telahmenghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah,logik, dan sosiologi. Beliau turutmemiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatanmuzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.
 
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanyadalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina alFadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.
EPISTEMOLOGI AL-FARABI
Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahlifalsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskansebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dansebagainyaAl-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato danAristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telahmemudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea(takhayyul) dan bukti (thubut).Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajiandalam perubatan. Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbandingotak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more