You are on page 1of 14

Mahathir bin Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Yang Amat Berbahagia Tun
 Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia ke-4


Tempoh berjawat
16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003
Sultan Ahmad Shah (1979 - 1984)
Sultan Iskandar (1984 - 1989)
Sultan Azlan Shah (1989 - 1994)
Raja Tuanku Ja'afar (1994 - 1999)
Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah
(1999 - 2001)
Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Didahului oleh Hussein Onn
Digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4


Tempoh berjawat
15 September 1978 – 16 Julai 1981
Didahului oleh Hussein Onn
Digantikan oleh Musa Hitam

Tarikh lahir 20 Disember 1925 (umur 85)


Tempat lahir Alor Star, Kedah Darul Aman
Parti politik UMNO
Pasangan Dr. Siti Hasmah
Pekerjaan Doktor
Agama Islam

Tandatangan

PENGENALAN
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ‫محضير بن محمد‬, dilahirkan pada 20
Disember 1925). Beliau amat popular dengan gelaran "Dr. M" dan nama pena beliau
adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui
Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap
lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian


dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan
pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya
pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang
dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia —
kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada
individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan


Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,
makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun,
pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai
Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang
memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

LATAR BELAKANG
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che
Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu
daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.
Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee
Muslim (yang berasal dari [Kerala], India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau
mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki Melayu di seberang Perak, Alor Setar
untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di
Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia
yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober
2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam


sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi
golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sering
dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan
kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-
terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia
— kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada
individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek


mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC),
Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi
lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan


Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,
makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau
dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya
yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana
Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang
jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

PENDIDIKAN
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English
School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun
1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah
tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan
berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan
di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,
Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di
Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

KERJAYA & KELUARGA


Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar,
Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan
tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau adalah:

 Marina Mahathir
 Mirzan Mahathir
 Melinda Mahathir
 Mokhzani Mahathir
 Mukhriz Mahathir
 Maizura
 Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya
sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan
anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika
itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan
Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

KERJAYA POLITIK
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian
dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah
salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri
Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan
perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk
pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan
calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya
tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar
selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau
menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau
ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau
mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis
Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman.
Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr
Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma).
Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah
diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam
UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di
Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas
pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.
Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada
1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya
Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan
portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan
persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri
Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk
Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di
Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi .
Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri
hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor
ahli 0000001 dikekalkan.[1]

KESIHATAN
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan
arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN)
kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi
selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.
Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri
koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri
Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr.
Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik
Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan
pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam
7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun.[2]

Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke


Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital
tersebut disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne
bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab
UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne.

KONTROVERSI

Krisis perlembagaan

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan
membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap
Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan
pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas
30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk
undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang
berada di bawah bidang kuasa mereka.
Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir
dipercayai[perlu rujukan] merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan
tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri
insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang
sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan
eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar
Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa
itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa
beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta
orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya
bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan
Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di
Indonesia atas isu yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan
Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum
Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan
raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya
memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr
Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar
dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah
terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNO

Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO [3]. Beliau
bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang
gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini
hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan
mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy adalah Naib Ketua Pemuda
UMNO) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika
beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan
gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden
UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun
Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei
2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang
Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari
UMNO[4].

Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri,
Tun Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan
UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep
'Mahathirisme' sudah berlalu[5].

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak
mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.
Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik
tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap
kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas


melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang
meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut.[6]. Dato' Onn Jaafar keluar dari
UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak
dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas
melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr
Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

Penulisan blog

Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau
"The Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru
yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya.[7]

Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

Garis masa
 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang
kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital
Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik di Alor Setar.
 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas
beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti
4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari
mendapat 8196 undi.
 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10
Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana
kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi
Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;
o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan
pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu"
(The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia
(FIMA).
 1973: Dilantik sebagai senator.
 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974,
yang mana beliau menang tanpa bertanding;
o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi
dengan majoriti sebanyak 47 undi.
 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn
pada 15 September;
o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-
empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-
sebab kesihatan;
o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri;
o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan
Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai
Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");
o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk
menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie
Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham
London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang
200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya
rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun
Sultan-sultan negeri masing-masing;
o Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri
pada 27 Februari;
o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan
Perdana Menteri;
o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan
rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden
UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas
kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan
UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah
diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999)
di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas
peristiwa Douglas Gomez;
o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia
merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang
yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi
Krisis Kewangan Asia 1997.
 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan
dan dalam UMNO pada 2 September;
o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan
kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib
Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di
Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88
tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang
jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan
peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001)
disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata
pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat
penangguhan selama 18 bulan.
 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan
menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau
memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu
daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di
Malaysia.
 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran
"Datuk Seri Utama".

Penyandang Terdahulu Perdana Menteri Penyandang Kemudian


Malaysia Dato' Seri Abdullah
Hussein Onn 16 Julai 1981 – 31 bin Haji Ahmad
Oktober 2003 Badawi
Penyandang Terdahulu Presiden UMNO Penyandang Kemudian
28 Jun 1981 – 30
Hussein Onn Dato' Seri Abdullah
Oktober 2003
bin Haji Ahmad
Badawi
Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Penyandang Kemudian
Menteri Malaysia
Tun Hussein Onn 5 Mac 1976 – 15 Julai Musa Hitam
1981
Penyandang Terdahulu Menteri Kewangan Penyandang Kemudian
Malaysia Dato' Seri Abdullah
Tun Daim Zainuddin 1 Jun 2001 – 31 bin Haji Ahmad
Oktober 2003 Badawi

You might also like