Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Wacana Deskriptif dan Wacana Lain

Wacana Deskriptif dan Wacana Lain

Ratings: (0)|Views: 3,583 |Likes:
Published by Paklong Cikgu

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Paklong Cikgu on May 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/22/2013

pdf

text

original

 
 
X
PENGENALAN
Topik 8 ini akan mengupas konsep-konsep wacana deskriptif. Selain itu, topik initurut menyatakan pelbagai maksud dan definisi deskriptif wacana lain. Akhirsekali, topik ini akan membincangkan penggunaan deskriptif dan kepentinganwacana-wacana lain dalam penulisan.
WACANA DESKRIPTIF
Subtopik ini menerangkan pengertian wacana deskriptif.
8.1
TTooppii
88
 
X
Wacana
Deskriptif
dan
Wacana
Lain
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1.Menghuraikan konsep wacana deskriptif;2.Menjelaskan maksud deskriptif secara menyeluruh;3.Membincangkan beberapa maksud wacana lain;4.Menilai penggunaan wacana deskriptif dalam penulisan; dan5.Membincangkan kepentingan wacana-wacana lain dalam penulisan.
 
 
X
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN
124
8.1.1 Pengertian Wacana Deskriptif
Terdapat pelbagai definisi wacana deskriptif. Di dalam pengertian linguistik,wacana deskriptif adalah kesatuan makna (semantis) antara bahagian dalamsesuatu binaan bahasa. Oleh sebab itu, wacana deskriptif berfungsi sebagaikesatuan makna dan dilihat sebagai pembina bahasa yang utuh. Hal inidemikian kerana setiap bahagian dalam wacana tersebut adalah saling berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina atas hubungan maknaantara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat dengan konteks. Konteksdapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan dalam pemakaian bahasa bagi komunikasi dan bukan komunikasi. Menurut Ann (1995) wacanadeskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai interaksi antarapenutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal, iaitu bentuknyaditentukan oleh tujuan sosial. Sedangkan Dk. Zunainah Pg. Aliuddin (2002)mengemukakan pendapat bahawa wacana deskriptif adalah komunikasi lisandan tulisan yang dilihat daripada penghayatan, nilai dan kategori dalamannya.Beliau juga melihat wacana deskriptif sebagai bidang daripada semuapernyataan. Kadangkala juga wacana tersebut dikenali sebagai kelompokpernyataan atau praktik kebiasaan yang dilihat daripada sejumlah pernyataan.Pendapat yang lebih jelas lagi dikemukakan oleh Harun Aminurrashid (2001)yang memaparkan:
Wacana deskriptif sebagai rentetan kalimat yang berkaitan serta menghubungkan satu proposisi dengan satu proposisi lain atau membentuk satu kesatuan, sehingga wujud makna  yang serasi antara kalimat-kalimat itu. Selanjutnya dijelaskan  pula bahawa wacana deskriptif merupakan kesatuan bahasa  yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar atas kalimat atau klausa dengan koheren dan kohesi yang tinggi yang berkesinambungan serta mampu mempunyai permulaan dan kesimpulan jelas yang disampaikan secara lisan dan bertulis.
Harimurti Kridalaksana (1982) memberikan penjelasan lebih sederhana tentangwacana deskriptif, iaitu cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka kepadaawam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar luas.Harimurti merujuk kepada pendapat Ann (1995) yang memberikan ulasannya,iaitu wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual,konteks penggunaan dan kaedah penjelasan.Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitusemua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan mempunyai kesan dalamdunia nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakansekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikal
 
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN
W
 
125
konseptual tertentu. Dari segi kaedah penjelasannya, wacana deskriptif merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah pernyataan.Daripada huraian di atas, jelaslah bahawa wacana deskriptif merupakan suatupernyataan atau rangkaian pernyataan, sama ada dinyatakan secara lisanmahupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasa danterikat kepada konteks. Oleh yang demikian, apapun bentuk pernyataan yangdisalurkan melalui kepelbagaian media, makna konteks dikatakan sebagaisebuah wacana deskriptif.
WACANA-WACANA LAIN
Sekarang, mari kita lihat pula wacana-wacana lain dan pengertiannya.
8.2.1 Wacana-wacana Lain dan Pengertiannya
Leman Ahmad (1984) mengklasifikasikan wacana lain berdasarkan fungsi bahasaseperti dijelaskan berikut:
x
Wacana ekspresif 
wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau penulissebagai saranan ekspresi, seperti pidato.
x
Wacana fatis
wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkankomunikasi.
x
Wacana informasi
wacana ini bersumberkan pesanan atau informasi,seperti berita dalam media massa.
x
Wacana estetik
wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanankeindahan, seperti puisi dan lagu.
x
Wacana direktif 
wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripadamitra penutur atau pembaca, seperti khutbah.Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan kerana ianyaadalah wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri tertentu, iaituadanya penutur dan mitra penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaranpertuturan yang bermula daripada giliran bicara. Sedangkan wacana tulisan
8.2
AKTIVITI 8.1
Bincangkan pengertian wacana deskriptif.

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nazri71 liked this
Ain Nazri liked this
Zrik Martini liked this
Can Obi liked this
o_amrina8203 liked this
Ryal Anambas liked this
Yugo Mukti liked this
U-neeta Sari liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->