Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
46Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENGGUNAAN KAD KREDIT

PENGGUNAAN KAD KREDIT

Ratings:

4.75

(8)
|Views: 13,102|Likes:
Published by anon-234265

More info:

Published by: anon-234265 on Sep 07, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/17/2012

pdf

text

original

 
PENGGUNAAN KAD KREDITKad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buatmasa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikatyang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat MenteriKewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Disamping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terusdiamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.Faktor penggunaan kad kredit / kebaikan kad kreditSalah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak  perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawawang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratusdaripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Padahemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunaikerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaanwang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali merekamenggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapatmengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus padasetiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakanAmerican Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlakukehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.Seterusnya, kebanyakan ahli masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlumenukar mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita mungkin perlu menukarkan mata wang negara kita ke mata wang negara yang kita lawati itu. Hal ini tidak demikian bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatis setiapkali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat kebanyakan pelancong, mereka g lebih sukamenggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih istimewa ketika berurus niagaterutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Pada pendapat saya, keadaan inimungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.Keburukan penggunaan kad kreditDi samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapamasalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanyakedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat- pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegangkad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang merekakunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak begitu peka atau perihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutandaripada pemilik kad kredit yang menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja,
 
mereka mungkin akan berada dalam keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir bagaimana hendak membayar balik jumlah wang yang telah mereka belanjakan itu.Hal ini berlawanan dengan pesanan orang tua-tua `beringat-ingat sebelum terkena’. Menurut kajian yang pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia, lebih 35 peratus daripada pemilik kad kreditmengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis keranatidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebuttidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut.Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelangganyang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggupmenanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian JenayahPerdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.Langkah-langkah
Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil untuk memastikan supayapenyelewengan terhadap kad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Antaranya ialah memperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kreditdengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyaipendapatan yang tinggi boleh memilikinya.Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada merekayang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarangini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini.Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memilik kadkredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau.Kegagalan mereka membayar balik hutang tertunggak akan mengakibatkan merekadiisytiharkan muflis dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan dana institusikewangan yang memberikan “pinjaman” itu melalui kad kredit. Di samping itu usaha juga perlu diambil untuk mengelakkan para pemegang kad kredit daripadaberbelanja secara keterlaluan.Kerajaan boleh menggalakkan orang ramai berbelanja tetapi bukan dengan caraberhutang menggunakan kad kredit. Hal ini dapat dilakukan dengan menaikkan cajbayaran balik dan kadar faedah hutang tertunggak. Langkah ini mungkin akanmendapat tentangan daripada para pemegang kad kredit dan juga pihak institusikewangan.Bagi para pemilik kad kredit, langkah itu akan disifatkan sebagai tidak adil. Pihakbank pula akan melihat langakah ini akan menyebabkan keuntungan dan pulanganyang bekal diperolehnya mungkin berkurang. Tetapi seyogia diingatkan bahawalangkah ini akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak kerana iamengurangkan tanggungan pemilik kad kredit dan menurunkan risiko kerugian dipihak bank.Pihak bank mempunyai tanggungan untuk mengawal-selia perbelanjaan parapemegang kad kredit yang menjadi pelanggannya. Mereka tidak sepatutnyamenyembunyikan realiti dan keburukan mengenai kad kredit sekiranya si pemiliknya

Activity (46)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
ChEa YOng liked this
hajjar6494 liked this
Momo Ko liked this
zulhelmee liked this
Owen Cl liked this
Yoland 心 Seng liked this
joeraize liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->