You are on page 1of 43

SKEMA Sejarah 2 –STPM- Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi


dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat

A. Pengenalan (2/3 Markah)


 Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan
raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai
kuasa dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di
dalam pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak
 Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan
bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan
rakyat dan hamba
 Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu
mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis
 Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem
Yang terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

B. Isi (20 Markah)

Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik
Melayu

a. Sebagai Ketua Pentadbiran


 Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya
 Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi
Pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
 Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah
penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan
 Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka
 Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan
 Boleh memecat pembesar
b. Sebagai Ketua Agama Islam
 Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya
 Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi
 Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam
 Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama
Islam
 Memastikan peraturan Islam dilaksanakan
c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat
 Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
 Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman
 Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar
 Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran
hukum

d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan


 Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa
 Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang
dikenali sebagai Bahasa Istana
 Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana
 Mempunyai cop mohor atas nama baginda
 Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya
 Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada
raja/sultan dan kerabat diraja sahaja.

e. Diperkukuhkan Unsur Mitos


 Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama
 Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
 Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat
 Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut
 Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan
Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahang
f. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat
 Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
 Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
 Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan
 Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpah
g. Dibantu oleh Pembesar
 Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik
 Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha
Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya
 Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan
Sistem
Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti
orang Besar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang
Besar Tiga Puluh Dua
 Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor
 Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan
ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing

h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar


 Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan
perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna
 Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat
sokongan para pembesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6
daripada setiap bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak
sebagai perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.
 Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada
berdasarkan
tulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranan
dalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeri
pemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar
 Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasan
mereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan
keamanan dalam negeri
 Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan seperti
membina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat
diraja, membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan
Negara daripada ancaman
 Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepada
pemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan
Rakyat, mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri
Sekutunya daripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan
Kesejahteraan rakyat
 Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkan
dan membatu raja/sultan dalam pemerintahan
 Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan
sultan dan pemilihan takhta sultan
 Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung
Antara satu dengan yang lain.

C. Penutup ( 2 /3 Markah )

1. Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu


raja/sultan sememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem
pemerintahan. Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua
pemerintah, ketua agama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.
2. Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur
mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di
istana. Dalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan
pembesar juga amat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta
bertindak sebagai pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan
sesebuah negara.
Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan
British.

A. PENGENALAN: (3/2 markah)


1. Sebelum tahun 1874, masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah mempunyai
hierarki
sosial tersendiri yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan
diperintah.
2. Golongan pemerintah menduduki hierarki teratas yang terdiri daripada raja,
golongan
bangsawan atau kerabat diraja, pembesar, golongan ulamak atau agama dan
pendeta.
3. Tujuan utama hierarki ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan tugas
golongan
pemerintah serta memastikan keharmonian dalam masyarakat.

B. ISI: (20 markah)

1. Raja/ Sultan:
a) Kedudukan
i. Raja atau sultan merupakan golongan pemerintah yang menduduki hierarki tertinggi
dalam masyarakat Melayu.
ii. Mereka merupakan ketua pemerintah dan bertanggungjawab melaksanakan semua
aspek pentadbiran di negeri baginda.
iii. Mereka juga menjadi ketua angkatan tentera, ketua agama, pemodal dalam
perdagangan dan lain-lain.

b) Keistimewaan raja
i) Raja atau sultan juga mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat
dan lambang kebesaran. Bahasa yang digunakan oleh raja ialah bahasa istana atau
juga
dikenali sebagai bahasa dalam seperti beta, baginda, santap, gering, beradu, makam
dan
sebagainya,
ii) Dari segi warna, warna di raja ialah warna kuning untuk pakaian rasmi dan
peralatan
istana. Alat-alat kebesaran pula merupakan peralatan yang hanya boleh digunakan
di
istana seperti ketur, kendi, tombak berambu, kipas besar berambu dan lain-lain,
Lambang kebesaran pula adalah lembing yang digunakan untuk memperlihatkan
kekuasaan baginda seperti tengkolok, pending, mahkota, cap mohor dan nobat.

c) Peranan raja:
i) Politik
• Raja atau sultan juga memainkan peranan yang sangat penting terutama dari aspek
politik, ekonomi dan sosial.
• Dari segi politik misalnya baginda merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak,
mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, ketua hakim dan perundangan
dan
berkuasa melantik pembesar terutama pembesar-pembesar di peringkat negeri dan
daerah.

ii) Ekonomi
• Dari segi ekonomi, baginda menguasai semua sumber ekonomi negeri seperti cukai
dan
percukaian, hasil hutan, pelombongan, perdagangan dan menentukan sistem sukatan,
ukuran dan timbangan.
• Baginda juga berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual dan
memajak
cukai kepada pedagang.

iii) Sosial
• Sultan atau raja berperanan sebagai ketua angkatan tentera, memelihara undang-
undang
dalam negeri serta mengawal ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.
• Selain itu, baginda juga menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu,
mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa serta mengesahkan keputusan
Majlis

Penasihat Raja.
2. Golongan kerabat diraja
i. Merupakan golongan kedua dalam hierarki masyarakat Melayu.
ii. Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada saudara mara terdekat raja atau
sultan.
Golongan ini memliki keistimewaan seperti menggunakan gelaran Tengku. Engku,
Tuan, Wan, Nik dan lain-lain, menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi,
menggunakan bahasa istana dan lain-lain.
iii. Ada dalam kalangan kerabat di raja ini dianugerahkan oleh raja daerah-daerah
tertentu untuk ditadbir dan sekaligus menjadi pembesar daerah seperti Engku Wan
Ahmad yang menjadi pembesar daerah Jeram di Kelantan, Raja Mahadi menjadi
pembesar daerah Kelang di Selangor dan lain-lain.

3. Golongan Pembesar
i. Merupakan golongan ketiga dalam hierarki pemerintah. Mereka terdiri daripada
kerabat-kerabat diraja dan rakyat biasa yang dilantik oleh raja sebagai pembantu
baginda dalam pentadbiran. Pembesar-pembesar ini dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu peringakat negeri atau pusat, daerah dan kampung. Mereka dilantik
melalui dua cara iaitu secara warisan atau keturunan dan melalui lantikan oleh raja.
Pembesar mempunyai kawasan pegangan dan cap mohor sendiri.
ii. Peranan pembesar meliputi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, golongan
ini
menjadi ketua pemerintah,dan menjaga keamanan di kawasan masing-masing.
iii. Dari segi ekonomi pula, mereka memungut cukai seperti cukai kepala, pertanian,
perdagangan dan lain-lain, kemudian menyerahkan hasil kutipan sebanyak 10%
kepada pembesar di peringkat pusat. Mereka juga menguasai semua hasil ekonomi
seperti cukai, hasil hutan, perlombongan dan lain-lain di kawasan pegangan
masing-masing.
iv. Dari segi sosial pula, pembesar memainkan peranan menjaga kebajikan rakyat,
memastikan pelaksanaan undang-undang, menyediakan tenaga kerja dan tentera
kepada raja, memastikan rakyat taat setia kepada raja serta melaksanakan adat
istiadat
menjunjung duli setiap sambutan perayaan Islam seperti Hari Raya Puasa.
4. Golongan Ulamak
i. Golongan ini merupakan mereka yang mahir dalam hal ehwal yang berkaitan
dengan
hukum syarak dan selok belok agama Islam termasuk mengeluarkan fatwa tentang
isu-isu agama.
ii. Mereka menjadi penasihat sultan dalam aspek agama Islam. Gelaran ulamak
berbeza
mengikut negeri seperti Dato’ Mufti di Kelantan,
iii. Orang Kaya Imam Besar di Perak, Tokku di Terengganu dan lain-lain. Golongan
ini
sangat dihormati dalam masyarakat kerana kemahiran keagamaan mereka.
5. Golongan Pendeta
i. Golongan pendeta pula menduduki hierarki terakhir dalam golongan pemerintah.
ii. Mereka sangat mahir dan menjadi pakar rujuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan
kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat istiadat dan salasilah raja seperti Tun Sri
Lanang, Abdullah Munsyi dan lain-lain. Golongan ini sangat rapat dengan istana
kerana menjadi pencatat bagi diari diraja.

C. KESIMPULAN:(2/3 markah)

1. Sebagai kesimpulannya kita dapati, golongan pemerintah telah mengekalkan


kedudukan mereka dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.
2. Walau bagaimanapun, kedudukan ini mula mengalami perubahan selepas
kedatangan
British. Golongan pemerintah mula hilang kuasa dari segi politik dan ekonomi.
Walaupun begitu, kedudukan dalam hierarki sosial masih dikekalkan.
3.Huraikan sebab-sebab tercetusnya kebangkitan Pahang pada tahun 1891.

Pendahuluan

British campur tangan di Pahang pada tahun 1888. J. P. Rodger dilantik


sebagai Residen Pahang. Beliau melaksanakan beberapa pembaharuan yang akhirnya
menimbulkan kebangkitan Pahang. Sultan Ahmad tidak puas hati dengan pelaksanaan
sistem residen kerana kehilangan kuasa dan hak istimewa. J.P.Rodger telah
menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang menyebabkan Sultan semakin
kehilangan kuasa kerana segala keputusan MMN dibuat oleh residen. Terdapat banyak
faktor yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan Pahang pada tahun 1891.

Salah satu sebab tercetusnya kebangkitan Pahang ialah perasaan tidak puashati
Sultan terhadap pentadbiran British . Dengan pengenalan Sistem Residen di Pahang,
Sultan Ahmad telah kehilangan kuasa dan hak istimewa. Sultan Ahmad murka apabila
dipaksa menanda tangani pengistiharan melantik putera baginda iaitu Tengku
mahmud sebagai Pemangku Raja dengan sepenuh kuasa. Oleh sebab ugutan dan
tekanan yang diterima Sultan Ahmad terpaksa mengisytiharkan pelantikan tersebut.
British memberi alasan bahawa Sultan Ahmad disyaki tidak taat kepada British.
Sebagai protes baginda telah meninggalkan Pekan dan berpindah ke Pulau Tawar dan
berkerjasama dengan pembesar-pembesar Pahang untuk menentang British.

Langkah-langkah yang diambil secara terburu-buru oleh J.P Rodger telah


membangkitkan perasaan tidak puashati di kalangan pembesar-pembesar di Pahang.
J.P Rodger telah memperkenalkan beberapa peraturan-peraturan baru yang
menyebabkan pembesar-pembesar Pahang tidak puas hati dengan perubahan-
perubahan tersebut. Perubahan tersebut adalah berkaitan dengan tanah, sistem kerah
dan penghapusan sistem perhambaan. Perubahan ini dianggap bercanggah dengan
sistem tradisional Pahang yang membenarkan pembesar-pembesar mengutip cukai,
menyimpan hamba, mengamalkan sistem kerah dan menghakimi kes-kes jenayah dan
sivil kawasan masing-masing. Dengan ini pembesar-pembesar telah kehilangan hak
mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbiran keadilan.

Kebangkitan Pahang 1891 juga disebabkan oleh pembentukan jajahan atau


daerah yang diperkenalkan oleh British. Daerah-daerah diwujudkan dan diletakkan
dibawah pegawai-pegawai British yang dipanggil pemungut cukai dan Majistret.
Contohnya, Daerah Pekan di bawah jagaan A.H. Wall dan Temerloh di bawah E.A.
Wise. Mereka telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dikendalikan oleh
pembesar-pembesar tempatan. Pembentukan daerah ini menyebabkan pembesar
Melayu tidak boleh bertindak dengan bebas sebaliknya terpaksa menurut arahan
British. Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan pembesar-pembesar tempatan.
Di samping itu juga pembesar-pembesar telah kehilangan kuasa ekonomi dan
hak memungut cukai. Peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh British ini
banyak mendatangkan kesan buruk kepada pembesar-pembesar Pahang. Pembesar-
pembesar yang kehilangan kuasa diberi pencen dan ganti rugi. Walaubagaimanapun
ganti rugi yang diberikan sangat sedikit dan ini menimbulkan rasa tidak puashati
dalam kalangan pembesar di Pahang. Contoh Orang Besar Berempat hanya diberi
$100 ringgit sebulan, Orang Kaya Semantan menerima 70 ringgit sebulan. Pembesar-
pembesar yang tidak puashati seperti Dato’ Bahaman dan Tok Gajah mula bangkit
menentang pentadbiran British.

Sebab seterusnya yang mencetuskan Kebangkitan Pahang 1891 adalah


berpunca daripada perasaan tidak puashati Dato’ Bahaman. Dato’ Bahaman
menentang British kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi
elaun yang setanding dengan elaun Orang Berempat, iaitu sebanyak $500. Beliau
hanya ditawarkan elaun sebanyak $70. Tindakan British ini telah menyinggung
perasaan Dato’ Bahaman. Beliau juga berasa marah apabila British membina balai
polis di Lubuk Trua di daerah Semantan tanpa kebenaran beliau. Dato’ Bahaman telah
diberi amaran oleh Majistret di Temerloh kerana tindakan beliau menulis sepucuk
surat bantahan. Malangnya beliau gagal mendapat keadilan sebaliknya diberi amaran
kerana tindakannya itu.

Selain itu kebangkitan Pahang juga tercetus akibat perasaan tidak puashati Tok
Gajah. Beliau menguasai banyak lombong emas di Pahang. Kedudukan beliau
terancam apabila kedatangan pelombong-pelombong British. Tok Gajah juga
merupakan Orang Besar Raja. Kedudukannya terjejas apabila menjadi pembesar yang
tidak penting dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Contohnya permintaan beliau untuk
menangguhkan pembayaran cukai tanah keatas orang melayu dan rayuannya untuk
pertambahan elaun telah ditolak oleh British. Penentangannya menentang British
disokong oleh anaknya Mat Kilau.

Rakyat jelata juga merupakan pencetus kepada Kebangkitan Pahang 1891.


Undang-undang baru yang diperkenalkan seperti cukai tanah iaitu tanah paya, tanah
kampung, dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seekar membebankan rakyat.
Sistem lesen dan permit yang diperkenalkan oleh J.P Rodger menjejaskan semua
aspek kehidupan rakyat Pahang. Menurut sistem ini rakyat perlu mendapatkan lesen
untuk memungut hasil hutan atau mencari atap nipah yang dahulunya dipungut secara
percuma. Rakyat Pahang juga dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa bagi
menyiapkan projek-projek awam. Rakyat Pahang tidak suka dengan kehadiran askar
Sikh yang garang dan jahil tentang adat melayu. Sebagai contoh, rakyat tidak
dibenarkan memakai keris yang merupakan tradisi mereka sejak turun temurun.
Perasaan tidak puashati ini telah mendorong mereka untuk menyokong pembesar-
pembesar menentang pihak British.

Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan


Pahang. Penduduk Pahang menentang Sistem Residen kerana berasa tertindas. British
memperkenalkan peraturan-peraturan baru tanpa memikirkan kepentingan sultan,
pembesar dan rakyat. Kemarahan golongan ini memuncak dengan tercetusnya
kebangkitan Pahang.

4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan


getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

A. Pengenalan ( 3/2 markah )


 Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu berkembang pada
pertengahan tahun 1890-an. Ia diusahakan secara ladang dan berkembang
pesat menjadi tanam dagangan yang utama selepas Perang Dunia Pertama.
 H.N Ridley memainkan peranan penting dalam memajukan getah di Tanah
Melayu. Beliau memperkenalkan baka getah jenis Hivea Brasillensis
kerana sesuai dengan iklim di Tanah Melayu. Beliau berusaha
menghasilkan cara penorehan terbaik untuk menghasilkan susu getah
yang banyak tanpa merosakkan pokok getah.

B. Isi-Isi ( 20 markah )

1. Peranan HN.Ridley.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu
sehingga Perang Dunia Kedua ialah sumbangan H.N Ridley yang
menggalakkan penanaman getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1888, H.N
Ridley dilantik sebagai Pengarah Taman Botanical di Singapura. Beliau
bertindak aktif dalam usaha menggalakkan penanaman getah di Tanah
Melayu.
Beliau menyedari keadaan iklim dan bentuk mukabumi yang bersesuaian
dengan pokok getah akan membolehkan penanaman getah secara besarbesaran
dijalankan di Tanah Melayu.
2. Kejatuhan harga kopi.
Selain itu, berlaku kemerosotan atau kejatuhan harga kopi di pasaran dunia.
Menjelang tahun 1890-an, pokok-pokok kopi diserang penyakit yang
mengakibatkan kegagalan penanaman kopi. Selepas tahun1895, harga kopi
telah jatuh teruk akibat penawaran berlebihan dari negara-negara barat
khususnya dari Brazil. Fenomena tersebut menyebabkan penduduk di Tanah
Melayu berpaling kepada penanaman getah untuk mengganti perusahaan kopi.
3. Permintaan tinggi bagi getah.
Perkembangan revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan
terhadap getah asli meningkat di pasaran dunia. Juga merupakan faktor
perkembangan perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu. Perkembangan
pesat perusahan kereta di Barat pada tahun 1889 telah menyebabkan
permintaan getah meningkat. Dalam dekad pertama kurun ke-20 getah
diperlukan dalam perusahaan kereta terutamanya untuk membuat tayar. Selain
itu, getah juga di perlukan dalam perusahaan membuat alat-alat elektrik dan
kasut. Harga getah yang tinggi mendorong mendorong orang Eropah dan Cina
menanam getah secara ladang dan kebun kecil. Orang Melayu turut juga
mengusahakan penanaman getah secara kebun kecil.
4. Peranan buruh India.
Peranan buruh India amat penting dalam perkembangkan perusahaan getah di
Tanah Melayu. Pembukaan ladang-ladang getah telah menyediakan peluangpeluang
pekerjaan yang banyak kepada orang-orang India. Kestabilan harga
getah telah menjadi pendorong kemasukan lebih ramai buruh dari selatan
India. Mereka dibawa masuk secara sistem kontrak dan sistem kangani oleh
British.
5. Galakan kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Kestabilan politik di Negeri-negeri Melayu Bersekutu turut menjadi faktor
galakan dalam penanaman getah. Kerajaan NNMB telah mengambil langkah
mengenakan cukai tanah yang rendah 10 sen setiap ekar untuk 10 tahun
pertama. Duti eksport hanya 2.5% untuk 10 tahun pertama. Syarikat-syarikat
Eropah mengambil peluang dari intensif kerajaan yang menyebabkan
sejumlah 142 buah ladang getah dibuka menjelang tahun 1910.
6. Kemudahan infrastruktur.
Kemudahan infrastruktur dibangunkan seperti pembinaan jalanraya, jalan
keretapi dan sistem komunikasi. Pembinaan kemudahan infrastruktur
membantu kemudahan pengangkutan getah untuk eksport , kemasukan tenaga
kerja dan sebagainya.
7. Kemasukan pelabur-pelabur asing
Kemasukan pelabur-pelabur asing melalui penubuhan syarikat-syarikat yang
mendapat modal dari penjualan saham di London menyebabkab mereka
mampu membuka ladang-ladang besar dengan kemampuan mengurus,
mengawal ladang getah serta mengurus aktiviti pengeksportan getah.
8. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah
Penubuhan Institut Penyelidikan Getah banyak membantu membaiki mutu dan
peningkatan kadar pengeluaran getah. Institut yang ditubuhkan pada tahun
1926 bertanggungjawab membuat penyelidikan seperti percantuman tunas,
perumputan pilihan, rawatan tanah dan mencari kegunaan getah yang lebih
pelbagai. Penyelidikan yang dijalankan telah menghasilkan kejayaan seperti
kaedah penanaman yang santifik, kaedah torehan betul, cara pengawetan susu
getah serta penghasilan baja kimia yang menyuburkan tanah dan
menghasilkan susu yang lebih banyak.

C. Kesimpulan ( 2/3 markah )


1. Menjelang tahun 1920, Tanah Melayu telah mengeluarkan 52%
daripada pengeluaran getah dunia dan lebih sejuta hektar tanah telah
ditanam dengan tanaman getah.
2. Perusahaan getah turut meningkatkan perkembangan ekonomi dan
sosial Tanah Melayu khasnya sebagai sumber pendapatan kepada
British dan Tanah Melayu dan memperbaiki sistem perhubungan dan
perkhidmatan sosial.
3. Selain itu perusahaan getah menyebabkan pembinaan kilang untuk
memproses susu getah serta membuat barangan daripada getah. Ini
secara tak langsung mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan serta dapat membaiki sedikit taraf hidup mereka.

5. Bincangkan dasar politik, sosial dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antara
tahun 1942 hingga tahun 1945.
A. Pengenalan ( 3 Markah )
1. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabila
Singapura jatuh ke tangan Jepun dan berakhir pada 12 September 1945.
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu berlangsung selama 3 tahun 8 bulan.
2. Jepun mengambil tindakan menyerang negara-negara di Asia termasuk Tanah
Melayu kerana kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan sektor
industri dan ketenteraannya.
3. Jepun telah melaksanakan beberapa dasar dalam bidang politik, sosial dan
ekonomi untuk menguasai negara dan penduduk di Tanah Melayu supaya
memberikan sokongan kepada pemerintahan Jepun.
B. Dasar Politik, sosial dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu ( 20 Markah )
Dasar Politik
1. Jepun melaksanakan corak pemerintahan tentera di Tanah Melayu. Tanah Melayu
diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera yang berpusat di Singapura
diketuai oleh Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Pada peringkat pertama
corak pemerintahan Jepun keras dan zalim. Selepas Jun 1943, Jepun mengubah
dasarnya kepada bertolak ansur dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan
sokongan mereka kerana mengalami banyak kekalahan.
2. Pentadbiran Tanah Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
a) Pentadbiran Negeri-Negeri Selat dijalankan oleh Gabenor yang berpusat
di Singapura. Nama Singapura ditukar kepada Syonan yang bermaksud
Cahaya Selatan.
b) Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan sebagai Malai
Baru. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah
ditadbir oleh Gabenor. Gabenor menerima arahan daripada Gabenor di
Singapura. Pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera telah disatukan
sehingga tahun 1943.
3. Pada Ogos 1943, Negeri-Negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Thailand
selaras dengan perjanjian pada 11 Disember 1941. Tindakan ini sebagai
membalas jasa Thailand membenarkan Jepun melalui negara itu untuk menyerang
Tanah Melayu.
4. Jepun telah mewujudkan tiga jenis pasukan perisik tentera:
a) Kempeitai: menjadi perisik dalam masyarakat untuk mendapatkan
maklumat anti-Jepun. Mereka sangat kejam dan membunuh ramai orang
yang disyaki anti-Jepun.
b) Tekikan: mat-mata yang bertugas mencari musuh-musuh yang pro British
untuk menentang Jepun. Mereka menjalankan propaganda, sabotaj dan
pembunuhan.
c) Toko: pegawai-pegawai Jepun yang bertugas untuk merisik di seluruh
Tanah Melayu sehinggakan Jepun tidak menghadapi ancaman dari dalam
negeri.
5. Jepun memberikan keistimewaan kepada orang Melayu untuk mendapatkan
sokongan daripada mereka. Ramai orang Melayu dilantik berkhidmat dengan
Jepun sebagai Pegawai Daerah, polis dan tentera. Raja-raja Melayu diiktiraf dan
kedudukan mereka dikekalkan.
6. Walaupun Jepun mengamalkan dasar pro Melayu tetapi orang Melayu tetap tidak
berpuas hati kerana kezaliman Jepun, kesengsaraan, kebuluran, penderitaan dan
ketakutan. Perkara ini membangkitkan kesedaran politik di kalangan orang
Melayu.
7. Jepun mengamalkan dasar diskriminasi terhadap orang Cina kerana permusuhan
orang Cina dan Jepun sejak Perang China-Jepun 1937. Tambahan pula orang Cina
membantu British menentang Jepun. Selepas British menyerah kalah ramai orang
Cina dibunuh oleh tentera Jepun. Pada tahun 1944, Jepun mula bertolak ansur
kepada orang Cina kerana bergantung kepada orang Cina dalam bidang ekonomi.
Jepun memerlukan bantuan makanan daripada orang Cina. Walau bagaimanapun
kekejaman Jepun kepada orang Cina telah mengukuhkan lagi fahaman
kebangsaan Cina dan sentimen anti-Jepun.
8. Jepun memberi layanan yang baik kepada orang India. Untuk menarik sokongan
orang India, Jepun membantu menubuhkan Liga Kebangsaan India dan Tentera
Nasional India. Jepun menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yang
dipimpin oleh Subha Chandra Bose. Walau bagaimanapun orang India masih
menderita kerana kesengsaraan hidup, dipaksa bekerja di ladang, menjadi buruh
paksa membina jalan kereta api maut di sempadan Thailand, tiada pekerjaan, dan
diseksa.
Dasar Sosial
1. Jepun berusaha mengukuh kedudukan mereka di Tanah Melayu dengan memaksa
penduduk menerima dan mengamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun.
2. Jepun telah mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum penjajahan
Jepun. Jepun juga mengambil langkah menukar nama akhbar-akhbar tempatan
kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu
3. Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab dan pejabat. Sekolah Cina
dan sekolah Inggeris ditutup dan digantikan dengan sekolah mengajar bahasa
Jepun. Peluang kenaikan pangkat dan kemudahan-kemidahan lain diberikan
mengikut kebolehan dan kemahiran bertutur dalam bahasa Jepun.
4. Hari-hari cuti am adalah berdasar kepada kalendar Jepun seperti hari jadi
maharaja, hari angkatan tentra darat, laut dan musim menuai di Jepun. Semua ini
bertujuan menaikan semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu terhadap negara
Jepun.
5. Jepun cuba menghapuskan pengaruh Barat dalam kalangan penduduk Tanah
Melayu dengan cara mengharamkan penggunaan radio gelombang pendek,
mengharamkan filem-filem Barat, dilarang mendengar lagu-lagu Barat dan
menutup tempat tari-menari di pusat-pusat hiburan.
6. Jepun mengambil langkah memburuk-burukkan kebudayaan Barat supaya dibenci
penduduk tempatan .
Dasar Ekonomi
1. Pemerintahan Jepun mengamalkan dasar ekonomi bersifat berdikari dan dasar
tutup pintu. Jepun menggalakkan penubuhan industri ringan bagi menghasilkan
barangan keperluan dalam negeri seperti minyak, sabun dan tali serta tidak
menggalakkan barangan tersebut dieksport.
2. Perusahaan-perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat-syarikat
Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.
3. Jepun juga memperkenalkan mata wang “Pokok Pisang”. Keadaan tidak terkawal
serta kekurangan barang-barang pengguna menyebabkan berlakunya inflasi
dengan harga barangan melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun menjunam
jatuh.
4. Kegiatan ekonomi yang dulunya dikuasai oleh pengusaha Cina dan British telah
diambil alih oleh tentera Jepun menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot.
5. Jepun membangunkan bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekurangan
makanan. Jepun memperkenalkan Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untuk
meningkatkan pengeluaran pertanian khususnya tanaman padi. Jepun turut
menggalakkan rakyat menanam ubi kayu, keledek dan keladi di sekeling rumah
mereka untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.
6. Pada tahun 1943 Tanah Rizab Melayu dibuka kepada orang bukan Melayu untuk
dijadikan kawasan pertanian bagi mengatasi masalah kekurangan makanan.
7. Dasar ekonomi Jepun telah menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot teruk.
Keadaan ini menimbulkan masalah kebuluran, pengangguran dan masalah sosial.
C. Kesimpulan ( 2 Markah )
Mana-mana yang berkaitan

Soalan No 6

HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA KITA SEJAK TAHUN 1957


SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA TAHUN 1963.

Pengenalan(2-3 markah)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi teras sistem pemerintahan


demokrasi berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sistem ini
kemudiannya diperkenalkan di Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia
dibentuk pada tahun 1963.
Perlembagaan ini berasaskan kepada teori pengasingan kuasa. Sistem pemerintahan
dipisahkan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan
kehakiman.
Kuasa tertinggi yang mengetuai ketiga-tiga badan tersebut ialah Yang di-Pertuan
Agong.

Badan perundangan

Badan perundangan ialah institusi yang bertanggunjawab menggubal rang undang-


undang dan meliputi Sabah dan Sarawak selepas tahun 1963.
Badan perundangan Malaysia terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat
persekutuan, peringkat negeri dan peringkat kerajaan tempatan.
Mengikut undang-undang parlimen Malaysia terdiri daripada Yang dipertuan Agong,
Dewan Negara, Dewan Rakyat dan badan Kehakiman.

Dewan Rakyat

Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang diadakan
lima tahun sekali.
Setiap seorang ahli Dewan Rakyat mewakili sebuah kawasan pilihan raya. Dewan
Rakyat berperanan membentang, membahas dan meluluskan rang undang-undang.
Perbahasan hanyalah meliputi perkara yang terdapat dalam Senarai Persekutuan dan
Senarai Bersama sahaja. Senarai Negeri pula tidak dibahaskan.
Dua rang undang-undang yang dibahaskan ialah undang-undang biasa dan rang
undang-undang kewangan.
Yang dipertuan Agong berperanan memanggil, menangguh dan membubarkan dewan
rakyat dan meluluskan undang-undang daripada Dewan Negara.
Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurang 2/3 ahli Dewan rakyat.

Dewan Negara

Merupakan majlis tertinggi parlimen


Mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik, 26 orang ahli dipilih oleh
Dewan Undangan Negeri dan 43 orang ahli dilantik oleh yang dipertuan Agong.
Dewan Negara akan membahas dan meluluskan rang undang-undang yang
dikemukakan oleh Dewan Rakyat.

Dewan Negara tidak boleh membuat pindaan ke atas rang undang-undang tetapi
boleh meminta Dewan Rakyat membetulkan semula undang-undang tersebut.
Rang undang-undang yang telah diperkenankan oleh Yang dipertuan Agong akan
menjadi peraturan dan diterima pakai oleh seluruh persekutuan secara rasmi.
Ahli Dewan Negara yang dikenali sebagai Senator bertindak sebagai anggota Dewan
selama tiga tahun dan tertakhluk sama ada akan dilantik atau dipilih semula.
Senator dilantik daripada pelbagai golongan yang telah menyumbang khidmat dengan
cemerlang dalam profesion masing-masing seperti perdagangan, industri, pertanian,
kebudayaan, perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti
seperti orang Asli.

Badan Pentadbiran (Eksekutif)

Merupakan badan pentadbiran menjalankan kuasa mentadbir.


Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan
tempatan.
Peringkat Persekutuan
Kabinet atau jemaah menteri merupakan pembuat dasar tertinggi negara yang
menjalankan kuasa eksekutif.
Menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-
undang yang ada.
Fungsi ketua kabinet adalah memberikan nasihat kepada yang Dipertuan Agong
tentang pemerintahan negara.
Kabinet dan jemaah menteri menjalankan pentadbiran peringkat persekutuan.
Anggota kabinet dilantik oleh Yang dipertuan Agong setelah mendapat nasihat
daripada Perdana Menteri.
Perdana Menteri mengetuai jemaah menteri dan dibantu Timbalan Perdana Menteri,
manakala menteri-menteri lain sebagai ahli.
Beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun diwujudkan bagi
menjalankan tugas-tugas eksekutif peringkat persekutuan.
Peringkat Negeri

Pada peringkat negeri kuasa eksekutif terletak pada sultan/raja/Yang dipertuan


Besar/Yang Dipertua Negeri.Pentadbiran pada peringkat negeri diketuai oleh Menteri
Besar dan Ketua Menteri yang dilantik oleh sultan/raja/Yang dipertuan Besar/Yang
dipertuan Negeri.

Bekerjasama dengan Dewan Undangan Negeri.


Pelaksanaan dasar pemerintahan dilakukan oleh Anggota Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang beberapa potfolio seperti kementerian di
peringkat Persekutuan.

Setelah kemasukan sabah dan Sarawak, EXCO dipanggil Majlis Terttinggi di Sarawak
dan jemaah Menteri di Sabah.

Kerajaan Tempatan

Terdiri daipada Majlis perbandaran dan majlis Daerah.


Majlis Perbandaran yang diketuai oleh yang diPertua dan ditadbir oleh sebuah majlis
yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Di Sarawak pentadbirannya dipecahkan kepada beberapa bahagian, daerah, daerah
kecil dan kampung. Seseorang residen mentadbir setiap bahagian dengan dibantu oleh
Temenggung.
Pegawai Daerah dan pegawai perkhidmatan tadbir Sarawak mentadbir di bahagian
daerah, manakala penghulu pula mentadbir kawasan kampung.
Di Sabah terdapat 2 peringkat pentadbran iaitu daerah dan kampung. Bagi pentadbiran
peringkat daerah, pegawai daerah akan dibantu oleh Ketua Anak Negeri.
Pada perngkat kampung, kampung ditadbir oleh ketua kampung.

Badan Kehakiman

Berperanan menjaga sistem keadilan dan keamanan serta kuasa peimbang antara
badan perundangan dan badan pentadbiran.
Hakim mahkamah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan agong membuktikan badan
kehakiman ialah badan bebas.
Badan kehakiman membicarakan kes sivil dan jenayah.
Kuasa tertinggi pentadbiran kehakiman terletak pada yang di-Pertuan Agong.
Kuasa pentadbiran ialah ketua hakim yang berperanan sebagai penyelaras sistem
kehakiman.
Terdapat tiga jenis mahkamah iaitu mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rendah.
Mahkamah Agung bertanggungjawab menasihati Yang di-pertuan Agong dan
mentafsir undang-undang yang dibentuk oleh Parlimen.
Mahkamah Agung berperanan sebagai mahkamah Rayuan Tertinggi Negara yang
boleh mendengar kes rayuan daripada perbicaraan yang dilakukan di mahkamah yang
lebih rendah daripadanya.
Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa mendengar kes jenayah berat dan boleh
menjatuhkan hukuman mati.
Mahkamah Rendah pula terdiri daripada mahkamah Sesyen, Mahkamah majistret dan
mahkamh penghulu.
Mahkamah Sesyen merupakan Mahkamah Rendah yang tertinggi.
Mahkamah Majistret pula terbahagi kepada dua, iaitu Mahkamah Majistret.
Kelas Satu dan mahkamah Majistret kelas Kedua.
Mahkamah penghulu dikendalikan oleh penghulu mukim.
Mahkamah Penghulu diberi kuasa untuk mengadili sivil yang tidak melebihi RM50
dan mengenakan denda tidak melebihi RM25 bagi perkara-perkara jenayah.
Mahkamah syariahpula mengendalikan kes undang-undang islam.
Mahkamah Juvana mempunyai kuasa membicarakan kes kanak-kanak berusia 18
tahun ke bawah.
Mahkamah tentera mengendalikan kes-kes disiplin dan salah laku anggota tentera.
Selepas Penubuhan malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai mahkamah undang-
undang Adat Bumiputera yang dikendalikan oleh mahkamah majistret dan Mahkamah
Ketua Anak Negeri.
Kesimpulan(2-3 markah)

Secara keseluruhannya, selepas mencapai kemerdekaan sistem pentadbiran Malaysia


telah distruktur dengan jelas di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ketiga-
tiga komponen penting sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan eksekutif
dan badan kehakiman diasingkan bagi mengelakan wujudnya eksploitasi dan
pemusatan kuasa antara badan-badan tersebut.
Bahkan wujud pembahagian kuasa yang jelas antara kejayaan pusat dan kerajaan
negeri. Kuasa membuat undang-undang diperuntukkan dalam perkara yang disebut.
Senarai Persekutuan, senarai Negeri dan Senarai Bersama sistem keadilan pula
dijamin sebagai badan bebas dalam menegakkan keadilan.
Selepas 1963, Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia tanpa menjejaskan
sistem pemerintahan yang telah diperkenalkan sejak tahun 1957

7 . Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan di


India sebelum kedatangan Barat.

A. PENGENALAN (3M)

1. Adat bermaksud peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam


sesebuah masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuh. Ia
disampaikan secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain.
2. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak dilahirkan
hinggalah pada hari kematian mereka. Mereka dipengaruhi oleh ajaran
Confucius manakala masyarakat India mengamalkan hukum adat yang
berkaitan dengan pengaruh agama Hindu.
3. Semua adat ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan
masyarakat.

B. ISI (20M)
I. Adat di China (10 M)

1.1 Adat kowtow


Adat mengadap maharaja China dengan cara meniarap atau berlutut sebanyak
sembilan kali di hadapan maharaja. Maharaja dianggap suci dan perlu
disembah sedemikian rupa. Adat ini mengangkat darjat raja ke tahap yang
paling tinggi sebagai wakil tuhan. Adat ini dipatuhi oleh semua termasuklah
duta-duta Barat sewaktu mengadap maharaja China.

1.2 Adat wanita hamil


Diamalkan sejak mula kehamilan hingga ke seratus hari selepas bersalin.
Dilarang menyertai majlis perkahwinan dan pengkebumian sehingga 100 hari
selepas bersalin.. Perlu berehat dan mengambil makanan yang baik dan
mengelakkan makanan yang sejuk kerana dikatakan akan menyebabkan ibu
tersebut ditimpa penyakit.

1.3 Adat mementingkan anak lelaki.


Anak lelaki mengekalkan nama keluarga. Anak perempuan yang
berumahtangga secara langsung memutuskan hubungan dengan keluarga dan
menggunakan nama keluarga suaminya. Bagi bapa yang tidak mempunyai
anak lelaki tidak akan mempunyai persembahan yang diletakkan di atas meja
pujaan rohnya selepas meninggal kerana dianggap gagal memenuhi
tanggungjawabnya.

1.4 Adat mengikat kaki anak gadis.


Kaki anak perempuan yang berumur antara tiga ke lapan tahun diikat/bebat
(dibalut dengan kain ketat) supaya kecil dan cantik. Wanita Cina berasa
bangga jika mempunyai kaki yang kecil kerana melambangkan status tinggi
dan kemuliaan. Saiz kaki besar melambangkan kehinaan dan kemiskinan.
kerja-kerja pertanian.

1.5 Adat memuja roh nenek moyang


Nenek moyang dianggap sebagai ketua keluarga. Bapa yang tidak ada anak
lelaki tidak akan disembah. Penghormatan ini akan dilakukan terutama pada
hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru. Adat ini turut
dipertanggungjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.

1.6 Adat berkenaan bayi atau anak kecil


Bagi masyarakat Cina , ketika bayi itu dilahirkan dia telah berusia satu tahun
dan apabila dia berusia satu tahun sebenarnya dia telah pun berusia dua tahun.
Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan sejak kanak-kanak
lagi terutamanya menghormati keluarga.

1.7 Adat perkahwinan


Perkahwinan dalam masyarakat Cina diatur sejak kecil kerana ini boleh
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak
dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh
pihak lelaki sahaja. Masyarakat Cina pentingkan perkahwinan kerana
dianggap akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi
lama.

1.8 Adat tilikan nasib


Masyarakat Cina amat percaya pada tilikan nasib. Sial malang dalam
kehidupan akan dapat disingkirkan dengan bantuan tukang tilik yang mahir.
Sebelum melakukan sesuatu perkara masyarakat di Asia Timur akan
mendapatkan khidmat tukang tilik untuk menentukan tarikh, hari, masa dan
ketika yang sesuai memulakan sesuatu upacara.

2. Adat di India (10 M)

2.1 Adat pembunuhan bayi perempuan


Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil iaitu semasa bayi tersebut
masih menyusu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada
menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak itu berkahwin
kelak. Ia biasanya dilakukan oleh golongan miskin.

2.2 Adat Suttee


Adat yang melibatkan pembakaran balu dalam upacara pembakaran mayat
suami mereka. Adat ini diamalkan oleh masyarakat India sebagai bukti
kesetiaan isteri terhadap suami dengan alasan suami isteri tersebut dapat hidup
bersama di syurga.

2.3 Adat Thuggee


Merupakan amalan merompak dan pembunuhan di jalan. Amalan ini
dijalankan oleh kumpulan agama yang bersenjata menyamar lalu mencekik
pengembara jalanan sehingga mati atas nama Dewi Kali.

2.4 Adat bertindik hidung


Amalan ini dilakukan oleh kaum wanita India dengan memakai barang kemas
di hidung dikenali sebagai muukkuti. Adat ini menjadikan seseorang wanita
itu lembut, mengimbangkan suhu badan dan dianggap membawa kebaikan.

2.5 Adat Pottu


Adat meletakkan tanda di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai
taligam. Pottu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita India. Terdapat
juga kaum lelaki yang memakai pottu merah atau cendana.

2.6 Amalan sistem kasta


Masyarakat di India dibahagikan mengikut golongan tertentu. Ia bertujuan
untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Sistem kasta
dibahagikan mengikut empat kelas masyarakat iaitu Kysatria (perwira,
aristokrat), Brahmin (sami) , Vaisya (pedagang) dan Sundra ( rakyat biasa).

2.7 Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu


Balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami
mereka. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya memakai sari putih
sahaja. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak
dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

2.8 Adat khas bagi wanita hamil


Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang
larang kerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak dalam kandungan.
Wanita hamil tidak boleh mengumpat, bergaduh dan sebagainya untuk
melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.

C. KESIMPULAN (2M)
Hukum adat di China dan India mempengaruhi corak pemerintahan dan
kehidupan masyarakatnya. Terdapat beberapa amalan yang mencetuskan
kontroversi akibat pertembungan antara dua budaya yang bertenatangan
sewaktu kedatangan Barat.

(Terima mana-mana 5 isi bagi setiap negara dan juga jawapan lain yang
berkaitan.)
No8 Sistem Feudal di Myanmar dan Thailand

Jelaskan system feudal yang terdapat di Myanmar dan Thailand sebelum kedatangan
Barat.
Pendahuluan :

Feudalisme secara umumnya ditakrifkan sebagai kuasa politik yang dikuatkuasakan


secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Tetapi Sistem di
Myanmar dan Vietnam feudalisme adalah system kemasyarakatan yang dikuasai oleh
kaum bangsawan.

ISI :

Di Myanmar , Raja menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat.Raja


mempunyai kedudukan yang disegani,tinggi,mulia,dan suci.Di samping itu,Raja juga
dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia ini.Ini dapat diperlihatkan daripada upacara
pertabalan Raja yang disertai dengan pelbagai upacara yang disertai oleh pendeta-
pendeta agama Buddha serta alat-alat kebesaran yang dianggap mempunyai kuasa
sakti.Sistem feudal di Myanmar juga amat dipengaruhi oleh Hukum Kanun Manu
yang memberi Raja kuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan.Ini bermaksud
Raja adalah berkuasa penuh dalam bidang politik,ekonomi,dan sosial.Raja Myanmar
juga merupakan penaung dan pelindung agama Buddha.Simbol kekuatan Raja adalah
dilihat daripada bilangan gajah albino yang dimilikinya dan kedudukan istana yang
terletak di ibu negeri sebagai simbol mewakili Gunung Meru,iaitu tempat kediaman
Tuhan dan sebagai pusat alam mengikut konsep kosmologi.

Di Myanmar,pemerintahan Raja adalah bergantung kepada sokongan para pembesar


terhadap Raja.Antara pembesar-pembesar tersebut ialah Ketua
Menteri(wungyi),Menteri Muda(wundauk),pegawai
istana(atinwun),gabenor(myowun),tuan-tuan tanah(myosa),ketua-ketua
bandar(myothugyi),dan ketua kampung(ywa thugyi).Pembesar-pembesar ini
mempunyai tanggungjawab masing-masing.Ketua Menteri merupakan ketua para
menteri serta mendapat kuasa daripada Raja.Menteri Muda pula bertanggungjawab
membantu Ketua Menteri.Pegawai istana merupakan golongan yang
bertanggungjawab terhadap pentadbiran istana,diberi tugas mengawal petugas-
petugas istana,mengawal kewangan urusan percukaian negara serta bertindak sebagai
privy councillor kepada Raja.Gabenor pula menjalankan kuasa feudal seperti
menguasai tanah dan mengutip cukai.Tuan-tuan tanah pula bertanggungjawab
terhadap pentadbiran di kawasan atau tanah yang dimiliki.Ketua bandar pula
mengawal rakyat dan menjadi wakil sosial rakyat.Ketua Kampung pula
bertanggungjawab mengutip cukai,menjaga keamanan,dan menyelesaikan
perselisihan faham di kampung.

Golongan diperintah di Myanmar merupakan golongan rakyat yang dibahagi kepada 3


golongan iaitu petani,ahmudan,dan golongan hamba.Petani menjalankan ekonomi
sara diri seperti menanam padi serta dikehendaki membayar cukai dan menjalankan
kerahan tenaga selama 3-4 bulan setahun kepada Raja.Ahmudan pula merupakan
golongan rakyat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.Mereka berkhidmat untuk
Raja dalam bidang-bidang tertentu seperti sebagai pegawai peribadi Raja(thwei-
thauk),mengerjakan tanah Raja,menjaga empangan pertanian,dan menjadi buruh
binaan.Golongan hamba pula merupakan hamba abdi biara dan penjenayah yang
menerima hukuman.Mereka bertani dan menyelenggarakan biara-biara.

Di Vietnam,Maharaja ditabal oleh wakil Maharaja China.Sistem feudal Vietnam amat


dipengaruhi oleh konsep"mandat dari syurga"dan ajaran Confucius.Maharaja
menduduki kedudukan teratas dalam susun lapis masyarakat dan berkuasa mutlak
dalam pemerintahan.Sistem feudal Vietnam turut disokong oleh golongan
cendekiawan(quan/mandarin) diikuti petani dan hamba.

Golongan quan atau mandarin menduduki lapisan ke-2 dalam hierarki sosial
Vietnam.Mereka memberi bantuan kepada Maharaja dalam pemerintahan dan
berperanan dalam bidang kehakiman sebagai penegak keadilan dan pentafsir undang-
undang.Quan Awan merupakan quan yang penting dan bertaraf tinggi.Ketua-ketua
quan adalah berpendidikan Confucius.Pembesar peringkat komun (kampung) pula
terdiri daripada orang tua yang bijak dan berpengalaman.Pembesar peringkat komun
menjalankan perintah dan arahan istana, mendamaikan perselisihan,dan mengutip
cukai.Mereka yang mendapat pendidikan Confucius berpeluang dilantik menjadi
pegawai-pegawai kerajaan melalui sistem peperiksaan.

Golongan diperintah di Vietnam dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu petani


dan hamba.Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam
padi.Golongan petani dikehendaki membayar cukai serta menjalankan kerahan tenaga
seperti membina empangan dan tali air.Golongan hamba pula menduduki lapisan
terendah dalam susun lapis masyarakat.Mereka terdiri daripada penjenayah dan
dihantar ke kem-kem tentera di kawasan sempadan untuk membuka tanah baru untuk
dikerjakan.Setelah hukuman mereka tamat,mereka akan menjadi petani di tanah yang
diusahakan oleh mereka.

Kesimpulan :

Kesimpulannya,sistem feudal yand diamalkan di Myanmar dan Vietnam masing-


masing mempunyai keistimewaan dan keunikan masing-masing.Sistem feudal di
Vietnam yang mendapat pengaruh China pula agak berbeza dengan di Myanmar
kerana wujud mobiliti sosial dalam susun lapis masyarakatnya.Sistem feudal ini terus
kekal diamalkan sehingga kedatangan dan campur tangan kuasa Barat di kedua-dua
negara tersebut iaitu British di Myanmar serta Perancis di Vietnam(kawasan Indo-
China).
9. BINCANGKAN DASAR TUTUP PINTU YANG DIJALANKAN
OLEH CHINA DAN JEPUN PADA AWAL ABAD KE 19

PENGENALAN : (3/2 MARKAH)

- Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-


negara Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua
negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan
persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan
perdagangan dengan kuasa-kuasa barat

- Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan


perdagangan menyebabkan barat telah menjalankan dasar agresif
terhadap kedua-dua negara yang menyebabkan akhirnya mereka
terpaksa menamatkan dasar tutup pintu

ISI JAWAPAN ( 20 M )
A) DASAR ISOLASI DI JEPUN (10 MARKAH)
-Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun
menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun.
Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan
dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang
luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.
-Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar
isolasi iaitu:
a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat
akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan
b) Perkembangan agama Kritian dijadikan landasan oleh kuasa barat untuk
menjatuhkan dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di
Filipina dan China
c) Orang-orang asing sering mencetuskan huru hara di Jepun yang dianggap
mengancam keamanan negara
d) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara
pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki
e) Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama
dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar
dari luar untuk menentang kerajaan
-Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat
kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh Kristian
yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga
turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat
-Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-
kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa
maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka
mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan
-Dasar ini mendapat perhatian barat: pada tahun 1884 Raja Belanda telah
menasihati Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford
Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal
-Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti
maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering
menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti
peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama
apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan
buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal Amerika juga menggunakan
pelabuhan Jepun sebagai persinggahan terutama untuk membaiki kerosakan
ataupun memerlukan bekalan makanan.
-Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun
1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah
pembabitan mereka di Jepun
- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C.
Perry pada 1 Julai 1853. Utusan ini menekankan aspek persahabatan dan
perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan
kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika sebagai musuhnya
-Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan
Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi Jepun akan senasib
dengan China. Akhirnya Perjanjian Kanagawa ditanda tangani pada 31 Mac
1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar
isolasi Jepun

B) DASAR TUTUP PINTU DI CHINA (10 MARKAH)


-Pada peringkat awal China menjalankan hubungan dengan kuasa –kuasa
barat, namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin
dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19.
Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar
isolasi
-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas
pedagang-pedagang barat.Dasar ini dilakukan oleh China kerana :
a) Bimbang kuasa barat akan mengunakan peluang dari hubungan ini untuk
campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan
b) Perluasan agama Kristian dan budaya barat dikuatiri akan mencemarkan
agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak
masyarakat Cina

c) Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun


Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep
persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan
imej Cina

d) Orang-orang Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-


orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun

e) Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu


pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa
barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi
sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan

barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan
kaya dengan pelbagai sumber
-Bermula pada abad ke 19 kuasa-kuasa barat mula memperlihatkan
keinginan yang kuat untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk
menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan
barang-barang dagangan seperti teh dan sutera
-Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan
sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan dasar ekonomi tertutup
tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom
yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar
-Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah
memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang
dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang
penting ialah Tungfoo dan Kwonglei
-Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika
Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai
Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang
yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti
mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara
yang bersangkutan dengan perdagangan
-Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China.
Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan
perdagangan orang-orang barat di China antaranya:
a) Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja

b) Orang-orang barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang


merupakan wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan
perdagangan dengan orang-orang asing
c) Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif
barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan

d) Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim


perniagaan

e) saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan

f) Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke


China

g) Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina

h) Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas dan


hanya dibenarkan melawat Taman Bunga sahaja

-Peraturan-peraturan ini menyukarkan pedagang-pedagang barat untuk


berdagang dan menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah
meletus.

KESIMPULAN ( 2 /3 MARKAH )
-China terpaksa membuka pintu melalui peperangan Candu 1 dan 2,
manakala Jepun menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China
terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-
konsesinya sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui
Pemodenan Meiji

10. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian


Nangking (1842) terhadap negara masing-masing.

Akibat Revolusi Perindustrian kuasa barat menjalankan dasar imperialisme untuk


mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah dan pasaran baru.
Dasar imperialisme barat yang bermatlamatkan keuntungan telah merubah dan hampir
memporak perandakan system kehidupan yang terdapat dalam kebanyakan negara di
Asia. Kejayaan peringkat awal campur tangan mereka dapat dilihat melalui keakuran
negara seperti Thailand dan China membuat perhubungan dengan barat dengan
menandatangani Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nangking (1842). Kedua-
dua perjanjian mempunyai implikasi tertentu.(3m)
Permulaan dasar buka pintu, kemerdekaan Siam terpelihara dan British
sebgai pelabur utama
Perjanjian Bowring menandakan permulaan dasar buka pintu Thai kepada
Negara barat. Perjanjian ini juga telah membawa lebih daripada 20 lagi perjanjian lain
iaiitu dengan Peranchis, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain. Semua perjanjian
tersebut memberi kesan yang bukan sedikit antaranya kuasa barat dibenarkan
mengambil wilayah asingan, mendirikan konsul mereka, tersebarnya agama Kristian
dan dasar perdagangan yang lebih terbuka. Selain itu hubungan diplomatic
diwujudkan antara Thai dan barat atas dasar persamaan taraf. Contohnya, selepas
Perjanjian Bowring Raja Mongkut telah menghantar Suriwongse ke Britain. Ini
mengeratkan persahabatan dengan Britain. Malahan Britain muncul sebagai pelabur
utama sehingga Thai dikenali sebagai “satelit ekonomi”Britain. Pelabuhan British di
Singapura dan Hongkong sibuk menjalankan perdagangan dengan Thai. Secara tidak
langsung kemerdekaan Thai dapat dipelihara. Hubungan diplomatik yang erat antara
semua kuasa barat dapat menjamin kemerdekaan Thai.
Pembukaaan Siam kepada perdagangan antarabangsa
Selepas perjanjian tersebut, Thai terdedah dengan perdagangan antarabangsa.
Sistem ekonomi sara diri beransur-ansur berkurangan dan digantikan dengan sistem
ekonomi komersil. Sistem ekonomi kewangan diperkenalkan dan telah disusun dapat
menjalankan aktiviti perdagangan yang sedikit sebanyak turut menguntung Thai.
Pengekspotan beras, kayu jati dan gula Thai juga meningkat.
Perubahan sistem kewangan, monopoli bangsawan dan orang cina
berkurangan
Perubahan susunan kewangan turut memberi implikasi terhadap dasar cukai.
Cukai ke atas barangan impot dikenakan 3% ad valorem manakala cukai ekspot
adalah 5% ad valorem.Walau bagaimanapun hal ini bermakna barat mengambil
peluang ke atas Thai dengan pengenaan dasar cukai yang berat sebelah. Barang dari
barat adalah lebih murah untuk pasaran mereka manakala barang dari Thai mengalami
kenaikan harga di dalam negara sendiri. Sistem ekonomi terbuka ini juga turut
memberi kesan kepada golongan bangsawan. Golongan ini bukan lagi memonopoli
perdagangan. Malahan penguasaan orang Cina dalam ekonomi Thai agak tergugat
kerana kini dikuasai pula orang-orang barat terutama dari Britain.
Permulaan dasar buka pintu
China dipaksa membuka pintunya setelah semua usaha British untuk
mewujudkan perhubungan perdagangan dengan China menemui kegagalan. Setelah
kalahnya China dalam perang Candu 1, China menandatangani perjanjian Nangking
yang memberi kesan terang Permulaan pencerobohan asing
-terangan menjatuhkan imej dan maruahnya sebagai middle kingdom. China
terpaksa membuka lima pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Ningpo,
Amoy, Foochow dan Shanghai. Selepas perjanjian itu China terpaksa menandatangani
Perjanjian tambahan Bogue dengan Britain, Perjanjian Wanghsia dengan Amerika
Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Peranchis dan beberapa negara lain.
China mula dicerobohi kuasa barat. China telah dibelah bahagikan di kalngan
kuasa asing yang ada. Misalnya Rusia mendapat pajakan ke atas hujung Semenanjung
Lianotung selama 25 tahun, Jerman mendapat pajakan 99 tahun ke atas teluk
Kiaochow dan Peranchis diberi diberi pajakan selama 99 tahun ke Teluk Wangchow.
Selain itu juga kuasa asing juga menubuhkan lingkungan pengaruh mereka di China,
misalnya Peranchis di kawasan Yunnan, Kwangsi dan Kweichow.
Penyerahan Hong Kong kepada British
China terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British. Kedaulatan China
sangat dicabar.
Kemerosotan Dinasti Manchu
Kekalahan Dinasti Manchu dalam Perang Candu 1 membuktikan kelemahan
tenteranya. Apatah lagi gagalnya pemerintah Manchu menghalang kemasukan candu
dari barat yang banyak merosakkan masyarakat China. Pemberontakan Taiping dan
Boxer adalah kemuncak kemerosotan Manchu sebagai pemerintah China.
Kemerosotan ekonomiChina
Penghapusan monopoli Co hong serta pembukaan lima buah pelabuhan telah
melemahkan ekonomi China. Perusahaan tempatan tidak dapat bersaing dengan
barangan barat yang membanjiri pasaran China.
Kemasukan unsure barat
Unsur barat iaitu fahaman barat dan agama kristian mula mengancam
kebudayaan China.
Kesimpulan
Perjanjian Bowring 1855 membawa Siam kea rah pemodenan dan kejayaan.
Siam tetap merdeka dan kedaulatan tetap terpelihara. Perjanjian Nangking 1842
merugikan China. China dipaksakan membuka pintunya selain kedaulatannya
tercabar.

11. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA


TERCETUSNYA PERANG JAWA (1825-1830) DAN DAHAGI INDIA(1856)

PENDAHULUAN
Perang Jawa merupakan reaksi penduduk tempatan menentang penjajahan Belanda.
Perang yang meletus di daerah Jogjakarta ini dipimpin oleh Dipo negoro.Dahagi India
yg meletus pada tahun 1856 pula merupakan tindak balas rakyat India terhadap
perubahan dan pentadbiran British. Pemberontakan yg dilakukan oleh tentera atau
sepoi ini bermula di wilayah Meerut dan seterusnya berkembang ke wilayah utara dan
tengah India.
-meletus 1825-1830
-pimpinan dipo negoro
-tidak puas hati thdp Van Der Capellan yg membatalkan kontrak sewa tanah
-pembatalan kontrak ini menysahkan masyarakat tempatan. Pembesar kehilangan
sumber pendapatan. Mereka juga tidak dapat membayar balik wang pendahuluan yg
tlh dipungut dri orag Eropah.
-petani dipaksa bekerja keras di tanah pembesar.
-tidak berpuas hati dgn pengenalan pelbagai jenis cukai yg tinggi.Pemungutan
diserahkan pula oleh Belanda kpd orang Cina.
-Cukai semapdan adalh cukai yg membebankan iaiatu cukai yg dikenakan apabila
membawa hasil mrk dr ladang mrk ke kawasan kerajaan.
-Dipo negoro juga tidak berpuas hati dgn Belanda. Ini kerana Belanda tlh melantik
Anak saudaranya Djarot sbg pemerintah Jogjakarta. Dipo negoro thh diketepikan dr
takhta beberapa kali.
-dipo negoro ialh pemimpin agama dlm masy.
-dianggan ratu adil, melancarkan perang jihad.

ISI
Faktor-faktor Perang Jawa
Kaum bangsawan berasa tidak puas hati dgn tindakan Gabenor Van de Capellan yg
membatalkan kontrak sewa tanah kerana mereka bukan sahaja kehilangan sumber
pendapatan bahkan terpaksa mengembalikan baki pendahuluan yg tlh mrk ambil dr
pemajak China atau Eropah. Kaum petani telah dipaksa oleh golongan bangsawan
bekerja keras untuk mendapatkan hasil bg menjelaskan hutang kpd pemajak Eropah
atau China.
Rasa tidak puas hati petani menjadi semakin hebat apabila Belanda memaksa mereka
membayar beberapa jenis cukai barangan dan cukai kepala.
Peminjam wang China telah mengenakan faedah yg tinggi kpd petani yang
meminjam.

POLITIK
Dipo Negoro berasa marah krn belanda tidak melantiknya sebagai Amangkubuwono
1V slps kemangkatan adiknya Djarot. Beliau terasa terhina kerana dilantik sbg
penasihat kpd Amangkubuwono v yg hanya berusia 2 tahun.

AGAMA
Kemarahan Dipo Negoro terhadap Belanda semakin meningkat kran Belanda tidak
mengiktiraf sbg ketua agama di Pulau jawa.
Di kalangan pddk Jawa Diponegoro bukan shj dianggab ratu Adil yg akan
membebaskan dan menyelamatkan mrk drp penjajahan Belanda.
Perasaan marah dan terhina Dipo Negoro semaikin memuncak apabila Belanda
meneruskan rancangan pembinaan jalan raya yg melibatkan tanah perkuburan nenk
moyang mrk.

FAKTOR-FAKTOR DAHAGI INDIA

Dasar Pengilhakan Gabenor Jeneral British

Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan wilayah India melalui 3 kaedah iaitu
Hak Mewakili Kuasa Agung, Undang-undang warisan serta melanjutkan faedah
British di wilayah yang disalah tadbir pemerintah India.
Melalui kaedah-kaedah ini Dalousie telah mengilhakan wilayah Jhansi, Jaitpur,
Samalpur dan lain-lain.
Dasar pengilhakan ini telah menimbulkan kemarahan serta rasa tidak puas hati di
kalangan orang India, khasnya pemerintah di wilayah yang terlibat.
Nana Sahib telah mengetuai pepmberontakan itu kerana British telah bertindak
membatalkan bayaran pencen melalui Undang-undang Lesap Waris.

Pembaharuan sosial
British telah menghapuskan beberapa amalan tradisi serta adat resam spt Suttee,
Thugee,pembunuhan bayi perempuan serta meluluskan undang-undang perkhawinan
semula balu-balu Hindu.
Perubahan beberapa adat resam di atas telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta
kemarahan di kalngan masyarakat tempatan India.
Pengenalan dan penyebaran pendidikan Barat dianggap sebgai percubaan pihak
British untuk mengkristiankan orang-orang India.
Pengenalan teknologi seperti kertapi api dan telegraf dianggap sebagai satu langkah
untuk mencemarkan agama Hindu.
Ramai petani kehilangan tanah dan menjadi miskin kerana tanah mereka dirampas
oleh British berikut kegagalan petani membuktikan hak milik mereka yang sah.
Anggota tentera asli India berasa marah kerana British membubarkan pasukan tentera
tersebut setelah mengambil alih sesuatu wilayah tersebut.

Perasaan tidak puas hati sepoi India


Tentera Benggala yg terdiri daripada puak Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi
enggan melakukan kerja berat serta bertugas di luar kawasan yang jauh kerana
bimbang kasta mereka akan tercemar.
Sepoi-sepoi India juga tidak puas hati dengan amalan diskriminasi tentera British dari
segi layanan, gaji serta peluang kenaikan pangkat.
Pengenalan senapang Rifle Royal Enfield yang didakwa pelurunya telah dilumur dgn
minyak babi dianggap sbg satu muslihat British menghina kebudayaan tradisional dan
cuba mengkristiankan mereka.

Penutup
Perang Jawa merupakan langkah pertama penjajahan Belanda secara rasmi ke atas
seluruh pulau Indonesia. Kejayaan British menghapuskan Dahagi India mengukuhkan
lagi kuasa serta pengaruh kuasa Barat tersebut di negara India.

12. Bandingkan langkah-langkah pemodenan yang dijalankan oleh Maharaja


Meiji (1868-1912) dan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Jepun dan Siam.

A. PENDAHULUAN (3 markah)

Maharaja Meiji yang memerintah Jepun pada Januari 1868 merupakan penggerak
pemodenan yang utama dan zamannya dikenali sebagai Restorasi Meiji atau
Zaman Peralihan setelah berjaya menamatkan kekuasaan Kesyogunan Tokugawa.
Meiji menggunakan ilmu pengetahuan Barat untuk memodenkan negaranya.
Manakala Raja Chulalongkorn yang menaiki takhta tahun 1868 setelah kematian
bapanya Mongkut telah meneruskan dasar pemodenan Siam yang diasaskan oleh
Mongkut. Chulalongkorn dikatakan Bapa Pemodenan sebenar kerana Siam
benar-benar muncul sebagai sebuah negara yang moden.

B. ISI-ISI (20 markah)

1. Pentadbiran
Maharaja Meiji membentuk piagam yang menjadi panduan kepada pemimpin,
pegawai-pegawai dan rakyat Jepun dalam menjalankan tugas. Pada April 1868,
baginda menandatangani piagam tersebut yang mengandungi 5 perkara iaitu:
a) Dewan Perbahasan ditubuhkan bagi menerimarespons orang ramai mengenai
undang-undang yang akan dilaksanakan.
b) Kakitangan awam diseru bersatu dalam semua dasar dan rancangan.
c) Semua rakyat digalakkan menggunakan hak dan minat masing-masing.
d) Segala adat lama yang tidak bermanfaat dihapuskan.
e) Jepun dikehendaki mengambil semua pengetahuan dan kemahiran dari dunia luar.
Meiji memindahkan pusat pentadbiran dari Kyoto ke Yedo dan menukar nama
Yedo kepada Tokyo (Ibu Kota Timur).
Baginda juga mewujudkan sistem pentadbiran berpusat (di bawah kekuasaan
maharaja) dengan menamatkan system feudal. Wilayah-wilayah kerkuasaan
pembesar diambil semula oleh Meiji dan diberi gaji tetap. Wilayah-wilayah
dibahagikan kepada beberapa daerah kecil (Ken) dengan menamatkan fungsi
daimyo sebagai pembesar. Samurai yang tidak mempunyai jawatan dalam
perkhidmatan awam diberi galakan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Meiji juga telah membentuk sebuah parlimen atau Diet tahun 1881 dengan
menerima pakai perlembagaan Jerman sebagai acuannya. Majlis Penasihat Raja
ditubuhkan dengan keanggotaan golongan bangsawan dan pembesar istana. Pada
tahun 1889 perlembagaan baru yang dikenali sebagai Undang-undang Dasar Baru
ditubuhkan dan menjadi perlembagaan rasmi Jepun tahun 1889. Diet yang terdiri
daripada Dewan Agung dan dewan perwakilan Rakyat ditubuhkan tahun 1890.

Raja Chulalongkorn pula meneruskan dasar ayahnya Mongkut yang mengambil


kepakaran orang Barat dalam pentadbirannya. Antaranya ialah:
f) Rolin Jacquemins pakar Jerman berkhidmat sebagai Penasihat Amnya.
g) Pakar Inggeris sebagai penasihat dalam Kementerian Hasil Dalam Negeri dan
Kastam.
h) Pakar Perancis sebagai penasihat di Kementerian Perundangan.
i) Pakar Jerman sebagai penasihat di Jabatan Kereta Api dan Jabatan Pos.
j) Pakar Denmark sebagai penasihat dalam Angkatan Laut dan Polis wilayah.
k) Pakar Itali sebagai penasihat dalam Kerja-kerja Pembinaan.
Raja Chulalongkorn menubuhkan kerajaan bercorak kabinet Eropah melalui
pembentukan Majlis Mesyuarat Tertinggi (MMT) dan Majlis Penasihat (MP).
MMT diketuai oleh Raja Chulalongkorn dan dianggotai oleh 12 putera raja dan
golongan bangsawan yang bertugas secara rasmi menasihati raja dalam
pentadbiran dan hal ehwal negeri. MP dianggotai oleh 40 pegawai kerajaan
yang berfungsi sebagai badan penasihat pentadbiran Siam. Kedua-dua majlis
ini boleh mengemukakan pandangan secara terbuka.
Baginda juga mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden dengan
12 kementerian yang setiap satunya diketuai oleh seorang menteri dalam
kalangan putera raja berpendidikan Barat dan dibantu penasihat Barat.
Antaranya Kementerian hal Ehwal dalam Negeri, Kewangan, Pertanian,
kehakiman dan Keadilan, Hal Ehwal Luar Negeri, Kerja Raya, Kerajaan
Tempatan dan Pertahanan.
Baginda menamatkan kuasa autonomi di peringkat daerah dengan
menyerapkan pembesar-pembesar ke Jabatan Perkhidmatan Awam dengan
diberi gaji bulanan tetap atas kehilangan kuasa mereka.
Putera Damrong (Menteri dalam Negeri) menyusun semula pentadbiran
dalam negeri berasaskan sistem pentadbiran Inggeris di Myanmar. Siam
dibahagikan kepada 18 buah ‘monthon’ (bulatan). Setiap monthon ditadbir oleh
Pesuruhjaya Tinggi. Monthon dipecahkan kepada unit-unit kecil lagi seperti
‘changwat’ (wilayah), ‘amphoe’ (daerah), ‘tambon’ (commune), hamlet dan
kampong.
Chulalongkorn turut meberi perhatian pada polisi luar negaranya. Baginda
telah meneruskan Dasar Buka Pintu Mongkut dan menjalin persahabatan
dengan Barat melalui beberapa perjanjian persahabatan dan perdagangan.
Pejabat kedutaan asing dibuka di Bangkok dan pejabat kedutaannya dibuka di
negara luar seperti London, Paris, Jepun dan Washington. Baginda
mengamalkan dasar diplomasi moden dengan Barat bagi mengekalkan
kemerdekaan Siam seperti menyerahkan 12 kawasan di Laos, Luang Prabang,
Seamreap kepada Perancis dan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara
kepada Britain.

2. Ekonomi
Maharaja Meiji berusaha memajukan sektor perusahaan mengikut acuan
Barat. Tahun 1873. Ito Hirobumi dilantik sebagai Menteri Perusahaan. Bantuan
kepada pengusaha persendirian diberikan dalam bentuk modal, latihan
perindustrian, khidmat nasihat dan bengkel teknik perniagaan. Khidmat kepakaran
luar negara juga turut diperolehi. Buktinya tahun 1879, Jepun mengambil 130
pegawai asing melalui Kementerian Perusahaan.
Beberapa syarikat besar telah muncul untuk memajukan ekonomi Jepun
seperti Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumitomo. Syarikat-syarikat ini telah
bergabung dengan syarikat lain yang dikenali sebagai Zaibatsu yang menjadi
penggerak kemajuan ekonomi Jepun. Selain itu syarikat-syarikat persendirian
yang kecil turut beroperasi seperti Osaka Spinning Mill, Tomioko Silk Mill dan
Oji Paper Co.
Hasil perkembangan perusahaan, Jepun berjaya menghasilkan barangan
eksport seperti kain kapas, sutera ,barangan kilang, perlombongan, kereta, kapal
perdagangan adan kapal perang. Meiji memajukan juga perusahaan perkapalan
dan perlombongan dengan bentuan khidmat kepakaran asing. Antaranya
perlombongan arangbatu, besi dan tembaga.
Meiji juga menyusun sistem kewangannya dengan mengeluarkan mata wang
kertas yen, menubuhkan bank pusat,Mitsui-Ono, First National Bank dan
Yokohama Spesis Bank.

Raja Chulalongkorn telah menyusun semula kewangan Siam. Antaranya ialah:


a) Mewujudkan perbendaharaan moden di Siam dengan bantuan Penasihat
Kewangan Inggeris yang dilantik sebagai jurukira Siam.
b) Sistem audit dan akaun moden diwujudkan.
c) Jabatan kastam dan Hasil Dalam Negeri dibentuk dan memperkenalkan cukai
langsung
d) Anggaran belanjawan pertama diperkenalkan tahun 1901.
Sistem cukai moden mendapat keuntungan yang banyak dan menghapuskan
penyelewengan, rasuah dan penindasan serta menghapuskan sistem pungutan
cukai yang dipajakkan kepada orang Cina.
Bank-bank Inggeris dan Perancis ditubuhkan di Bangkok
Bidang pertanian turut dimajukan dengan menubuhkan Jabatan Taliair.
Kemudahan perdagangan kepada orang Barat turut disediakan dengan
menggalakkan kemasukan pelabur asing
Pinjaman kredit diberikan kepada petani, pengusaha dan pedagang tempatan.
Hasilnya Siam berkembang maju dan pendapatan negara bertambah berikutan
hasil eksport dan cukai yang diperolehi.

3. Sosial
a. Pendidikan
Meiji menubuhkan Kementerian Pendidikan tahun 1871 yang mewajibkan
semua kanak-kanak setiap lapisan masyarakat mendapat pendidikan rendah
daripada umur 6 hingga 10 tahun. Penekanan pada kesetiaan terhadap
maharaja, bangsa dan negara yang dikenali sebagai prinsip kokutai diberikan.
Sistem pendidikan Jepun diubahsuai mengikut sistem pendidikan Amerika.
Keutamaan diberikan terhadap mata pelajaran Sains dan Teknik.
Meiji telah membawa masuk ramai tenaga pengajar, golongan profesional dan
ahli akademik Barat di samping menghantar ramai pelajar dan pemuda
negaranya melanjutkan pelajaran ke Eropah. Pusat-pusat pengajian tinggi
seperti maktab dan universiti didirikan Contohnya Universiti Diraja Tokyo,
Universiti Imperal, Maktab teknikal seperti Junior Technical College dan
beberapa universiti swasta.

Manakala Chulalongkorn juga memberi penekanan dalam pendidikan moden.


Baginda membina sekolah bagi kaum bangsawan dan rakyat biasa. Seramai
300 kaum kerab atnya dihantar menuntut ilmu di luar negara terutamanya ke
Eropah. Jabatan pendidikan turut ditubuhkan setaraf dengan sistem
pendidikan Barat. Dengan mengambil penasihat Britain. Sekolah-sekolah
rendah didirikan menggunakan bahasa Thai manakala sekolah menengah
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Terdapat juga
sekolah asrama untuk lelaki dan perempuan seperti Sunandalaya, Maktab
Diraja dan Suan Khulab. Sebuah Maktab Tentera didirikan dengan mengambil
pakar Itali sebagai pengelolanya. Pelajaran teknik dan vokasional, jurusan
undang-undang dan kaji ukur diperkenalkan. Sekolah-sekolah agama dan
mubaligh turut didirikan.

b. Adat/budaya/agama/kesihatan/infrastruktur.
Chulalongkorn telah menghapuskan adat bersujud menghadap raja tahun 1873
dan menghapuskan sistem perhambaan secara berperingkat-peringkat dengan
meluluskan Undang-undang Pengabdian pada Ogos 1874. Amalan buruh
paksa dihapuskan dan menggantikan dengan buruh bergaji. Selain itu, amalan
perjudian poligami diharamkan.
Chulalongkorn bersikap liberal dan toleransi dalam soal agama. Rakyat Siam
diberi kebebasan menganut sebarang agama yang disukai.
Baginda juga membaiki taraf kesihatan penduduk dengan menubuhkan
sekolah perubatan, hospital dan rawatan percuma untuk membanteras
penyakit taun dan cacar dengan bantuan pakar-pakar Barat.
Siatem perhubungan atau infrastruktur diperhebatkan seperti menubuhkan
Jabatan Kereta Api Negara. Perkhidmatan pos dan telegraf diperkenalkan.
Jambatan dan terusan dibina sementara sistem kalendar Eropah diperkenalkan
di Siam.

4. Ketenteraan
Maharaja Meiji memberi penekanan serius dalam bidang ketenteraan.
Dalam usaha memodenkan angkatan tenteranya, kepakaran Jerman digunakan
dengan mengambil tentera Jerman berkhidmat dalam angkatan tentera darat
Jepun. Undang-undang kerahan tenaga diwujudkan tahun 1872 yang mewajibkan
pemuda berumur 20 tahun menyertai tentera. Justeru Tentera Kebangsaan Jepun
dibentuk dengan keanggotaan segenap lapisan masyarakat. Angkatan tentera laut
juga dimodenkan dengan bantuan kepakaran Britain. Jepun berjaya membina
kapal perangnya sendiri.
Jepun juga mengemaskinikan semula pasukan polis dengan menubuhkan
Undangundang
Mengekalkan Keamanan.

5. Kehakiman
Chulalongkorn pula mengadakan pembaharuan dan penyusunan semula dalam
bidang kehakiman setanding negara Barat. Baginda mengasaskan penubuhan
sistem mahkamah jenayah dan awam, menubuhkan Kementerian Kehakiman dan
sekolah undang-undang bagi menggalakkan pelajarnya mempelajari sistem
kehakiman Barat.
Pada tahun 1897, kod undang-undang jenayah baru digubal dan mahkamah
jenayah Barat ditubuhkan. Rang undang-undang ini mencadangkan Mahkamah
Konsul dan hak wilayah asingan di Siam ditamatkan. Selain itu, sistem penjara
disusun dan angkatan polis dimodenkan dengan bantuan penasihat British.

C. KESIMPULAN (2 markah)
Zaman Maharaja Meiji merupakan zaman kegemilangan Jepun. Meiji
memiliki kebijaksanaan politik yang sukar ditandingi oleh pemerintah negaranegara
Asia lain. Dalam masa yang singkat, Jepun muncul sebagai negara yang
moden dan kuat. Jepun muncul sebagai satu kuasa ekonomi dan tentera yang
hebat. Chulalongkorn pula dianggap seorang raja yang agung kerana kejayaannya
mengekalkan kemerdekaan Siam. Siam telah menjadi satu-satunya negara di Asia
Tenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya. Namun kegemilangan ini
tidak berterusan semasa pemerintahan Vajiravudh dan Prajadhipok hinggalah
berlaku Revolusi Siam 1932 yang menamatkan sisstem beraja mutlak.

10. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian


Nangking (1842) terhadap negara masing-masing.

Akibat Revolusi Perindustrian kuasa barat menjalankan dasar imperialisme untuk


mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah dan pasaran baru.
Dasar imperialisme barat yang bermatlamatkan keuntungan telah merubah dan hampir
memporak perandakan system kehidupan yang terdapat dalam kebanyakan negara di
Asia. Kejayaan peringkat awal campur tangan mereka dapat dilihat melalui keakuran
negara seperti Thailand dan China membuat perhubungan dengan barat dengan
menandatangani Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nangking (1842). Kedua-
dua perjanjian mempunyai implikasi tertentu.(3m)
Permulaan dasar buka pintu, kemerdekaan Siam terpelihara dan British
sebgai pelabur utama
Perjanjian Bowring menandakan permulaan dasar buka pintu Thai kepada
Negara barat. Perjanjian ini juga telah membawa lebih daripada 20 lagi perjanjian lain
iaiitu dengan Peranchis, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain. Semua perjanjian
tersebut memberi kesan yang bukan sedikit antaranya kuasa barat dibenarkan
mengambil wilayah asingan, mendirikan konsul mereka, tersebarnya agama Kristian
dan dasar perdagangan yang lebih terbuka. Selain itu hubungan diplomatic
diwujudkan antara Thai dan barat atas dasar persamaan taraf. Contohnya, selepas
Perjanjian Bowring Raja Mongkut telah menghantar Suriwongse ke Britain. Ini
mengeratkan persahabatan dengan Britain. Malahan Britain muncul sebagai pelabur
utama sehingga Thai dikenali sebagai “satelit ekonomi”Britain. Pelabuhan British di
Singapura dan Hongkong sibuk menjalankan perdagangan dengan Thai. Secara tidak
langsung kemerdekaan Thai dapat dipelihara. Hubungan diplomatik yang erat antara
semua kuasa barat dapat menjamin kemerdekaan Thai.
Pembukaaan Siam kepada perdagangan antarabangsa
Selepas perjanjian tersebut, Thai terdedah dengan perdagangan antarabangsa.
Sistem ekonomi sara diri beransur-ansur berkurangan dan digantikan dengan sistem
ekonomi komersil. Sistem ekonomi kewangan diperkenalkan dan telah disusun dapat
menjalankan aktiviti perdagangan yang sedikit sebanyak turut menguntung Thai.
Pengekspotan beras, kayu jati dan gula Thai juga meningkat.
Perubahan sistem kewangan, monopoli bangsawan dan orang cina
berkurangan
Perubahan susunan kewangan turut memberi implikasi terhadap dasar cukai.
Cukai ke atas barangan impot dikenakan 3% ad valorem manakala cukai ekspot
adalah 5% ad valorem.Walau bagaimanapun hal ini bermakna barat mengambil
peluang ke atas Thai dengan pengenaan dasar cukai yang berat sebelah. Barang dari
barat adalah lebih murah untuk pasaran mereka manakala barang dari Thai mengalami
kenaikan harga di dalam negara sendiri. Sistem ekonomi terbuka ini juga turut
memberi kesan kepada golongan bangsawan. Golongan ini bukan lagi memonopoli
perdagangan. Malahan penguasaan orang Cina dalam ekonomi Thai agak tergugat
kerana kini dikuasai pula orang-orang barat terutama dari Britain.
Permulaan dasar buka pintu
China dipaksa membuka pintunya setelah semua usaha British untuk
mewujudkan perhubungan perdagangan dengan China menemui kegagalan. Setelah
kalahnya China dalam perang Candu 1, China menandatangani perjanjian Nangking
yang memberi kesan terang Permulaan pencerobohan asing
-terangan menjatuhkan imej dan maruahnya sebagai middle kingdom. China
terpaksa membuka lima pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Ningpo,
Amoy, Foochow dan Shanghai. Selepas perjanjian itu China terpaksa menandatangani
Perjanjian tambahan Bogue dengan Britain, Perjanjian Wanghsia dengan Amerika
Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Peranchis dan beberapa negara lain.
China mula dicerobohi kuasa barat. China telah dibelah bahagikan di kalngan
kuasa asing yang ada. Misalnya Rusia mendapat pajakan ke atas hujung Semenanjung
Lianotung selama 25 tahun, Jerman mendapat pajakan 99 tahun ke atas teluk
Kiaochow dan Peranchis diberi diberi pajakan selama 99 tahun ke Teluk Wangchow.
Selain itu juga kuasa asing juga menubuhkan lingkungan pengaruh mereka di China,
misalnya Peranchis di kawasan Yunnan, Kwangsi dan Kweichow.
Penyerahan Hong Kong kepada British
China terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British. Kedaulatan China
sangat dicabar.
Kemerosotan Dinasti Manchu
Kekalahan Dinasti Manchu dalam Perang Candu 1 membuktikan kelemahan
tenteranya. Apatah lagi gagalnya pemerintah Manchu menghalang kemasukan candu
dari barat yang banyak merosakkan masyarakat China. Pemberontakan Taiping dan
Boxer adalah kemuncak kemerosotan Manchu sebagai pemerintah China.
Kemerosotan ekonomiChina
Penghapusan monopoli Co hong serta pembukaan lima buah pelabuhan telah
melemahkan ekonomi China. Perusahaan tempatan tidak dapat bersaing dengan
barangan barat yang membanjiri pasaran China.
Kemasukan unsure barat
Unsur barat iaitu fahaman barat dan agama kristian mula mengancam
kebudayaan China.
Kesimpulan
Perjanjian Bowring 1855 membawa Siam kea rah pemodenan dan kejayaan.
Siam tetap merdeka dan kedaulatan tetap terpelihara. Perjanjian Nangking 1842
merugikan China. China dipaksakan membuka pintunya selain kedaulatannya
tercabar.

11. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA


TERCETUSNYA PERANG JAWA (1825-1830) DAN DAHAGI INDIA(1856)

PENDAHULUAN
Perang Jawa merupakan reaksi penduduk tempatan menentang penjajahan Belanda.
Perang yang meletus di daerah Jogjakarta ini dipimpin oleh Dipo negoro.Dahagi India
yg meletus pada tahun 1856 pula merupakan tindak balas rakyat India terhadap
perubahan dan pentadbiran British. Pemberontakan yg dilakukan oleh tentera atau
sepoi ini bermula di wilayah Meerut dan seterusnya berkembang ke wilayah utara dan
tengah India.
-meletus 1825-1830
-pimpinan dipo negoro
-tidak puas hati thdp Van Der Capellan yg membatalkan kontrak sewa tanah
-pembatalan kontrak ini menysahkan masyarakat tempatan. Pembesar kehilangan
sumber pendapatan. Mereka juga tidak dapat membayar balik wang pendahuluan yg
tlh dipungut dri orag Eropah.
-petani dipaksa bekerja keras di tanah pembesar.
-tidak berpuas hati dgn pengenalan pelbagai jenis cukai yg tinggi.Pemungutan
diserahkan pula oleh Belanda kpd orang Cina.
-Cukai semapdan adalh cukai yg membebankan iaiatu cukai yg dikenakan apabila
membawa hasil mrk dr ladang mrk ke kawasan kerajaan.
-Dipo negoro juga tidak berpuas hati dgn Belanda. Ini kerana Belanda tlh melantik
Anak saudaranya Djarot sbg pemerintah Jogjakarta. Dipo negoro thh diketepikan dr
takhta beberapa kali.
-dipo negoro ialh pemimpin agama dlm masy.
-dianggan ratu adil, melancarkan perang jihad.

ISI
Faktor-faktor Perang Jawa
Kaum bangsawan berasa tidak puas hati dgn tindakan Gabenor Van de Capellan yg
membatalkan kontrak sewa tanah kerana mereka bukan sahaja kehilangan sumber
pendapatan bahkan terpaksa mengembalikan baki pendahuluan yg tlh mrk ambil dr
pemajak China atau Eropah. Kaum petani telah dipaksa oleh golongan bangsawan
bekerja keras untuk mendapatkan hasil bg menjelaskan hutang kpd pemajak Eropah
atau China.
Rasa tidak puas hati petani menjadi semakin hebat apabila Belanda memaksa mereka
membayar beberapa jenis cukai barangan dan cukai kepala.
Peminjam wang China telah mengenakan faedah yg tinggi kpd petani yang
meminjam.

POLITIK
Dipo Negoro berasa marah krn belanda tidak melantiknya sebagai Amangkubuwono
1V slps kemangkatan adiknya Djarot. Beliau terasa terhina kerana dilantik sbg
penasihat kpd Amangkubuwono v yg hanya berusia 2 tahun.

AGAMA
Kemarahan Dipo Negoro terhadap Belanda semakin meningkat kran Belanda tidak
mengiktiraf sbg ketua agama di Pulau jawa.
Di kalangan pddk Jawa Diponegoro bukan shj dianggab ratu Adil yg akan
membebaskan dan menyelamatkan mrk drp penjajahan Belanda.
Perasaan marah dan terhina Dipo Negoro semaikin memuncak apabila Belanda
meneruskan rancangan pembinaan jalan raya yg melibatkan tanah perkuburan nenk
moyang mrk.

FAKTOR-FAKTOR DAHAGI INDIA

Dasar Pengilhakan Gabenor Jeneral British

Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan wilayah India melalui 3 kaedah iaitu
Hak Mewakili Kuasa Agung, Undang-undang warisan serta melanjutkan faedah
British di wilayah yang disalah tadbir pemerintah India.
Melalui kaedah-kaedah ini Dalousie telah mengilhakan wilayah Jhansi, Jaitpur,
Samalpur dan lain-lain.
Dasar pengilhakan ini telah menimbulkan kemarahan serta rasa tidak puas hati di
kalangan orang India, khasnya pemerintah di wilayah yang terlibat.
Nana Sahib telah mengetuai pepmberontakan itu kerana British telah bertindak
membatalkan bayaran pencen melalui Undang-undang Lesap Waris.

Pembaharuan sosial
British telah menghapuskan beberapa amalan tradisi serta adat resam spt Suttee,
Thugee,pembunuhan bayi perempuan serta meluluskan undang-undang perkhawinan
semula balu-balu Hindu.
Perubahan beberapa adat resam di atas telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta
kemarahan di kalngan masyarakat tempatan India.
Pengenalan dan penyebaran pendidikan Barat dianggap sebgai percubaan pihak
British untuk mengkristiankan orang-orang India.
Pengenalan teknologi seperti kertapi api dan telegraf dianggap sebagai satu langkah
untuk mencemarkan agama Hindu.
Ramai petani kehilangan tanah dan menjadi miskin kerana tanah mereka dirampas
oleh British berikut kegagalan petani membuktikan hak milik mereka yang sah.
Anggota tentera asli India berasa marah kerana British membubarkan pasukan tentera
tersebut setelah mengambil alih sesuatu wilayah tersebut.

Perasaan tidak puas hati sepoi India


Tentera Benggala yg terdiri daripada puak Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi
enggan melakukan kerja berat serta bertugas di luar kawasan yang jauh kerana
bimbang kasta mereka akan tercemar.
Sepoi-sepoi India juga tidak puas hati dengan amalan diskriminasi tentera British dari
segi layanan, gaji serta peluang kenaikan pangkat.
Pengenalan senapang Rifle Royal Enfield yang didakwa pelurunya telah dilumur dgn
minyak babi dianggap sbg satu muslihat British menghina kebudayaan tradisional dan
cuba mengkristiankan mereka.

Penutup
Perang Jawa merupakan langkah pertama penjajahan Belanda secara rasmi ke atas
seluruh pulau Indonesia. Kejayaan British menghapuskan Dahagi India mengukuhkan
lagi kuasa serta pengaruh kuasa Barat tersebut di negara India.

You might also like