You are on page 1of 6

NAMA PELAJAR: ROSNIZA BINTI MOHAMED ABDULLAH

NO.MATRIK: JEA080174

KURSUS: PENGAJIAN MELAYU

LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD

Fakulti: pengajian melayu

PENGENALAN

1
Pantun adalah satu cabang kesusasteraan melayu yang paling tua di Negara kita

ini.Pantun melayu telah ada dalam masyarakat orang melayu sejak zaman –berzaman

dahulu dan sudah menjadi sastera rakyat berabad lamanya. Mengikut sejarah pantun telah

ada di dalam masyarakat bangsa melayu sebelum adanya Negara Temasik dan sebelum

adanya kerajaan melayu melaka yang telah jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511

dahulu. Pantun mula-mula dicipta oleh orang melayu untuk menyampaikan perasaan

hatinya yang terharu dimasa dia sedih kerana duduk berdagang di perantauan,

mengenangkan untung nasib yang malang dan dimasa bersuka ria.

PANTUN BUDI:

2
Buah cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang,

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbuah lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi,

Baik bergalas baik tidak,


Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang,

Tanam lenggungdi tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati,
budi tuan saya tak lupa,
sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung,


Tempat pipit berbuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.

KUPASAN PANTUN BUDI

3
Pantun budi ini menceritakan tentang budi yang ditabur dengan hati yang ikhlas

dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Budi juga boleh dilahat dalam pelbagai aspek

iaitu dari segi perbuatan mahupun dari segi kewangan. Konsep budi menekankan sejauh

mana lahirnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti menolong orang

yang memerlukan pertolongan. Budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit kerana

budi akan dibawa mati. Budi akan dikenang untuk jangka masa yang lama sehingga ia

diingati sampai bila-bila. Contoh pantun budi yang ditonjolkan ialah:

Baik bergalas baik tidak,

buli-buli bertali benang,

baik berbalas baik tidak,

asal budi sama dikenang.

Terdapat juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa orang yang berbudi

akan dibalas segala budinya apabila dia tidak mengambil kira kepada siapa budinya

telah dicurahkan. Oleh itu ramai orang yang menyokong bahawa berbudi sampai ke mati

selagj hayat dikandung tanah. Kebanyakan yang kita perolehi dari orang dahulu kala

ialah kekayaan dengan budi bahasa yang ditabur. Budi bahasa yang bagus juga

mencermainkan kekayaan hati budi seseorang.contoh pantun yang dapat dilahat ialah:

Padi dan nanas tanam di tanjung,

Tempat pipit berbuat sarang,

Budi dan emas sama dijunjung,

Hidup aman dikena

KESIMPULAN

4
Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah orang yang banyak menabur budi

hendaklah diteladani dan diambil iktibar kepada generasi muda yang bakal memimpin

negara kelak. Bak kata pepatah

harimau mati meninggailkan belang,

manusia mati meninggalkan nama.

Oleh itu jelaslah bahawa orang pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baik

akan dikenang untuk selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang dan

menjadi pedoman kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberi

ganjaran pada akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat melayu hendaklah sentiasa berbudi

supaya dipandang mulia kepada bangsa lain khususnya.

BIBLIOGRAFI

5
1.Alias Yunos,1996:pantun melayu sastera rakyat,kuala Lumpur:Straits Times

Press(M)LTD.

2.Zainal Abidin Bakar,1991. kumpulan pantun melayu. Kuala Lumpur:Dewan


bahasa dan Pustaka

ina

You might also like